Kuih Tepung Pelita Asli Di Bulan Ramadhan Yang Sedap




Alhamdulillah hari ini adalah hari jadi saya. Masya Allah anak anak secara diam diam telah berpakat untuk berbuka puasa di Glam Hall sempena hari jadi saya. Mereka juga berpakat membeli bunga dan kek untuk meraikan hari jadi saya. 
Saya merasa sangat terharu dengan ingatan mereka. Jika dulu, saya yang akan membayar untuk meraikan hari jadi anak anak. Kini keadaan menjadi sebaliknya mereka telah besar dan telah bekerja. Saya pula tidak lagi bekerja. 
Hari ini juga, bermakna telah genap dua tahun saya menjalani hidup sebagai seorang pesara setelah bekerja berpuluh tahun sebaik menamatkan pengajian di universiti. Saya tidak sempat pun untuk berehat dari tamat zaman sekolah.
Kini, saya bebas untuk melakukan apa sahaja yang saya sukai. Saya boleh bangun dan tidur bila bila masa yang saya suka. Sesuatu yang tidak pernah saya nikmati waktu bekerja. Saya tidak suka tidur siang hari kerana terasa sayang sangat untuk tidur terutama kalau waktu saya bercuti. 
Hahaha cuti bila ditukar ke nilai tunai, akan menjadi sangat berharga. Jadi saya tidak akan mengambil cuti sesuka hati. Memang kena berjimat cermat dengan cuti tahunan.
Sejak menjadi pesara, barulah saya berpeluang untuk banyak membuat video untuk masakan yang saya sediakan. Maklumlah untuk edit satu video kadang kadang boleh memakan setengah hari. Jadi jangan lupa untuk memberi sokongan supaya saya terus bermotivasi untuk menceriakan dunia masakan di alam maya. Sekarang kita masuk bab masakan.
Tepung pelita adalah antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran saya. Namun sangat susah untuk menemui kuih tepung pelita yang sedap seperti kuih pelita yang pernah saya makan masa kecil dulu.
Banyak resipi yang ditemui di google atau di youtube bukan lagi resipi tepung pelita seperti zaman dulu yang lembut berkuah air gula tapi sebaliknya seperti kuih talam yang dihidangkan dalam bekas daun pisang sahaja. Tengok gambar di bawah yang saya maksud berkuah air gula cair.


Ada yang masak lapisan hijau dan masuk dalam bekas. Kemudian masuk pula lapisan putih dan terus simpan dalam peti sejuk. Memang lah kita patut melakukan inovasi tapi tidaklah sampai merubah keaslian kuih tradisional ini.
Saya juga ada menyediakan video di Azie Kitchen Youtube Channel di bawah ini. Jangan lupa untuk klik subscribe bagi mendapat notifikasi setiap kali video baru di pos dalam channel saya. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa untuk mencubanya tau.  


Kuih Tepung Pelita AsliOleh: Azie Kitchen
Lapisan Hijau:½ cawan tepung beras¼ sudu kecil air kapur makan2 cawan air daun pandan
Lapisan Santan½ cawan tepung beras2 cawan santan - asal 2 ½ cawan¼ sudu kecil garam
Cara cara:Sediakan bekas tepung pelita dengan melapik 2 atau lebih helai daun pisang. Dengan menggunakan kotak saiz 5 x 8 cm sebagai acuan, bentukkan bekas dengan dilipat di hujung dan di stapler. Ulang proses untuk hujung satu lagi. 

Panaskan periuk pengukus. Masukkan 1 sudu besar gula ke dalam bekas tepung pelita dan susun dalam loyang saiz 8 x 8 inci. Kukus selama 1 minit. Angkat.

Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Satukan kesemua bahan lapisan hijau. 
Masak sehingga hampir pekat dan berkilat. Tutup api. Terus kacau sehingga adunan rata dan tidak berketul. 
Tuang ke dalam bekas tepung pelita dengan ⅓ penuh. Kukus selama 15 minit. Nota: saya masukkan dalam jug dulu untuk memudahkan dituang adunan ke dalam bekas.

Sementara lapisan hijau dikukus, satukan semua bahan lapisan santan dan tapis. Masak atas dapur sambil dikacau sehingga hampir pekat seperti lapisan hijau tadi. Terus tutup api dan terus kacau supaya tidak berketul. 
Tuang ke atas lapisan hijau tadi dengan berhati hati, kalau lapisan hijau pecah jika masih lembut. Kukus selama 10 minit. Sedia untuk diangkat.


Nota;Jangan terlebih air kapur kerana lapisan hijau akan rasa pahit.
Susun bekas rapat rapat antara satu sama lain supaya bentuknya cantik selepas dikukus.
Tepung pelita asli akan berkuah air gula di bahagian bawah bekas bila diceduk dan kuihnya lembut lembut. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/04/kuih-tepung-pelita-asli-di-bulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Kuih Tepung Pelita Step By Step Guna Bekas Dadih Tak Payah Kukus Senang Dan Sedap

Resipi Kuih Tepung Pelita Step By Step Guna Bekas Dadih Tak Payah Kukus Senang Dan Sedap

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 285 hits
Hi korang Assalammualaikum Okay hari ni aku nak share dengan korang cara nak buat kuih tepung pelita cara moden yang senang gila dan cepat Selama ni kita tengok orang buat kena lipat daun pisang lepas tu kena kukus renyah Okay resipi kat ba...
8 Resepi Kuih Yang Senang Dan Sedap Untuk Bulan Puasa

8 Resepi Kuih Yang Senang Dan Sedap Untuk Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 354 hits
8 RESEPI KUIH YANG SENANG DAN SEDAP UNTUK BULAN PUASA Assalamualaikum Bila tiba bulan puasa pelbagai jenis kuih dapat kita lihat di bazar Ramadan kan Meriah pelbagai rupa dan rasa Kuih tradisional masih mendapat tempat di hati semua Ramai y...
Tepung Pelita Bunga Telang Cantik Warna Biru Aslinya Sedap Makan Sejuk Sejuk

Tepung Pelita Bunga Telang Cantik Warna Biru Aslinya Sedap Makan Sejuk Sejuk

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 201 hits
Salah satu pencuci mulut yang paling digemari ketika Ramadan adalah kuih tepung pelita Rasanya yang lemak manis dan dimakan ketika sejuk memang sedap Kuih ni bukan orang dewasa je suka anak anak pun tetap menggemarinya Istimewanya untuk res...
Buat Sendiri Kuih Tepung Gomak Yang Sedap Guna Resipi Mudah Ni

Buat Sendiri Kuih Tepung Gomak Yang Sedap Guna Resipi Mudah Ni

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 514 hits
Sedapnya Kuih Tepung Gomak ni lebih lebih lagi kalau makan waktu Lembut sedikit kenyal dan manis intinya buat rasa tidak jemu menikmati kuih tradisional ni Bagi anda yang nak cuba Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya Selamat mencuba CARA ...
Kuih Tepung Gomak Sedap Jom Cuba Resepi Ini

Kuih Tepung Gomak Sedap Jom Cuba Resepi Ini

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 282 hits
Pernah makan kuih tepung gomak Kalau korang memang orang Kelantan dan Terengganu pasti tahu kan Kuih Tepung Gomak atau Kuih Tepung Gomok cukup popular di negeri Pantai Timur Sis jarang nampak kuih nie dijual walaupun kuih nie sedap Disebabk...
Resipi Kuih Lompang Berlauk Yang Sedap Sangat Guna Daging Burger Buat Rendang

Resipi Kuih Lompang Berlauk Yang Sedap Sangat Guna Daging Burger Buat Rendang

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 196 hits
Kali ini apa kata kita masak Kuih Lompang Berlauk Kalau tiada daging segar tiada masalah Boleh sahaja guna daging burger untuk masak rendang Rendang kita buat lebih sedikit Nanti bolehlah makan dengan roti dan juga nasi impit Jom kita cuba ...
Membedah Kesalahan Kesalahan Di Bulan Ramadhan

Membedah Kesalahan Kesalahan Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 244 hits
Ini di antara kesalahan di bulan Ramadhan terutama ketika memasukinya
Malam Lailatul Qadar Malam Seribu Bulan Pada Sepuluh Malam Terakhir Ramadhan

Malam Lailatul Qadar Malam Seribu Bulan Pada Sepuluh Malam Terakhir Ramadhan

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 278 hits
Malam Lailatur Qadar dikenali sebagai malam seribu bulan dimana ianya satu malam yang sangat istimewa di bulan Ramadhan Pastinya setiap umat Islam yang berpuasa mendambakan dapat bertemu malam Lailatur Qadar Malam Lailatur Qadar yang mempun...
Lidah Rasa Tak Sedap Nak Makan Manis Je Aisyah Terkejut Hamil Kini 4 Bulan

Lidah Rasa Tak Sedap Nak Makan Manis Je Aisyah Terkejut Hamil Kini 4 Bulan

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 228 hits
Usahawan berjaya Aisyah Hijanah bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi Berita gembira tersebut dikongsi olehnya di laman instagram semalam Aisyah yang juga selebriti sosial media kini sedang menunaikan umrah di Tanah Suci pada awa...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord