Kubang Badak Biogeotrail Destinasi Unik Tak Ramai Orang Tahu Di Langkawi




Assalamualaikum & hello geng..
Salah satu aktiviti BBL paling suka bila travel mesti explore tempat semulajadi contoh masuk hutan. Sebut Pulau Langkawi memang tak sah tak merasai pengalaman melihat geowarisan & buadaya yang ada sekitar permata Kedah ni sesuai dengan status geoprak Global UNESCO ke 52 di dunia & pastinya yang pertama di Asia Tenggara.


Salah satu destinasi menarik yang baru BBL discover baru-baru ni iaitu Kubang Badak Biogeotrail. Lokasinya yang sangat dekat dengan Thailand menyimpan 101 cerita sejarah melibatkan dua buah negara. Kat sini saya sempat merasai pengalaman baru & pengetahuan tentang warisan geologi, biologi & budaya sekitar Kubang Badak. 
Asalnya kawasan ini cuma perkampungan nelayan biasa, namun selepas ramai pengkaji datang melakukan penyelidikan rupanya tersembunyi banyak tarikan baru yang boleh menarik pelancong terutama mereka yang suka alam semulajadi. So apa tunggu lagi, meh ikut BBL bawa anda tour sedikit. 

- pengkalan jeti Kubang Badak
Aktiviti biogeotrail bermula di Jeti Nelayan Kubang Badak & kami dibawa menyusuri Sungai Kubang Badak & Sungai Siam. Oh ya, ada dua cara kita boleh explore Kubang Badak sama ada naik bot atau kayak. Sambil tu pemandu bot akan bercerita tentang sejarah & keunikkan setiap persinggahan kami. 
Ada 12 hentian geopark 
1. Jeti Kubang Badak
2. Pulau Kubang Badak
3. Bukit Menora
4. Tapak Kebuk Arang Lama
5. Pulau Jemuruk - geotapak fosil kambra
6. Gua Pinang
7. Tanjung Mendidih
8. Beting Pasir
9. Kampung Siam
10. Tanjung Buta
11. Titik Pandang
12. Snorkeling Pulau Dangkil
Pertama abang bot akan membawa kami semua melalui Sungai Siam. Salah satu sungai yang menyimpan pelbagai sejarah kedatang masyarakat Siam ke Pulau Langkawi. Malah dulu ada perkampungan Siam sekitar tepi sungai Kubang Badak. Pemandangan kiri kanan sungai sungguh mengasyik takala melihat pokok-pokok bakau tumbuh subur. 


Ketika menyusuri sungai, kami dapat melihat Bukit Menora iaitu sejenis 'mogot' istilah geologi untuk bukit tunggul bercerun curam yang terbentuk oleh sama ada batu kapur, batu marmar atau batu dolomit. Memang cantik weh. 


Kawasan ni sangat kaya dengan pokok bakau, tak hairan persingahan pertama kami ke Beting Pasir - lokasi pusat tanaman semula anak pokok bakau. Sini biasanya banyak company GLC, badan kerajaan & institusi koporat menjadikan aktiviti menanam pokok bakau sebagai salah satu program CSR. Mula tu macam terkejut eh tengah-tengah sungai ada beting pasir macam pulau timbul gitu. 


Selain tu, persinggahan wajib pastinya peninggalan tapak kebuk arang lama. Dulu masyarakat sini gunakan ia sebagai tempat membakar kayu bakau untuk dijadikan sebagai kayu arang. Sangat besar serta dibuat dari sususan batu sungai membentuk seakan igloo. Serius kagum habis seni binaan orang dulu-dulu. Dari explanation abang bot kami, kebuk arang ni berusia lebih 100 tahun. Serba sedikit memberi gambaran ia salah satu aktiviti utama komuniti Siam sekitar Kampung Budak Badak. 

- kebuk arang lama
Destinasi wajib dikunjungi mestilah Gua Pinang. Untuk sampai ke sini, kami perlu berjalan sekitar 10 minit dari kebuk arang lama melalui kawasan tepi bukit kapur. Menurut sumber, gua ni adalah tinggalan gua laut kuno yang terbentuk hasil proses ombak ketika paras laut berada sekitar 15 meter (berbanding sekarang) kira-kira 6,000 tahun lampau. Kesan peninggalan kulit keran, tiram & siput kuno masih utuh di sekitar pintu masuk Gua Pinang. 

- hasil formasi jutaan tahun menjadikan permukaan dinding batu kapur gua sangat cantik
- yang tergantung atas tu kelawar. Bukan batman tau..
Sekarang tarikan utama dalam Gua Pinang ialah pengalaman melihat sendiri burung kelawar tergantung atas siling gua. Kalu ada lampu sportlight jangan lupa bawak. Boleh nampak clear kelawar banyak dalam ni. Texture batuan kapur Gua Pinang sangat memukau mata. 
Kalu cuaca cerah, bot pelancong akan bawa pengunjung mandi manda di Pulau Dangkil. Fuh best betul sebab air memang tenang, warna hijau biru dan paling penting ada life jacket incase korang tak pandai sangat berenang. Sakan ye BBL berenang mengalahkan Pandalela Rinong hehe


Kadang-kadang kita lupa nak menghargai alam semulajadi yang ada sekeliling terutama hutan bakau yang sangat penting dalam ekosistem hidupan laut selain berfungsi sebagai benteng mengelak hakisan laut serta ombak besar ke kawasan daratan. Off course haiwan paling BBL suka tengok kalu ke hutan bakau mestilah ikan belacak. Tahu kan ikan ni boleh hidup dua alam. Kejap duduk atas darat, kejap duduk dalam air. 
Otw nak balik jeti tu hujan turun selebat alam.. fuh sejuk amat. Nasib baik la ada restoren Nelayan KB Cafe di pengkalan Jeti tu. Fuh memang terbaik waktu tengahari dapat makan nasi panas-panas dengan lauk masakan orang Langkawi. Ni pun first time try makan Kerabu Bronok - makanan laut tradisi penduduk Langkawi. Lauk Ikan Termenung pun boleh tahan sedap & isi ikan pun manis. Yelah makan dengan ulam kampung + ikan goreng memang bertambah la nasi. Incase korang datang ke Kubang Badak, harus la cuba makan sini.

- lauk Ikan Termenung 
- Kerabu Bronok
Incase anda berminat untuk merasai pengalaman unik di Kubang Badak Biogeotrail ni boleh contact nombor bawah ni.
+6013-4323268 (Puteri Kassandra)

+6018-2404505 (Adam Daniel)
Jumpa di next entri okay. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://budakbandunglaici.blogspot.com/2021/11/kubang-badak-biogeotrail-destinasi-unik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biogeo Trail Kubang Badak Destinasi Eko Pelancongan Menarik Di Langkawi

Biogeo Trail Kubang Badak Destinasi Eko Pelancongan Menarik Di Langkawi

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 164 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPelancongan alam semulajadi atau eko pelancongan mula mendapat tempat di hati pelancong Ramai yang mula suka melawat alam sekitar meneroka hutan paya bakau dan sebagainya ketika percutian dan bukan sahaja ...
Destinasi Pilihan Wajib Diterokai Biogeotrail Kubang Badak

Destinasi Pilihan Wajib Diterokai Biogeotrail Kubang Badak

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 274 hits
DESTINASI PILIHAN WAJIB DITEROKAI Antara destinasi pilihan yang wajib diterokai jika berada di Pulau Langkawi adalah BIOGEOTRAIL KUBANG BADAK Setibanya AlongMurni di sini AM disambut dan diberi penerangan oleh En Sabri yang merupakan wakil ...
Menyelusuri Sejarah Langkawi Di Kubang Badak Biogeo Trail Dan Kota Mahsuri

Menyelusuri Sejarah Langkawi Di Kubang Badak Biogeo Trail Dan Kota Mahsuri

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 226 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi dan dirindui semua Cuti cuti Malaysia Maha di Pulau Langkawi bersama kawan kawan diteruskan lagi But sebelum tu nak ucapkan terima kasi...
Destinasi Tarikan Pelancong Paradise 101 Langkawi

Destinasi Tarikan Pelancong Paradise 101 Langkawi

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 299 hits
DESTINASI TARIKAN PELANCONG PULAU BUATAN PARADISE 101 LANGKAWI PLAY RELAX REFRESH AlongMurni dimaklumkan yang Pulau Langkawi memiliki 99 buah pulau semulajadi Jadi ada dua buah pulau buatan yang dibangunkan menjadikan angkanya kini 101 PARA...
Rouhi Retreats Villa Unik Untuk Penginapan Keluarga Di Langkawi

Rouhi Retreats Villa Unik Untuk Penginapan Keluarga Di Langkawi

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 388 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan yang dikasihi dan dirindui Yeayyy Maha teruja nak sambung lagi ni kisah percutian selama enam hari baru baru ini di Pulau Langkawi Tapi sebelum...
Destinasi Pelancongan Skycab Panorama Langkawi

Destinasi Pelancongan Skycab Panorama Langkawi

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 217 hits
DESTINASI PELANCONGAN SKYCAB PANORAMA LANGKAWI KERETA KABEL LANGKAWI Jika ke Langkawi pastinya Kereta Kabel Langkawi menjadi pilihan dan merupakan Destinasi Pelancongan yang wajib dikunjungi AlongMurni juga tidak melepaskan peluang untuk me...
Solo Traveler Kuala Lumpur Perlis Langkawi

Solo Traveler Kuala Lumpur Perlis Langkawi

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 177 hits
Assalamualaikum pembuka bicara Rindu rindu Nak jerit sekuat hati rasa rindu tersangat sangat Rindu pada blog ni yang dah lama tak update apa apa Tinggg Rasa nya belum terlambat nak wish ni HAPPY NEW YEAR Semoga tahun ini memberi rahmat kepa...
Pakej Honeymoon Langkawi Murah

Pakej Honeymoon Langkawi Murah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 184 hits
Pakej Honeymoon Langkawi RM1 155 Untuk 2 orang Pakej termasuk Penginapan 3h 2m Hotel Resort di Pantai Cenang Sewa pandu kereta Viva atau setaraf Sarapan pagi buffet untuk 2 orang 1x candle light dinner tepi pantai ATAU bedroom deco Aktiviti...
Pakej Percutian Bajet Dan Murah Di Langkawi

Pakej Percutian Bajet Dan Murah Di Langkawi

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 197 hits
Cuti sekolah November akan bermula pada 26hb November 2018 Jika anda mencari Pakej Percutian Bajet Dan Murah Di Langkawi anda boleh layari di SINI Itupun jika anda tidak bercadang Melawat Lawati Blog Cikgu Joe Satun Untuk Info Satun Lebih L...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri