Belanjawan 2026 Kerajaan Perluas Bantuan Am Persekolahan Kepada Murid Miskin Sehingga Tingkatan 5


Belanjawan 2026: Kerajaan Perluas Bantuan Am Persekolahan Kepada Murid Miskin Sehingga Tingkatan 5
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) — Kerajaan bersetuju memperluas Bantuan Am Persekolahan kepada murid miskin sehingga tingkatan lima dengan jumlah peruntukan RM180 juta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pada pada masa ini, bantuan tersebut hanya diberikan kepada murid miskin sehingga tingkatan tiga.
“Semua 5.2 juta murid sekolah kerajaan pula akan menerima RM150 Bantuan Awal Persekolahan dengan peruntukan RM800 juta.
“Mulai 2026, penyaluran bantuan akan dibuat di sekolah melalui guru kepada ibu bapa bagi memastikan hubungan baik antara guru dan ibu bapa demi pendidikan lebih baik anak-anak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 bertemakan ‘Belanjawan Rakyat’ di Dewan Rakyat hari ini.
Menjelas lanjut, Anwar berkata Kementerian Pendidikan menerima peruntukan berjumlah RM66.2 bilion berbanding RM64.2 bilion tahun ini dengan mutu prasarana sekolah kekal menjadi keutamaan Kerajaan MADANI.
Beliau berkata hampir RM2 bilion disediakan bagi menaik taraf lebih 520 sekolah daif khususnya di Sabah dan Sarawak, selain membaik pulih serta menyelenggara semua jenis sekolah termasuk kemudahan murid dan bilik guru.
Katanya 38 sekolah baharu akan dibina untuk memenuhi keperluan penduduk setempat selain pembinaan bilik darjah tambahan melalui kaedah sistem binaan berindustri (IBS) di sekolah sedia ada.
Menurut Perdana Menteri, RM100 juta disediakan bagi membina bilik darjah tambahan di lebih 100 sekolah berkepadatan tinggi
“Sebanyak 350 kelas prasekolah baharu juga dibina di bangunan sedia ada dengan peruntukan lebih RM100 juta bagi mengisi kekurangan kelas prasekolah,” katanya.
Selari dengan tuntutan literasi digital, Anwar berkata televisyen pintar akan dibekalkan kepada 10,800 kelas prasekolah, taska dan tabika seluruh negara dengan kos RM70 juta.
“Kerajaan juga berikrar untuk terus membela kebajikan dan pendidikan anak-anak istimewa dengan membina dua sekolah pendidikan khas baharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendidikan Khas Kota Damansara di Selangor dan SMK Pendidikan Khas Pasir Mas di Kelantan,” katanya.
Selain itu, beliau berkata 150,000 murid Orang Kurang Upaya (OKU) akan menerima elaun RM150 sebulan dengan peruntukan RM270 juta serta RM30 juta diperuntukkan bagi menambah baik kemudahan dan peralatan sekolah supaya mesra OKU.
Bagi menangani isu keciciran pendidikan, katanya, Program Anak Kita dengan kerjasama Yayasan Hasanah juga dilaksanakan dengan peruntukan RM30 juta.
“Selaras penekanan Rancanagan Malaysia Ke-13 kepada latihan dalam perkhidmatan, RM115 juta diperuntukkan bagi membekalkan guru dengan latihan persediaan kurikulum 2027 dan latihan pedagogi STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik),” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Belanjawan 2026: Kerajaan Perluas Bantuan Am Persekolahan Kepada Murid Miskin Sehingga Tingkatan 5 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/10/belanjawan-2026-kerajaan-perluas-bantuan-am-persekolahan-kepada-murid-miskin-sehingga-tingkatan-5/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Awal Persekolahan 2026 Kpm

Bantuan Awal Persekolahan 2026 Kpm

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 177 hits
TERKINI Bantuan Awal Persekolahan 2026 RM 150 Akan Diagihkan Kepada Setiap Murid Sekolah Baca selanjutnya Bantuan Awal Persekolahan untuk sesi persekolahan 2026 2027 sebanyak RM 800 juta akan mula diedarkan oleh pihak sekolah setelah memukt...
Bantuan Penghargaan Sara Rm100 Untuk Semua Belanjawan 2026

Bantuan Penghargaan Sara Rm100 Untuk Semua Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 232 hits
Perdana Menteri mengumumkan bahawa RM100 penghargaan SARA akan diberi kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas pertengahan Februari 2026 Semakan status boleh dibuat melalui laman web rasmi atau laman web MyKasih pada tarikh yang...
Kerajaan Pahang Hargai Keprihatinan Kerajaan Pusat Dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam Belanjawan 2026

Kerajaan Pahang Hargai Keprihatinan Kerajaan Pusat Dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 143 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan besar yang diberikan kepada Pahang menerusi pembentangan Belanjawan 2026 Menteri Besar Datuk Seri Wan ...
Str Sara 2026 Belanjawan 2026

Str Sara 2026 Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 231 hits
Kerajaan meningkatkan jumlah keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah kepada RM15 bilion bagi tahun 2026 sebagai langkah meringankan beban kos sara hidup rakyat Semua penerima STR akan menerima SARA bulanan RM100 manakal...
Pendidikan Percuma Ptptn Mulai 2026 Belanjawan 2026

Pendidikan Percuma Ptptn Mulai 2026 Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 157 hits
TERKINI Kerajaan umum pendidikan PERCUMA melalui PTPTN Belanjawan 2026 Kerajaan mengumumkan pemberian pendidikan percuma kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional melibatkan 5 800 anak daripada keluarga miskin yang mengik...
Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Maktab Mahmud 2026

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Maktab Mahmud 2026

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 113 hits
Bagi murid yang bakal meneruskan pendidikan mereka di Tingkatan 1 bagi tahun 2026 adalah dialu alukan memohon kemasukan Tingkatan 1 di Maktab Mahmud Negeri Kedah Untuk makluman sekolah ini merupakan sekolah yang terkemuka di Negeri Kedah ya...
Belanjawan 2026 Malaysia Madani

Belanjawan 2026 Malaysia Madani

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 199 hits
Petang ini guys Belanjawan 2026 Malaysia Madani Kita dengar sendiri lebih baik daripada dengar dari pihak ketiga 6 Nilai Teras Malaysia MADANIKemampananMutu hidup seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan ilmu pengetahuan dan...
Belanjawan 2026 Memacu Pertumbuhan Jangka Panjang Ekonomi Gig

Belanjawan 2026 Memacu Pertumbuhan Jangka Panjang Ekonomi Gig

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 237 hits
Belanjawan 2026 Memacu Pertumbuhan Jangka Panjang Ekonomi Gig Belanjawan 2026 tahun ini berteraskan prinsip Ekonomi MADANI dengan memberi penekanan kepada pemerkasaan rakyat sebagai asas pertumbuhan dan ketahanan ekonomi Antara sektor yang ...
Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2026 Pesara

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2026 Pesara

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 243 hits
Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Pesara 2026 Belanjawan 2026 Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak Bantuan ini akan disalurkan pada awal Mac 2026 sempena menyambut Aidilfitr...
Trump Steals The Show But Pmx Had Close Encounter Of The Beast Kind

Ideas Malaysia Us Trade Pact A Blemish On Asean Chairpersonship

Ai Experts These Are The Only 5 Jobs That Will Remain In 2030

Padang Besar Here We Come Part 1

18 07 Holiday Home Office Inainn Norway

Person Detained After Intruding On Putrajaya Mrt Track

Strawberry Smoothie

Suria Park Suria Hill Taman Rekreasi Baru Di Bandar Puncak Alam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Melukis Senja Fynn Jamal

Ungu Prinsa Mandagie Laguku Chord

Doa 1 November 2025

Retrocross Another Effortlessly Cool Yamaha Xt500 From Pbm

Thailand Umumkan Berkabung 1 Tahun Turis Wajib Taati Peraturan Ini

Ole Ole Dari Segamat