Mudah Sedap Wajib Cuba Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak Fb


Di media sosial terdapat banyak resipi-resipi viral yang menarik perhatian kita untuk mencubanya. Semuanya sangat mudah disediakan, sedap dan sesuai disajikan buat keluarga tercinta. Rata-rata resipi yang viral ini adalah resipi harian mudah yang senang untuk kita cari bahannya dan cara memasaknya juga tidak rumit. Khas buat anda, RASA kongsikan bersama anda seleksi resipi-resipi yang pernah viral di FB yang boleh anda cuba. Memang sedap dan dijamin menjadi. Selamat mencuba!
 
KOLEKSI RESIPI VIRAL YANG POPULAR DI FB
1. TORTILLA TWISTER HOMEMADE

 
BAHAN-BAHAN:

Roti tortilla – dibakar sekejap dalam kuali non stick selama 2-3 minitIsi ayam bahagian dada – digoreng tepungMayones secukupnyaSos Thousand Island secukupnyaDaun salad secukupnyaTomato – potong dadu  Lobak merah – disagatTimun – disagatKeju – ikut citarasa. Tak nak pun tak mengapaBAHAN PERAP AYAM
Tepung gorengan serbagunaTelur – dipukulBahan perasaCARA MEMASAK:
1. Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.
2. Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.
3. Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak hingga garing dan berwarna keemasan.

4. Untuk menyediakan twister, ambil roti tortilla dan bakar seketika di atas kuali non stick. Ia bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.
5. Sapu mayones pada keseluruhan roti tortilla.
6. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian paipkan sos Thousand Island dengan secukupnya.

7. Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas.
8. Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. ( boleh bakar guna kuali non stick sahaja.) Jika tak nak bakar pun tak apa.

9. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mastura Razali
 
 
2. BIHUN SUP SIAM

 
BAHAN-BAHAN:

Kuetiau/ bihun/mi – dicelurBAHAN KUAH SUP SIAM
4 ketul dada ayam1/2 kg kaki ayam2 inci halia – dititik2 batang serai  – dititik1 inci lengkuas  – dititikSos tiram secukupnyaSos sotong secukupnyaKicap secukupnya2 kiub pati ayam1 kiub pati ikan bilisDaun ketumbar & akar ketumbar2 biji bawang besar3 ulas bawang putihRempah 4 sekawan ( kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga) 
BAHAN SAMPINGAN:

Kacang tanah tumbuk – kacang digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan dikisar halus.Air lada – segenggam cili melaka, 2 ulas bawang putih dan sedikit cuka dikisar halus.Cili potong – Potong cili hijau kemudian campur dengan sos sotong dan sedikit cuka. Sedia untuk dinikmati.Emping cili kisar – boleh beli di pasarayaFish ball, fish cake dan sayur kangkung – dicelurTaugeCARA MEMASAK:
 Untuk menyediakan sup, rebus ayam bersama akar ketumbar, daun ketumbar, kiub pati ayam dan kiub pati ikan bilis. Kemudian masukkan halia, serai, lengkuas, sos sotong, sos tiram dan kicap. Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Rebus hingga ayam empuk. Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga hingga garing dan wangi. Kemudian masukkan bahan tumis garing ke dalam periuk sup dan masak dalam 5 minit. Padamkan api.   Ambil kuetiau, masukkan ke dalam mangkuk bersama fishball, fish cake, tauge dan kangkung. Tuang sup secukupnya.Tabur kacang tumbuk, emping cili, air lada dan cili potong sebelum dinikmati.Kredit resipi & foto: Nur Ramizah
 
 
3. NASI AYAM PENYET RANGUP

 
BAHAN UNTUK AYAM:

1 ekor ayam – dipotong, dibersihkan dan direbus hingga empuk. Masa rebus, masukkan kiub pati ayam ke dalam air rebusan. Air rebusan ayam jdisimpan untuk dijadikan sup.1 sudu makan serbuk kunyit1/2 sudu makan serbuk lada putih3 ulas bawang putih1 cm haliaSedikit air untuk mengisar1 sudu teh garamMinyak untuk mengoreng1/2 cawan tepung beras | tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup1 biji telur | tambahan untuk ayam yang kerkeriuk rangupBAHAN SANGAI TANPA MINYAK:
1/2 sudu besar jintan manis1/2 sudu besar jintan putih3 sudu besar ketumbarBAHAN SAMPINGAN LAIN:
TauhuTempe 
CARA MEMASAK:
Satukan bahan sangai, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambah sedikit air kemudian kisar hingga halus.Lumur bahan kisar pada ayam yang telah direbus. Perapkan selama 2-3 jam sebelum dimasak. Lagi enak jika diperap semalaman.
Gaul tempe dan tauhu bersama lebihan bahan perapan ayam. Goreng hingga garing. Ketepikan.Baki bahan perapan ayam dan tempe yang selebihnya jangan dibuang. Gaulkan pula bersama telur dan tepung beras. Tambah sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata.Celupkan ayam perap tadi ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing.Angkat dan toskan minyaknya.
Renjiskan baki adunan tepung mengoreng ayam ke dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup. 
BAHAN SUP AYAM:
 
Baki air rebusan ayam1 bungkus sup bunjut1 batang serai | dititik1 inci halia – dihirisDaun sup dan daun bawang  – dihirisBawang goreng CARA MEMASAK:
Panaskan air rebusan ayam diatas dapur dan tambahkan serai, halia serta sup bunjut. Biar hingga mendidih.Perasakan sup dengan garam kemudian taburkan daun sup serta daun bawang.Bila nak dihidangkan, tabur bawang goreng jika suka. 
BAHAN SAMBAL PENYET
10 tangkai cili padi10 tangkai cili merah10 biji bawang merah | belah 43 ulas bawang putih | hiris5 biji tomato | belah 4 5cm belacan bakar2 sudu makan ikan bilis3 sudu makan gula merahSedikit minyak untuk menumisLimau nipis atau limau kasturiCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.Dengan minyak yang sama,gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layu.Tunggu bahan-bahan goreng tadi sejuk sedikit kemudian masukkan ke dalam pengisar kering. Tambah ikan bilis serta belacan. Kisar halus.Panaskan semula baki minyak menggoreng tadi dan tumis bahan kisar hinggaPerasakan dengan gula merah dan garam secukup rasa.Perah limau kasturi jika suka.Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas, ayam goreng serta sup. 
Kredit resipi & foto: Zira Tag
 
 
4. KEK 2 BAHAN

BAHAN-BAHAN:
2 bungkus Oreo1 kotak susu coklat kecil (200ml)
CARA MEMASAK:
Patah-patahkan biskut Oreo dan masukkan dalam blender. Tuang susu dan kisar sekaligus sampai sebati.Tuangkan ke dalam acuan kukus yang disapu marjerin sikit.Apabila air kukusan dah mendidih, kukus dalam 15-20 minit.Bila kek dah sejuk, boleh letak topping ikut citarasa sendiri.INFO CHEF: Jika gandakan adunan resipi, kukus kek selama 30 minit.
 
Kredit resipi & gambar:  Zuraita Mohd Anua
 
 
5. NASI AYAM THAI

BAHAN-BAHAN:
Isi dada ayamAkar ketumbarHirisan halia secukupnyaAir secukupnya – anggaran air yang biasa digunakan untuk memasak nasiKiub pati ayam secukupnya3 cawan beras – dibersihkan dan ditos 
BAHAN SOS NASI AYAM THAI RINGKAS:
Sos cili thai maggi1 sudu kicap pekatSedikit perahan jus limau nipisSedikit air jika perluCili merah | dihiris – boleh guna cili padi kalau mahu lebih pedas 
CARA MEMASAK:
Dalam periuk yang bersesuaian, masukkan ayam bersama akar ketumbar/akar daun sup dan hirisan halia. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan perasa kiub pati ayam.
2. Setelah mendidih sekali lagi dan ayam kelihatan masak, keluarkan ayam dan letakkan dalam bekas lain. Ketepikan seketika.

3. Masukkan beras yang telah dibersihkan ke dalam air rebusan ayam. Letakkan kembali ayam yang dikeluarkan tadi dan masak beras seperti biasa.

4. Untuk menghasilkan sos nasi ayam versi ringkas, masak sos cili thai bersama kicap pekat dan sedikit jus perahan limau nipis. Tambah sedikit air untuk mencairkan sos. Akhir sekali, masukkan hirisan cili.
5. Hidangkan nasi ayam thai bersama sos tadi. Selamat mencuba!
Nota: Jumlah bahan-bahan dalam resipi ini boleh diubah suai dan dipadankan dengan selera masing-masing.
Kredit resipi & gambar: Shahril Romli
 
 
6. CHICKEN PIZZA

BAHAN AYAM:
Dada ayam – belah dua supaya sedikit nipisaTepung bestari ( pedas)CARA-CARA:
Perap dada ayam dengan tepung bestari dan sedikit air.Kemudian ambil dada ayam tadi dan gaul dengan tepung bestari ( kering). Goreng hingga garing.TOPPING:
Sos prego – ikut selera nak guna yang mana. Kalau buat sendiri, kisar tomato dengan sedikit air. Masa katas api. Tambah sos cili, sos tomato, garam dan gula. Kemudian kacau sampai pekat.Nanas dalam tinTomatoLada benggala merahKeju mozzarella parutChilli flakesCARA MEMASAK:
1. Setelah ayam goreng diangkat, letakkan topping ikut kreativiti masing-masing.
2. Kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 5 minit.

3. Sedia untuk dinikmati.
 
Kredit resipi & foto: Yumni Syazwani‎ 
 
 
7. TAUHU BERGEDIL DAGING

BAHAN-BAHAN:
Tauhu kering5-6 biji ubi kentangDaging @ ayam kisar – jumlah ikut citarasaBawang goreng secukupnya1 biji bawang besar – potong dadu2-3 sudu makan bawang gorengDaun sup – potong halusSerbuk lada putih secukupnya2-3 biji telurGaram & serbuk perasa secukupnya 
CARA MEMASAK:
Kopek kulit & rebus kentang hingga empuk. Kemudianlenyekkan kentang masa masih panas.Daging kisar digoreng hingga kering air. Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.Satukan kentang yang telah dilenyek tadi dengan daging.Masukkan bawang yang dipotong dadu, daun sup, serbuk lada putih dan bawang goreng. Gaul sebati.Potong tauhu kering berbentuk X ditengah.Sumbat adunan kentang dan daging di dalam tauhu hingga penuh.Pecahkan telur dan pukul.Celup tauhu yang dah disumbat tadi di dalam bancuhan telur dan goreng menggunakan minyak panas sehingga perang.Sedia untuk dinikmati bersama sos. 
BAHAN SOS HITAM MANIS PEDAS
BAHAN-BAHAN:
10 tangkai cili keringGula melaka atau gula merahBijan (disangai)Gula biasa (kalau kurang manis)Garam (secukup rasa)Sedikit belacan300ml air1 sudu besar minyak1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 50ml air bersama serbuk perasaCARA MEMASAK:
Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang.Kredit resipi & gambar: Izan Abd Rahman
 
 
8. GARLIC BREAD TANPA MSG

 
BAHAN-BAHAN:

Roti gardenia (potong panjang-panjang)1 ulas bawang putihSedikit Parsley flakesUnsalted butter / mentega tanpa garam secukupnya 
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang putih sampai lumat.

2. Unsalted butter dah habis. So Aya beli yang ni. Sebaiknya, beli unsalted butter ye.

3. Tumis bawang putih dengan mentega tadi. (Nota RASA:  untuk 1 ulas, anggaran 1 sudu teh lebih kurang.)

4. Tumis sampai macam ni. Jangan sampai hangit pula.

5. Campurkan tumisan bawang putih tadi dengan ( Nota RASA: jumlah emntega bergantung pada roti yang anda guna.)

6. Gaul sampai sekata.

7. Letak sikit parsley flakes. Jangan banyak sangat.

8. Gaul sampai macam ni.

9. Sapu dekat roti.

10. Bakar dalam oven/ pemanggang ajaib hingga garing. ( Nota RASA: Kalau guna ketuhar, suhu antara 160C dan bakar dalam 5 minit atau hingga roti nampak keperangan.)

11. Taraaaa siap! Sedia di hidang untuk si kecil anda!
 
INFO: Kalau ada sup cendawan, memang lagi sedap.
 
Kredit resipi & foto: Aya Zuki
 
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
 
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://ift.tt/uc1dv5R
https://ift.tt/6TYbOJk
https://ift.tt/muOvbgD
https://ift.tt/sFJv0hE
 
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official




resipi viral
resipi viral
resipi viral
 
The post Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/09/mudah-sedap-wajib-cuba-himpunan-resipi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ringkas Tapi Boleh Masak Macam Macam Aneka Resipi Telur Dadar Mudah Sedap

Ringkas Tapi Boleh Masak Macam Macam Aneka Resipi Telur Dadar Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 252 hits
Nama je Telur Dadar tapi macam macam menu boleh diolah dan disediakan Semua orang suka menu telur dadar ni Sedap malah sangat mudah nak masak Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas panas tapi nak ubah sedikit rasanya supaya lebih seda...
Idea Resipi 5 Minit Mudah Je Masak Sup Tauhu Telur Simple

Idea Resipi 5 Minit Mudah Je Masak Sup Tauhu Telur Simple

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 201 hits
Kalau ibu ibu tiada idea nak masak apa untuk hidangan lauk boleh cuba resipi sup tauhu telur simple yang mudah Sedap dan cepat dimasak Resipi yang dikongsi Umi Watie ini ambil masak tak sampai 5 minit pun dah siap masak Anak anak mesti suka...
Resipi Cheesetart Mudah Dan Sedap

Resipi Cheesetart Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 255 hits
Bahan bahan Shell tart boleh beli kt shopee senang boleh terus buat cheese dia link Shell tart Cheese 500g Cream cheese 1 sudu besar mentega 2 biji kuning telur 100 gram gula aisingCara cara 1 masukkan gula aising dan Cream cheese kemudian ...
Resipi Telur Hancur Masak Berlada Mudah Jimat

Resipi Telur Hancur Masak Berlada Mudah Jimat

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 171 hits
Telur Hancur Masak Berlada ni antara lauk yang paling mudah dimasak Ia tidak menggunakan banyak bahan namun rasanya juga sangat sedap Sesuai dinikmati bersama nasi putih panas ataupun jika dimakan bersama roti juga sedap rasanya Nak cuba Sa...
Terlajak Sedap Nasi Goreng Tomyam Ni Masak Guna Rencah Mudah Je

Terlajak Sedap Nasi Goreng Tomyam Ni Masak Guna Rencah Mudah Je

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 223 hits
Biasa makan Nasi Goreng Tomyam Rasanya memang sedap sama seperti Mee Tomyam yang biasa kita makan tu Masam masin pedas semua lengkap Sekali suap memang puas Ditambah pula dengan pelbagai lauk dan sayur dalamnya memang sangat memuaskan hati ...
Sedap Makan Panas Panas Resipi Mudah Roti Butut Bakar Mok Rare

Sedap Makan Panas Panas Resipi Mudah Roti Butut Bakar Mok Rare

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 322 hits
Buat roti bakar itu dah biasa Apa kata kali ini RASA kongsikan satu resipi roti bakar yang paling sedap iaitu roti butut bakar mok rare Resipi yang dikongsi Afy AL Habibi ini memang sangat nostalgia kerana menghargai sajian tradisi yang kia...
Sedap Tanpa Minyak Cubalah Resipi Ikan Mabong Air Asam Rebus

Sedap Tanpa Minyak Cubalah Resipi Ikan Mabong Air Asam Rebus

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 212 hits
Kalau ke kedai nasi campur pasti pernah jumpa menu Ikan Kembung atau Mabong Masak Air Asam Rebus ni kan Menu yang sangat simple dan membuka selera Nak cuba masak menu ni hari ni Jom cuba resipi perkongsian saudari Afy Al HAbibi ni Sedap Pas...
Resipi Lauk Berasaskan Ayam Untuk Seminggu Yang Mudah

Resipi Lauk Berasaskan Ayam Untuk Seminggu Yang Mudah

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 190 hits
Siapa yang suka makan ayam gerenti perlukan resipi yang berasaskan ayam Harini admin nak kongsi resipi ayam untuk seminggu Antara resipi yang akan dikongsikan adalah Ayam Grill Ayam Percik Ayam Goreng Ala KFC Ayam Kicap 3 Budak Gemuk Ayam P...
Anak Makan Tak Henti Resipi Ikan Tongkol Masak Kicap Bercili Ni Memang Puas Hati

Anak Makan Tak Henti Resipi Ikan Tongkol Masak Kicap Bercili Ni Memang Puas Hati

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 184 hits
Nampak sedap hidangan Ikan Tongkol Masak Kicap Bercili perkongsian saudari Mariana Zainal ni Lauknya ringkas sahaja tapi mampu membuka selera sesiapa sahaja yang menjamahnya Menggunakan ikan tongkol sebagai bahan utama menu ini juga boleh m...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner