Kkm Perlu Dapatkan Hasil Data Ujian Klinikal Sebelum Beli Vaksin
                                  Kumara Sabapatty                                                                                                                                                                                                                      

Ketua  Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bercakap  pada Taklimat Khas Isu Semasa Covid-19 di Kementerian Kesihatan  Malaysia, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL,             PUTRAJAYA – Malaysia sedang menunggu keputusan data ujian  klinikal fasa ketiga vaksin yang sedang dibangunkan oleh  syarikat-syarikat farmaseutikal antarabangsa sebelum mendapatkannya  untuk pesakit Covid-19 di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata,  keputusan itu penting untuk menjamin dan memastikan vaksin yang  diperoleh berkesan dan selamat.
Katanya, setakat ini syarikat-syarikat farmaseutikal berkenaan  belum menerbitkan hasil ujian klinikal vaksin fasa ketiga untuk  membuktikan keberkesanan vaksin yang dibangunkan.
“Kita tidak kata vaksin itu tak berkesan tetapi kita belum dapat data ujian kinikal yang membuktikannya ia berkesan.
“Lagipun ketika ini hanya media yang melaporkan kononnya vaksin PFizer berkesan 90 hingga 95 peratus ke atas pesakit.
“Kita tidak boleh cepat membuat kesimpulan dan keputusan hanya  berdasarkan laporan itu, kita mahu dapatkan data ujian klinikal yang  rasmi terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut,” katanya dalam Taklimat  Khas Isu Semasa Covid-19 bersama Media di Kementerian beliau.
Beliau mengulas laporan media di luar negara dan tempatan mengenai beberapa vaksin yang dakwa dalam peringkat akhir ujian.
Menurutnya, adalah tidak adil untuk mendaftarkan pembelian sesuatu  vaksin Covid-19 semata-mata berdasarkan laporan media yang belum  terbukti keberkesanan vaksin tersebut.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, KKM perlu meneliti data  ujian klinikal yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat farmasi yang  membangunkan vaksin Covid-19.
“Kita lihat pada data vaksin bukannya syarikat mana yang cipta ubat itu dulu sebelum membeli daripada merekam,” jelasnya.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Bahagian Penyelidikan dan Sokongan  Teknikal KKM, Dr. Hishamshah Mohd Ibrahim yang turut terlibat dalam sesi  taklimat khas itu menjelaskan, terdapat puluhan yarikat farmaseutikal  terlibat dalam pembangunan vaksin Covid-19.
Katanya Jawatankuasa Dasar Vaksinasi dan pemilihan Vaksin di bawah  Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin ditubuhkan bersama KKM  dengan kerjasama Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), dan  mempunyai 20 pakar dari kerajaan dan swasta untuk menilai dan memilih  vaksin terbaik untuk negara.
Menurut beliau, analisis lebih mendalam perlu dilakukan oleh pihak  berkuasa Malaysia sebelum membeli daripada pihak luar untuk digunakan di  negara ini.
“Buat masa ini ada beberapa syarikat sudah melengkapkan fasa ketiga  kajian klinikal tetapi mereka masih wajib mengemukakan kesemua hasil  kertas kerja, data ujian berkaitan yang membabitkan lebih 1,000 muka  surat untuk diteliti.
“Namun keputusan data yang dihantar ke Lembaga Pembangunan Makanan  (FDA) Jumaat lalu hanyalah analisis bersifat interim dan vaksin Pfizer  and Moderna belum berada di tahap yang diperlukan dan memutuskan untuk  melakukan analisis interim selepas lebih 194 siri ujian untuk menentukan  hasilnya.
“Daripada analisis itu, kita akan menilai sama ada vaksin itu efektif atau sebaliknya jika digunakan untuk pesakit kita.
“Tetapi perlu ingat bahawa analisa interim itu tidak hanya  bersandarkan satu aspek sahaja, sebaliknya banyak lagi butiran lain yang  perlu diteliti,” jelas beliau.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan menilai kesemua  dokumen dan keputusan sebelum merujuk ia kepada panel pakar yang  dilantik untuk tindakan sewajarnya. – MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/kkm-perlu-dapatkan-hasil-data-ujian.html