Sambut Halloween Day Of The Dead Di Sunway Lost World Of Tambun Ipoh




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Entri kali ini aku nak kongsi dengan anda semua pengalaman Halloween pertama aku. Aku nak tegaskan bahawa sambutan ini bukanlah kepercayaan atau terus akidah aku terpesong dan sebagainya tetapi sebagai salah satu cara mengenali budaya dan keunikan orang lain. Aku masih Islam ya selepas balik daripada sambutan ni

Berbalik kepada tajuk asal, sebelum ini aku dan cerita di bahagian pertama iaitu tentang Pengalaman Pertama Kali Ke Sunway Lost Word Of Tambun. Di artikel itu aku ceritakan apa yang aku buat di hari pertama dan juga apa yang menarik di Sunway Lost World Of Tambun. Untuk bahagian ketiga ini aku nak kongsi apa yang dilakukan dari awal sehingga ke akhir bagi sambutan Day Of The Dead yang aku dan rakan-rakan lalui

Sewaktu berjalan-jalan sekitar Sunway Lost World Of Tambun di waktu siang, kami melalui kawasan dan melihat persiapan dan banner untuk acara tersebut.
Pada waktu malam lebih cantik ya!
Baiklah, bersambung daripada artikel sebelum ini, selepas sahaja berehat di hotel, pada jam 6 petang kami disuruh ke pintu masuk Sunway Lost World Of Tambun untuk mendaftar untuk acara malam tersebut. Pada awalnya aku macam pelik kenapa nak kena turun awal sebab acaranya waktu malam


Ya, sangkaan aku salah! Acara yang pertama untuk Day Of The Dead ini adalah Body Painting! Bukanlah painting pada seluruh badan, tetapi perlu mengikut peraturan yang ditetapkan. Untuk mereka yang mempunyai alergik kulit tu, mungkin tak digalakkan

Proses mengecat muka dan tangan!
Body painting yang aku pilih hanyalah di bahagian dahi sahaja.

Sementara menunggu rakan-rakan media lain siap untuk dicat, kami diberikan darah untuk diminum! Memang lepas minum terus jadi drakula. Haha. Takdelah, minuman biasa, tetapi warna merah dan bungkusannya sama seperti bungkusan darah di hospital

Menaiki kenderaan (keretapi?) bersama dengan Kak Sha, Nad, abang-abang SWATV

Untuk pengetahuan anda, untuka cara Day Of The Dead dijalankan di Luminous Forest yang merupakan salah satu tarikan menarik di dalam Sunway Lost World Of Tambun. Nak tahu kenapa

Laluan masuk ke dalam Luminous Forest.
Kena berhati-hati ketika berjalan di atas laluan ini, kerana ianya terapung atas air, dan terumbang ambing. Hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan untuk berada di laluan ini dalam satu-satu masa

Salah satu tangga yang terdapat di dalam Luminous Forest. Sangat cantik!
Antara yang menarik di dalam Luminous Forest.
Replika kubur
Aku juga sempat bergambar dengan salah satu hantu yang ada di dalam Luminous Forest ni.
Kubur lagi.
Laluan yang sama seperti imej ketiga.
Setelah selesai melalui kawasan hutan, mendaki bukit, naik tangga, turun tangga, jumpa hantu, bergambar dengan hantu, kemudian kami ke kawasan yang dikhaskan untuk makan malam. Dekat kawasan ini juga ada aktiviti lain seperti membuat patung hantu DIY dan juga game. Tapi aku lupa nak ambil gambar sebab teruja dengan makanan. #lapar
Makanan pada malam tersebut.
Makan sambil ditemani dengan tengkorak.

Kemudian ada ucapan daripada beberapa orang VIP dan VVIP dan juga persembahan daripada hantu-hantu ini. Bila lagi nak tengok hantu menari depan mata kan? Aku sempat merakam video, kalau nak tonton boleh lihat di Instagram ya. @aerill_hassan
Jadi itulah pengalamannya. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang perayaan ini, tentang tema dan sebab, berapa harga dan sebagainya boleh baca artikel yang aku tulis di PROJEKTRAVEL.COM
------------

Sebelum turun daripada hotel ke Sunway Lost World Of Tambun, kami diberitahu akan mempunyai masa dalam 2 jam untuk mandi manda selepas acara Day Of The Dead. Alhamdulillah, aku sememangnya membawa pakaian untuk ditukar selepas selesai acara tersebut

Persembahan 'makan api'.
Aku agak terkilan sebenarnya. Sebab tak dapat nak ambil gambar ketika mandi. Memang  seronok sebab suasana ketika malam dan siang sangat berbeza. Banyak juga kolam yang aku dan rakan media terokai termasuklah kolam air panas, panas yang suam dan juga panas yang panas. Haha

Selesai mandi.
Selesai mandi, lebih kurang jam 10.30 malam macam tu, kami semua pulang ke bilik hotel masing-masing untuk berehat selepas penat mandi manda. Memang seronok sebab aku tak pernah mandi di mana-mana taman tema air. Sedih kan? Haha. Family aku semuanya pernah pergi di beberapa tempat. Aku belum pernah sebab masa family aku pergi dulu, aku berada di asrama.
Apa-apapun pengalaman kali ini sangat menarik sebab dapat rasai sesuatu yang baru. Nak tahu pasal hotel tak? In shaa Allah aku akan tulis tentang hotel dan juga perjalanan pulang. Nantikan artikel berikutnya

Terima kasih diucapkan kepada Projek Travel dan juga Sunway Lost World Of Tambun kerana memberi peluang dan pengalaman yang sungguh indah dan menyeronokkan.ProjekTravel.com | LostWorldOfTambun

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/10/sambut-halloween-day-of-dead-di-sunway.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lost World Of Tambun Sambut Halloween Bertemakan Day Of The Dead Unik Glow In The Dark Cantik

Lost World Of Tambun Sambut Halloween Bertemakan Day Of The Dead Unik Glow In The Dark Cantik

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 472 hits
Masuk je bulan Oktober mesti perasan banyak dah cerita seram seram mula keluar dekat wayang Why Cause it s Halloween month Walaupun Malaysia takde buat sambutan Halloween secara besar besaran tapi ramai yang ambil kesempatan ini untuk turut...
Pertama Kali Ke Sunway Lost World Of Tambun Ipoh

Pertama Kali Ke Sunway Lost World Of Tambun Ipoh

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 882 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPada bulan September 2019 yang lalu aku berpeluang ke Sunway Lost World Of Tambun yang terletak di bandaraya Ipoh Perak Aku bukan pergi seorang diri tetapi bersama rakan rakan blogger dan juga media yang l...
Lost World Of Tambun Ipoh Menyediakan Percutian Padat Dengan Aktiviti Sampai Malam

Lost World Of Tambun Ipoh Menyediakan Percutian Padat Dengan Aktiviti Sampai Malam

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 789 hits
Lost World Of Tambun Ipoh Menyediakan Percutian Padat Dengan Aktiviti Sampai Malam Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Nampaknya ibu bapa sudah mula merancang percutian bersama keluarga masing masing memandangkan cuti sekolah akhir ta...
Isis Is Far From Dead Danger Ahead For The World As New Attacks From Islamic Terror Group Loom

Isis Is Far From Dead Danger Ahead For The World As New Attacks From Islamic Terror Group Loom

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 388 hits
Middle East is about to plunge into a new crisis again thanks partly to the United States It seems that whenever the U S enters the region a war will start And now that the U S wants to quit it also creates a new war On Sunday President Don...
Best Ke Bercuti Di Lost World Of Tambun

Best Ke Bercuti Di Lost World Of Tambun

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 585 hits
Yeah Hari ni nak cerita pasal percutian kitorang baru baru ni di Lost World of Tambun Ipoh Tapi sebelum tu aku nak bagitahu dulu 2 benda penting yang perlu korang tahu Pertama please take note bahawa LWOT ni tutup pada setiap hari Selasa ke...
Sunwayforgood Program Cheer Deepavali Menceriakan 900 Pelajar Kurang Berkemampuan Di Lost World Of Tambun

Sunwayforgood Program Cheer Deepavali Menceriakan 900 Pelajar Kurang Berkemampuan Di Lost World Of Tambun

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 568 hits
hai assalammualiakum SunwayForGood Program Cheer Deepavali Menceriakan 900 Pelajar Kurang Berkemampuan di Lost Word of Tambun Baru baru ini Sunway Group melancarkan program SunwayForGood Cheer Deepavali untuk memberi keceriaan kepada 900 an...
Malaysia A Mouse On The World Stage

Malaysia A Mouse On The World Stage

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 322 hits
Last week I was a Bedouin restaurant in the KL suburbs and I was intrigued by the dynamics of the interaction between the waiters serving our table and the guy manning the counter They seemed to be switching back and forth in a mixture of A...
What Sparked A Flare Up Of Protests Around The World

What Sparked A Flare Up Of Protests Around The World

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 281 hits
In Hong Kong it was an extradition bill in Chile metro ticket prices rose 4 US cents while in Lebanon it was a tax on WhatsApp calls Though there are many reasons behind the unrest the world has seen a growing number of street protests in 2...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner