Ayah Jangan Malu Suap Anak Makan Peluklah Anak Jangan Biarkan Anak Tidur Dengan Jiwa Kosong


Peranan seorang ayah sebagai ketua keluarga sangat penting. Jika ayah mengambil berat apa yang berlaku setiap hari dirumah pasti keluarga tersebut menjadi sebuah keluarga yang harmoni.
Penglibatan ayah dalam mendidik dan menjaga anak-anak juga boleh menjadikan anak-anak lebih bijak. Luangkan masa anda untuk mendidik dan mengambil tahu tentang anak-anak setiap hari.
[Baca: Suami Mana Tak Sedih Bila Tak Dapat Bagi Apa-Apa Pada Isteri, Tapi Isteri Tak Kisah]
mudah- mudahan ada kebaikan sesama kita sebagai ibu bapa. Aameen.
Sedikit petua untuk rapatkan hubungan dengan anak yang masih kecil.
1) Makan bersuap
Saya dan ratu hati amalkan walaupun anakanda Umar kini sudah menganjak usia 6 tahun. Bagi kami, timbul rasa kepuasan bila anak- anak disuap makan. Ada yang mengatakan, sampai bila anak hendak disuap? Biarkan mereka makan dengan sendiri. Lagi cepat mereka berdikari. Lagi cepat mereka matang. Ini jawapan saya. Anak- anak bukan selamanya kecil. Mereka akan dewasa. Lambat laun mereka tak akan pedulikan suapan tangan kita. Sambil bersuap sambil berzikir. Selagi mana suapan kita diperlukan untuk anak-anak, teruskan. PERCAYALAH, anak kita tak akan selamanya mahu di suap.

2) Baby carrier
Ada 3 biji di rumah saya. Namun, saya jarang menggunakannya. Ada yang mengatakan anak- anak akan selesa bila memakaikannya. Iya, mungkin benar. Tapi saya sendiri lebih selesa dukung anak walaupun berat anak makin bertambah. Bagi saya satu je, takpelah. Waktu ini kita bersusah payah mendukung mereka. Terasa rapat dakapan kita untuk anak- anak. Akan tiba saat jika kita panjang umur, waktu kita sudah uzur mudah- mudahan perkara yang sama akan berulang dengan anak akan dukung kita.
3) Basuh berak
Saya tak akan benarkan ratu hati saya membasuh berak anak- anak. Melainkan jika saya tiada di rumah. Anak- anak akan berlari mendapatkan saya jika mereka berak. Amalkan perkara ini. Nampak simple, tapi kesan saya dapat rasakan sekarang. Anak- anak sangat rapat dengan kita.
4) Jangan biarkan anak- anak tidur dengan jiwa yang kosong
Pastikan mereka mendapat halwa telinga yang bermanfaat. Dendangkan anak- anak dengan ayat- ayat yang melembutkan hati dan jiwa. Bukan sahaja mempercepatkan masa tidur anak- anak, tetapi untuk kesan jangka yang panjang akan merubah sikap dan perwatakan anak- anak. Pastikan Al-Fatihah (الفاتحة), surah Toha (طه), ayat Kursi dan ayat- ayat Al-Quran yang lain tidak dilupakan. Khasiatnya amat besar untuk makanan jiwa anak- anak.

Ambillah seberapa banyak masa dengan anak- anak. Di waktu mereka masih memerlukan kita. Tataplah wajah. Tenunglah mereka sepuasnya sebelum akan datang waktu mereka dewasa. Sebelum sampai masa mereka sibuk untuk mengisi keperluan duniawi mereka.
Kepada ibu dan bapa. Tak akan selamanya kita akan lelah. Anak- anak akan membesar. Berlelah- lelahlah kita untuk amanah Allah ini. Kerana tiada pengorbanan yang sia- sia disisi Allah Maha ESA.
*Saya minta maaf andai perkongsian ini ada merencatkan pembacaan sahabat. Moga apa yang baik boleh kita kongsikan bersama. Segalanya milik Allah. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha. Moga kita tergolong ke arah kebaikan yang berpanjangan.
Abi Umar, Al Fateh dan Anas
Menyayangi untuk disayangi.
Sumber: Wan Kamarul Wan Salim

The post Ayah Jangan Malu Suap Anak Makan, Peluklah Anak! Jangan Biarkan Anak Tidur Dengan Jiwa Kosong appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ayah-jangan-malu-suap-anak-makan-peluklah-anak-jangan-biarkan-anak-tidur-dengan-jiwa-kosong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Tabiat Yang Merosakkan Anak Ibu Ayah Jangan Salah Didik Anak Ya

7 Tabiat Yang Merosakkan Anak Ibu Ayah Jangan Salah Didik Anak Ya

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 299 hits
Mempunyai anak merupakan salah satu perubahan yang besar dalam hidup dan serta merta anda ada tanggungjawab untuk didik anak menjalani kehidupannya Ini merupakan cabaran yang hebat kerana hakikatnya ia bukanlah satu perkara yang mudah Keban...
Lapar Minta Susu Dah Kenyang Susu Tak Nak Makan Ibu Ayah Jangan Biar

Lapar Minta Susu Dah Kenyang Susu Tak Nak Makan Ibu Ayah Jangan Biar

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 495 hits
Situasi yang sering berlaku Apabila anak lapar minta dibancuhkan susu Namun apabila diberikan susu kenyang susu makanan tidak dijamah tidak berminat pula Ibu ayah jangan biarkan situasi ini berlarutan tidak elok untuk perkembangannya berkon...
Anak Langsung Tak Nak Makan Nasi Mama Jangan Rasa Stress Boleh Gantikan Dengan Makanan Lain

Anak Langsung Tak Nak Makan Nasi Mama Jangan Rasa Stress Boleh Gantikan Dengan Makanan Lain

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 576 hits
Sememangnya ada di kalangan anak anak kita yang tidak suka makan nasi Malah langsung tidak boleh terima nasi dalam menu harian mereka Rungsing ibu dibuatnya bila anak anak tidak mahu langsung menjamah nasi seperti anak anak lain Sihatkah me...
Pakar Psikologi Larang 7 Ayat Ini Mak Ayah Jangan Cakap Pada Anak

Pakar Psikologi Larang 7 Ayat Ini Mak Ayah Jangan Cakap Pada Anak

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 441 hits
Merajuk teruk nampaknya anak aku yang seorang tu Aku ada tersalah cakap ke masa marah dia tadi Ish tapi takkan marah sikit pun tak boleh Apa tips komunikasi dengan anak supaya dia lembut hati ya Sebagai ibu bapa biasanya kita menganggap apa...
Maafkan Mama Sayang Tinggalkan Anak Pada Pengasuh Ketika Bekerja Mama Jangan Biarkan Perasaan Berlebih Lebihan

Maafkan Mama Sayang Tinggalkan Anak Pada Pengasuh Ketika Bekerja Mama Jangan Biarkan Perasaan Berlebih Lebihan

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 447 hits
Hati ibu mana yang tidak sayu dan bersalah sebaik menghantar anak pada pengasuh atau taska Rasa bersalah kerana terpaksa meletakkan pada jagaan orang lain demi mencari rezeki Dalam hati menangis yang teramat sangat bila sebahagian masa anak...
Geli Kotor Bahaya Sebelum Nak Suap Anak Dengan Sudu Kedai Makan Pastikan Basuh Dahulu

Geli Kotor Bahaya Sebelum Nak Suap Anak Dengan Sudu Kedai Makan Pastikan Basuh Dahulu

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 581 hits
Banyak benda yang berada disekeliling kita sebenarnya terdedah kepada kuman dan virus Terkadang kita terlupa sekecil kecil perkara boleh membahayakan kesihatan anak anak Baca Nak makan kat kedai pastikan basuh dulu sudu dan garfu yang terse...
Jangan Sesuka Hati Suap Makanan Pada Anak Orang Pakar Pemakanan Cakap Ada Kesan Buruknya

Jangan Sesuka Hati Suap Makanan Pada Anak Orang Pakar Pemakanan Cakap Ada Kesan Buruknya

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 341 hits
Tabiat suka suap makanan pada mulut anak orang lain mungkin dianggap perkara biasa di kalangan masyarakat Tapi awas sebab ia ada kesan buruknya Comelnya anak kau ni Geram aku Takpe kan aku bagi dia sikit kek ni Kesian pulak tengok dia telan...
Jangan Main Bagi Je Suplemen Periksa Dulu Sebelum Bagi Anak Dan Mak Ayah Kita Dr Izzar Kongsi Tip

Jangan Main Bagi Je Suplemen Periksa Dulu Sebelum Bagi Anak Dan Mak Ayah Kita Dr Izzar Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 552 hits
Ibu mana yang tak mahu berikan yang terbaik buat anak anaknya Kalau boleh semua produk dan suplemen kita nak beli demi memastikan mereka sihat dan bijak Begitu juga orang tua kita Lega hati kita bila dapat pastikan mereka sentiasa sihat wal...
Ketika Mendidik Anak Ibu Ayah Juga Ada Silapnya Jangan Ego Untuk Mengaku Dan Mohon Maaf Pada Mereka

Ketika Mendidik Anak Ibu Ayah Juga Ada Silapnya Jangan Ego Untuk Mengaku Dan Mohon Maaf Pada Mereka

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 351 hits
Ketika membesarkan anak anak kita mahukan yang terbaik buat mereka Sedarkah anda kita juga ada berbuat salah Dalam usaha membentuk sahsiah anak anak kita alpa dan tidak sedar bahawa kita juga tidak sempurna Lihat senarai yang Pa Ma kongsika...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025