Hampir Makan Diri Pemain Bola Sepak Zambia Nyaris Patah Leher Rai Jaringan
Hampir Makan Diri, Pemain Bola Sepak Zambia Nyaris Patah Leher Rai Jaringan
Kegembiraan pemain Zambia, Patson Daka hampir bertukar detik hitam selepas dia hampir patah leher sewaktu meraikan jaringan lewat permainan, ketika mengikat Mali 1-1 pada Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), lapor Daily Mail UK.
Dalam aksi penuh dramatik itu, penyerang Leicester City berusia 27 tahun dikatakan gagal melakukan satu ‘flip’ ketika meraikan jaringannya di sudut padang.
Terlihat tangan Daka sedikit tergelincir sehingga mendarat menggunakan leher. Keadaan ini menimbulkan kekecohan di Stadium Mohamed, Maghribi selepas melihat aksi berbahaya tersebut.
Namun, Daka dikhabarkan tidak mengalami kecederaan serius apabila dibantu oleh rakan sepasukan dan mampu meneruskan perlawanan hingga tamat.
Sewaktu perlawanan itu, Daka muncul wira Zambia selepas berjaya menanduk masuk gol sekali gus menyamakan kedudukan.
Sebelum itu, Mali berjaya mendahului pada minit 61 hasil jaringan penyerang kelab Auxerre.
https://x.com/beINSPORTSUSA/status/2003143266959765729?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E2003143266959765729%7Ctwgr%5E28f759a406f5bf8de0ea74ff26a9e404a4cb18e1%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.dailymail.co.uk%2Fsport%2Ffootball%2Farticle-15406783%2FLeicester-Patson-Daka-lands-NECK-AFCON.html
Untuk makluman, AFCON merupakan sebuah kejohanan terbesar di benua Afrika yang diadakan dua tahun sekali. Ia melibatkan sebanyak 24 negara Afrika yang akan bersaing merebut gelaran juara.
Pada edisi yang lalu, Ivory Coast berjaya memenangi berkenaan, manakala Mesir merupakan pasukan paling banyak meraih trofi kejuaraan sebanyah tujuh kali.
Edisi kali ini menyaksikan Maghribi menjadi tuan rumah dan sedang berlangsung sejak 21 Disember lalu sebelum dijadualkan berakhir pada 18 Januari 2026.
Sumber: Daily Mail UK
BACA: Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Ibu Zayn Rayyan Tangguh Hukuman Penjara
BACA: Pencipta “Call of Duty” Maut, Terlibat Kemalangan
The post Hampir Makan Diri, Pemain Bola Sepak Zambia Nyaris Patah Leher Rai Jaringan appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/23/hampir-makan-diri-pemain-bola-sepak-zambia-nyaris-patah-leher-rai-jaringan/