Destinasi Pilihan Wajib Diterokai Biogeotrail Kubang Badak



DESTINASI PILIHAN WAJIB DITEROKAI : BIOGEOTRAIL KUBANG BADAK





Antara destinasi pilihan yang wajib diterokai jika berada di Pulau Langkawi adalah BIOGEOTRAIL KUBANG BADAK. Setibanya AlongMurni (AM) di sini, AM disambut dan diberi penerangan oleh En Sabri yang merupakan wakil Koperasi Nelayan Kubang Badak. AM dimaklumkan yang penyelusuran kali ini menggunakan bot mengambil masa antara 3 jam ke 4 jam lamanya.



AM berada di Jeti Nelayan Kubang Badak bersama dengan  Marou dan
 'Orang Kuat' QTT Group Plt Sdn Bhd

En Sabri wakil dari Koperasi Nelayan Kubang Badak memberi penerangan lokasi yang menarik sepanjang Kubang Badak

Terlihat jelas di sini terdapat enam papan tanda yang menceritakan secara ringkas dua belas GeoTapak menarik sepanjang perjalanan boat nanti. Di antaranya adalah Jeti Kubang Badak, Sungai Kubang Badak, Sungai Siam, Bukit Menora, Tapak Kebuk Arang, Gua Pinang, Kampung Kubang Badak, Mata Air Panas, Fosil Kambria Pulau Jemuruk, Tanjung Buta, Titik Pandang Landskap dan Beting Pasir.

Aktiviti di biogeotrail itu bermula di Jeti Nelayan Kubang Badak dan AlongMurni (AM) dapat menelusuri Sungai Kubang Badak dan Sungai Siam dengan menaiki bot. Bagi AM Biogeotrail Kubang Badak dianggap permata yang tersembunyi dan salah satu Destinasi Pelancongan yang menarik dan punyai keunikan tersendiri.



AM menyelusuri Sungai Kubang Badak menaiki bot
AM berada di Persimpangan antara Sungai Kubang Badak dan Sungai Siam AM dapat melihat hutan paya bakau seterusnya melakukan lawatan ke geotapak di sekitar lokasi itu. Memang indah, penuh kehijauan dan mengasyikkan. Tiga lokasi yang tumpuan utama sepanjang menyelusuri Sungai Kubang Badak adalah Bukit Menora, peninggalan tapak kebuk arang lama dan Gua Pinang.

 

BUKIT MENORA


Bukit Menora (Kredit Picture : Blogger Xulhilmi


Ketika menyelusuri sungai Kubang Badak AM dapat melihat Bukit Menora, iaitu sejenis 'mogot' istilah geologi untuk bukit tunggul bercerun curam yang terbentuk oleh sama ada batu kapur, batu marmar atau batu dolomit.



Cantiknya pemandangan langit dan air sungai (BerOOTD la AM ) Selain Bukit Menora , AM juga dibawa menyelusuri ke Kampung Siam. Jelas terlihat peninggalan tapak kebuk arang lama yang dipercayai berusia lebih 100 tahun.

 

TAPAK KEBUK ARANG



TAPAK KEBUK ARANG 



Ia adalah dapur untuk proses pembakaran kayu pokok bakau untuk dijadikan arang. Itu adalah antara ekonomi orang dahulu kala di kawasan kampung ini. Tapi sekarang ia terlah beralih kepada lebih moden dan juga kawasan yang dibenarkan untuk buat arang juga telah dihadkan demi menjaga keseimbangan ekosistem kat kawasan ini.
Tapak kebuk arang lama ini memberi gambaran bahawa industri kayu arang adalah sumber pendapatan untuk komuniti Siam di sekitar kawasan Kampung Budak Badak ini suatu ketika dahulu.

 

GUA PINANG

Untuk ke Gua Pinang AM perlu melalui hutan berbukit kira-kira 10 minit dari sebuah jeti kecil untuk ke Gua Pinang. Gua ini adalah tinggalan gua laut kuno yang terbentuk oleh proses ombak ketika paras laut berada sekitar 15 meter (berbanding sekarang) kira-kira 6,000 tahun dahulu.


Penuh dengan khazanah asli hutan paya bakau

Laluan sepanjang ke Gua Pinang
AM berada di Jeti kecil sebelum berjalan ke arah Gua Pinang




AM masih boleh melihat kawasan longgokan cangkerang kuno seperti kulit siput dan tiram di sekitar kawasan gua ini
Longgokan cangkerang kulit siput dan tiram kesan dari tinggalan Kuno



PULAU JEMURUK

Bagi AM Pulau Jemuruk ini merupakan ‘virgin island’. Airnya memang jernih dengan suasana pemandangan yang cantik.. Sesuai juga untuk OOTD. Tapi untuk mandi manda di sini, diwajibkan memakai jaket keselamatan kerana kedalaman dasarnya tidak menentu.



AM berada di Pulau Jemuruk




BETING PASIR

Beting pasir adalah bentuk muka bumi yang memanjang ke dalam air, biasanya terdiri daripada pasir, mendakan atau anak batu. Ia mampu menghalang pelayaran dan aliran arus air. Ciri-ciri beting yang mampu terbentuk dalam pelbagai saiz, dari beberapa meter dalam anak sungai kepada mendakan laut sepanjang beberapa ratus kilometer sepanjang persisiran pantai, sering kali dipanggil pulau sawar (barrier island).



AM BERPELUANG BERADA DI BETING PASIR



Pendek kata beting pasir adalah kawasan ditengah-tengah sungai ini yang akan mucul bila air sungai surut sahaja. Ia adalah lokasi dimana banyak pihak NGO dan juga persatuan yang buat program amal untuk tanam anak benih pokok bakau kerana Pokok Bakau ini sangat membantu dalam menjaga ekosistem satu-satu kawasan persisir laut dan sungai daripada ancaman bencana alam atau sebagainya.



AKTIVITI MEMBERI HELANG MAKAN

Aktiviti ini kira bernasib baik yea. Dapat AM lihat sendiri bagaimana pengunjung di bot lain memberi makanan kepada helang. Memang terpukau dapat melihat cara dan kepantasan burung helang menyambar makan yang disampak ke permukaan sungai.



Pengunjung berpeluang memberi helang makan.


Banyak pilihan pakej dengan tawaran harga yang menarik dan berbaloi. Jangan lupa bila bercuti di Langkawi untuk singgah ke Biogeotrail Kubang Badak. Pasti satu pengalaman terindah yang tidak dapat dilupakan. SELAMAT BERCUTI!!!!










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://alongmurni.blogspot.com/2021/11/Destinasi-Pilihan-Wajib-Diterokai-Biogeotrail-Kubang-Badak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kubang Badak Biogeotrail Destinasi Unik Tak Ramai Orang Tahu Di Langkawi

Kubang Badak Biogeotrail Destinasi Unik Tak Ramai Orang Tahu Di Langkawi

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 276 hits
Assalamualaikum hello geng Salah satu aktiviti BBL paling suka bila travel mesti explore tempat semulajadi contoh masuk hutan Sebut Pulau Langkawi memang tak sah tak merasai pengalaman melihat geowarisan buadaya yang ada sekitar permata Ked...
Biogeo Trail Kubang Badak Destinasi Eko Pelancongan Menarik Di Langkawi

Biogeo Trail Kubang Badak Destinasi Eko Pelancongan Menarik Di Langkawi

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 164 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPelancongan alam semulajadi atau eko pelancongan mula mendapat tempat di hati pelancong Ramai yang mula suka melawat alam sekitar meneroka hutan paya bakau dan sebagainya ketika percutian dan bukan sahaja ...
4 Destinasi Tempat Makan Pilihan Alongmurni

4 Destinasi Tempat Makan Pilihan Alongmurni

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 386 hits
4 DESTINASI TEMPAT MAKAN PILIHAN ALONGMURNI NASI DAGANG PAK MALAU Nasi Dagang Pak Malau kini menjadi salah satu menu unik makanan di Langkawi Menggunakan resepi asli nasi dagang Terengganu Pak Malau turut menyediakan pelbagai menu tambahan ...
Kerajaan Tidak Ada Pilihan Wajib Ditolak Segera

Kerajaan Tidak Ada Pilihan Wajib Ditolak Segera

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 139 hits
KUALA LUMPUR 16 DISEMBER Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee mengecam kenyataan kerajaan yang mendakwa tidak mempunyai pilihan lain kecuali mengurangkan subsidi untuk mengelak daripada terus mengalami defisit kewangan Be...
Destinasi Bersejarah Yang Wajib Dilawati Kota Mahsuri

Destinasi Bersejarah Yang Wajib Dilawati Kota Mahsuri

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 320 hits
DESTINASI BERSEJARAH YANG WAJIB DILAWATI KOTA MAHSURI Mesti setiap pembaca blog AlongMurni tahu yang AM sangat meminati tempat tempat yang bersejarah dan suka mendengar cerita cerita tentang sejarah dahulu kala Sejarah menjadi ilmu yang men...
Menyelusuri Sejarah Langkawi Di Kubang Badak Biogeo Trail Dan Kota Mahsuri

Menyelusuri Sejarah Langkawi Di Kubang Badak Biogeo Trail Dan Kota Mahsuri

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 226 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi dan dirindui semua Cuti cuti Malaysia Maha di Pulau Langkawi bersama kawan kawan diteruskan lagi But sebelum tu nak ucapkan terima kasi...
5 Creative Space Di Jakarta Yang Jadi Pusat Kreativitas Dan Seni Wajib Banget Ke Sini

5 Creative Space Di Jakarta Yang Jadi Pusat Kreativitas Dan Seni Wajib Banget Ke Sini

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 218 hits
Buat kamu yang pengin cari inspirasi atau bertemu dengan sesama pecinta seni wajib banget datengin creative space ini
Beli Tayar Online Untuk Pilihan Yang Lebih Selamat Dan Jimat Di Mytayar Com

Beli Tayar Online Untuk Pilihan Yang Lebih Selamat Dan Jimat Di Mytayar Com

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 284 hits
Beli Tayar Online Untuk Pilihan yang Lebih Selamat Dan Jimat Di Mytayar Com Pernah tak terfikir nak beli tayar kereta secara online Macam mustahil jerr kan Itu persoalan yang sis tanya dulu mungkin kita akan cakap eh boleh ke beli tayar onl...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri