Terima Lebih Rm1 8 Bilion Miti Fokus Transformasi Industri Pks Dan Rakyat


Terima Lebih RM1.8 Bilion, MITI Fokus Transformasi Industri, PKS Dan Rakyat
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyambut baik peruntukan sebanyak RM1.898 bilion untuk MITI bagi tahun 2026, selaras dengan usaha Kerajaan MADANI untuk menaikkan siling ekonomi dengan, antara lainnya, memeta Malaysia sebagai destinasi pelaburan berdaya saing, menggalakkan pelaburan berkualiti dan meningkatkan eksport.
Sehubungan itu, MITI amat menghargai penyelarasan hala tuju melalui langkah-langkah merentas Kementerian, khususnya dari segi memperkasakan  sektor-sektor bernilai tinggi dan berpertumbuhan tinggi.
Kesemua langkah ini bakal mengukuhkan keseluruhan ekosistem industri sasaran di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) dan dasar-dasar MITI yang lain.
Ini juga akan memastikan limpahan  ekonomi dinikmati oleh oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Rakyat bagi membina sebuah lanskap ekonomi manusiawi (menaikkan lantai ekonomi) yang disasarkan oleh Kerangka Ekonomi MADANI, NIMP 2030 dan juga Rancangan Malaysia ke- 13 (RMK-13).
Memudahkan Urusan Pelaburan Di Malaysia
Kerangka Insentif Baharu Berasaskan Keberhasilan akan mengimbangi usaha negara untuk menarik aktiviti berpertumbuhan tinggi dengan objektif menjana pekerjaan bernilai tinggi  dan merapatkan jurang ekonomi antara kawasan, sejajar dengan objektif NIMP 2030.
MITI akan memastikan ekosistem Agensi MITI, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bersedia untuk melaksanakan kerangka insentif sepenuhnya pada awal Suku Pertama 2026 bagi sektor perkilangan, diikuti sektor perkhidmatan pada awal Suku Kedua 2026.
MITI juga mengalu-alukan usaha memudahkan urusan pelabur (Investor Pass) yang diterajui MIDA dengan kemudahan Visa Kemasukan Berbilang sehingga 12 bulan; penerusan inisiatif Residence Pass – Talent Fast Track bagi penarikan bakat strategik secara pantas, dan Status Entiti Perniagaan ASEAN (ABE).
Kesemua langkah ini akan dilengkapi oleh Invest Malaysia Facilitation Centre (IMFC) yang setakat ini telah dibangunkan di Kuala Lumpur dan Johor oleh MIDA, juga untuk memudahcara mobiliti bakat mahir dan menyokong pertumbuhan  syarikat Malaysia di rantau ASEAN.
Untuk rekod, dari segi memudahkan perjalanan pelabur, MITI dan Malaysia Productivity Corporation (MPC) juga akan terus menyokong program Reformasi Karenah Birokrasi melalui Jawatankuasa Daya Saing Negara yang setakat ini telah berjaya melonjakkan  kedudukan Malaysia dalam World Competitiveness Ranking (WCR) 2025 sebanyak 11 anak tangga di kedudukan ke-23.
Pengukuhan Akses Pasaran Dan Sokongan Aktiviti Eksport
Bagi tempoh Januari-Ogos 2025, jumlah eksport negara meningkat 3.8% kepada RM1.977 bilion, walaupun berdepan landskap perdagangan global yang amat mencabar. Semenjak Disember 2022 lagi, MITI semakin mempergiatkan usaha mempelbagaikan pasaran eksport Malaysia.
Justeru, MITI mengalu-alukan peruntukan Geran Pembangunan Pasaran  (MDG) MATRADE sebanyak RM60 juta (peningkatan 100% berbanding tahun 2025) bagi membantu PKS mengeksport produk ke pasaran baharu seperti Afrika, Amerika Latin, dan  Asia Tengah.
Ia juga merangkumi sokongan kewangan bagi empat aktiviti baharu, termasuk kos logistik penghantaran produk malaysia ke luar negara dan kos penyertaan aktivitipromosi di dalam premis komersil atau gedung perdagangan di luar negara.
Peruntukan RM500 juta kepada EXIM Bank juga dialu-alukan bagi menyediakan pinjaman mudah  kepada syarikat yang terkesan akibat ketegangan tarif perdagangan global.
Langkah-langkah ini bakal membina daya tahan sektor eksport negara, terutamanya bagi kelangsungan pengeksport PKS. MITI akan terus menggalakkan pemain industri dan pengeksport untuk memanfaatkan 18  perjanjian perdagangan bebas (FTA) sedia ada termasuk Regional Comprehensive Economic  Partnership (RCEP) dan Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific  Partnership (CPTPP).
Terkini, pemuktamadan rundingan FTA di antara Malaysia dan  Republik Korea (ROK) dijangka akan diumumkan di sela-sela Sidang Kemuncak Ketua Negara  ASEAN-ROK dalam bulan Oktober 2025 ini.
Memacu Transformasi Sektor-Sektor Strategik Negara
Semikonduktor: Secara purata, tahun demi tahun, eksport semikonduktor mewakili lebih kurang 30% dari jumlah eksport Malaysia. Bagi tempoh Januari-Ogos 2025, jumlah ini bernilai RM287.3 bilion, meningkat 17.3% tahun-ke-tahun).
Justeru, MITI mengalu-alukan pelaburan berjumlah RM550 juta oleh Khazanah dan KWAP di dalam ekosistem  semikonduktor bagi meningkatkan usaha sama antara firma tempatan dan syarikat multinasional, selaras dengan usaha peningkatan kedudukan Malaysia di dalam rantaian  nilai global seperti yang digariskan oleh NIMP2030 dan National Semiconductor Strategy  (NSS).
MITI juga menghargai langkah-langkah pengukuhan ekosistem industri semikonduktor  Malaysia seperti peruntukan RM500 juta kepada Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk menyokong aktiviti nilai tambah tinggi dan Penyelidikan & Pembangunan (R&D)  oleh syarikat tempatan, serta program inkubator SemiconStart (oleh MTDC) bagi membimbing syarikat pemula niaga mendapatkan akses pembiayaan global.
Aktiviti Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (RDCI) yang bakal dipergiat dengan peruntukan rentas kementerian sebanyak RM5.9 bilion turut dialu-alukan.
Kesemua langkah-langkah ini bakal menyumbang kepada nilai RM1.0 trilion bagi eksport  E&E menjelang 2030, seperti yang disasarkan oleh RMK13.
Untuk rekod, setakat ini, pelbagai program telahpun dilaksanakan untuk menyokong transisi industri semikonduktor Malaysia ke rantaian bernilai lebih tinggi, termasuk Program IC MyChipStart; Taman Reka Bentuk IC Semikonduktor Selangor; Reka Bentuk Silikon  Pulau Pinang@5km+ di Pulau Pinang; serta Taman Teknologi Tinggi Sama Jaya di Sarawak.
Aeroangkasa: MITI bertekad untuk terus memajukan sektor aeroangkasa yang berjaya  meraih pendapatan sebanyak RM25.1 bilion pada tahun 2024, serta mengalu-alukan pembangunan Air Space Sandbox di Perlis dan penempatan MyAERO Training Centre di dalam pembangunan Selangor Aero Park (SAP) seluas 600 ekar di Sepang.
Automotif dan Mobiliti: MITI menyambut baik langkah geran padanan sehingga RM4,000  bagi menggalakkan pelupusan kenderaan berusia lebih 20 tahun dan pembelian kenderaan  nasional baharu, serta pengecualian penuh duti eksais dan cukai jalan ke atas pembelian  kereta nasional baharu oleh pemilik teksi dan kereta sewa persendirian.
MITI berharap ini juga bakal merancakkan penggunaan EV yang telah mula dihasilkan oleh PROTON dan PERODUA, sekali gus menyumbang kepada Sasaran Sifar Bersih nasional, dan peningkatan mobiliti hijau selaras dengan National Automotive Policy (NAP) dan National Energy  Transition Roadmap (NETR).
Industri Halal: Melalui Belanjawan 2026, Halal Development Corporation akan menyediakan khidmat nasihat percuma melalui Pegawai Pembimbing Halal.
MITI menyambut baik usaha ini, yang saling dilengkapi oleh penyediaan pembiayaan PKS Halal  sehingga RM100 juta (oleh SME Bank) dan jaminan Kerajaan bagi pembiayaan PKS Halal  (oleh SJPP) yang akan ditingkatkan sehingga RM2 bilion.
MITI juga akan berusaha menarik  pelabur ke Taman Industri Halal Perak yang akan dibangunkan di daerah Manjung dengan kos RM124 juta.  Kesemua langkah ini bakal menyumbang kepada peningkatan sasaran eksport Halal negara sebanyak RM80 bilion menjelang 2030.
NIMP 2030: Secara keseluruhan, NIMP2030 terus diperkasakan melalui Dana Pelaburan  Bersama Strategik (CoSIF), dengan peruntukan RM200 juta untuk membantu PKS dan  syarikat pertengahan berkembang di dalam sektor-sektor bernilai tinggi, serta peruntukan RM180 juta bagi Dana Pembangunan Industri NIMP (NIDF) untuk membiayai program  pembangunan industri berimpak tinggi.
Selain itu, MITI juga mengalu-alukan langkah peruntukan RM105 juta untuk VentureTECH meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera  dalam sektor berteknologi tinggi.
Peralihan Tenaga Dan Teknologi Hijau  
Sokongan kepada dasar-dasar MITI seperti Green Investment Strategy (GIS) dan Circular  Economy Policy Framework juga.
Ia jelas dilihat melalui Elaun Cukai Pelaburan Aset Hijau  (GITA) sebanyak 100% kepada syarikat yang menggunakan produk teknologi hijau buatan tempatan yang diiktiraf MyHIJAU Mark; cukai karbon bagi menyegerakan inisiatif penyahkarbonan sektor tertentu dan penjanaan solar berskala besar yang akan dilaksanakan dengan kapasiti hampir 2 gigawatt.
Selain itu, pelaburan bernilai RM16.5  bilion yang akan digerakkan oleh GLIC dan GLC amat dialu-alukan, termasuk bagi pembangunan ladang solar, serta perluasan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik  (EV) yang tentu sekali akan menyumbang kepada pembangunan sektor mobiliti hijau di Malaysia.
Bagi tempoh 2024-Jun 2025, sebanyak RM25.4 bilion Pelaburan Hijau telah  diluluskan di bawah GIS, merangkumi 1,708 projek yang bakal menyediakan 9,866 peluang  pekerjaan.
Pembangunan Modal Insan Bagi Sektor Strategik Dan Berteknologi Tinggi
Untuk rekod dan konteks, menerusi pelaksanaan NIMP2030, gaji median dalam sektor  pembuatan telahpun meningkat daripada RM1,976 (tahun 2021) kepada RM2,490 pada  tahun 2024, peningkatan 23% selaras dengan usaha pembangunan sektor-sektor bernilai tinggi.
Penjanaan modal insan yang secukupnya dengan gaji berpatutan bagi sektor-sektor strategik dan bernilai tinggi perlu diteruskan bagi mencapai matlamat ekonomi manusiawi dan bernilai tinggi.
NSS menyasarkan penjanaan 60,000 jurutera bertauliah bagi memastikan kejayaan sektor semikonduktor Malaysia. Melalui Belanjawan 2026, keperluan ini diiktiraf melalui penawaran tiga juta peluang latihan oleh HRD Corp, terutamanya bagi sektor teknologi  tinggi.
Selain itu, MITI mengalu-alukan peruntukan RM650 juta bagi peluang pendidikan  dan latihan TVET untuk memanfaatkan lebih 25 ribu pelatih dalam bidang-bidang sasaran  NIMP2030. Program K-Youth oleh Khazanah yang menyasarkan latihan sambil bekerja  kepada 11,000 belia tanpa ijazah dalam sektor strategik juga amat dihargai.
Seterusnya, MITI juga menyambut baik langkah bagi Johor Talent Development Council (JTDC) yang akan menghubungkan IPT dengan industri bagi menambah program pembangunan bakat  dan penempatan kerjaya bergaji premium.
Dari sudut bakat, melalui ekosistem MITI, setakat ini lebih 13,000 pekerja Malaysia  berkemahiran tinggi telah dilatih dalam industri semikonduktor, melalui beberapa usahasama termasuk yang diterajui oleh Collaborative Research in Engineering, Science and Technology (CREST) dan Kementerian Sumber Manusia melalui TalentCorp.
Menteri MITI, YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz berkata, “Peruntukan melalui Belanjawan 2026 ini mencerminkan kepentingan peranan dan sumbangan MITI dan  agensi-agensinya dari segi pelaburan, pembangunan industri dan perdagangan untuk terus memperkukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi Malaysia.
Terutama sekali dengan pelbagai cabaran geoekonomi dan geopolitik dunia. MITI sentiasa mengutamakan  pelaksanaan, termasuk melaporkan tahap kemajuan dan keberhasilan projek melalui Kad  Laporan MITI yang dibentangkan setiap tiga bulan.
Langkah-langkah Belanjawan 2026 di bawah seliaan MITI akan dilaksanakan sebaik dan secepat mungkin, terutamanya bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat, dan membuka lebih banyak peluang kepada PKS. MITI juga beriltizam untuk memastikan Malaysia terus berada di landasan yang kukuh untuk mencapai sasaran dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia menjelang  2033.”
The post Terima Lebih RM1.8 Bilion, MITI Fokus Transformasi Industri, PKS Dan Rakyat appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/11/terima-lebih-rm1-8-bilion-miti-fokus-transformasi-industri-pks-dan-rakyat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kumpulan Bpmb Teraju Lebih Rm9 Bilion Mandat Strategik Belanjawan 2026 Memacu Transformasi Ekonomi Malaysia

Kumpulan Bpmb Teraju Lebih Rm9 Bilion Mandat Strategik Belanjawan 2026 Memacu Transformasi Ekonomi Malaysia

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 91 hits
Kumpulan BPMB Teraju Lebih RM9 Bilion Mandat Strategik Belanjawan 2026 Memacu Transformasi Ekonomi Malaysia Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad bersama anak syarikatnya iaitu Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad da...
Kapal Kargo Bawa Bijih Timah Lebih Rm1 5 Juta Tanpa Kebenaran Ditahan

Kapal Kargo Bawa Bijih Timah Lebih Rm1 5 Juta Tanpa Kebenaran Ditahan

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 81 hits
Nakhoda bersama empat kru warga Indonesia berusia 23 hingga 47 tahun ditahan Kapal kargo bawa bijih timah ditahan APMM di kedudukan 0 1 batu nautika timur laut Pulau Pemanggil Mersing Johor MERSING Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia men...
Mahkamah Denda Warga Emas Tampar Budak 2 Tahun Lebih Rm1 000

Mahkamah Denda Warga Emas Tampar Budak 2 Tahun Lebih Rm1 000

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 101 hits
KOSMO DUBAI Mahkamah Kesalahan Ringan Dubai di nbsp Emiriyah Arab Bersatu nbsp mendenda seorang lelaki Eropah sebanyak 1 000 dirham kerana menyerang seorang kanak kanak lelaki berumur dua tahun lapor portal berita Gulf News hari ini Kejadia...
Tekun Nasional Salur Rm1 25 Bilion Bantu 66 992 Usahawan Sabah Sejak 1998

Tekun Nasional Salur Rm1 25 Bilion Bantu 66 992 Usahawan Sabah Sejak 1998

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 97 hits
TEKUN Nasional Salur RM1 25 Bilion Bantu 66 992 Usahawan Sabah Sejak 1998 KOTA KINABALU 4 Okt Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional menyalurkan pembiayaan berjumlah RM1 25 bilion kepada 66 992 usahawan di Sabah sejak 1998 sekali gus ...
Belanjawan 2026 Fokus Subsidi Digital Dan Rakyat

Belanjawan 2026 Fokus Subsidi Digital Dan Rakyat

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 141 hits
Setiap kali tiba musim belanjawan ramai tertanya tanya Ada ke bantuan naik Apa yang berubah tahun ni atau Betul ke subsidi makin kurang Belanjawan 2026 yang baru diumumkan ni datang dengan pendekatan berbeza bukan sekadar beri duit tapi bet...
Subsidi Rm1 2 Bilion Komitmen Stabilkan Bekalan Elektrik Sabah

Subsidi Rm1 2 Bilion Komitmen Stabilkan Bekalan Elektrik Sabah

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 90 hits
Peruntukan diumum Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika bentang Belanjawan 2026 amat penting bagi menyelesaikan isu itu bersama kerajaan Sabah Subsidi RM1 2 bilion bagi menstabilan bekalan elektrik di Sabah menggambarkan komitmen keprihatina...
Rakyat Malaysia Makin Gemar Membaca Lebih 1 Juta Buku Atas Talian Disediakan Percuma Kpn

Rakyat Malaysia Makin Gemar Membaca Lebih 1 Juta Buku Atas Talian Disediakan Percuma Kpn

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 144 hits
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang memaklumkan usaha kerajaan menyemai budaya membaca dalam kalangan rakyat menunjukkan perkembangan memberangsangkan Beliau berkata pencapaian itu membuktikan keberkesanan dasar dan inisiatif ke...
Sme Bank Lancar App Elsa Pacu 10 Ribu Usahawan Pks Dan Transformasi Digital Malaysia

Sme Bank Lancar App Elsa Pacu 10 Ribu Usahawan Pks Dan Transformasi Digital Malaysia

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 467 hits
SME Bank Lancar App ELSA Pacu 10 Ribu Usahawan PKS Dan Transformasi Digital Malaysia Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad anak syarikat Bank Pembangunan Malaysia Berhad Group telah melancarkan aplikasi mudah alih baharu ...
Macc Chief Points To Nepal In Warning Against Graft

Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

The Prophet By Kahlil Gibran

Perbezaan Takaful Dan Insurans Biasa Mana Sesuai Untuk Anda

Imagine Rightist Akmal S Reaction If This Israeli Flag Display In Kelantan Is Re Enacted In Dap State

Penhaligon S Introduces The Cut A Bold New Chapter In Bespoke Perfumery

Tadarus Al Quran Di Masjid Nabawi Untuk Tokwan

Realme Game Of Thrones Limited Edition Rekaan Epik Prestasi Hebat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Solat Ketika Rawatan Dialisis Bagaimana

Ingin Jadi Content Creator Yang Bagus

Blackout Memanjang

Kembali Ke D Tavern Steak Sedap Kenangan Lama

Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

The Prophet Through Imam Al Ghazali S