Belanjawan 2026 Perkukuh Agenda Integriti Tutup Ruang Ketirisan Hasil Negara Azam


Belanjawan 2026 Perkukuh Agenda Integriti, Tutup Ruang Ketirisan Hasil Negara – Azam
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan Belanjawan 2026 yang diumumkan hari ini sebagai cerminan komitmen serius kerajaan dalam memperkukuh integriti, membanteras rasuah serta menutup ruang ketirisan hasil negara demi kesejahteraan rakyat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya menyambut baik penegasan kerajaan berhubung aktiviti rasuah, penyelewengan dan ketirisan yang amat merugikan negara.
“Tindakan tegas penguatkuasaan tanpa pilih kasih yang berjaya mengembalikan hasil negara mencecah RM15.5 bilion dalam tempoh dua tahun membuktikan keberkesanan tindakan bersama agensi-agensi penguatkuasaan.
“Sehubungan itu, SPRM amat menghargai langkah kerajaan memperuntukkan lebih RM700 juta bagi memperkukuh keupayaan badan penguatkuasaan termasuk SPRM, khususnya dalam aspek latihan dan perolehan aset,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Selain itu, Azam berkata SPRM turut menyambut baik penggubalan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan serta pelaksanaan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal yang merupakan reformasi institusi penting bagi menambah baik sistem perolehan dan memastikan ketelusan dalam pengurusan dana awam.
“SPRM turut menyambut baik cadangan kerajaan untuk meluluskan potongan cukai bagi sumbangan kepada program pencegahan rasuah yang diiktiraf SPRM sebagai projek berkepentingan nasional.
“Inisiatif ini bakal membuka ruang kerjasama yang lebih erat dengan masyarakat sivil dan pihak swasta, seterusnya menggalakkan penglibatan rakyat dalam agenda pencegahan rasuah,” katanya.
Azam menegaskan komitmen SPRM untuk terus melaksanakan mandat secara bebas, telus dan profesional menerusi pendekatan pendidikan, pencegahan serta penguatkuasaan.
“Seiring aspirasi Belanjawan MADANI 2026, SPRM yakin dengan sokongan rakyat, budaya integriti dapat diperkukuh, tatakelola baik dapat dipertingkatkan dan usaha pembanterasan rasuah terus diperkasa demi kesejahteraan dan faedah rakyat,” katanya.
Belanjawan 2026 bertemakan ‘Belanjawan Rakyat’ memperuntukkan RM470 bilion perbelanjaan awam, merangkumi RM338.2 bilion perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion pembangunan, selain pelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (RM30 bilion), awam swasta (RM10 bilion) serta badan berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (RM10.8 bilion).
Sumber: Bernama
BACA: Inti Pati Belanjawan 2026 BACA: Pendidikan Percuma PTPTN Kepada 5,800 Anak Keluarga Miskin Mulai Tahun Hadapan The post Belanjawan 2026 Perkukuh Agenda Integriti, Tutup Ruang Ketirisan Hasil Negara – Azam appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/10/belanjawan-2026-perkukuh-agenda-integriti-tutup-ruang-ketirisan-hasil-negara-azam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2026 Manfaat Kepada Peminjam Ptptn Dan Kelestarian Pendidikan Tinggi Negara

Belanjawan 2026 Manfaat Kepada Peminjam Ptptn Dan Kelestarian Pendidikan Tinggi Negara

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 143 hits
Belanjawan 2026 Manfaat Kepada Peminjam PTPTN Dan Kelestarian Pendidikan Tinggi Negara Pembentangan Belanjawan 2026 bertemakan Belanjawan MADANI Keempat Belanjawan Rakyat oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Anwar bin Ibrahim Perdana Menteri ...
Pendidikan Percuma Ptptn Mulai 2026 Belanjawan 2026

Pendidikan Percuma Ptptn Mulai 2026 Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 156 hits
TERKINI Kerajaan umum pendidikan PERCUMA melalui PTPTN Belanjawan 2026 Kerajaan mengumumkan pemberian pendidikan percuma kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional melibatkan 5 800 anak daripada keluarga miskin yang mengik...
Pengecualian Cukai Kenderaan Di Langkawi Labuan Dihadkan Belanjawan 2026

Pengecualian Cukai Kenderaan Di Langkawi Labuan Dihadkan Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 162 hits
Kerajaan bercadang supaya pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan dihadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300 000 berkuat kuasa 1 Januari 2026 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia sebagai langkah tegas me...
Bantuan Penghargaan Sara Rm100 Untuk Semua Belanjawan 2026

Bantuan Penghargaan Sara Rm100 Untuk Semua Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 231 hits
Perdana Menteri mengumumkan bahawa RM100 penghargaan SARA akan diberi kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas pertengahan Februari 2026 Semakan status boleh dibuat melalui laman web rasmi atau laman web MyKasih pada tarikh yang...
Belanjawan 2026 Kerajaan Perluas Bantuan Am Persekolahan Kepada Murid Miskin Sehingga Tingkatan 5

Belanjawan 2026 Kerajaan Perluas Bantuan Am Persekolahan Kepada Murid Miskin Sehingga Tingkatan 5

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 154 hits
Belanjawan 2026 Kerajaan Perluas Bantuan Am Persekolahan Kepada Murid Miskin Sehingga Tingkatan 5 KUALA LUMPUR 10 Okt Kerajaan bersetuju memperluas Bantuan Am Persekolahan kepada murid miskin sehingga tingkatan lima dengan jumlah peruntukan...
Belanjawan 2026 Malaysia Madani

Belanjawan 2026 Malaysia Madani

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 192 hits
Petang ini guys Belanjawan 2026 Malaysia Madani Kita dengar sendiri lebih baik daripada dengar dari pihak ketiga 6 Nilai Teras Malaysia MADANIKemampananMutu hidup seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan ilmu pengetahuan dan...
Mohon Doa Pembentangan Belanjawan 2026 Esok Berjalan Lancar Anwar

Mohon Doa Pembentangan Belanjawan 2026 Esok Berjalan Lancar Anwar

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 181 hits
Mohon Doa Pembentangan Belanjawan 2026 Esok Berjalan Lancar Anwar PUTRAJAYA 9 Okt Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon semua rakyat Malaysia mendoakan agar pembentangan Belanjawan 2026 esok berjalan lancar Doakan semuanya selama...
Janji Turun Harga Petrol Direalisasi Hasil Tatakelola Baik Pembersihan Amalan Ketirisan Pm Anwar

Janji Turun Harga Petrol Direalisasi Hasil Tatakelola Baik Pembersihan Amalan Ketirisan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 806 hits
Janji Turun Harga Petrol Direalisasi Hasil Tatakelola Baik Pembersihan Amalan Ketirisan PM Anwar SANDAKAN Pelaksanaan subsidi harga petrol RON95 pada harga RM1 99 untuk rakyat Malaysia hasil daripada usaha tatakelola pentadbiran yang baik s...
Pm Anwar Tumpu Perancangan Belanjawan Madani 2026

Pm Anwar Tumpu Perancangan Belanjawan Madani 2026

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 172 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Kementerian Kewangan bagi menumpukan perhatian terhadap perancangan Belanjawan MADANI keempat 2026 pada 5 Oktober 2025 Foto X Anwar IbrahimPUTRAJAYA 5 Okt Biarpun hari ini merupakan cuti hu...
Meet The Vespa 787b A Vivid Tribute To The Mazda That Won Le Mans

Ai Experts These Are The Only 5 Jobs That Will Remain In 2030

Person Detained After Intruding On Putrajaya Mrt Track

Strawberry Smoothie

Kenangan Zaman Kanak Kanak Di Kampung Tandak Machang

How Do You Feel About Travel Right Now We Want To Hear From You

18 07 Holiday Home Office Inainn Norway

Lepas Jawab Soklan Bodo Pembangkang Pm Anwar Berlepas Ke Korea Semalam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Padah Hantaran Jelik Kakitangan Rhb Tamat Perkhidmatan

Mengupah Servis Tukang Rumah Untuk Kerja Reno Di Rumah Anda

Vast Forest Fire At Bukit Jelutung Captured In Viral Video

Beyond Oil Palm Sector Finds New Value In Bio Mass And Sustainability

Trump Steals The Show But Pmx Had Close Encounter Of The Beast Kind

Breaking The Silence Speaking Out On Domestic Violence Against Males