Lost World Of Tambun Ipoh Menyediakan Percutian Padat Dengan Aktiviti Sampai Malam


Lost World Of Tambun Ipoh Menyediakan Percutian Padat Dengan Aktiviti Sampai Malam | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nampaknya ibu-bapa sudah mula merancang percutian bersama keluarga masing-masing memandangkan cuti sekolah akhir tahun 2019 bakal tiba tak lama lagi. Bagaimana dengan korang, rancang ke mana cuti sekolah tahun ini? Sha belum berbincang lagi dengan suami, anak-anak pun belum bertanya nak jalan-jalan ke mana tapi sudah bising untuk ibu ayah cuti sama dengan mereka. Kesian juga tapi macam biasalah kita cari percutian bajet sahajalah yea sayang. Tahun ini ada yang merancang untuk membawa anak-anak ke taman teman air di malaysia? Taman tema air adalah antara pilihan yang menarik untuk ibu bapa habiskan masa sepenuhnya bersama anak-anak. Jika korang nak bawa anak-anak ke taman tema air, bolehlah memilih untuk ke Lost World Of Tambun yang terletak di Ipoh, Perak.

Adik Nur di hadapan pintu masuk Lost World Of Tambun
Abang Zaryth sedang tengok peta keseluruhan kawasan Lost World Of TambunMenarik di Lost World Of Tambun
Petting Zoo Lost World Of Tambun

Ruby & Friends - Rakun yang comelCatopia - Ada beberapa jenis kucing yang unik seperti Main Coon dan Sphinx
Zirafah & Kawan-Kawan

Selepas menaiki train yang disediakan untuk pusing-pusing kawasan Lost World Of Tambun. Sha sekeluarga berjalan kaki pula di kawasan sama untuk meluangkan lebih masa melihat binatang yang ada dengan lebih dekat. Di kandang Zirafah terdapat beberapa binatang lain seperti unta, burung unta
Lost World Water Park



Sha tak ada gambar sendiri di Lost World Water Park kerana memang telefon bimbit tinggal terus dalam loker, sepenuhnya bermain air dengan suami dan anak-anak. Memang anak-anak enjoy sangat, puas hati dapat luang masa ke Lost World Water Park kerana untuk Water Park sahaja macam-macam aktiviti kita boleh buat. Bahagian Lost World Water ini terdiri daripada Awesome Pool Party yang memang awesome, bayangkan mandi kolam ditemani persembahan dj bertugas memeriahkan suasana. Selain itu ada Sandy Bay, Adventure River, Jungle Wave Bay, Tube Rider, Kids Explorabay

Lost World Amusement Park



Sebelum layan Lost World Water Park, Sha memilih untuk menikmati Lost World Amusement Park yang mempunyai pelbagai permainan hiburan. Tetapi memandangkan Adik Nur masih tidak cukup ketinggian tak semua dia boleh masuk jadi agak terhad untuk Sha merasa naik semuanya. Tambah pula rancangan nak naik semua ini sebelah petang tak dapat kerana hujan mulai turun pada sebelah petang

Lost World Tin Valley


Perlombongan timah adalah salah satu industri tertua di Malaya dan Ipoh "The City That Tin Built", menjadi titik pertemuan dan pusat komersil Lembah Kinta


Lost World Tin Valley bertujuan untuk mendidik generasi hari ini dalam bidang pelombongan bijih timah yang kaya di Ipoh. Oleh itu, tarikan terbaru dalam bentuk Kawasan Perlombongan Tin yang dilengkapi dengan palung, kotak pam batu kelikir asal dan kawasan yang besar untuk pelawat muda mengalami "Dulang Washing" (Tin Ore Panning) seperti zaman dulu. Pengunjung juga boleh belajar tentang sejarah perlombongan timah dan melihat artifak sebenar dari masa lalu di Galleria kami


Lost World Hot Spring & Spa


Sha tak tunggu sampai malam, sebelum balik rumah Sha cuma layan-layan manja di Hot Spring tapi memang biasanya Sha kalau ke mana-mana kolam air panas adalah pada waktu malam. Waktu malam pun ada rumah-rumah spa yang memang menenangkan dikelilingi hijau semulajadi dan kolam yang dibina sekelilingnya.

>>>>> Percutian di Besut, Terengganu. Beberapa tempat yang anda boleh kunjungi <<<<<
Harga Tiket Lost World Of Tambun 2019Hari Biasa dibuka pada jam 11.00 pagi sehingga 06.00 petangHari Cuti dibuka pada jam 10.00 pagi sehingga 06.00 petang
Harga tiket adalah untuk SEMUA aktiviti di Lost World Of Tambun dan tidak perlu untuk bayar per-aktiviti

Pemegang MyKad
Kemasukan Harga Dewasa (13 tahun ke atas) RM 117.00 Kanak-Kanak (12 tahun ke bawah) RM 77.00 Warga Emas (60 tahun ke atas) RM 77.00
Nota penting : Harga kanak-kanak adalah untuk yang berketinggian 90 cm keatas atau berumur 12 tahun kebawah. Kanak-kanak yang tinggi 90 cm kebawah adalah PERCUMA

Tiket Untuk Lost World Hot Spring & Night Park Sahaja
Dibuka pada jam 06.00 petang sehingga 11.00 malam
Kemasukan Harga Walk In Dewasa (13 tahun ke atas) RM 64.00 Kanak-Kanak (12 tahun ke bawah) RM 55.00 Warga Emas (60 tahun ke atas) RM 55.00

Harga Sewa Tiub
Jenis Deposit Sewaan Jumlah Double Tube RM 10.00 RM 18.00 RM 28.00
Harga Sewa Loker
Jenis Loker Harga Kecil RM 20.00 Sederhana RM 30.00 Besar RM 40.00
Jika korang ingin membawa anak-anak ke tempat yang korang boleh layan dari pagi sampai malam, Sha cadangkan korang ke Lost World Of Tambun, jangan risau di sini bilik air, bilik mandi, surau disediakan untuk pengunjungnya. Untuk tiket jika korang nak beli awal-awal pun boleh, cari ajen di facebook, ramai yang ada jual tiket. Jika nak walk-in pun boleh, tetapi jika nak jimat boleh beli awal dengan ajen-ajen yang ada. Kalau nak bercuti boleh rancang awal dan rajin-rajinlah ke laman web Lost World Of Tambun . Contohnya macam promosi untuk orang Kedah dan Perlis.


Sekian perkongsian untuk hari ini, selamat bercuti jangan lupa luang bersama anak-anak dan keluarga anda. Nak bercuti pun tak semestinya kena pergi tempat-tempat mahal kan? Yang penting semua orang gembira walaupun hanya dengan percutian bajet.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shalimaryusof.com/2019/10/harga-tiket-lost-world-of-tambun-ipoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambut Halloween Day Of The Dead Di Sunway Lost World Of Tambun Ipoh

Sambut Halloween Day Of The Dead Di Sunway Lost World Of Tambun Ipoh

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 533 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraEntri kali ini aku nak kongsi dengan anda semua pengalaman Halloween pertama aku Aku nak tegaskan bahawa sambutan ini bukanlah kepercayaan atau terus akidah aku terpesong dan sebagainya tetapi sebagai sala...
Pertama Kali Ke Sunway Lost World Of Tambun Ipoh

Pertama Kali Ke Sunway Lost World Of Tambun Ipoh

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 883 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPada bulan September 2019 yang lalu aku berpeluang ke Sunway Lost World Of Tambun yang terletak di bandaraya Ipoh Perak Aku bukan pergi seorang diri tetapi bersama rakan rakan blogger dan juga media yang l...
Sunwayforgood Program Cheer Deepavali Menceriakan 900 Pelajar Kurang Berkemampuan Di Lost World Of Tambun

Sunwayforgood Program Cheer Deepavali Menceriakan 900 Pelajar Kurang Berkemampuan Di Lost World Of Tambun

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 570 hits
hai assalammualiakum SunwayForGood Program Cheer Deepavali Menceriakan 900 Pelajar Kurang Berkemampuan di Lost Word of Tambun Baru baru ini Sunway Group melancarkan program SunwayForGood Cheer Deepavali untuk memberi keceriaan kepada 900 an...
Lost World Of Tambun Sambut Halloween Bertemakan Day Of The Dead Unik Glow In The Dark Cantik

Lost World Of Tambun Sambut Halloween Bertemakan Day Of The Dead Unik Glow In The Dark Cantik

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 474 hits
Masuk je bulan Oktober mesti perasan banyak dah cerita seram seram mula keluar dekat wayang Why Cause it s Halloween month Walaupun Malaysia takde buat sambutan Halloween secara besar besaran tapi ramai yang ambil kesempatan ini untuk turut...
Best Ke Bercuti Di Lost World Of Tambun

Best Ke Bercuti Di Lost World Of Tambun

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 585 hits
Yeah Hari ni nak cerita pasal percutian kitorang baru baru ni di Lost World of Tambun Ipoh Tapi sebelum tu aku nak bagitahu dulu 2 benda penting yang perlu korang tahu Pertama please take note bahawa LWOT ni tutup pada setiap hari Selasa ke...
Itinerary Percutian Santai 3 Hari 2 Malam Di Hatyai

Itinerary Percutian Santai 3 Hari 2 Malam Di Hatyai

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 636 hits
Itinerary 3 Hari 2 Malam Di Hat Yai Thailand Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Baru baru ini Sha berpeluang untuk bercuti bersama keluarga di Hat Yai Thailand Terlebih dahulu Sha nak ucapkan terima kasih encik suami kerana belanja S...
5436 Aktiviti Majlis Makan Malam Amal Seroje 2019 Ppim 25 10 2019

5436 Aktiviti Majlis Makan Malam Amal Seroje 2019 Ppim 25 10 2019

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 399 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan Toqqi mengahadiri Majlis Makan Malam Amal Seroje 2019 anjuran Sekolah Kebangsaan Sri Jelok Kajang di Dewan Seri Cempaka Saujana Impian Majlis telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat YB Datuk Haji Hasa...
3 Hari 2 Malam Di Kabupaten Pasuruan Bromo Surabaya Indonesia

3 Hari 2 Malam Di Kabupaten Pasuruan Bromo Surabaya Indonesia

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 399 hits
3 Hari 2 Malam Di Kabupaten Pasuruan Bromo Surabaya Indonesia Salam Waduhhh Tercapai lagi wishlist uzu tahun ini Alhamdulillah ya allah Terima kasih atas jemputan Hihi Uzu ni kalau bab ke Indonesia memang lajuu jer nak p Hihihi Indonesia ka...
Jangan Tidur Sebelum Minta Maaf Mana Tahu Itu Malam Terakhir Kita Tengok Muka Pasangan

Jangan Tidur Sebelum Minta Maaf Mana Tahu Itu Malam Terakhir Kita Tengok Muka Pasangan

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 967 hits
Berselisih pendapat dalam perkahwinan adalah normal Setiap pasangan pasti pernah bermasam muka kerana masalah masalah yang melanda Pun begitu sangat penting untuk suami isteri saling bermaafan dan melupakan perkara itu supaya rumah tangga k...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Gloomy Tanjung Tembeling

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings

Indonesia Issues Aviation Warning As Mount Lewotobi In East Nusa Tenggara Erupts And Ashes Goes Above 2km

Bigwinauto

Ubat Tambah Darah Maltofer