Laksa Johor Mudah Dan Sedap Dengan Periuk Noxxa




Teringat masa bekerja dulu, setiap kali jamuan hari raya di tempat saya bekerja pasti ada laksa Johor. Maklum boss kami ketika itu Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor berasal dari Johor. Tapi itulah, masa tu tak ada lah saya hargai sangat keenakannya. 
Cuma bila dah bersara, barulah rindukan keenakan laksa Johor yang sedap seperti yang biasa makan di majlis jamuan raya. Saya yang bukan orang Johor pun makan menambah nambah kerana kesedapannya. 
Sekarang baru tahu, rupanya susah nak mendapatkan laksa johor yang sedap. Pernah saya teringin nak makan, jadi saya order dari seorang peniaga yang berasal dari Johor. Itu pun atas syor seorang kawan yang juga berasal dari Johor. Harganya memang lah mahal tapi rasanya sedikit lari. Memang tak sama dengan yang biasa dimakan bertahun tahun. 
Order juga dari seorang Chef terkemuka yang dijual dalam bentuk pes segera. Pun rasanya tak sama dengan yang dihidangkan masa jamuan raya. Laksa Johor yang dihidangkan mesti menepati citarasa Gabenor kami. Itu sebab sangat sedap.


Resipi hari ini saya belajar dari seorang blogger yang dulu berniaga laksa Johor dan jualannya mendapat pujian ramai pembelinya. Saya mengikut cara cara penyediaan serta tips yang diberikan. 
Alhamdulillah ramai yang telah mencuba resipi ini dan memberi maklumbalas yang ianya sangat sedap dan mendapat pujian suami dan keluarga. Kata orang Johor, laksa Johor tidak menggunakan kacang panjang sebagai ulaman, tapi sebab saya suka kacang panjang, saya masukkanlah. Kita boleh guna apa apa yang sesuai dengan selera kita. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa melihat video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI.  Selamat mencuba...


Laksa Johor Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:½ paket spaghetti - 250 gram½ kg ikan sardin/selayang/kembung3 sudu besar rempah kari ikan Babas - 35 gram2 sudu besar cili kering kisar1 cawan santan pekat4 cawan air - 1 liter½ cawan minyak masak½ sudu besar kerisik - guna 1 sudu besar½ sudu besar garam1 kiub ikan bilis
Bahan kisar:3 batang serai1 inci halia1 inci lengkuas2 ½ biji bawang besar3 sudu besar udang kering - 35 gram
Ulam ulam:Timun - hiris bulatTaugehDaun kesum/daun selasih - hirisKacang panjang - potong halusLimau kasturi - belah 2Lobak asin - cincang
Cara cara:Ikan dibersihkan dan direbus. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air rebusan ikan tadi. Ketepikan. Kisar pula tulang dengan air rebusan dan tapis. Nota: jika menggunakan periuk Noxxa, rebus ikan (buang kepala dan ekor) selama 35-40 minit. Kisar sekali dengan tulang dan sedia untuk digunakan.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan sedikit air dan tumis lagi kira-kira 5 minit.
Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai terbit minyak. Setelah terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar dengan 700 ml air. Kacau rata.
Masukkan santan. Setelah mendidih, masukkan kerisik, garam dan kiub ikan bilis. Jika kuah terlebih pekat, boleh tambah air.

Nota:Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai. Tambah lagi 300 ml air rebusan.

Spaghetti:Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sehingga hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Tos air nya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.
Ulam ulam:Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka selasih, boleh masukkan juga. Nota: Versi Johor tak ada kacang panjang, saya letak sebab saya suka.

Sambal Belacan:Cili kering - rebusBelacan bakar
Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.

Cara menghidangMasukkan spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan.


Rebus Spaghetti Menggunakan Periuk Noxxa
Tuang air sehingga paras 2/5 dalam innerpot. Masukkan ½ sudu besar garam dan 2 sudu besar minyak supaya spagheti tak melekat. Masukkan spaghetti.

Tekan fungsi RICE, set 9 minit. Selepas 9 minit, OFF kan suis, keluarkan tekanan sampai habis.
Buka penutup dan toskan spaghetti. Bilas dengan air sejuk supaya spaghetti kenyal cantik dan tak lekat.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/09/laksa-johor-mudah-dan-sedap-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rendang Ayam Sedap Memasak Menggunakan Periuk Vantage

Rendang Ayam Sedap Memasak Menggunakan Periuk Vantage

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 269 hits
Alhamdulillah malam tadi saya dan kawan kawan alumni telah selamat tiba di rumah masing masing selepas JJCM dengan menaiki ETS dari KL Sentral ke Butterworth Sangat selesa dengan menaiki kelas business dan disediakan sekali makan minuman pa...
Ringkas Tapi Boleh Masak Macam Macam Aneka Resipi Telur Dadar Mudah Sedap

Ringkas Tapi Boleh Masak Macam Macam Aneka Resipi Telur Dadar Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 263 hits
Nama je Telur Dadar tapi macam macam menu boleh diolah dan disediakan Semua orang suka menu telur dadar ni Sedap malah sangat mudah nak masak Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas panas tapi nak ubah sedikit rasanya supaya lebih seda...
Resipi Sup Telur Yang Mudah Sedap Cepat Masak

Resipi Sup Telur Yang Mudah Sedap Cepat Masak

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 209 hits
Sup Telur memang sangat mudah disediakan Ia merupakan salah satu menu yang menyihatkan yang tidak memerlukan kos yang banyak untuk dimasak Selain itu ia juga sesuai untuk kanak kanak terutamanya bagi yang picky eater susah nak makan nasi da...
Sedap Makan Panas Panas Resipi Mudah Roti Butut Bakar Mok Rare

Sedap Makan Panas Panas Resipi Mudah Roti Butut Bakar Mok Rare

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 341 hits
Buat roti bakar itu dah biasa Apa kata kali ini RASA kongsikan satu resipi roti bakar yang paling sedap iaitu roti butut bakar mok rare Resipi yang dikongsi Afy AL Habibi ini memang sangat nostalgia kerana menghargai sajian tradisi yang kia...
Pajeri Terung Mudah Dan Sedap

Pajeri Terung Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 276 hits
Salah satu lauk tambah nasi yang sedap digandingkan dengan ikan goreng ikan masin atau apa sahaja yang digoreng rangup Pajeri Terung atau apa saja jenis Pajeri sedap kalau ada lauk tersebut dipadankan dengan sambal belacan Aduh teringat ing...
Resipi Cheesetart Mudah Dan Sedap

Resipi Cheesetart Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 270 hits
Bahan bahan Shell tart boleh beli kt shopee senang boleh terus buat cheese dia link Shell tart Cheese 500g Cream cheese 1 sudu besar mentega 2 biji kuning telur 100 gram gula aisingCara cara 1 masukkan gula aising dan Cream cheese kemudian ...
One Pot Macaroni Yang Sedap Dan Mudah

One Pot Macaroni Yang Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 225 hits
Betul ke boleh masak macaroni dalam one pot je tak payah rebus dan tapis dan kemudian masak hahahah jawapanya mestilah boleh kan Nama dia One Pot Macaroni atau One Pot Pasta Alah kita buat dia Actually masak ni adalah perkara simple yang su...
Ayam Goreng Kunyit Yang Mudah Dan Sedap

Ayam Goreng Kunyit Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 267 hits
Alhamdulillah saya gembira sangat bila anak saya Nana membuat keputusan untuk menghantar Aliya Hajar ke rumah kami setiap hari Walaupun ada pembantu rumah yang menjaga Aliya saya gembira untuk sama sama menjaga Aliya Setiap kali tiba waktu ...
Mudah Sedap Wajib Cuba Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak Fb

Mudah Sedap Wajib Cuba Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak Fb

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 231 hits
Di media sosial terdapat banyak resipi resipi viral yang menarik perhatian kita untuk mencubanya Semuanya sangat mudah disediakan sedap dan sesuai disajikan buat keluarga tercinta Rata rata resipi yang viral ini adalah resipi harian mudah y...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi