Rouhi Retreats Villa Unik Untuk Penginapan Keluarga Di Langkawi


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui. Yeayyy Maha teruja nak sambung lagi ni kisah percutian selama enam hari baru-baru ini di Pulau Langkawi. Tapi sebelum tu Maha nak ucapkan terima kasih kepada QT Travels Group kerana sudi membawa kami sekumpulan untuk memeriahkan kembali ekonomi pelancongan di pulau penuh sejarah ini. Sebelum ini Maha ada kongsikan pengalaman menaiki penerbangan FireFly dari Subang sampai ke Langkawi



So lepas ni dah bermula pengembaraan di sini dan banyak tempat yang menarik Maha nak kongsikan. Tapi kalau datang Langkawi kat mana kami tinggal? Itu pun penting juga yer. Bestnya kami dibawa ke villa yang sangat cantik dan unik. Nama tempat ini dikenal dengan Rouhi Retreats yang diambil sempena dengan nama suami kepada pemilik villa ini. Konsep kat sini boleh Maha katakan sebagai penginapan keluarga kerana ia villa yang mampu menempatkan seramai lapan ke sepuluh orang untuk satu rumah



Kami adalah antara pengunjung yang terawal datang dan menikmati keselesaan dan keindahan tempat tinggal ini. Ia terletak di mukim Ayer Hangat Langkawi yang jauh sikit daripada kesibukan bandar Kuah. Kawasan ini dikelilingi hutan yang masih segar dan juga kawasan perkampungan. Mula-mula kami sampai memang teruja sangat kerana ini akan menjadi tempat rehat dan bermalam kami sepanjang berada di Langkawi. 







Kawasan ini besar juga kerana ada lebih kurang sepuluh buah villa berkembar yang bersaiz besar. Bila dah masuk sangat unik rekabentuk villa ini kerana ada banyak cermin untuk melihat keindahan alam diluar dan juga pencahayaan yang jelas kedalam villa. Satu rumah ni ada lebih kurang dua bilik yang menempatkan di dalamnya ada dua katil saiz queen. Ada juga bilik yang ada dua katil bujang tengok pada bilik mana yang dipilih. Juga dilengkapkan dengan dua bilik air serta ada ruang makan dan dapur







Korang boleh tengok sendiri Maha kongsikan gambar-gambar villa ini memang luas sangat sesuai untuk mereka yang datang bersama keluarga besar dan anak-anak. Nampak macam rumah tak siap tapi bukan, itu adalah konsep yang nak diketengahkan kat sini lebih kepada alam semulajadi. Kemudahan lain yang ada kat sini juga terdapat sebuah kolam renang yang luas untuk mandi-manda. Kalau korang nak santai dan berkelah tepi kolam renang pun boleh mereka akan setupkan khas untuk korang. Tapi kena buat tempahan awal ok. Macam yang kami nikmati ini dapat mandi sambil makan-makan dan BBQ belah malam semua boleh buat kat sini







Juga di sini terdapat sebuah dewan yang boleh digunakan untuk membuat sebarang aktiviti indoor. Serta ada juga kawasan taman outdoor yang diteduhi dengan pokok besar untuk korang nak buat sebarang majlis dengan konsep taman terbuka. Mereka juga boleh setupkan tempat itu ikut apa yang korang mahukan tapi kena maklumlah semasa buat tempahan ok. Masa kami sampai tu bersamaan dengan majlis perasmian Rouhi Retreats ini oleh Yang Berusaha Tn Hj Saiful Anwar Bin Azmi iaitu District Officer Langkawi. Sebab ia adalah tempat yang masih sangat baru dan juga belum dikenali ramai

Yang Berusaha Tn Hj Saiful Anwar Bin Azmi District Officer Langkawi
Madam AR Syarifah Alawiyah Alhabshi Founder of Rouhi Retreats


Juga turut hadir sama pada majlis perasmian villa ini adalah beberapa orang VIP serta media dan juga rakan kongsi dan orang kenamaan. Walaupun majlis di adakan secara sederhana dan mematuhi SOP tapi cukup bermakna buat tempat ini. Pada majlis tersebut semua tetamu dihidang dengan makanan yang disediakan oleh pihak villa dan semua dibawa mengelilingi kawasan villa dan melihat rumah-rumah yang ada serta rekabentuk dalamannya. Maha suka kawasa ni sebab ia exclusive yang tidak bercampur dengan orang luar, juga masih mengekalkan kehijauan disekelilingnya dengan konsep villa yang unik. 



Korang tanya harga kat sini ada beberapa pakej iaitu Package A empat hari tiga malam dan Package B tiga hari dua malam. Nak tahu harga detail korang boleh contact dengan QT Travels atau juga no yang Maha tinggalkan pada bawah posting ini. Bagi yang nak menginap kat sini Maha cadangkan untuk sewa kenderaan sendiri kerana senang nak berulang-alik ke tempat pelancongan yang ada sekitar Langkawi ini. 





Ok Maha dah kongsikan pengangkutan dan juga penginapan kami sepanjang di Langkawi ini. Lepas ini akan ada banyak lagi posting untuk tempat-tempat menarik yang kami pergi sepanjang berada di Langkawi permata Kedah ini. Tunggu sahaja perkongsian yang akan datang dari Maha ok. Korang yang nak bercuti kat sini boleh hubungi terus QT Travels mereka akan bantu dan memberi pakej yang terbaik untuk korang ok

Pertanyaan dan tempahan sila hubungi QT Travels: Tel / Whatsapp : 013-4323268 - PK                           018-2404505 - Adam DanielInstagram : https://www.instagram.com/qttravelsgroup/
Rouhi Retreats :Facebook : https://www.facebook.com/Rouhi-Retreats-658680391153863/Instagram : https://www.instagram.com/rouhiretreats/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2021/11/rouhi-retreats-villa-unik-untuk-penginapan-keluarga-di-langkawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Sebab Kenapa Villa Rouhi Retreats Sesuai Anda Menginap Di Langkawi

5 Sebab Kenapa Villa Rouhi Retreats Sesuai Anda Menginap Di Langkawi

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 434 hits
Assalamulaikum hello helo Haip tengah planning nak datang travel ke Pulau Langkawi ke tu Nie mesti tengah survey rumah atau homestay yang boleh muat 8 10 orang kan ha elok sangat la sebab saya nak share pengalaman staycation kat Rouhi Retre...
Bajet 2022 Rm25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia

Bajet 2022 Rm25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 335 hits
Bajet 2022 RM25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia Sejak wabak COVID 19 menjengah ke tanah kita lebih 4 700 anak anak telah hilang tempat bermanja apabila ibu dan bapa mereka pergi buat selamanya akibat virus ini Sebagai Keluarga Mala...
Di Mana Anwar Ahli Keluarga Bakal Tarik Perhatian Dalam Saman Serangan Seksual

Di Mana Anwar Ahli Keluarga Bakal Tarik Perhatian Dalam Saman Serangan Seksual

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 321 hits
MALAYSIA NOW Muhammed Yusoff Rawther berkata presiden PKR harus membuktikan kenyataannya yang mengatakan beliau sedang melayani anak perempuan dan cucunya ketika kejadian serangan seksual itu berlaku Presiden PKR Anwar Ibrahim Butiran di ma...
Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia Bantu Mahasiswa Memerlukan Ismail

Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia Bantu Mahasiswa Memerlukan Ismail

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 293 hits
Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia bantu mahasiswa memerlukan Ismail Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia sebagai sebuah badan berperanan membantu golongan mahasiswa yang ...
Bajet 2022 Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga Rm2 500 Maksimum

Bajet 2022 Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga Rm2 500 Maksimum

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 679 hits
Bajet 2022 Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga RM2 500 Maksimum Pada 29 November Menteri Kewangan Malaysia Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz telahpun membentangkan Rang Undang undang Perbekalan yang bert...
Direct Cash Aid Programme Rebranded As Bantuan Keluarga Malaysia

Direct Cash Aid Programme Rebranded As Bantuan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 316 hits
BUDGET 2022 Finance Minister Tengku Zafrul Abdul Aziz has announced that the direct cash aid programme will be improved and rebranded as Bantuan Keluarga Malaysia under Budget 2022 Next year the direct cash aid initiative will be improved T...
5 Destinasi Liburan Keluarga Di Bali Yang Bisa Obati Kerinduan Jalan Jalan

5 Destinasi Liburan Keluarga Di Bali Yang Bisa Obati Kerinduan Jalan Jalan

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 190 hits
Catat baik baik destinasinya baru kemudian beli tiket pesawat ke Bali untuk liburan bersama keluarga
Bajet 2022 Keluarga Malaysia Wajib Bersyukur

Bajet 2022 Keluarga Malaysia Wajib Bersyukur

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 403 hits
Bajet 2022 seluruh Keluarga Malaysia WAJIB BERSYUKUR Dalam kegairahan dan kegembiraan seluruh rakyat Malaysia usah alpa bahawa semua REZEKI yang kita perolehi ini adalah daripada Allah semesta alam Ambil hikmah iktibar bahawa Allah sentiasa...
Momen Yang Ditunggu Akhirnya Terwujud Azriel Bersyukur Keluarga Hermansyah Dan Lemos Bisa Berkumpul

Momen Yang Ditunggu Akhirnya Terwujud Azriel Bersyukur Keluarga Hermansyah Dan Lemos Bisa Berkumpul

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 233 hits
Dulu sempat bersitegang kini Azriel senang karena keluarga baru sang ayah dan ibunya bisa berhubungan baik Bahkan mereka berencana liburan bareng
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu