Okay, bercerita tentang Lost World of Tambun ataupun singkatannya LWOT ni.. actually aku dan wife memang dah plan untuk bawak Khair dan Haziq untuk bercuti kat sini lama dah. Plan tu pulak memang sengaja kitorang pilih weekdays (bukan dalam musim cuti sekolah), sebab nak elak daripada bertembung dengan ramai orang.
Best ke Lost World Hotel?For info, lokasi Lost World Hotel ni bertentangan je dengan taman tema LWOT. Jadi, bagi memudahkan dan untuk mengelakkan nak kena alih kereta 2-3 kali.. aku nasihatkan korang terus park je la kereta korang tu dekat ruang parkir hotel. Kemudian bila nak masuk ke dalam LWOT, jalan kaki je.
So far, kalau ikutkan pengalaman kitorang berjalan kaki tu.. 5 minit dah sampai dah. Melainkan kalau korang merangkak atau berguling.. yang tu maybe lambat sikit la sampai. Hahaha.
Bath tub? Sorry tak ada. Tapi kalau difikirkan logik pun, buat apa lagi nak ada bath tub kan. Sebab kalau nak mandi pun, baik mandi dalam taman tema je.. lagi best.. kan? kan? betul tak?
Semuanya tersusun rapi dengan segala kemudahan dalam bilik kelihatan baru dan bersih.
Anak-anak aku suka weh.. melompat-lompat diorang. Actually, aku pun suka jugak dan wife aku, senyum sampai ke telinga. Hehehe. Pendek kata segala yang berkenaan dengan Lost World Hotel ni above expectation kitorang. Termasuklah servis front desk, doorman dan room service yang mesra pengunjung.
Pssstt.. dalam banyak-banyak benda kat Lost World Hotel ni, antara yang aku paling suka jugak adalah signage dilarang merokok dalam bilik. Siapa yang kantoi merokok dalam bilik kena bayar denda. Setuju!!! Hahaha.
Bermain dan bermandi-manda di Lost World of TambunApabila jam mula menunjukkan jam 2.00 petang, anak-anak aku mula dah ketar kepala. Masing-masing tak sabar nak masuk dalam taman tema LWOT. Dan disebabkan aku awal-awal lagi dah take note apabila masuk dalam LWOT nanti akan ada banyak tempat nak mandi-manda.. maka kedua-duanya aku terus pakaikan swimming suit, supaya nanti bila diorang nampak je tempat mandi terus boleh masuk terjun.
Bila dah masuk ke dalam LWOT ni, jangan lupa untuk lalu kat bawah pintu gerbang kecil yang keluar air ni.. dan bila dah melepasi pintu gerbang tu, maka korang akan sampai lah kat Sandy Bay. Tadaaa!
Kat sini lebih kurang macam Sunway Lagoon, iaitu pantai buatan manusia. Tapi bila namanya pantai, korang jangan la expect air tu masin macam air laut. Kalau nak masin jugak, just bayangkan dalam kepala je la bahawa korang masa tu tengah mandi laut. Hehehe.
Air paling dalam pun takat paras betis dewasa je dan yang paling best kat sini untuk kanak-kanak, ada papan gelungsur. So kalau korang yang bawak anak-anak, for sure tempat ni akan jadi tempat yang paling lama korang akan melekat. Anak-anak kan suka main air.
Khair cakap spaghetti carbonara kat sini sedap.

Seterusnya, bila dah dapat pujuk anak naik daripada tempat mandi nanti, macam kitorang terus masuk ke Amusement Park dimana kat situ ada permainan Dragon Flights (duduk atas kerusi tergantung yang kemudiannya berpusing tu), Giddy Galleon (lebih kurang macam Dragon Flights, cumanya kerusi diganti dengan kapal kecik.. boleh naik 2 orang), Stormrider (kapal yang berhayun) dan Adventure Express (kuda yang pusing-pusing).
Ada rumah hantu.. berani ke korang masuk? Kitorang tak berani. Hahaha
Tapi perlu dimaklumkan ye, untuk bermain kat sini.. anak-anak kena capai ketinggian minimum 90cm. Sebabnya kalau rendah dari ketinggian minimum macam si Haziq ni, diorang tak bagi naik. Risiko tinggi katanya. Alahai.. Kesian Haziq kena tengok je dari jauh. Hohoho.
Sejujurnya kalau korang tanya aku tahap “ke-ngeri-an” roller coaster Lupe’s Adventure ni, bagi aku level dia level-level tadika je. Aku pernah naik roller coaster yang lagi menakutkan daripada ni. Dan bagi membuktikan roller coaster ni tak berapa nak ngeri untuk aku, ni haa footage yang aku rakamkan. Untuk kanak-kanak memang diorang enjoy.
Ada chicken run, ada racoon, ada burung merpati. Seronok jugak lah.
Excited nampak burung merpatiDan bila dah habis tengok Tiger Show, kitorang menapak pulak ke Tin Valley untuk melihat sendiri macam mana orang dulu-dulu mendulang untuk mendapatkan bijih timah dengan cara tradisional. Dekat sini wife dan Khair berkesempatan untuk cuba sendiri aktiviti mendulang ni untuk dapatkan bijih.
Bila dah dapat bijih timah, baru lah kitorang tahu yang mana bijih timah yang diperolehi ini sebenarnya digunakan untuk membuat bahan yang dipanggil Amalgams untuk menutup gigi yang berlubang.
Haa.. Korang pernah tak kena tampal gigi macam dalam gambar tu? Ya.. itulah dia salah satu kegunaan bijih timah ni. Hehehe.
Kalau korang nampak replika gajah ni, korang boleh naik atas ambil gambarHabis mendulang, kitorang proceed untuk masuk ke Hippo Kingdom. Yang mana di sini terdapat haiwan-haiwan liar seperti badak sumbu yang seronok berendam dalam kolam besar yang jernih airnya. Berhampirannya terdapat sekumpulan burung flamingo merah jambu yang cantik warnanya.


Terdapat jugak sepasang dubuk yang bila dilihat secara dekat agak mengerikan.
Kolam bawah tanah. Kat sini sepatutnya boleh nampak buaya berendam dalam air, tapi sayangnya buaya tengah berjemur kat atas. So, nampak ikan je la. Hohoho
Dan ada satu tempat dimana ia mengumpulkan sekumpulan haiwan dari padang pasir seperti zirafah, burung unta, burung emu dan unta.
Secara jujurnya kitorang tak sangka pulak kawasan taman tema LWOT ni macam zoo. Itu belum lagi dengan wujudnya petting zoo yang tak sempat kitorang masuk, sebab Khair dah tak sabar nak sambung mandi. Hohoho.
Untuk makluman, ada pelbagai jenis kolam air panas yang disediakan. Yang suam-suam kuku ada, yang masuk rasa macam nak jadi telur separuh masak pun ada. Dan jangan pulak korang pelik, kolam air panas pun ada air terjun.


Aku tak tahu la macam mana diorang buat, tapi seriously mandi air terjun ni memang best. Sampaikan ada seorang uncle tu dari mula-mula aku sampai hinggalah aku nak gerak balik ke hotel pun, dia memang tak gerak dari tempat air. Maybe sebab selesa sangat dan sedap kot bila air tu jatuh kena badan, semacam ada orang urut. Hahaha.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |