Destinasi Pelancongan Skycab Panorama Langkawi


 
DESTINASI PELANCONGAN SKYCAB PANORAMA LANGKAWI KERETA KABEL LANGKAWI



Jika ke Langkawi, pastinya Kereta Kabel Langkawi menjadi pilihan dan merupakan Destinasi Pelancongan yang wajib dikunjungi. AlongMurni (AM) juga tidak melepaskan peluang untuk menerokai dan melihat panorama Langkawi melalui ‘Langkawi Cable Car’.

Kereta Kabel Langkawi atau lebih dikenali sebagai Langkawi Cable Car ialah salah satu tarikan pelancongan utama di Pulau Langkawi. Mula beroperasi pada 25 Februari 2005, ia sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri. Apa yang menarik tentang Kereta Kabel Langkawi adalah ia mempunyai laluan yang paling curam di dunia. Ia juga merupakan pengangkutan utama untuk ke puncak Gunung Mat Chinchang (Machincang) bagi melihat keindahan alam semulajadi, pemandangan menarik Langkawi dan pulau-pulau diperairannya.

 

LOKASI KERETA KABEL LANGKAWI

 

Kereta Kabel Langkawi terletak di Oriental Village iaitu di kaki Gunung Mat Chinchang. AM kesini dengan menaiki van. Segalanya telah disediakan oleh penganjur iaitu QTT Group PLT dengan kerjasama LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel.. Jarak dari tempat penginapan iaitu Rouhi Retreats ke Langkawi Cable Car mengambil masa 30 minit.






Kereta Kabel Langkawi membawa AM ke puncak Gunung Mat Chincang. Disepanjang perjalanan AM berada di Kereta Kabel ini lebih kurang 15 minit ini, AM dapat melihat pemandangan hutan semulajadi yang menghijau dan bila berada di dalam Kereta Kabel seolah olah  AM berada di balik awam biru.. hehehehe . Apabila semakin tinggi, lautan dan pulau-pulau kecil diperairan Langkawi mula kelihatan.

 



Terdapat tiga stesen kereta kabel iaitu:

Stesen Bawah - Stesen pertama dimana AM mula menaiki gondola.
Stesen Tengah - Stesen kedua untuk Pelantar bergambar.
Stesen Atas - Stesen terakhir iaitu lokasi utama untuk melihat pemandangan panorama seluruh Langkawi.
Kereta kabel atau dipanggil Gondola akan membawa AM ke puncak gunung mempunyai beberapa jenis gondola dengan harga yang berbeza iaitu:

Gondola biasa - Mempunyai dua tempat duduk bertentangan. Boleh memuatkan 6 orang penumpang dengan berat maksima 480kg. Tetapi mengikut norma baru diwajibkan ada penjarakan social dan diterhadkan kepada 4 orang dalam satu satu Gondola.

Gondola Lantai Kaca - Mempunyai lantai kaca telus. Penumpang dapat melihat pemandangan sekeliling, atas dan bawah. Boleh memuatkan 6 orang penumpang.

Gondola VIP - Gondola mewah dengan 3 'bucket seat' untuk penumpang yang inginkan privasi. Turut menyediakan makanan, minuman dan muzik. Boleh memuatkan 3 orang penumpang sahaja.

Gondola 360° - Produk terkini dimana dinding kaca gondola digantikan dengan grill besi. Konsep 'open air' sesuai untuk anda yang pernah menaiki kereta kabel sebelum ini merasai kelainan dan pengalaman baru. Gondola ini cuma boleh memuatkan 4 orang penumpang sahaja.
AM menaiki gondola biasa namun menggunakan Pass Ekspress. Jadi Am menggunakan Lorong Ekspress dan tidak perlu beratur panjang.

Gondola tidak akan berhenti semasa melalui platfom. Pintu akan dibuka untuk menurunkan penumpang dari Stesen Atas. Ia akan bergerak perlahan-lahan. Jadi AM perlu berhati-hati semasa ingin masuk ke dalam gondola. Pegang pintu, langkah masuk dengan pantas dan terus duduk. Pintu akan ditutup secara automatik apabila meninggalkan platform.



Setelah pintu ditutup, gondola akan bergerak meninggalkan platform perlahan-lahan. Laluan kereta kabel Langkawi dibahagian bawah agak landai dan tidak terlalu curam. Jika terasa gayat seperti AM, jangan panik. Fokuskan pandangan didalam gondola. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Bernafas secara teratur sehingga berasa lebih tenang.






Apabila tiba di Stesen Tengah, pintu gondola akan terbuka. Di Stesen Tengah terdapat pelantar tinjau. Selesai bergambar AM naik semula ke Gondola untuk ke Stesen berikutnya.

Apabila tiba di stesen terakhir,  laluan ini adalah yang paling curam. Tekanan udara juga berlainan disini. Jangan risau, apabila tiba ke destinasi terakhir ini AM dapat melihat pemandangan yang cukup menarik dan mengagumkan.






Kesimpulannya, semasa menaiki gondola, jangan bergerak aktif semasa berada didalam gondola seperti melompat atau berjalan-jalan.

 

PEMANDANGAN GUNUNG MAT CHINCHANG

Semasa menaiki Kereta Kabel Langkawi, dari jauh kelihatan Gunung Mat Chinchang tersergam indah. AM melihat hutan semulajadi yang meliputi kawasan ini. Dibahagian bawah, kelihatan pokok-pokok yang tinggi menghijau. Gondola akan melalui puncak pokok-pokok ini.

Apabila separuh perjalanan menghampiri Stesen Tengah, puncak gunung semakin jelas kelihatan. Disini beberapa pemandangan menarik boleh disaksikan. Pastikan tidak terlepas menyaksikan:

Struktur batu kapur yang unik membentuk Gunung Mat Chinchang.
Air terjun Telaga Tujuh yang mengagumkan.
Jenis pokok yang berbeza dari bahagian bawah.
Pandangan bertentangan pula ialah laut yang membiru. Kelihatan pulau-pulau kecil dan kapal-kapal layar berwarna putih di Teluk Burau. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.







SKYBRIDGE (JAMBATAN GANTUNG)

Tarikan lain yang ada dipuncak Gunung Mat Chincang ialah SkyBridge atau Jambatan Gantung. Ia adalah sebuah jambatan berbentuk melengkung yang dibina di puncak Gunung Mat Chincang. Jambatan ini digantung pada sebuah tiang (menara) setinggi 82 meter. Ia merentasi dua puncak dengan ketinggian lebih-kurang 100 meter dari tanah. Panjang jambatan dari hujung ke hujung ialah 125 meter.

 



3D ART LANGKAWI

3D Art Langkawi adalah muzium 3D terbesar di Malaysia. Ia menawarkan berbagai lukisan 3D menarik. AM dapat menyaksikan hasil seni lukis yang unik dan cukup mengagumkan. Berbagai kategori lukisan boleh dilihat. Kebanyakannya berkonsepkan fantasi. AM puas hati dapat bergaya didepan kamera dengan mengabadikan kreativiti dengan cara tersendiri bersama lukisan 3D yang menarik.











KATA ALONGMURNI

Kereta Kabel adalah aktiviti yang mesti dilakukan jika ke Langkawi. Ia adalah aktiviti paling menarik dan unik di pulau ini. Debaran menaiki gondola dan pemandangan dipuncak gunung adalah yang terbaik dan tidak mungkin dilupakan.

 

Alamat:
Cable Car Station Oriental Village,
Teluk Burau, 07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Tel: 04-959 4225/1225
Fax: 04-959 1121/4121
Email : [email protected]








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://alongmurni.blogspot.com/2021/11/Destinasi-Pelancongan-Skycab-Panorama-Langkawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biogeo Trail Kubang Badak Destinasi Eko Pelancongan Menarik Di Langkawi

Biogeo Trail Kubang Badak Destinasi Eko Pelancongan Menarik Di Langkawi

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 164 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPelancongan alam semulajadi atau eko pelancongan mula mendapat tempat di hati pelancong Ramai yang mula suka melawat alam sekitar meneroka hutan paya bakau dan sebagainya ketika percutian dan bukan sahaja ...
Senarai Lokasi Pelancongan Menarik Di Langkawi

Senarai Lokasi Pelancongan Menarik Di Langkawi

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 313 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSebelum melancong atau percutian adalah lebih baik untuk merancang terlebih dahulu aktiviti dan tempat tempat yang akan dilawati Perancangan ini pastinya akan membuatkan percutian anda berjalan dengan tera...
Destinasi Tarikan Pelancong Paradise 101 Langkawi

Destinasi Tarikan Pelancong Paradise 101 Langkawi

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 299 hits
DESTINASI TARIKAN PELANCONG PULAU BUATAN PARADISE 101 LANGKAWI PLAY RELAX REFRESH AlongMurni dimaklumkan yang Pulau Langkawi memiliki 99 buah pulau semulajadi Jadi ada dua buah pulau buatan yang dibangunkan menjadikan angkanya kini 101 PARA...
Main Aktiviti Air Lasak Di Paradise 101 Dan Menaiki Gunung Mat Cincang Dengan Langkawi Skycab

Main Aktiviti Air Lasak Di Paradise 101 Dan Menaiki Gunung Mat Cincang Dengan Langkawi Skycab

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 302 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan yang dikasihi dan dirindui selalu Ini adalah posting terakhir Maha nak kongsikan untuk percutian dan perjalanan di Pulau Langkawi baru baru ini...
Kubang Badak Biogeotrail Destinasi Unik Tak Ramai Orang Tahu Di Langkawi

Kubang Badak Biogeotrail Destinasi Unik Tak Ramai Orang Tahu Di Langkawi

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 276 hits
Assalamualaikum hello geng Salah satu aktiviti BBL paling suka bila travel mesti explore tempat semulajadi contoh masuk hutan Sebut Pulau Langkawi memang tak sah tak merasai pengalaman melihat geowarisan buadaya yang ada sekitar permata Ked...
Video Terlambung Lambung Naik Bot Di Langkawi Babak Dsv Jer1t Lawak Habis

Video Terlambung Lambung Naik Bot Di Langkawi Babak Dsv Jer1t Lawak Habis

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 304 hits
Seperti yang sedia maklum beberapa hari ini kita dikejutkan dengan pelbagai isu yang telah ditularkan oleh beberapa individu yang telah memuatnaik content yang membuatkan para netizen masih lagi rancak mempersoalkan mengenai permasalahan is...
Ambil Iktibar Kisah Siakap Langkawi Tapi Sedap Lagi Ikan Terubuk Bakar

Ambil Iktibar Kisah Siakap Langkawi Tapi Sedap Lagi Ikan Terubuk Bakar

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 621 hits
Ambil Iktibar Kisah Siakap Langkawi Tapi Sedap Lagi Ikan Terubuk Bakar Meriah sungguh hujung minggu kami semeriah kisah viral siakap Langkawi jugak tapi meriah kami rasa puashati berpihak pada saya Eh rasanya tak habis lagi orang bercakap s...
Terbang Ke Langkawi Dengan Firefly

Terbang Ke Langkawi Dengan Firefly

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 523 hits
Assalamualaikum semua Eh rasa excited kejap nak update entri travel BBL ke Langkawi Last week saya housemate kawan kawan pergi bercuti kat Pulau Mahsuri Siapa tak seronok weh dapat rentas negeri jalan jalan kan Mulanya kami plan nak naik ba...
Menyelusuri Sejarah Langkawi Di Kubang Badak Biogeo Trail Dan Kota Mahsuri

Menyelusuri Sejarah Langkawi Di Kubang Badak Biogeo Trail Dan Kota Mahsuri

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 226 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi dan dirindui semua Cuti cuti Malaysia Maha di Pulau Langkawi bersama kawan kawan diteruskan lagi But sebelum tu nak ucapkan terima kasi...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults