Sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 Perkukuh Pengurusan Tanah Lestari Negara


Sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 Perkukuh Pengurusan Tanah Lestari Negara
KLANG, 5 Disember 2025 – Majlis Sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 telah berlangsung di KSL Esplanade Hotel, Klang, disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup.
Sambutan tahun ini mengangkat tema global “Tanah Sihat untuk Bandar Sejahtera”, selaras dengan usaha negara mendepani cabaran urbanisasi, perubahan iklim dan memastikan keterjaminan makanan yang mampan.
Dalam ucapannya, Dato’ Sri Arthur menegaskan bahawa tanah ialah aset strategik negara yang bukan hanya menyokong sektor pertanian di luar bandar, malah mempunyai peranan penting dalam ekosistem bandar melalui kawalan mikroiklim, penapisan sumber air, penyimpanan karbon serta pengeluaran makanan berskala komuniti.
Beliau turut menekankan komitmen kerajaan melalui Belanjawan 2026, termasuk peruntukan RM100 juta bagi pemulihan tanah sawah bermasalah serta RM20 juta untuk pembekalan baja foliar dan bahan kesuburan tanah bagi manfaat 6,400 pesawah di seluruh negara.
Teks ucapan perasmian beliau dibacakan oleh YBhg. Dato’ Nor Sam binti Alwi, Ketua Pengarah Pertanian.
YBhg. Dato’ Nor Sam juga menegaskan peranan Jabatan Pertanian sebagai peneraju dalam pengurusan sumber tanah negara. Melalui kajian siri tanah, pemantauan kualiti tanah berasaskan teknologi geospatial, pembangunan pangkalan data digital serta penyediaan panduan teknikal pengurusan tanah lestari, Jabatan Pertanian terus memacu produktiviti sektor tanaman makanan.

Beliau turut menekankan bahawa isu seperti tanah jerlus di kawasan sawah memerlukan pemahaman saintifik dan tindakan berasaskan data bagi mengelakkan kerugian hasil serta gangguan kepada jadual penanaman.
Majlis turut mengiktiraf peserta Program mySOILDOCTOR Zon Utara dan Zon Timur, iaitu para petani yang dilatih oleh Jabatan Pertanian untuk menjalankan analisis tanah dan merawat tanah secara saintifik di lapangan. Program ini melahirkan rakan teknikal lapangan yang berperanan sebagai “Doktor Tanah”, membantu komuniti mengurus tanah secara mampan, mengoptimumkan penggunaan input serta meningkatkan produktiviti tanaman.
YB Timbalan Menteri turut memuji dedikasi para peserta yang disifatkan sebagai wira tanah negara kerana sumbangan mereka terhadap pertanian lestari dan keselamatan makanan.
Sambutan ini turut memperlihatkan komitmen kerjasama strategik antara Jabatan Pertanian dan institusi akademik seperti Universiti Malaya melalui UM Soil Doctor Program (UMSDP), yang menggabungkan penyelidikan saintifik dengan amalan lapangan bagi memacu inovasi dalam pengurusan tanah negara.

Dalam usaha mengarusperdanakan pengurusan tanah lestari di seluruh negara, Jabatan Pertanian akan terus memperkukuh Program Pertanian Bandar sebagai sokongan keterjaminan makanan komuniti; memanfaatkan teknologi digital serta pangkalan data tanah untuk perancangan tanaman yang lebih tepat; memperluas latihan kejuruteraan tanah, diagnostik dan pengurusan tanah mampan; serta mempertingkat kerjasama antara agensi kerajaan, universiti, sektor swasta dan komuniti petani.
Sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 mengukuhkan mesej bahawa tanah ialah asas kehidupan, sumber rezeki dan nadi pembangunan pertanian negara. Jabatan Pertanian komited untuk terus menerajui pengurusan tanah secara lestari bagi memastikan setiap inci tanah kekal produktif, menyokong pembinaan bandar yang sejahtera dan menjamin masa depan keterjaminan makanan negara.
The post Sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 Perkukuh Pengurusan Tanah Lestari Negara appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/05/sambutan-hari-tanah-sedunia-2025-perkukuh-pengurusan-tanah-lestari-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Kejadian Tanah Runtuh Pokok Tumbang Dilaporkan Di Ibu Negara Hari Ini

7 Kejadian Tanah Runtuh Pokok Tumbang Dilaporkan Di Ibu Negara Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 124 hits
7 Kejadian Tanah Runtuh Pokok Tumbang Dilaporkan Di Ibu Negara Hari Ini KUALA LUMPUR 24 Nov Empat kejadian tanah runtuh dan tiga insiden pokok tumbang dilaporkan di sekitar ibu negara susulan hujan lebat berterusan sejak semalam Pusat Gerak...
Ayah Di Sibolga Tidak Berganjak Dari Kawasan Tanah Runtuh Selama Tiga Hari Demi Mencari Puteri Tercinta

Ayah Di Sibolga Tidak Berganjak Dari Kawasan Tanah Runtuh Selama Tiga Hari Demi Mencari Puteri Tercinta

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 125 hits
SUMATERA UTARA Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Sibolga meninggalkan kesedihan mendalam kepada ramai keluarga Namun kisah seorang ayah yang tidak berganjak dari kawasan kejadian selama tiga hari demi mencari puterinya benar benar menyen...
Hari Pertama Disember 2025

Hari Pertama Disember 2025

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 160 hits
Salam semua Cepat betul masa berlalu tup tap tup tap dah bulan terakhir Disember 2025 Bulan depan dah Januari 2026 Tahun yang akan menyaksikan umur aku akan berubah dari pangkal 3 ke nombor 4 Ya tuan tuan tahun 2026 bakal menyaksikan umur a...
Pada Hari Selasa 25 November 2025 Platinum Berpotensi Untuk Mengukuh Ke Arah Tahap Rintangan Terdekatnya

Pada Hari Selasa 25 November 2025 Platinum Berpotensi Untuk Mengukuh Ke Arah Tahap Rintangan Terdekatnya

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 150 hits
Platinum Dengan kedua dua EMA mula membentuk Silangan Emas dan RSI berada pada tahap Neutral Menaik hari ini Platinum berpotensi untuk mengukuh Tahap Utama 1 Rintangan 2 1584 0 2 Rintangan 1 1571 0 3 Pivot 1549 0 4 Sokongan 1 1536 0 5 Sokon...
Emas Berkemungkinan Akan Terus Mengukuh Hari Ini Rabu 26 November 2025 Walaupun Terdapat Potensi Untuk Pembetulan Yang

Emas Berkemungkinan Akan Terus Mengukuh Hari Ini Rabu 26 November 2025 Walaupun Terdapat Potensi Untuk Pembetulan Yang

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 190 hits
Emas Pembeli nampaknya masih mendominasi Emas pada masa ini seperti ditunjukkan oleh pembentukan Silangan Emas pada EMA dan EMA Walaupun terdapat juga potensi untuk pembetulan terhad seperti yang ditunjukkan oleh RSI selagi ia tidak ditembu...
Makluman Luruan Monsun Di Rantau Negara Bermula Dari 24 Hingga 27 November 2025

Makluman Luruan Monsun Di Rantau Negara Bermula Dari 24 Hingga 27 November 2025

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 315 hits
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia Analisis terhadap model model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara bermula pada 24 November 2025 dan berterusan sehingga 27 November 2025 Keadaa
Hari Guru Tanggal Berapa 2025 Sejarah Makna Dan Cara Merayakannya

Hari Guru Tanggal Berapa 2025 Sejarah Makna Dan Cara Merayakannya

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 412 hits
Pendahuluan Hari Guru merupakan salah satu momen penting dalam kalender pendidikan Indonesia Banyak masyarakat yang bertanya tanya hari guru tanggal berapa karena momen ini bukan sekadar tanggal di kalender tetapi simbol penghargaan terhada...
Cuti Bersama 2025 Daftar Hari Libur Nasional Dan Jadwal Lengkap

Cuti Bersama 2025 Daftar Hari Libur Nasional Dan Jadwal Lengkap

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 153 hits
Pendahuluan Cuti bersama 2025 menjadi salah satu momen penting yang selalu dinantikan masyarakat Indonesia setiap tahunnya Dengan adanya cuti bersama pekerja pelajar dan keluarga memiliki kesempatan untuk merencanakan liburan bersantai dan ...
Sabah Decides State Polls 29 November 2025

Sabah Decides State Polls 29 November 2025

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 167 hits
POLLING DAY FOR SABAH IS TOMORROW SABAHANS HAVE TO DECIDE VOTE WISELY FOR THE RIGHT CANDIDATES SABAH S FUTURE IS IN YOUR HANDS
Pengerusi Bn Sabah Ahli Parlimen Kinabatangan Dan Adun Lamag Bung Moktar Radin Meninggal Dunia Jam 1 46 Pagi Ini

Boikot Touch N Go Apa Sebenarnya Yang Berlaku

Amaran Metmalaysia Hujan Berterusan 5 Hingga 8 Disember 2025

Jalan Menuju Kebahagiaan Rumah Tangga

Best Place Buy Diamonds Online Made Simple And Easy

Easy Mexican Recipe With Beef

Smart Contact Lenses The Future Of Augmented Reality And Health Monitoring In 2025

Politik Veteran Sabah Bung Moktar Meninggal Dunia Pada Usia 66 Tahun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tajuk 18 Warga Jepun Dan China Ditahan Di Bukit Mertajam Kerana Aktiviti Disyaki Ilegal

Coros Pace 4 Bakal Dilancarkan 8 Disember Ini

Hyperos 3 0 Xiaomi Hampir Mendekati Pengalaman Ekosistem Ios

Sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 Perkukuh Pengurusan Tanah Lestari Negara

Nak Kurus Tak Perlu Seksa Badan Ketahui Portion Hidangan Sesuai Untuk Anda

How To Plan Ev Charger Installation At Home