Di Mana Silap Laksana Semula Pkpb


Dr Mohd Ihsanuddin Abas  MKN terima nasihat dari KKM, tapi tak konsisten buat keputusan KERAJAAN melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengumumkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh semenanjung kecuali negeri Perlis, Kelantan dan Pahang bermula 9 November hingga 6 Disember 2020.
Ia adalah suatu keputusan yang mengejutkan rakyat kerana dilaksanakan dalam tempoh sangat singkat iaitu dua hari selepas pengumuman, sedangkan ia membabitkan pelbagai perkara khususnya aktiviti-aktiviti sosial dan ekonomi.
Semua tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej-kolej diarahkan tutup dalam tempoh ini, sementara pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) kekal belajar secara dalam talian melainkan bagi yang mengambil peperiksaan utama.
Ini pastinya menimbulkan perasaan tidak puas hati dan keresahan di kalangan rakyat yang sudah pun terjejas dengan isu-isu sosial dan ekonomi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bulan Mac yang lalu.
Rakyat Malaysia telah pun melalui suatu tempoh arahan kawalan pergerakan yang lama iaitu tujuh bulan sejak 18 Mac 2020.
Meskipun ia telah berubah dengan beberapa kelonggaran pada PKPB pertama pada 13 Mei sehingga 9 Jun 2020 dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020 , seterusnya disambung pula sehingga 31 Disember, rakyat sudah sedikit lega dengan kebenaran melakukan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi menerusi prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan MKN.
Tambahan pula, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin telah pun melancarkan kempen “Norma baharu” dengan moto dan logo “Bersama Hentikan Wabak COVID-19” pada awal bulan Ogos.
Kempen itu memberikan sedikit sinar harapan kepada rakyat untuk mengadaptasikan kehidupan dengan norma baharu, demi mengawal penularan COVID-19 agar kelangsungan hidup dapat diteruskan.
Pematuhan rakyat kepada arahan sepanjang PKPP dilaporkan sangat baik oleh MKN dengan peningkatan peratusan pematuhan setiap hari.
Pematuhan jemaah surau dan masjid setelah dibenarkan bersolat jemaah harian dan solat Jumaat dengan SOP juga adalah sangat baik.

Hal ini kerana tiada satu pun kes berkaitan dengan penularan di surau-surau dan masjid-masjid sepanjang tempoh ini.
Kerjasama erat terjalin di antara ahli jawatankuasa (AJK) dan anak kariah masjid atau surau dalam melaksanakan semua garis panduan yang disediakan oleh jabatan agama setiap negeri.
Semua surau dan masjid telah berusaha menyediakan alat pengimbas suhu, kod QR MySejahtera serta AJK yang memastikan setiap jemaah memakai pelitup muka dan membawa sejadah masing-masing.
Para AJK juga telah menyediakan kertas arahan, susunan sejadah dan menutup bahagian yang tidak perlu agar tiada Jemaah yang melanggar arahan SOP.
Ini semua adalah bukti rakyat Malaysia boleh berdisiplin dan berusaha untuk mematuhi SOP selama ini.
Namun begitu, dalam tempoh PKPP ini parti-parti politik seolah-olah mengkhianati usaha rakyat ini.
Mereka tidak tahu untuk berhenti berpolitik sehingga menyebabkan ketidakstabilan politik dalam kerajaan negeri dan persekutuan.
Pelbagai pihak cuba mengambil kesempatan di atas polemik politik untuk mendapat habuan kuasa dan laba masing-masing.
Tidak dinafikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang terbentuk juga adalah kesan pergelutan kuasa di kalangan pemain-pemain politik yang sama sejak 20 tahun yang lalu.
Pergelutan politik ini jugalah yang menyebabkan pilihan raya negeri (PRN) Sabah terpaksa diadakan dan sejak dari itu, sejarah hitam negara bermula dengan peningkatan kes COVID-19 mendadak.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam status Facebook terkini telah berkongsi graf kes positif COVID-19 dari awal sehingga kini.

Beliau juga menjelaskan punca kepada gelombang pertama, kedua dan ketiga COVID-19 dalam negara.
Secara tak langsung, ia juga membuktikan segala usaha kawalan dan pencegahan yang dilaksanakan oleh KKM sehingga bulan September adalah sangat berkesan.
Usaha KKM ini sebenarnya adalah gabungan usaha kawalan dan pencegahan melalui sektor kesihatan awam, rawatan dan pencegahan di hospital-hospital melalui sektor perubatan.
Setelah sekian lama, kedua-dua sektor utama KKM ini menjadi benteng utama kawalan penyakit di Malaysia, sama ada penyakit berjangkit mahupun penyakit tidak berjangkit.
Disebabkan sistem kesihatan sektor awam yang unik inilah Malaysia berjaya mengekalkan kadar jangkitan dan kadar kematian yang rendah, kerana setiap rakyat boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang komprehensif dan bersubsidi.
Disebabkan kakitangan kerajaan dalam KKM yang sedia membantu inilah mereka mudah digerakkan ke mana-mana untuk berkhidmat tanpa mengeluh dan mengadu.

Meskipun begitu, kerajaan perlu menilai semula tindakan-tindakan MKN selama ini.
Kelihatan MKN seolah-olah tidak konsisten dalam membuat keputusan meskipun mendapatkan nasihat dari KKM.

Sepanjang tempoh kempen PRN Sabah, kes COVID-19 di Sabah sedang meningkat khususnya di kawasan Timur Sabah.
Ditambah pula dengan kehadiran warga asing yang sangat ramai menyebabkan usaha kawalan dan pencegahan COVID-19 pastinya sukar.
Sistem kesihatan di Sabah juga tidak selengkap di Semenanjung dan keadaan geografi serta kekurangan kemudahan pengangkutan menambahkan lagi cabaran di sana.
Justeru, tidak hairanlah kes COVID-19 terus meningkat di Sabah dan penularan telah berlaku di dalam komuniti.
Hairannya kempen PRN Sabah tetap dibenarkan berlangsung dan tiada sekatan pergerakan pun dilaksanakan sepanjang tempoh kempen dan hari mengundi.
Banyak pergerakan masuk pengundi-pengundi, selain gerak kerja parti ke dalam dan keluar dari Sabah dalam tempoh berkenaan.
Sementelahan itu, arahan MKN berkenaan kuarantin dan saringan mereka yang pulang dari Sabah berubah-ubah sebanyak 3 kali sehinggalah apabila berlaku kes positif, baharulah MKN mewajibkan kuarantin di rumah selama 14 hari!
Akibatnya kita dapat lihat hari ini hampir 500 kes positif baharu adalah yang pulang dari Sabah dan beberapa kluster dan PKPD adalah berpunca dari kes-kes ini.
Trend kes positif dari Sabah tidak sukar untuk dikenalpasti kerana kebanyakannya adalah bergejala dan sangat ‘infectious’ kerana menjangkiti ahli keluarga, jiran dan rakan terdekat.
Kegagalan MKN mengawal keadaan negara semasa PRN Sabah adalah punca utama peningkatan kes selepas 20 September 2020.
Namun begitu, seluruh rakyat Malaysia menerima akibatnya apabila PKP diperketatkan semula.
Sepatutnya, negeri-negeri yang kurang kes positif dan tiada zon merah seperti Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Melaka tetap boleh meneruskan PKPP dengan aktiviti sosial dan ekonomi yang telah ditetapkan tetapi mereka juga dihukum sama.
Kerajaan perlu melihat kesan PKPB secara holistik yang mengambil kira bukan sahaja ekonomi yang terjejas, malah tahap kesihatan fizikal dan mental rakyat yang turut terkesan.
Meneruskan PKP dengan cara ini hanyalah suatu langkah terkebelakang , sedangkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah pun menggariskan panduan bagaimana negara boleh memulakan langkah normalisasi untuk hidup dengan COVID-19 sehingga vaksin yang berkesan ditemui.
Ayuh kembali ke jalan sebenar untuk menghadapi COVID-19, kita terpaksa hadapinya bersama dengan pelaksanaan norma baharu!
(*) Dr Mohd Ihsanuddin Abas - Ketua Unit Penyelidikan dan Penerbitan I-Medik Pusat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/di-mana-silap-laksana-semula-pkpb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lima Faktor Di Ambil Kira Oleh Kkm Sebelum Syor Laksana Pkpb

Lima Faktor Di Ambil Kira Oleh Kkm Sebelum Syor Laksana Pkpb

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 209 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia melakukan penilaian risiko dengan mengambil kira lima faktor sebelum mengesyorkan sesuatu kawasan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulla...
Laksana Pkpb Untuk Elak Situasi Lebih Buruk

Laksana Pkpb Untuk Elak Situasi Lebih Buruk

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 257 hits
Kuala Lumpur Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Semenanjung Malaysia kecuali tiga negeri dibuat ekoran peningkatan kes Covid 19 di setiap negeri itu selain terdapat keperluan untuk pendekatan lebih tegas dan berani sebelum...
Panas Tidak Berjaya Darurat Muhyiddin Laksana Pkpb Di Seluruh Semenanjung Kecuali 3 Negeri

Panas Tidak Berjaya Darurat Muhyiddin Laksana Pkpb Di Seluruh Semenanjung Kecuali 3 Negeri

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 314 hits
BOB KELANANGMajlis Keselamatan Negara memutuskan supaya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis Kelantan dan Pahang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sidang khas MKN pa...
Cadangan Laksana Semula Gst Perlu Diteliti Secara Mendalam

Cadangan Laksana Semula Gst Perlu Diteliti Secara Mendalam

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 196 hits
PUTRAJAYA Kerajaan perlu meneliti secara mendalam sebarang langkah untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan atau pelaksanaan cukai lain termasuk kesannya terhadap ekonomi kos sara hidup rakyat serta menangani kegiatan ekono...
Kaji Laksana Semula Gst Tingkat Pendapatan Negara

Kaji Laksana Semula Gst Tingkat Pendapatan Negara

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 301 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Kewangan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji pelbagai langkah meningkatkan pendapatan termasuk kemungkinan memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan menurut Maybank Investment Bank Research Dalam...
Pkpb Kelantan Polis Laksana 19 Sekatan Jalan Raya

Pkpb Kelantan Polis Laksana 19 Sekatan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 224 hits
Polis Kelantan melaksanakan 19 sekatan jalan raya melibatkan semua daerah di negeri ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang bermula hari ini Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Sharfien Mamat berkata jumlah s...
Pkpb Di Lembah Klang Tidak Gagal

Pkpb Di Lembah Klang Tidak Gagal

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 348 hits
PKPB di Lembah Klang tidak gagal Ia satu pilihan positif untuk kita seimbangkan ekonomi dan kesihatan Keberkesanannya ambil masa Semua individu perlu mainkan peranan Duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar DGHisham stayathome https...
Pkpb 516 Individu Dikompaun 49 Direman

Pkpb 516 Individu Dikompaun 49 Direman

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 217 hits
Hilmi MalikDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu seramai 516 individu telah dikompaun 49 direman manakala tiga lagi dijamin Gambar fail BERNAMA KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia telah menahan seramai 568 individu atas ...
Koleksi Masakan Sa Sepanjang Pkpb

Koleksi Masakan Sa Sepanjang Pkpb

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 289 hits
Hi korang Percaya tak sepanjang PKPB ni SA punya berat badan naik 4kg Masa ni dah 64kg dan its really make me feel worst Hahaha kawan kawan cakap takde la nampak gemuk Okey je SA rasa memang gemuk sebab baju kerja dah start sendat Sedih oii...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut