Tvs Dari Borneo Ke Malaysia Perkenal Visi Kandungan Baharu Peluang Penajaan 2026


TVS Dari Borneo Ke Malaysia, Perkenal Visi, Kandungan Baharu, Peluang Penajaan 2026 TV Sarawak (TVS), stesen televisyen pertama dari Bumi Kenyalang yang kini berkembang pesat di peringkat nasional, terus memperkukuh kedudukannya sebagai platform media dinamik dengan penganjuran sidang media eksklusif “TVS Spotlight 25/26”. 
Acara ini menjadi landasan penting untuk menyingkap visi dan hala tuju TVS bagi tahun 2026, termasuk memperkenalkan rangkaian program baharu merangkumi drama, hiburan, dokumentari serta liputan acara sukan ikonik, di samping mempersembahkan pakej penajaan 360° yang direka khusus untuk klien dan rakan strategik.

Sejak dilancarkan pada tahun 2020, TVS komited mengangkat identiti Borneo ke pentas nasional melalui kandungan yang meraikan budaya dan warisan tempatan, sambil memanfaatkan kekuatan penyiaran tradisional dan digital untuk menjangkau penonton di seluruh Malaysia dan serantau.
Objektif: Meningkatkan Brand Visibility & Menarik Rakan Kongsi Strategik
Sebagai stesen televisyen yang semakin berkembang di persada nasional, TVS menekankan objektif untuk memperkukuh visibiliti jenama dan menawarkan platform iklan serta penajaan yang lebih menyeluruh.

Menurut Dato’ Norhyati Ismail, Pengerusi & Presiden TVS / Sarawak Media Group (SMG), “Matlamat kami adalah untuk meningkatkan brand visibility TVS, terutamanya di pasaran nasional, serta memperkenalkan kandungan baharu yang segar untuk 2026. Melalui pengenalan program dan peluang penajaan ini, kami berharap dapat menarik lebih banyak lagi rakan kongsi yang baharu, sekali gus memperkukuh pengaruh TVS di peringkat serantau dan nasional.”
Hala Tuju Baharu: Memanfaatkan TV & Digital
TVS akan terus memanfaatkan kekuatan penyiaran tradisional dan digital bagi memastikan capaian kandungan meluas dan berkesan. Tahun 2026 dijangka menjadi fasa penting apabila TVS memperkenalkan Gerak Khas 2.0, di samping pelbagai drama tempatan, rancangan realiti, dokumentari dan liputan langsung acara sukan antarabangsa seperti Sukan SEA, perlawanan Harimau Malaya dan Piala Carabao.
“Fokus kami adalah untuk menjadi media yang memahami dinamik Borneo sambil menghubungkan penonton ke seluruh Malaysia dan seterusnya,” ujar Dato’ Norhyati lagi.

Budaya & Identiti Borneo: Dari Sarawak Ke Pentas Nasional
TVS kekal sebagai saluran yang meraikan budaya, warisan dan identiti Borneo, sambil mengekalkan daya tarikan sejagat. Penceritaan tentang tradisi dan sejarah tempatan diterjemahkan melalui program seperti Sarawak Regatta dan Sambutan Perayaan Gawai, yang mampu menawan perhatian penonton di seluruh Malaysia serta rantau ASEAN.
“Melalui TVS, kami bukan sahaja meraikan warisan tempatan tetapi juga memperluaskan capaian agar jenama dan penonton di luar Sarawak dapat menikmati pengalaman yang unik,” tambah Dato’ Norhyati.

Pakej Menyeluruh: Penyelesaian Iklan 360°
Menyedari kepelbagaian keperluan pengiklan, TVS memperkenalkan pakej penajaan menyeluruh (360°) yang merangkumi platform televisyen, digital, sosial serta papan iklan LED berimpak tinggi. Kolaborasi bersama rakan media seperti Suara Sarawak, Sarawak Tribune dan Cats FM menjadikan TVS sebuah platform pengiklanan bersepadu.
“Jenama anda bukan sahaja akan dilihat di satu skrin, tetapi di setiap skrin – sama ada di rumah, dalam talian atau di jalan raya. Dengan gabungan kandungan serantau, capaian nasional dan visibiliti rentas sempadan, TVS menawarkan peluang untuk membina hubungan jenama yang kukuh di seluruh Malaysia,” tegas Dato’ Norhyati.
Sokongan Kepada Bakat Tempatan
TVS turut mengukuhkan ekosistem kreatif negara dengan memberi peluang luas kepada produksi tempatan dan bakat baharu. Sehingga kini, lebih 300 vendor tempatan telah bekerjasama dengan TVS, mewujudkan lebih 3,000 peluang pekerjaan untuk anak seni dan karyawan tempatan.
“TVS komited untuk terus mengembangkan industri kreatif tempatan dan industri pengiklanan, bagi memacu pertumbuhan sektor kreatif serta membina ekosistem media yang mampan di Malaysia,” kata Dato’ Norhyati.

Sasaran Penonton & Visi Jangka Panjang
Penonton sasaran TVS meliputi seluruh Malaysia, dari Perlis hingga Sabah, dengan misi memperluas pengaruh ke pasaran serantau. Dengan capaian yang semakin meluas melalui platform digital, TVS yakin mampu memperkukuh kedudukannya sebagai salah satu pemain utama industri penyiaran Malaysia.
“Kami yakin ‘TVS Spotlight 25/26’ ini akan membuka lembaran baharu kerjasama strategik bersama klien, penaja dan media untuk membina industri penyiaran yang inklusif, dinamik dan berimpak tinggi,” akhiri Dato’ Norhyati Ismail.
The post TVS Dari Borneo Ke Malaysia, Perkenal Visi, Kandungan Baharu, Peluang Penajaan 2026 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/03/tvs-dari-borneo-ke-malaysia-perkenal-visi-kandungan-baharu-peluang-penajaan-2026/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budi95 Subsidi Petrol Ron95 Baharu Untuk Rakyat Malaysia

Budi95 Subsidi Petrol Ron95 Baharu Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 232 hits
Pengenalan Kos sara hidup yang meningkat selalu membuatkan isi rumah terasa tertekan terutama apabila harga petrol naik Untuk menangani isu ini dan memastikan subsidi benar benar sampai kepada mereka yang layak kerajaan memperkenalkan inisi...
Dare Any Tobacco Tax Hikes In Budget 2026 Will Fuel Malaysia S Illegal Cigarette Market

Dare Any Tobacco Tax Hikes In Budget 2026 Will Fuel Malaysia S Illegal Cigarette Market

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 174 hits
POLICY think tank Datametrics Research and Information Sdn Bhd has warned the government that any increase in cigarette excise duties in Budget 2026 without parallel enforcement upgrades will worsen Malaysia s already dominant illicit cigar...
Peluang Saksikan Aksi Nunez Valverde Ugarte Bersama Uruguay Di Malaysia

Peluang Saksikan Aksi Nunez Valverde Ugarte Bersama Uruguay Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 556 hits
Peluang saksikan aksi Nunez Valverde Ugarte bersama Uruguay di Malaysia AKSI Nunez melepasi kawalan pemain Al Ahli di Jeddah minggu lalu dan peminat di Malaysia boleh menyaksikan kelincahannya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Oktober...
Pm To Launch Visit Malaysia 2026 Tomorrow

Pm To Launch Visit Malaysia 2026 Tomorrow

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 2073 hits
Melaka City will draw both local and international attention with the launch of Visit Malaysia 2026 which Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is set to launch in Klebang tomorrow night STR RAIHANA MANSORMELAKA Melaka City will draw both...
Malaysia Sarong Music Run 2026 Kini Dibuka Untuk Pendaftaran

Malaysia Sarong Music Run 2026 Kini Dibuka Untuk Pendaftaran

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1600 hits
Malaysia Sarong Music Run 2026 Pendaftaran Sudah Dibuka Assalammualaikum semua Selepas kejayaan dan sambutan hebat Malaysia Sarong Music Run 2025 dengan tiga edisi dalam satu tahun Acara larian budaya paling meriah di Malaysia kini kembali ...
10 Daerah Di Malaysia Muncul Daerah Menua Baharu Pada 2025 Dosm

10 Daerah Di Malaysia Muncul Daerah Menua Baharu Pada 2025 Dosm

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 159 hits
10 Daerah Di Malaysia Muncul Daerah Menua Baharu Pada 2025 DOSM PUTRAJAYA 2 Okt Sepuluh daerah muncul sebagai daerah menua baharu iaitu penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencapai tujuh peratus pada 2025 menurut statistik Anggaran Penduduk...
Varian Baharu Covid 19 Xfg Dikesan Di Malaysia

Varian Baharu Covid 19 Xfg Dikesan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1264 hits
Varian Baharu Covid 19 XFG Dikesan Di Malaysia KUALA LUMPUR 19 Sept Kementerian Kesihatan mengesan penularan varian baharu COVID 19 iaitu XFG daripada 43 087 kes yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke 35 Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr...
Google Perkenal Ai Baharu Dalam Google Drive Halang Serangan Ransomware Pulihkan Fail Dengan Mudah

Google Perkenal Ai Baharu Dalam Google Drive Halang Serangan Ransomware Pulihkan Fail Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 404 hits
Google memperkenalkan sistem intervensi berkuasa AI dalam Google Drive for Desktop yang mampu menghentikan serangan ransomware serta memudahkan pengguna memulihkan fail yang terjejas Ransomware kekal sebagai ancaman siber besar dengan kerug...
Brunei Perkenal Wang Kertas Baharu Istilah Dolar Brunei Ganti Ringgit

Brunei Perkenal Wang Kertas Baharu Istilah Dolar Brunei Ganti Ringgit

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 406 hits
Brunei Perkenal Wang Kertas Baharu Istilah Dolar Brunei Ganti Ringgit Brunei memperkenalkan wang kertas baharu yang diseragamkan kepada penggunaan istilah Dolar Brunei menggantikan Ringgit pada Isnin Bank Pusat Brunei Darussalam dalam satu ...
Who Is Anwar Ibrahim The Malaysian Leader Who Helped Trump Preside Over A Peace Deal

To Debate Satanic Us Trade Deal

Family Life Protection Plan Malaysia Secure Your Loved Ones Future

Nothing To Shout About Trump S Kl Stopover Is A Matter Of Calendar Not Diplomatic Calibre

Trade Deal Why Are We Surrendering Rm1 Trillion To Us Ask Hassan Mca Leader

China Trade Deal Shows We Re Not Intimidated By Us Says Anwar

Tarikh Buka Sekolah Kpm Sesi 2026 2027 Kalendar Akademik

Peniaga Kedai Makan Disamun Rm10 000 Tiga Lelaki Berparang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buat Balik Raised Bed Tebu Kuning

Sarravalle Designer Outlet Day 3

Fake Baby Products How To Protect Your Child From Counterfeit Gear In Malaysia

Pop Display Custom Tarik Perhatian Pelanggan Di Setiap Sudut Kedai

Hiburan Kes Adik Dikel R Abang Sendiri Suspek Mungkin Terpengaruh Video Game Alami Halusinasi Polis

Itp Slot 1