Lapar Minta Susu Dah Kenyang Susu Tak Nak Makan Ibu Ayah Jangan Biar


Situasi yang sering berlaku. Apabila anak lapar minta dibancuhkan susu. Namun apabila diberikan susu & kenyang susu makanan tidak dijamah/tidak berminat pula. Ibu ayah jangan biarkan situasi ini berlarutan, tidak elok untuk perkembangannya.
Dr Aimi Jaafar berkongsi mengenai kebiasaan yang berlaku di mana kanak-kanak 2 tahun ke atas. Hal ini jika dibiarkan berlarutan akan memberikan kesan negatif kepada tumbesarannya kerana pemakanan tidak seimbang.
Dr Aimi juga turut mencadangkan lapan cara yang boleh dilakukan untuk membantu si kecil beradaptasi dengan makanan dan susu. Beliau mencadangkan anak berusia 2 tahun beralih kepada susu segar / penuh krim / susu tanpa gula.
“ANAK TAKNAK MAKAN, NAK MINUM SUSU SAJA” Ciri-ciri anak (lebih 2 tahun) minum susu terlalu banyak (kebiasaannya)
1. Minum susu lebih 3 botol sehari untuk anak lebih 2 tahun. Kalau dah 3, 4 tahun tu lagi lah kena kurang susunya. Paling pun 1 -2 botol sehari.
2. Bila lapar minta susu, dah kenyang susu, taknak makan.
3. Selalu berhingus / batuk berkahak.
4. Terlalu memilih makanan, hujung-hujungnya kena kasi susu juga.
5. Sembelit.
6. Kulit yang kering dan gatal.
TIP & CARA TANGANI #1. Berikan kata dua pada anak. Makan dulu baru susu. Selagi tak makan, tak ada susu.
#2. Ibu bapa harus sepakat dan hati kental. Jangan ada yang mengalah bila tengok anak menangis dan protes enggan makan.
#3. Bila anak dah rasa sendiri yang dia lapar kalau tak makan, dan susu tak ada sebagai pengganti makanan, anak akan belajar untuk makan.
#4. Berikan 2 menu makanan, dan berikan anak kuasa untuk memilih. Contohnya, “Abang nak makan nasi ayam atau bihun sup malam ni?”. Jangan tanya terlalu umum seperti “Abang nak makan apa malam ni?”, nanti dia jawab nak aiskrim pula hehehe.

#5. Pilih susu segar / penuh krim / susu tanpa gula. Anak tak perlukan lagi susu formula setelah 2 tahun ke atas. Nutrisi akan diperoleh dari pemakanan yang sihat.
#6. Ajar anak minum susu dalam cawan. Kalau anak bergantung pada botol untuk tidur, berikan hanya untuk tidur. Boleh kurangkan jumlah sedikit demi sedikit.
#7. Berikan masa yang spesifik di mana anak seharusnya berhenti botol. Contohnya dari awal harus katakan pada anak “Abang bila dah masuk 3 tahun, tak perlu susu botol dah. Abang dah besar, boleh minum dari cawan saja macam ibu”. Selalu ingatkan, sampailah pada hari tersebut, harus terus berhenti.
Beli lah cawan dengan design paling disukainya sebagai motivasi. Kalau anak belum bersedia, boleh anjakkan tapi berikan syarat seperti kurangkan jumlah / jarakkan selang sehari. Sehingga anak boleh terima dan rasakan sebenarnya botol itu tak penting.

#8. Tapi jangan la pula gantikan susu dengan makanan instant seperti roti, biskut dan jajan. Lagi kurang nutrisi anak nanti. Kalau susah nak sediakan makanan khas untuk anak, berikan apa yang kita makan.
Biasanya anak-anak akan lebih cepat lapar berbanding kita yang dewasa, sentiasa sediakan makanan sihat / buah-buahan untuk dikunyah.

PEMAKANAN SIHAT PENTING BAGI KANAK-KANAK Rasanya sudah banyak info mengenai susu. Yang penting ibu bapa harus ingat, kita nak besarkan anak-anak jadi pemakan makanan sihat, dan seterusnya jadi manusia yang sihat. Bukan peminum susu sehingga besar, dengan masalah kesihatan yang berulang-ulang.
Targetlah setelah 2 tahun, berhenti susu. Kalau masih perlukan susu atas sebab-sebab tertentu, pastikan MAKANAN SIHAT DIDAHULUKAN.
Setuju ke tak?
Sumber: Aimi Jaafar
Artikel berkaitan: Buntu Anak Picky Eater? 6 Cara Ini Buat Anak Seronok Nak Makan Tanpa Perlu Di Paksa!

The post Lapar Minta Susu, Dah Kenyang Susu Tak Nak Makan. Ibu Ayah Jangan Biar! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lapar-minta-susu-dah-kenyang-susu-tak-nak-makan-ibu-ayah-jangan-biar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Turunkan Jaundis Anak Tasha Manshahar Beri Susu Ibu 2 Jam Sekali

Nak Turunkan Jaundis Anak Tasha Manshahar Beri Susu Ibu 2 Jam Sekali

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 395 hits
Bayi baru lahir akan melalui fasa jaundis penyusuan susu ibu cara terbaik untuk menurunkan paras kuning pada bayi seperti yang dilakukan oleh Tasha Manshahar ini Penyanyi Tasha Manshahar yang pada 21 Mei lalu berkongsi tentang keadaan si ke...
7 Tabiat Yang Merosakkan Anak Ibu Ayah Jangan Salah Didik Anak Ya

7 Tabiat Yang Merosakkan Anak Ibu Ayah Jangan Salah Didik Anak Ya

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 299 hits
Mempunyai anak merupakan salah satu perubahan yang besar dalam hidup dan serta merta anda ada tanggungjawab untuk didik anak menjalani kehidupannya Ini merupakan cabaran yang hebat kerana hakikatnya ia bukanlah satu perkara yang mudah Keban...
Ayah Jangan Malu Suap Anak Makan Peluklah Anak Jangan Biarkan Anak Tidur Dengan Jiwa Kosong

Ayah Jangan Malu Suap Anak Makan Peluklah Anak Jangan Biarkan Anak Tidur Dengan Jiwa Kosong

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 811 hits
Peranan seorang ayah sebagai ketua keluarga sangat penting Jika ayah mengambil berat apa yang berlaku setiap hari dirumah pasti keluarga tersebut menjadi sebuah keluarga yang harmoni Penglibatan ayah dalam mendidik dan menjaga anak anak jug...
Jangan Mengeluh Anak Suka Mengempeng Sebenarnya Bagus Untuk Banyakkan Susu Ibu

Jangan Mengeluh Anak Suka Mengempeng Sebenarnya Bagus Untuk Banyakkan Susu Ibu

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 353 hits
Menjadi satu kegusaran kepada para ibu yang menyusukan jika susu badan kurang Tertanya tanya cukupkah susu untuk anak Bertenang ya ibu anda boleh selesaikan masalah ini dengan mengenal pasti sebab ia berkurangan Biasanya susu badan menjadi ...
Mak Pegang Mop Anak Pun Sibuk Nak Mop Jangan Rimas Biar Dia Belajar

Mak Pegang Mop Anak Pun Sibuk Nak Mop Jangan Rimas Biar Dia Belajar

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 652 hits
Pernah tak bilaanda nak mop lantai anak pun sibuk nak mop juga Ya anda bukanlah orang pertama yang rasa anak mungkin menyibuk Tapi ketahuilah ia adalah proses yang perlu dilalui untuk menjadi anak yang sukakan kebersihan dan kekemasan Prose...
Lapar Selalu Tak Bermakna Susu Ibu Tak Cukup Newborn Menyusu 12 15 Kali Sehari

Lapar Selalu Tak Bermakna Susu Ibu Tak Cukup Newborn Menyusu 12 15 Kali Sehari

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 369 hits
Bayi baru lahir kerap menyusu menimbulkan tanda tanya kepada para ibu bapa orang sekeliling Adakah sebenarnya dia sedang kelaparan disebabkan oleh susu ibu tidak mencukupi Ini penjelasan kaunselor laktasi Menurut Kaunselor Laktasi Bertaulia...
Ketika Mendidik Anak Ibu Ayah Juga Ada Silapnya Jangan Ego Untuk Mengaku Dan Mohon Maaf Pada Mereka

Ketika Mendidik Anak Ibu Ayah Juga Ada Silapnya Jangan Ego Untuk Mengaku Dan Mohon Maaf Pada Mereka

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 351 hits
Ketika membesarkan anak anak kita mahukan yang terbaik buat mereka Sedarkah anda kita juga ada berbuat salah Dalam usaha membentuk sahsiah anak anak kita alpa dan tidak sedar bahawa kita juga tidak sempurna Lihat senarai yang Pa Ma kongsika...
Anak Langsung Tak Nak Makan Nasi Mama Jangan Rasa Stress Boleh Gantikan Dengan Makanan Lain

Anak Langsung Tak Nak Makan Nasi Mama Jangan Rasa Stress Boleh Gantikan Dengan Makanan Lain

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 576 hits
Sememangnya ada di kalangan anak anak kita yang tidak suka makan nasi Malah langsung tidak boleh terima nasi dalam menu harian mereka Rungsing ibu dibuatnya bila anak anak tidak mahu langsung menjamah nasi seperti anak anak lain Sihatkah me...
Bayi 1 Tahun Ke Atas Ibu Nak Bagi Fresh Milk Doktor Sarankan Susu Ini

Bayi 1 Tahun Ke Atas Ibu Nak Bagi Fresh Milk Doktor Sarankan Susu Ini

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 905 hits
Susu yang TERBAIK untuk bayi sudah tentunya susu ibu Itu tak boleh di sangkal lagi oleh mana mana kajian di dunia Tetapi kita semua akur ada banyak keadaan di mana ibu tak dapat nak menyusukan bayi setelah berusaha dan berikhtiar maka nak t...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah