Lima Faktor Di Ambil Kira Oleh Kkm Sebelum Syor Laksana Pkpb


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan penilaian risiko dengan mengambil kira lima faktor sebelum mengesyorkan sesuatu kawasan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata faktor-faktor yang diambil kira adalah kadar peningkatan kes, taburan kes positif, kepadatan penduduk, kewujudan tempat tumpuan awam dan keadaan sosiodemografi penduduk.
“(Bagi) kadar peningkatan kes, KKM mengambil kira peningkatan ketara bilangan kes Covid-19, terutamanya jika berlaku dalam tempoh masa yang singkat.
BACA : PKPB Di Seluruh Negeri Kelantan Berkuatkuasa Esok
“Taburan kes positif pula meliputi taburan kes dalam mukim dan daerah yang terlibat dan sama ada terdapat tumpuan di kawasan-kawasan tertentu seperti penjara atau pusat tahanan sementara,” katanya pada sidang akhbar perkembangan Covid-19 di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, KKM juga mengambil kira kepadatan penduduk setempat yang tinggi dengan bilangan kawasan perumahan, pangsapuri atau rumah setinggan yang tinggi, kewujudan tempat seperti pasar borong, kilang, pejabat kerajaan, kompleks perniagaan dan sebagainya.
Selain itu, keadaan sosiodemografi penduduk setempat, sama ada terdapat penempatan warga asing dan pergerakan penduduk keluar masuk yang banyak juga diambil kira, katanya.
“Sebagai contoh, pada mulanya PKPB tidak dilaksanakan di Kelantan pada 9 November (ketika dikenakan di kebanyakan negeri di Semenanjung), namun dengan mengambil kira faktor-faktor yang telah diteliti dalam penilaian risiko KKM, kini terdapat keperluan untuk PKPB dilaksanakan di negeri itu,” katanya.
Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakob mengumumkan Kelantan dikenakan PKPB bermula esok sehingga 6 Disember ekoran peningkatan kes baharu pandemik Covid-19 di negeri itu.
BACA: Covid-19 – Kluster Mengketil di Kelantan membimbangkan
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, pada 3 November, Kelantan mencatatkan lapan kes positif dengan hanya melibatkan tiga daerah, namun pada 19 November bilangan kes aktif di negeri itu meningkat kepada 73 kes dan menular ke lapan daripada 10 daerah.
Selain itu, beliau berkata, terdapat tujuh kluster aktif iaitu Kluster Ikhtisas, Cergas, Kube, Kaya, Mengketil, Simera dan Jalan Meru yang masih dipantau di Kelantan.
Kluster Mengketil terutamanya mencatatkan pertambahan kes mendadak dengan peningkatan 41 kes dalam masa lima hari, dan kluster itu juga menunjukkan kebolehjangkitan yang tinggi di samping ada risiko penularan tidak terkawal sekiranya PKPB tidak dilaksanakan.
“Penilaian risiko juga telah dijalankan di negeri-negeri lain untuk menentukan sama ada PKPB boleh ditamatkan atau perlu diteruskan.
“Walaupun PKPB telah ditamatkan di beberapa negeri, terdapat keperluan pelanjutan tempoh PKPB di sesetengah daerah kerana penilaian risiko menunjukkan risiko jangkitan yang masih tinggi di daerah berkenaan,” katanya.
Justeru, Dr Noor Hisham mengingatkan masyarakat agar patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan walaupun kebanyakan negeri telah kembali kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). -Bernama


The post Lima faktor di ambil kira oleh KKM sebelum syor laksana PKPB appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/lima-faktor-di-ambil-kira-oleh-kkm-sebelum-syor-laksana-pkpb/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Johor Syor Perlaksanaan Pkpb Bersasar

Johor Syor Perlaksanaan Pkpb Bersasar

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 168 hits
JOHOR SYOR PERLAKSANAAN PKPB BERSASAR JOHOR BAHRU 101120 Kerajaan negeri mengesyorkan kepada kerajaan Pusat supaya perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Johor yang bermula semalam dilaksanakan secara bersasar Menteri Besar D...
Pkpb Diperluas Sebelum Parah Pm

Pkpb Diperluas Sebelum Parah Pm

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 127 hits
PKPB DIPERLUAS SEBELUM PARAH PM KUALA LUMPUR 071120 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis Kelantan dan Pahang selama empat minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember ini dip...
Pkpb Kelantan Polis Laksana 19 Sekatan Jalan Raya

Pkpb Kelantan Polis Laksana 19 Sekatan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 179 hits
Polis Kelantan melaksanakan 19 sekatan jalan raya melibatkan semua daerah di negeri ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang bermula hari ini Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Sharfien Mamat berkata jumlah s...
Di Mana Silap Laksana Semula Pkpb

Di Mana Silap Laksana Semula Pkpb

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 181 hits
Dr Mohd Ihsanuddin Abas MKN terima nasihat dari KKM tapi tak konsisten buat keputusan KERAJAAN melalui Majlis Keselamatan Negara telah mengumumkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh semenanjung kecuali negeri Perlis Kel...
Panas Tidak Berjaya Darurat Muhyiddin Laksana Pkpb Di Seluruh Semenanjung Kecuali 3 Negeri

Panas Tidak Berjaya Darurat Muhyiddin Laksana Pkpb Di Seluruh Semenanjung Kecuali 3 Negeri

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 277 hits
BOB KELANANGMajlis Keselamatan Negara memutuskan supaya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis Kelantan dan Pahang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sidang khas MKN pa...
Laksana Pkpb Untuk Elak Situasi Lebih Buruk

Laksana Pkpb Untuk Elak Situasi Lebih Buruk

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 212 hits
Kuala Lumpur Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Semenanjung Malaysia kecuali tiga negeri dibuat ekoran peningkatan kes Covid 19 di setiap negeri itu selain terdapat keperluan untuk pendekatan lebih tegas dan berani sebelum...
Pendekatan Pkpb Sebelum Keadaan Lebih Parah Pm

Pendekatan Pkpb Sebelum Keadaan Lebih Parah Pm

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 229 hits
KUALA LUMPUR 21 Rabiulawal 1442H Sabtu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis Kelantan dan Pahang bermula 9 Nov sehingga 6 Dis ini diputuskan kerana pendekatan lebih tegas dan b...
Kkm Perlu Dapatkan Hasil Data Ujian Klinikal Sebelum Beli Vaksin

Kkm Perlu Dapatkan Hasil Data Ujian Klinikal Sebelum Beli Vaksin

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 192 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada Taklimat Khas Isu Semasa Covid 19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya foto HAZROL ZAINAL PUTRAJAYA Malaysia sedang menunggu keputusan data ujian klinika...
Keluar Bertiga Sebelum Pkpb Bermula

Keluar Bertiga Sebelum Pkpb Bermula

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 518 hits
Assalamualaikum HARI ini Sk mengambil giliran bertugas di pejabat Sempena PKPB 2 0 ni lebih sebahagian staf akan bertugas dari rumah dan bagi staf pentadbiran akan ada giliran mengikut pilihan dan Sk memilih setiap Selasa dan Rabu untuk ber...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan

Fam What Happened To The World Cup Tickets

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Agriculture And Food Security Ministry Rice Thrown At Temerloh Dumpsite Spoilt Unsafe For Consumption