Lawatan Ke Mardi Agrotechnology Park Langkawi Semasa Percutian Ke Langkawi


Ada banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi apabila pergi bercuti ke Pulau Langkawi.
 
Kalau kita lihat pada buku panduan yang boleh diperolehi dari airport, kita boleh lihat yang sebenarnya di Langkawi ada lebih 40 tempat menarik yang boleh kita kunjungi.
 
Rancanglah perjalanan anda apabila berada disini. Maka tak adalah masa kita hanya diluangkan untuk bershopping di kedai-kedai duti free mahupun hanya lepak santai di tepi pantai semata.
(paling tak best bila pergi bercuti tapi asyik tidur dekat hotel atau chalet sahaja)
 
Kali ini saya nak bawa anda explore salah satu tempat menarik di Langkawi yang anda patut kunjungi.
 
Tempat yang saya maksudkan adalah di MARDI Agrotechnology Park Langkawi.

Sebelum ini, saya memang tak pernah ambik tahu tentang kewujudan tempat ini. Kalau dengar dari nama MARDI itu sendiri, saya rasa macam tak ada apa yang menarik.
 
Kemudian satu hari, semasa bercuti ke Cameron Highland, saya mula melawat ke tempat bernama MARDI ini. Jemput baca posting saya sebelum ini berjudul Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland.
 
Apabila saya tahu yang dekat Langkawi pun ada MARDI juga, mula timbul rasa minat untuk mengetahui apa perbezaan antara MARDI di Cameron Highland dengan MARDI di Langkawi.
 
Berapa harga tiket masuk untuk ke MARDI Langkawi? Tahun 2019 ini merupakan kali kedua saya masuk ke MARDI Langkawi.
 
Kali pertama masuk ke sini adalah pada tahun 2018. Masa tu saya pergi bercuti ke Langkawi bersama kumpulan yang berbeza.
 
Harga tiket masuk adalah seperti dibawah ini.

Kanak-kanak dibawah umur 3 tahun – PERCUMA
Warganegara
Dewasa – RM10.00
Kanak-kanak – RM5.00
Pelancong Asing
Dewasa – RM30.00
Kanak-kanak – RM15.00
 
Boleh tahan mahal jugak kan harga yang dikenakan untuk pelancong asing. Mujurlah untuk orang tempatan, hanya perlu bayar RM10.00 sahaja.

Saya tak ingat kat mana saya simpan tiket yang saya beli masa masuk ke MARDI Langkawi itu hari. Agaknya saya terlupa nak ambil gambar. Tapi yang pasti bentuk tiket dia lebih kurang sama macam yang saya pernah ambil gambar masa lawatan ke MARDI Langkawi pada tahun 2018.
 
Bukan setakat bentuk tiket yang masih sama, harga untuk masuk pun masih lagi sama.
 
Selepas buat bayaran tiket, kita akan diminta untuk pergi ke tempat menunggu.

Ada kenderaan khas yang akan membawa kita melawat kawasan ladang yang terdapat di MARDI Langkawi ini.
 
Tak berapa lama selepas itu, kenderaan yang ditunggu-tunggu pun tiba.

Kawasan ladang buah-buahan yang terdapat dalam ini memang luas. Saya rasa kalau tak ada kenderaan ini, memang penat nak jalan-jalan dalam kawasan MARDI ini nanti.

Kebanyakkan pokok-pokok yang ditanam disini adalah pokok buah-buahan.

Eh apa tu? Buah nangka pakai spek hitam?
 
Perhentian yang pertama adalah di sini.

Tempat ini lebih kurang macam cafe.
 
Di perhentian yang pertama ini, pengunjung akan dijamu dengan hidangan buffet buah-buahan. Buah-buahan yang dihidangkan disini adalah hasil tanaman yang ada di MARDI Agrotechnology Park Langkawi ini.

Anda boleh ambil sebanyak mana yang anda mahukan. Nak makan sampai kenyang pun tak ada masalah. Cuma dekat perhentian ini kita akan berhenti lebih kurang 15 – 20 minit sahaja.

Buah yang dihidangkan adalah berbeza mengikut musim.

Kalau buah-buahan yang tak bermusim, bolehlah ia dihidangkan sepanjang masa.

Dekat cafe ini hanya menyediakan menu buah-buahan percuma. Kalau anda mahukan air minuman, atau serbuk asam pencicah, yang itu kena beli dikaunter.

Berdekatan dengan cafe ini ada kandang kambing dan dekat kawasan sekitarnya kita boleh lihat ada pelbagai pokok buah-buahan yang ditanam.

Selesai makan, kita akan dibawa ke hentian seterusnya.
 
Dekat sinilah yang ada buah nangka pakai spek hitam tadi tu. Kalau anda cukup sporting, boleh minta pegawai yang menjadi pengiring sepanjang lawatan untuk bergambar dengan buah nangka ini.
 
Bersungguh abang ni sengih masa bergambar, pada hal nanti bukannya nampak senyuman tu.

Ini contoh gambar yang terhasil.

Dekat MARDI ini juga anda boleh bergambar dengan “nanas” gergasi.

Boleh tahan besar jugak kan nanas dekat sini.
 
Dari pembacaan yang saya buat mengenai MARDI Langkawi ini, hampir 40% kawasan yang terdapat di MARDI ini ditanam dengan pokok buah-buahan bermusim dan yang tak bermusim.
 
Selain pokok buah-buahan, disini juga ada terdapat high tech vegetable garden dan juga resource centre yang menawarkan pakej pembelajaran berkenaan dengan teknik dan teknologi yang digunakan dalam bidang pertanian, terutama sekali yang berkaitan dengan penanaman pokok buah-buahan.

Di MARDI Langkawi ini juga terdapat landskap yang menarik untuk bergambar.

Disini juga ada kolam yang banyak ikan keli.

Ada sesi bagi makan ikan, dan masa ini anda boleh lihat ada banyak ikan keli pelbagai saiz, yang kebanyakkannya besar-besar belaka akan menunjukkan dirinya.

Masing-masing berebut makanan.
 
Ini pula kawasan tanaman pokok buah yang jenis memanjat.

Kalau kebetulan waktu ini pokok anggur sudah berbuah, bolehlah anda petik dan rasa sendiri macam mana rasa anggur kat sini.

Warna hijau macam ni, buah anggur sangat masam.

Kalau setakat petik sebiji tu tak ada masalah. Jangan pula anda petik banyak-banyak lepas tu buang sebab tak tahan masam.

Dapat “hadiah” dari pegawai MARDI yang mengiringi lawatan ke ladang. Boleh tahan kreatif juga kan.

Gambar atas ini diambil pada tahun 2018. Kalau pada satu-satu masa, ada ramai pengunjung yang masuk ke tempat ini, dua buah kenderaan akan digunakan dalam sesi lawatan.
 
Jadi masa untuk menunggu dapat dipendekkan.

Dekat sini ada sebuah menara tinjau yang diberi nama Shukran View.
 
Kalau anda larat, bolehlah cuba panjat.

Saya? In Shaa Allah lain kali kalau ada peluang datang ke tempat ini lagi. Mungkin masa tu bolehlah saya gagahkan diri untuk panjat menara ni.

Tak jauh dari menara tinjau ini ada kandang rusa.

Gambar ini pun saya ambil masa tahun 2018.

Bila dah habis sesi lawatan, anda boleh terus keluar dari tempat ini ataupun kalau nak jalan-jalan dulu pun boleh. Mungkin anda nak luangkan sedikit masa untuk baca informasi yang dibekalkan di tempat ini.
 
Ataupun sekadar nak bergambar juga boleh.

Pendapat saya secara peribadi, lawatan ke MARDI Langkawi ini memang sangat berbaloi.
 
Untuk masuk ke tempat ini, kita kena bayar RM10. Dari bayaran masuk tu, kita bukan setakat dapat pengalaman jalan-jalan dalam kawasan ladang, malahan kita turut dijamu dengan hidangan buffet buah-buahan tempatan.
 
Pakej boleh makan sebanyak mana sampai kenyang dalam masa yang ada.
 
Bagi anda yang belum pernah masuk ke tempat ini, saya amat syorkan anda datang ke sini. Saya rasa kalau setiap tahun nak masuk ke MARDI Langkawi ini pun tak ada masalah.
 
Selamat bercuti ke Langkawi, dan jangan lupa masukkan MARDI Langkawi sebagai salah satu destinasi untuk dikunjungi ya.
 
Anda minat nak buat tempahan pakej aktiviti semasa berada di Pulau Langkawi? Boleh rujuk harga pakej disini.
 
The post Lawatan ke MARDI Agrotechnology Park Langkawi semasa percutian ke Langkawi appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/mardi-agrotechnology-park-langkawi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Snorkeling Di Pulau Payar Marine Park Langkawi

Pengalaman Snorkeling Di Pulau Payar Marine Park Langkawi

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 828 hits
Dalam percutian selama 5 hari 4 malam saya ke Pulau Langkawi aktiviti snorkeling di Pulau Payar adalah merupakan aktiviti utama yang saya dan isteri telah rancang untuk lakukan Kalau dalam percutian sebelum ini kami buat aktiviti Island Hop...
Percutian Ke Pulau Langkawi Selama 5 Hari 4 Malam

Percutian Ke Pulau Langkawi Selama 5 Hari 4 Malam

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 699 hits
Siapa suka pergi bercuti ke Pulau Langkawi kita geng Boleh dikatakan setiap tahun saya akan datang bercuti ke Pulau ini Kadang kadang orang dekat sekeliling bertanya best sangat ke Pulau Langkawi tu Saya tak tahu nak jawab macam mana Cuma p...
Apa Yang Anda Perlu Tahu Jika Anda Puasa Melancong Semasa Ramadan

Apa Yang Anda Perlu Tahu Jika Anda Puasa Melancong Semasa Ramadan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 374 hits
Melancong telah menjadi sebahagian besar dalam gaya hidup kita jadi ia tidak dapat dielakkan bagi sesetengah daripada kita telah merancang percutian yang mungkin bertindih dengan bulan Ramadan Berikut adalah tip tip yang perlu dipertimbangk...
Tips Dan Cara Elak Susu Merudum Semasa Berpuasa

Tips Dan Cara Elak Susu Merudum Semasa Berpuasa

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 305 hits
Salam Ramadhan Al Mubarak Selamat berpuasa pada semua umat Islam yang berpuasa Puasa tahun ini saya menyahut cabaran lagi pabila berpuasa sambil mengepam dan menyusukan 2 orang anak Setakat ni Alhamdulillah dapat dijalani dengan baik sekali...
Jangan Lupa Janji Manifesto Kerana Desakan Semasa Anwar

Jangan Lupa Janji Manifesto Kerana Desakan Semasa Anwar

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 408 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata pemimpin Pakatan Harapan tidak boleh melupakan janji janji manifesto pilihan rayanya akibat desakan semasa Berucap dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2019 hari ini Anwar berkata PH harus mengakui gabungan it...
Terkini Lelaki Bertopeng Ceroboh Masjid Di London Lepaskan Tembakan Kepada Jemaah Semasa Solat Terawih

Terkini Lelaki Bertopeng Ceroboh Masjid Di London Lepaskan Tembakan Kepada Jemaah Semasa Solat Terawih

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 448 hits
Terkini Lelaki Bertopeng Ceroboh Masjid Di London Lepaskan Tembakan Kepada Jemaah Semasa Solat Terawih Sebuah masjid di London kini berada dalam kawalan ketat pihak polis setelah seorang lelaki menceroboh ke dalam masjid dan melepaskan satu...
Kali Terakhir Jho Low Hubungi Saya Semasa Rundingan Ecrl Daim

Kali Terakhir Jho Low Hubungi Saya Semasa Rundingan Ecrl Daim

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 416 hits
foto sumber internetDaim Zainuddin mendakwa Jho Low menawarkan bantuan berhubung perbincangan dengan Beijing mengenai projek Rel Keretapi Pantai Timur namun perkara itu dinafikan jurucakap ahli perniagaan yang kini dalam buruan itu Kali ter...
Puasa Semasa Kembara Lebih Mudah Di Tune Hotel Klia2

Puasa Semasa Kembara Lebih Mudah Di Tune Hotel Klia2

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 487 hits
Kredit tunehotels com Bulan Ramadan yang mulia sudah tiba dan sepertimana pantasnya bulan mulia ini tiba kita sudah memasuki hari keempat berpuasa Bagaimana Adakah badan anda sudah terbiasa dengan jadual makan baru anda Harap harapnya sudah...
Pengalaman Menginap Di Labu Labi Residence Tanjung Rhu Pulau Langkawi

Pengalaman Menginap Di Labu Labi Residence Tanjung Rhu Pulau Langkawi

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 1025 hits
Kalau anda nak pergi bercuti ke Pulau Langkawi kat mana agaknya lokasi yang anda akan pilih untuk dijadikan tempat menginap Sebelum ini saya akan pilih untuk menginap di sekitar Pantai Chenang Seperti yang kita semua sedia maklum suasana di...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan