Itinerary Percutian Santai 3 Hari 2 Malam Di Hatyai
Itinerary 3 Hari 2 Malam Di Hat Yai Thailand | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baru-baru ini Sha berpeluang untuk bercuti bersama keluarga di Hat Yai, Thailand. Terlebih dahulu Sha nak ucapkan terima kasih encik suami kerana belanja Sha dan anak-anak bercuti. Ewaah-ewahh ada penghargaan pulak ya. Akhirnya, kali pertama pasport Adik Nur bercop ! Kami berada di sana pada 12 September 2019 hingga 14 September 2019 dengan menaiki kereta sendiri
Hari Pertama Di Hat Yai Thailand
Pada jam 3.00 pagi Sha sekeluarga bertolak dengan kereta sendiri dari Batu Gajah, Perak menuju ke Bukit Kayu Hitam, Kedah melalui lebuhraya. Lebih kurang jam 6.00 pagi suami Sha berhenti istirehat sebentar di R&R Gurun sementara Sha menguruskan Adik Nur untuk mandi dan tukar baju. Selepas selesai uruskan Adik Nur, Sha mengambil alih pemanduan ke Bukit Kayu Hitam memandangkan suami Sha mengantuk dan mahu berehat lagi.
Tempat Menarik Di Hat Yai Thailand
Lebih kurang jam 8.00 pagi kami sampai ke sempadan Malaysia-Thailand dan keadaan trafik mudah sahaja mungkin kerana kami masuk pada hari biasa dan tidak sesak. Sebelum ke sempadan pastikan korang dah siapkan insurans dan kad putih. Macam Sha suami dah buat awal-awal sebelum pergi jadi tak perlu singgah ke mana-mana untuk urusan insurans. Tapi korang jangan risau kerana dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam, korang akan nampak beberapa kedai untuk urusan insurans dan kad putih di kawasan Changlun Kedah di tepi jalan sahaja yang telah dibuka awal pagi. Pastikan korang jangan tertinggal pasport, geran kereta.
10.00 pagi Sha terus sarapan chabura dim sum seperti mana yang selalu tengok kawan-kawan blogger lain cuba, Sha pun tak ketinggalan nak mencuba makan di sini. Sebelum ke sini Sha ke kedai barangan motorsikal terlebih dahulu memandangkan suami ada barang motorsikal nak dicari.
Alhamdulillah semasa kami ke sini kedai masih lengang, hanya 1 2 meja sahaja yang ada orang. Jadi senanglah kami nak memilih koleksi yang ada. Untuk piring kecil harganya 15 baht manakala yang besar sikit tu 20 baht. Jumlah hangus kat sini 4++ baht termasuk sepinggan nasi goreng untuk anak-anak.
Jika sebelum ini Sha pernah mecuba Miang Kam di pejabat tapi kali ini Sha sengaja nak mencuba Miang Kam dari Thailand sendiri, memang Sha habiskan semua sebabnya suami cuba tapi dia tak berapa boleh terima daun kaduk dari dulu lagi. Harga 1 set Miang Kam ni adalah 40 baht.
11.30 pagi Sha ke Lee Garden Mall selepas cubaan untuk check in awal dibatalkan kerana nak masuk awal 1 jam sebelum kena tambah 100 baht jadi kami jalan dulu ke Lee Garden Mall tapi sekadar cuci mata. Agak lain macam pusat beli belah di sini kerana kita akan melalui sistem imbasan badan, beg pun kena periksa dan bonet kereta pun dibuka. Masuk tempat parkir kereta di sini pun percuma patutlah tak banyak kereta di luar bangunan.
12.00 tengahari Sha berjalan kaki ke Kim Yong Market dari Lee Garden Mall tapi masa itu banyak kedai mula nak tutup jadi tak lama sangat kami jalan.
1.00 petang Check In di PM Residence Hotel untuk berehat terlebih dahulu memandangkan badan dah penat dari jam 3.00 pagi dalam kereta dan bergerak ke sana sini. Jadi suami ajak berehat cas tenaga terlebih dahulu sebelum berjalan-jalan lagi.
3.00 petang gerak ke Songkhla.
4.00 petang. Selepas 1 jam perjalanan Sha dan keluarga dari pekan hat yai Songkhla kami ke Tang Kuan Hill terlebih dahulu. Masa kami pergi ke sini memang tak ada orang jadi kami banyak relax sambil menikmati pemandangan Bandar Songkhla dari atas bukit, selain bandar korang boleh menikmati pemandangan laut tapi Sha pergi dikala masalah jerebu melanda jadi pemandangan kurang menarik.
Untuk ke Tang Kuan Hill senang sahaja, korang cari Tang Kuan Hill Station selepas Samila Beach. Hati-hati kat sini banyak monyet. Mula-mula rancang nak ke sini Sha risau juga takut kena memanjat, kemungkinan suami tak nak naiklah kalau kena mendaki tapi jangan risau awal-awal Sha dah selidik untuk naik bukit ini ada lift disediakan. Untuk tiket masuk ke bukit ini adalah 100 baht iaitu 30 baht untuk dewasa dan 20 baht untuk kanak-kanak.
Dari atas Bukit Tang Kuan ini korang boleh tengok pemandangan sekitar Bandar Songkhla dan pemandangan laut tapi sayangnya musim jerebu jadi tak nampak pemandangan indah sepenuhnya.
5.00 petang kami ke Samila Beach. Korang tahu tak apa yang mengkagumkan Sha bila menjejakkan kaki ke Hat Yai? Kagum kerana kebersihan persekitarannya, walaupun pantainya ada juga jualan makanan tapi tak jumpa pun lidi sosej! Selepas selesai menikmati pantainya kami gerak balik ke Hat Yai kembali.
7.30 petang kami makan malam di Kod Cai Decha, antara kedai yang banyak review. Sebenarnya kami nak balik ke hotel terlebih dahulu tapi rasa macam badan dah penat, semua pun dha lapar jadi kami cari makan malam dahulu sebelum balik bilik. Ok, makanannya kebanyakan 100 baht ke atas setiap satu menu...fuhhh...( Sha tak snap gambar pun )
8.30 mlm balik rehat.
Untuk korang yang merasai khidmat urut di Hat Yai masa ini bolehlah luangkan masa cari pusat urut yang memang banyak pilihan
Hari Kedua Di Hat Yai Thailand
8.30 pagi ke Kim Yong Market menaiki tuk tuk. Sebab naik Tuk Tuk ? Sebab malas fikir pasal tempat parking dan anak-anak teringin nak naik bila tengok orang naik tuk tuk. Tambah pula macam tak lengkap pula ke Hat Yai tak naik kenderaan awam yang disediakan. Dari PM Residence kami hanya beritahu kaunter depan dan pihak hotel yang hubungi tuk tuk untuk kami. Naik Tuk Tuk dengan bayaran 60 baht sehala untuk kami 4 orang.
10.00 pagi balik rehat di hotel
11.00 pg gerak ke Central Festival Hat Yai, pusat beli belah terbesar di Hat Yai. Memang besar dan macam-macam jenama antarabangsa ada di sini. Sedia duit banyak-banyak jela kalau nak shopping kat sini sebab apa kalau tengok barang pun banyak barang yang Sha suka ada di sini tapi tak ada di pusat beli belah yang ada di tempat tinggal Sha.
12.00 tengahari Sha ajak suami gerak ke Stainless Steell Pagoda. Sha tak tahu tempat ini terletak di atas bukit pun, hahahaha.. tapi dah sampai kaki bukit barulah perasan pagoda ini terletak di atas bukit, jadi memanjatlah kereta kami hari itu. Kami tak lama kat sini, habis bergambar terus turun.
1.00 petang ke Masjid Pusat Songkhla. Terdapat beberapa bas rombongan yang singgah solat Zohor di sini.
2.00 petang ke Khlong Kae Floating Market. Selepas cari cari parking kami rehat sekejap kerana 2.30 diaorang baru buka kedai. 2.30 petang kami makan, dalam pukul 3.30 petang cantik la kot kalau nak datang sini sebab masa itu baru semua sampan bukak kedai.
4.00 petang balik ke hotel. Jalan-jalan bawak anak ni memang cepat penat sikit kot..huhuhhu...tambah Abang Zaryth dan Adik Nur asyik bergaduh je..ahahaha... tambah pula keadaan jerebu panas ni lagilah.
5.00 petang Sha curi masa ke dobi layan diri. Dobi ada dekat hotel sahaja jadi kita jalan kaki sahaja. Lepak tunggu baju dengan Adik Nur je
6.00 petang rehat je kat bilik.
8.00 malam keluar cari makan di Asen Night Market. Yeah inilah baru syurga makan ! Ramai betul orang jadi terpaksalah berdiri sekejap sampai ada meja yang kosong untuk kami duduk. Tapi ! Ramai orang Malaysia yang sedang makan pun..huhuhuhu...
10.00 malam balik hotel. Rehat dan tidur
Hari ketiga Di Hat Yai, Thailand
Bangun pagi kami cuma lepak hotel , mandi kolam hotel sahaja.
11.00 pagi kami terus check out dari hotel sarapan merangkap makan tengahari di Restoran Salma yang dicadangkan oleh rakan sekerja. Harga pun boleh tahan tapi sedap Nasi Lemak Ayam Somtam dia tuh, kali pertama makan nasi lemak dengan som tam agak masyuk juga.
12.00 tengahari kami ke Kim Yong Market beli kacang, singgah 7 Eleven beli air. Tak tahu kali ke berapa ke 7 Eleven sini. Sha bagi baki 150 baht pada suami untuk beli air di 7 Eleven, memang habis licin duit...huhuhuh
1.00 petang kami sampai ke Danok beli pulut ayam. Suami laa teringin sangat, lepas tu Sha lupa pulak ramai suruh beli daging panggang. Memang tak puas makan ! menyesal cakap kat suami beli 3 pun dah cukup ! ahahaha... beli Pulut Ayam ni buat bekal makan kat Penang..huhuhuh...tambah dengan bawang goreng rangup dia tuhh...fuhhh
1.30 petang keluar sempadan. Alhamdulillah lega bila dah masuk Malaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shalimaryusof.com/2019/09/itinerary-3-hari-2-malam-di-hat-yai.html