Belanjawan 2026 Memacu Pertumbuhan Jangka Panjang Ekonomi Gig


Belanjawan 2026: Memacu Pertumbuhan Jangka Panjang Ekonomi Gig
Belanjawan 2026 tahun ini berteraskan prinsip Ekonomi MADANI dengan memberi penekanan kepada pemerkasaan rakyat sebagai asas pertumbuhan dan ketahanan ekonomi. Antara sektor yang paling jelas mencerminkan perkara ini ialah ekonomi gig, yang kini menyediakan peluang kepada lebih 1.12 juta rakyat Malaysia serta menyokong ribuan perusahaan mikro dan kecil di seluruh negara.
Bagi foodpanda, impaknya dapat dilihat setiap hari — membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan secara fleksibel dan memperkukuh daya tahan kewangan; membantu rakan penghantaran dan restoran mencapai lebih ramai pengguna; memperluas pilihan untuk pelanggan. Ekonomi gig bukan sahaja berkembang, malah terus menggandakan peluang merentasi seluruh lapisan masyarakat.
Tonggak pencapaian baharu dan hala tuju masa depan
Rang Undang-Undang Pekerja Gig yang bakal diperkenalkan melambangkan pencapaian bersejarah, memperluas perlindungan statutori kepada pekerja gig di seluruh negara. Langkah ini mengukuhkan lagi usaha kerajaan dalam memperkukuh mata pencarian rakyat. Namun, ujian sebenar terletak pada pelaksanaannya.
Belanjawan 2026 merupakan peluang untuk memastikan peruntukan, kerangka kerja dan sokongan institusi disediakan, agar undang-undang ini memberi impak yang bermakna dan berkekalan bagi membina komuniti gig yang berdaya tahan.

Memperkasakan daya tahan melalui peningkatan kemahiran dan kerjasama awam-swasta
‘Daya tahan’ juga bermakna melengkapkan rakyat dengan kemahiran yang tepat. Inisiatif berterusan seperti perlindungan PERKESO dan pembiayaan i-TEKAD kekal penting. Sebagai contoh, Program Usahawan Rider di bawah i-TEKAD telah membuktikan manfaat yang nyata.
Pada masa yang sama, kerjasama awam-swasta dalam memperluas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membantu pekerja gig menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran yang sentiasa berubah.
Selain kemahiran teknikal, sokongan dalam bidang literasi kewangan dan latihan keusahawanan juga amat bermanfaat untuk pekerja gig. foodpanda telah melaksanakan program perintis dalam bidang ini dengan jayanya, dan berhasrat memperluasnya seiring dengan program serta modul khusus yang disubsidi kerajaan, demi memperkasakan rakan penghantaran dan peniaga untuk berjaya dalam ekonomi digital.
Selain itu, rakan penghantaran turut memerlukan sistem sokongan praktikal bagi melindungi kelangsungan hidup mereka.
Skim mikro pembiayaan untuk keperluan asas seperti pembaikan kenderaan, serta pakej insurans inovatif yang disesuaikan dengan keperluan mereka, dapat membantu mengurangkan beban segera dan memperkukuh keupayaan menjana pendapatan secara mampan.
Memacu transformasi melalui pendigitalan dan kelestarian
Sama pentingnya ialah memperkukuh perusahaan mikro dan kecil yang menjadi tonggak ekosistem penghantaran makanan. Pendigitalan membolehkan peniaga mencapai lebih ramai pengguna, menambah baik operasi, dan meningkatkan pendapatan.
Di foodpanda, kami telah menyaksikan bagaimana sistem pengurusan pesanan digital dan alat promosi membantu meningkatkan keterlihatan penjaja kecil, restoran dan perniagaan berasaskan rumah.
Kami menyambut baik sokongan kerajaan melalui Belanjawan 2026, khususnya dalam meneruskan geran mikro, menyediakan potongan cukai untuk penerapan digital, serta penyertaan yang dipermudahkan bagi perniagaan tradisional.
Langkah-langkah ini akan mempercepat transformasi peniaga, seterusnya mencetuskan kesan rantaian ke seluruh ekonomi.
Dalam menuju agenda ekonomi digital dan hijau di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, sektor gig tidak boleh diketepikan.
Penambahbaikan pakej Rahmah p-hailing, peluasan program keselamatan seperti pandasafe, serta insentif penggunaan motosikal EV akan banyak membantu membina komuniti gig yang lebih selamat dan lestari.
Meninjau ke hadapan
Menjelang Belanjawan 2026, kami berharap kerajaan terus mengekalkan sokongan melalui dasar mesra perniagaan yang mendorong inovasi dan pertumbuhan inklusif.
Di foodpanda Malaysia, kami komited untuk kekal sebagai rakan jangka panjang kepada kerajaan dan pihak berkepentingan industri dalam membangunkan ekonomi gig yang memperkasakan pekerja, memperkukuh komuniti, serta memacu Malaysia ke arah ekonomi digital yang bernilai tinggi.
The post Belanjawan 2026: Memacu Pertumbuhan Jangka Panjang Ekonomi Gig appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/06/belanjawan-2026-memacu-pertumbuhan-jangka-panjang-ekonomi-gig/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2026 Malaysia Ringkasan Impak Rakyat Peluang Ekonomi

Belanjawan 2026 Malaysia Ringkasan Impak Rakyat Peluang Ekonomi

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 316 hits
Belanjawan 2026 Malaysia telah dibentangkan menandakan langkah strategik kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara berterusan Bagi yang terlepas ini ringkasan lengkap peruntukan fokus rakyat pembangunan p...
Str Sara 2026 Belanjawan 2026

Str Sara 2026 Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 260 hits
Kerajaan meningkatkan jumlah keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah kepada RM15 bilion bagi tahun 2026 sebagai langkah meringankan beban kos sara hidup rakyat Semua penerima STR akan menerima SARA bulanan RM100 manakal...
Pendidikan Percuma Ptptn Mulai 2026 Belanjawan 2026

Pendidikan Percuma Ptptn Mulai 2026 Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 202 hits
TERKINI Kerajaan umum pendidikan PERCUMA melalui PTPTN Belanjawan 2026 Kerajaan mengumumkan pemberian pendidikan percuma kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional melibatkan 5 800 anak daripada keluarga miskin yang mengik...
Belanjawan 2026 Fokus Subsidi Digital Dan Rakyat

Belanjawan 2026 Fokus Subsidi Digital Dan Rakyat

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 244 hits
Setiap kali tiba musim belanjawan ramai tertanya tanya Ada ke bantuan naik Apa yang berubah tahun ni atau Betul ke subsidi makin kurang Belanjawan 2026 yang baru diumumkan ni datang dengan pendekatan berbeza bukan sekadar beri duit tapi bet...
Belanjawan 2026 Malaysia Madani

Belanjawan 2026 Malaysia Madani

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 293 hits
Petang ini guys Belanjawan 2026 Malaysia Madani Kita dengar sendiri lebih baik daripada dengar dari pihak ketiga 6 Nilai Teras Malaysia MADANIKemampananMutu hidup seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan ilmu pengetahuan dan...
Mohon Doa Pembentangan Belanjawan 2026 Esok Berjalan Lancar Anwar

Mohon Doa Pembentangan Belanjawan 2026 Esok Berjalan Lancar Anwar

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 205 hits
Mohon Doa Pembentangan Belanjawan 2026 Esok Berjalan Lancar Anwar PUTRAJAYA 9 Okt Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon semua rakyat Malaysia mendoakan agar pembentangan Belanjawan 2026 esok berjalan lancar Doakan semuanya selama...
Permohonan Lanjutan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang

Permohonan Lanjutan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 207 hits
Permohonan lanjutan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang kini boleh dimohon secara online bermula 1 Oktober 2025 melalui sistem ePLSI di laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Bagi sesiapa yang nak renew Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang t...
Sabah Sasar Catat Pertumbuhan Ekonomi Pesat Bawah Rmk13

Sabah Sasar Catat Pertumbuhan Ekonomi Pesat Bawah Rmk13

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 252 hits
Sabah Sasar Catat Pertumbuhan Ekonomi Pesat Bawah RMK13 TAWAU 3 Okt Sabah disasarkan mencatatkan pertumbuhan ekonomi lebih pesat pada kadar 5 8 peratus setahun di bawah Rancangan Malaysia Ke 13 bagi tempoh 2026 hingga 2030 Timbalan Menteri ...
Belanjawan 2026 Bantuan Rakyat Dijangka Ditingkatkan Gaji Penjawat Awam Naik

Belanjawan 2026 Bantuan Rakyat Dijangka Ditingkatkan Gaji Penjawat Awam Naik

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 1125 hits
Oleh September 22 2025 12 08pmGambar fail Ibu tunggal Nor Laily Azura Sidek Ali 37 dan kakaknya Noraini 49 ketika membeli barangan keperluan harian dengan menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah semasa ditemui di sebuah pasar raya baru ba...
Mum S Heritage House Largest Dessert Bakery Vendor In Perlis Kangar Jaya

Pandangan Kapten Futsal Harimau Malaya Khairul Effendy Bahrin Mengenai Prestasi Dan Cabaran Pasukan

Reset Plan Timely But Must Be Managed Holistically

Sticker Botol Minuman Cara Elak Sticker Tanggal Bila Basah

Maybank Tukar Kontrak Kad Kredit Dan Kesan Pada Pengguna

The 5 Commandments Of And How Learn More

Ritual Pagi Yang Bantu Pekerja Remote Lebih Fokus

Jabatan Perikanan Sahkan Kehadiran Ubur Ubur Kotak Di Perairan Langkawi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kepentingan Hubungan Seks Suami Isteri

Irresistible Beef Tehari Recipe In Bangla

Minggu Ni Nak Pergi Bercuti

Dapat Exclusive 3d Sticker Pack Jaya Grocer Percuma

Tip Praktikal Tajamkan Mata Pengisar Dengan Cara Mudah Berkesan

Monolog Jiwa Bila Ujian Itu Datang Dari Segala Arah