Rendang Ayam Sedap Memasak Menggunakan Periuk Vantage



Alhamdulillah malam tadi, saya dan kawan kawan alumni telah selamat tiba di rumah masing masing selepas JJCM dengan menaiki ETS dari KL Sentral ke Butterworth. 
Sangat selesa dengan menaiki kelas business dan disediakan sekali makan, minuman panas, air minuman dalam botol dan juga snack seperti sandwich dan kekacang. 
Cuma makanan yang dihidang semalam iaitu nasi beriani dan ayam masak merah, memang tak sedap. Dalam hati saya terfikir, apa sebenarnya dalam fikiran tukang masak ketika memasak lauk ayam masak merah ini. Memang disengaja masak ala kadar tanpa ikut macam mana rasa sebenar ayam masak merah atau macam mana. 
Maklumlah ayam masak merah ini sangat popular di Malaysia terutama di majlis kahwin, jadi pastinya semua orang tahu macam mana rasanya ayam masak merah. Hahaha marah betul saya malam tadi.  
Kalau tak tahu memasak, tak perlulah memasak sebab walaupun free tapi tetap ianya dibayar sekali dalam harga tiket kan. OK lah setakat ini dahulu, kita masuk pula bab resipi. 
Haa hari ini saya tayangkan sekali, periuk yang saya gunakan untuk memasak ayam masak rendang. Sebenarnya saya dah lama tak memasak menggunakan periuk kerana lebih suka menggunakan kuali. Tapi untuk rendang hari ini, saya menggunakan periuk tahan lekat Vantage. Best sangat periuk ni kerana ianya ringan dan mudah dipegang dan diangkat walaupun dengan sebelah tangan.
Harganya pula sangat mampu milik. Untuk koleksi Dato Sri Siti Nurhaliza siri, terdapat 3 dalam 1. Saiz yang memang sesuai untuk digunakan dalam masakan seharian. Dapat pula, pelbagai free gift seperti apron, gloves, silikon handle dan silikon ladle. 
Haa jangan tak tahu Vantage juga menpunyai produk pinggan mangkuk porcelain yang sangat cantik dan tahan. Malahan kualitinya setanding dengan pinggan mangkuk porcelain luar negara tapi dengan harga yang jauh lebih rendah. 
Saya memang peminat pinggan mangkuk. Kesemuanya diimport dari luar negara. Tapi bila kali pertama melihat corak dan design pinggan mangkuk mereka, saya terus jatuh cinta. 
Satu lagi yang saya sangat terpikat ialah bahan yang digunakan adalah bahan yang halal. Bak kata owner Vantage, ini produk saya di mana ianya akan diwarisi oleh anak anak saya kelak. Jika ianya tidak berkualiti, bagaimana dengan masa depan business saya. 
Saya pernah melihat sendiri mereka membuat demo di mana dua pinggan dihempas dan berlanggar satu sama lain dengan kuat. Hmm tak ada apa apa pun. Tak ada pecah pun. 

Saya suka menyediakan rendang ayam kalau kehabisan idea apa yang nak dimasak. Pertama kerana ianya cukup senang dan bahan mudah. Kedua, kerana rasanya sedap dan menjadi kegemaran keluarga. Kalau tak ada ketupat lemang, makan dengan nasi putih biasa pun sedap. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Rendang Ayam Mudah dan CepatOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ekor ayam½ kg santan3 asam keping2 sudu besar kerisik1-2 helai daun kunyit - hiris halus5 biji bawang merah - hiris4 ulas bawang putih - hirisGaram
Bahan kisar:1 biji bawang besar5 biji bawang mera1 inci kunyit hidup2 inci halia1 inci lengkuas2 batang serai
Cara cara:Masukkan semua sekali bahan kecuali kerisik dan daun kunyit ke dalam kuali.
Masak sehingga terbit minyak dan hampir kering. Masukkan kerisik dan daun kunyit.

Masak lagi sehingga kering yang disukai. Boleh sesuaikan rasa masam dan masin secukupnya. Tutup api.

Nota:Boleh guna kelapa parut goreng untuk ganti kerisik jika suka rendang jenis kering untuk makan dengan ketupat.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/09/rendang-ayam-sedap-memasak-menggunakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Nasi Ayam Sedap Bak Hang

Resepi Nasi Ayam Sedap Bak Hang

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 256 hits
RESEPI NASI AYAM SEDAP BAK HANGBAHAN REBUS AYAM1 ekor ayam dipotong 82 ulas bawang putih ditumbuk halus2 cm halia ditumbuk halus1 kiub ayamAir secukupnyaBAHAN PERAP AYAM1 sudu besar kicap pekat1 sudu besar sos tiram1 cm halia ditumbuk halus...
Laksa Johor Mudah Dan Sedap Dengan Periuk Noxxa

Laksa Johor Mudah Dan Sedap Dengan Periuk Noxxa

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 310 hits
Teringat masa bekerja dulu setiap kali jamuan hari raya di tempat saya bekerja pasti ada laksa Johor Maklum boss kami ketika itu Tan Sri Zeti Akhtar Aziz Gabenor berasal dari Johor Tapi itulah masa tu tak ada lah saya hargai sangat keenakan...
Resepi Sambal Ayam Cili Padi Sedap Dan Mudah

Resepi Sambal Ayam Cili Padi Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 238 hits
Resepi Sambal Ayam Cili Padi Sedap dan MudahBahan bahanSetengah ekor ayam 4 biji cili hijau besar 5 biji cili padi hijau 3 biji cili padi merah 4 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Sedikit belacan Sebijik bawang besarGaram dan gulaSediki...
Nasi Kukus Ayam Berempah Sedap Seksyen 7 Shah Alam

Nasi Kukus Ayam Berempah Sedap Seksyen 7 Shah Alam

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 247 hits
Sekali kau makan memang sedap pedas beli kat area tasik tapi aku rasa makcik ni bukan selalu ada tapi tah macam mana aku nak cari nasi kukus terjumpa makcik nih oklah harga RM 4 50 makan sedap beli extra mana tahu lapar lagi hahaha Oklah me...
Pulut Kuning Rendang Daging Kari Ayam

Pulut Kuning Rendang Daging Kari Ayam

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 219 hits
Assalamualaikum wbtHari ini kena bertugas untuk Majlis Konvokesyen yang bertempat di Kampus Induk KYPJ Kulai tapi sempatkanlah jugak siapkan kerja rumah sikit sikit termasuk melipat kain dua bakul Sebelum keluar kita post satu entri dulu Ka...
Ayam Goreng Kunyit Yang Mudah Dan Sedap

Ayam Goreng Kunyit Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 252 hits
Alhamdulillah saya gembira sangat bila anak saya Nana membuat keputusan untuk menghantar Aliya Hajar ke rumah kami setiap hari Walaupun ada pembantu rumah yang menjaga Aliya saya gembira untuk sama sama menjaga Aliya Setiap kali tiba waktu ...
Resipi Soto Terbaik Sedap Boleh Makan Berulang Kali

Resipi Soto Terbaik Sedap Boleh Makan Berulang Kali

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 396 hits
Bila masuk musim hujan ni sedap kalau dapat makan makanan yang berkuah kan Paling senang nak buat soto bersama sambal kicap yang meletup Fuhh memang terbaik rasanya makan soto panas panas Resipi yang dikongsi Afy AL Habibi ini antara yang m...
Rojak Gunting Mee Dengan Kuah Yang Sedap

Rojak Gunting Mee Dengan Kuah Yang Sedap

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 293 hits
Baca GAMBAR LOKASI Rojak Gunting Dengan Kuah Yang Sedap Rojak ni yang buat sedap dia tentulah kuahnya Kalau korang compare rojak mee mamak dengan rojak melayu memang ada bezanya Tapi saya boleh layan kedua dua rojak asalkan kuahnya sedap Sa...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik