Ayam Goreng Kunyit Yang Mudah Dan Sedap




Alhamdulillah saya gembira sangat bila anak saya Nana membuat keputusan untuk menghantar Aliya Hajar ke rumah kami setiap hari. Walaupun ada pembantu rumah yang menjaga Aliya, saya gembira untuk sama sama menjaga Aliya. 
Setiap kali tiba waktu menyusu, saya akan memberikan Aliya susu. Aliya masih minum susu badan yang stocknya di simpan di dalam peti rumah kami. 
Sejak itu, saya lebih selesa berada di rumah. Bila menpunyai urusan yang memerlukan saya keluar rumah, cepat cepat jer nak balik. Rasa sedih bila tinggal dia lama. 
Semasa anak anak masih kecil, saya sangat sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak banyak masa untuk bermain dengan anak anak semasa mereka masih kecil. Semua diuruskan oleh pembantu rumah saya. 
Agaknya inilah peluang kedua yang diberikan untuk saya menikmati kebahagiaan dapat menjaga anak kecil. Kini saya menpunyai 2 pasang cucu. Selain Ammar dan Medina, saya menpunyai Aliya dan Haider. Aliya dan Haider juga adik beradik susuan.
Saya tidak membezakan cucu cucu saya. Saya melihat sendiri ada nenek yang memberi layanan lebih pada cucu dari anak perempuan berbanding cucu dari anak lelaki. 
Pada saya, saya sayang semuanya sama. Kita sebagai mertua juga begitu, jangan membezakan menantu perempuan dan menantu lelaki. Jangan jadi seperti mertua zaman zaman dulu yang suka mengongkong menantu terutama menantu perempuan untuk ikut telunjuk mereka. 
Jangan berprasangka dengan menantu. Lebih lebih lagi menantu perempuan yang bergaji tinggi dan berkerjaya. Sekali kita melakukannya, akan hilang rasa kepercayaan menantu pada mertua dan mungkin akan diingati sampai bila bila. 

Untuk resipi ini, anda boleh guna bahagian ayam apa sahaja yang disukai. Ramai yang menggunakan bahagian isi ayam. 
Selain ayam, boleh juga digunakan sotong dan udang. Makan pula dengan nasi putih, telur mata, sambal dan sedikit kicap. Aduhaai sedap tak terkata. 
Saya hari ini menggunakan bontot ayam. Hahaha. Kalau tak suka, jangan lah komen macam macam. Selera dan kesukaan orang berbeza kan antara satu sama lain. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Ayam Goreng KunyitOleh: Azie Kitchen
Bahan A:Ayam - terpulang bahagian mana yang disukai 1 sudu besar serbuk kunyit1 sudu besar serbuk pasti sedapTepung beras - opsyenal
Bahan B:Bawang besar kuningKarotJagung mudaBunga kubisKacang panjangCili merah1 sudu besar serbuk kunyit1 sudu besar serbuk pasti sedap
Cara cara:Satukan bahan A dan perap seketika, tabur tepung beras dan goreng dalam minyak yang betul betul panas. Nota: Masukkan ayam satu per satu supaya tidak melekat dan garing elok.  
Sementara itu, di dalam kuali lain, panaskann minyak dan tumis bawang besar hiris dan setelah layu, masukkan karot, jagung, bunga kubis mengikut yang jenis keras sehingga yang mudah lembut. Akhir sekali, masukkan kacang panjang dan cili merah. Nota: boleh guna apa sayur yang disukai.
Setelah sayur separuh lembut, masukkan serbuk kunyit dan serbuk pasti sedap. Kacau rata. Masukkan sedikit air supaya kesemua bahan menjadi sebati. 
Masukkan ayam yang telah digoreng garing ke dalam kuali sayuran dan kacau rata. Bolehlah diangkat dan dihidangkan. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/09/ayam-goreng-kunyit-yang-mudah-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Membuat Somtam Ayam Goreng Yang Sangat Sangat Sedap

Cara Membuat Somtam Ayam Goreng Yang Sangat Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 217 hits
Pernah cuba hidangan Somtam Ayam Goreng Sangat enak ya menu ini Sesuai bagi anda yang menggemari sajian ala Thailand yang enak dan mudah Rasanya cukup membuka selera Pedas masam dan manis Sangat sempurna Bak kata empunya resipi lauk ini san...
Resipi Sup Telur Yang Mudah Sedap Cepat Masak

Resipi Sup Telur Yang Mudah Sedap Cepat Masak

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 215 hits
Sup Telur memang sangat mudah disediakan Ia merupakan salah satu menu yang menyihatkan yang tidak memerlukan kos yang banyak untuk dimasak Selain itu ia juga sesuai untuk kanak kanak terutamanya bagi yang picky eater susah nak makan nasi da...
Resepi Ikan Cencaru Goreng Kunyit Bawang Putih Permintaan Mak Cella

Resepi Ikan Cencaru Goreng Kunyit Bawang Putih Permintaan Mak Cella

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 198 hits
Assalamualaikum Hi korang Hari tu nak share resepi kari udang campur nenas kan tapi ada request resepi ikan cencaru goreng kunyit hidup dan bawang putih tu okey la SA up resepi ikan cencaru dulu la ye SA nak share dengan korang satu lagi me...
Resipi Cheesetart Mudah Dan Sedap

Resipi Cheesetart Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 279 hits
Bahan bahan Shell tart boleh beli kt shopee senang boleh terus buat cheese dia link Shell tart Cheese 500g Cream cheese 1 sudu besar mentega 2 biji kuning telur 100 gram gula aisingCara cara 1 masukkan gula aising dan Cream cheese kemudian ...
Ringkas Tapi Boleh Masak Macam Macam Aneka Resipi Telur Dadar Mudah Sedap

Ringkas Tapi Boleh Masak Macam Macam Aneka Resipi Telur Dadar Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 268 hits
Nama je Telur Dadar tapi macam macam menu boleh diolah dan disediakan Semua orang suka menu telur dadar ni Sedap malah sangat mudah nak masak Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas panas tapi nak ubah sedikit rasanya supaya lebih seda...
The Colours Of Life Nasi Ayam Goreng Gerai Statik Tun Teja

The Colours Of Life Nasi Ayam Goreng Gerai Statik Tun Teja

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 264 hits
The Colours of Life Nasi Ayam Goreng Gerai Statik Tun Teja Singgah makan lunch kat sini jap minggu lepas Nampak macam menarik Rasa pun ok Yang tak tahan siap goreng dengan udang tu beb mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipi...
Satay Ayam In The House Satay Saiz Besar Yang Sedap

Satay Ayam In The House Satay Saiz Besar Yang Sedap

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 256 hits
Baca GAMBAR LOKASI Satay Ayam In The House Satay Saiz Besar Yang Sedap Malam ni kita layan satay sate pulak Satu cucuk cuma RM1 00 dengan saiznya yang agak besar lembut dan juicy Satay ayam je yang tinggal sebab kami datang order pun dah pu...
Goreng Ikannya Petua Sambal Tumis Sardin Petai Jadi Lebih Sedap

Goreng Ikannya Petua Sambal Tumis Sardin Petai Jadi Lebih Sedap

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 174 hits
Sambal Tumis Sardin Petai ni memang nampak sangat menyelerakan Sambal tumis yang pedas ikan sardin yang garing ditambah pula dengan hirisan petai yang besar besar begini memang sangat membuka selera Menunya biasa je tapi lauk beginilah yang...
Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raja Muda Selangor Titah Mangsa Kebakaran Ditempat Di Lokasi Lebih Selesa

Common For Gas Pipelines To Pass Through Residential Areas Says Ex Engineer

Cidb Retracts Statement On Putra Heights Blast Findings

48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope

Joker123th 100

Dior188