Kpm Arah Tutup Sekolah Jika Suhu Lebih Melebihi 37 Darjah Celcius


Ni
KPM Arah Tutup Sekolah Jika Suhu Lebih Melebihi 37 darjah Celcius. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan garis panduan berkaitan dengan penutupan sekolah semasa cuaca panas yang berlaku di beberapa lokasi di seluruh negara. Menurut garis panduan tersebut, sekiranya suhu harian mencapai tahap amaran 2 dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut, pentadbir sekolah dibenarkan untuk menutup sekolah bagi melindungi kesihatan dan keselamatan pelajar serta kakitangan. Tindakan ini diambil untuk mengelakkan kesan yang merbahaya terhadap kesihatan pelajar dan kakitangan sekolah akibat dari kepanasan yang berlebihan.
KPM Arah Tutup Sekolah Jika Suhu Lebih Melebihi 37 darjah Celcius Selain itu, guru-guru dan pelajar juga diarahkan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti meminum air yang mencukupi, memakai pakaian yang selesa dan longgar, serta menghindari terlalu banyak berada di bawah terik matahari. KPM turut menyeru ibu bapa dan penjaga murid untuk mengawasi keadaan kesihatan anak-anak mereka dan memberikan minuman yang mencukupi untuk mengelakkan kehausan dan dehidrasi.
Langkah-langkah ini diambil untuk mengurangkan risiko kesihatan akibat cuaca panas yang melampau, terutama kepada golongan pelajar yang rentan kepada kesan kesihatan seperti kehausan, peningkatan suhu badan dan lain-lain. Selain itu, tindakan ini juga diambil bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajar di sekolah.
Ikuti telegram rasmi Sistem Guru Online untuk dapatkan info terkini dan semasa Malaysia di bawah serta info mengenai bantuan kerajaan dan jawatan kosong di kerajaan ataupun swasta.

Sekolah dibenarkan tutup akibat cuaca terlalu panas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan garis panduan dan pekeliling bagi menangani situasi cuaca panas yang melampau di beberapa lokasi di seluruh negara. Surat siaran tersebut dikeluarkan pada hari sebelumnya dan ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Norisah Suhaili. Surat siaran ini memberikan arahan dan panduan kepada pentadbir sekolah dan guru untuk mengambil langkah-langkah keselamatan dan keselesaan dalam menjaga kebajikan pelajar di bawah pengawasan mereka.
Surat siaran tersebut memperuntukkan bahawa sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia boleh ditutup jika kawasan mereka diisytiharkan sebagai daerah panas oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Selain itu, pihak pentadbiran sekolah juga dibenarkan menutup sekolah jika status suhu harian bagi cuaca panas berada pada tahap amaran 2 dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.

PUTRAJAYA 20 MAC 2023 – Sebahagian pelajar yang hadir pada hari pertama persekolahan sesi 2023/2024 ketika tinjauan di Sekolah Menengah Putrajaya Presint 16 (1) di sini, hari ini.
GAMBAR : FAISOL MUSTAFA
PEMBERITA : KAMARIAH (KOSMO) Kata Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Norisah Suhaili “Selain itu, semua aktiviti luar perlu dihentikan jika status suhu harian bagi cuaca panas berada pada tahap amaran pertama dengan suhu tertinggi melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.
“Antara contoh aktiviti luar yang tidak sesuai dilaksanakan pada tahap suhu amaran pertama ini ialah seperti merentas desa, perkhemahan, kawad, sukan dan permainan luar ba­ngunan serta pertanian,” katanya.
Katanya, pentadbir perlu sentiasa memantau status suhu ha­rian bagi cuaca panas setiap hari di daerah masing-masing yang dikeluarkan MetMalaysia.
“Penutupan institusi pendidikan hendaklah dimaklumkan pentadbir kepada Pendaftar dengan serta-merta secara lisan dan bertulis menggunakan apa-apa medium sesuai.
“Ibu bapa juga dibenarkan membawa anak ke hospital atau balik ke rumah jika anak mereka didapati tidak sihat ketika berada di sekolah,” jelasnya.
Selain itu, pihak pentadbir perlu memastikan bilik di premis sekolah mempunyai pengudaraan baik termasuk sentiasa memantau tahap kesihatan pelajar bagi mengelakkan sebarang risiko seperti strok haba.
Jelasnya, garis panduan berkenaan diharap dapat memastikan pengurusan penutupan institusi pendidikan dapat dilaksanakan secara teratur.
Surat siaran berkuat kuasa serta-merta itu terpakai untuk semua institusi pendidikan di bawah KPM jika kawasan mereka diisytiharkan terkesan mengalami gelombang haba oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Cuaca Panas, Pakar Nasihat Kurangkan Aktiviti Luar Rumah Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata, fenomena cuaca panas di atas 34 darjah Celsius serta berjerebu yang melanda negara boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Katanya, orang ramai perlu mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memakai pakaian selesa yang sesuai, memakai pelitup muka dan mengehadkan aktiviti luar.
“Dalam keadaan cuaca panas sekarang, paling penting banyakkan meminum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi mengekalkan tahap hidrasi badan yang berperanan penting untuk mengawal atur suhu badan.Elakkan mengambil minuman manis, kafein, berkarbonat atau beralkohol kerana boleh meningkatkan kepekatan darah seterusnya dehidrasi.
“Sekarang cuaca panas memang susah cecah bawah 34 darjah Celsius, malah disebabkan cuaca panas ini terjadinya jerebu.
“Orang ramai harus peka terutama mereka yang memang mempunyai penyakit seperti asma dan bronkitis kerana berisiko tinggi untuk mengalami keadaan sukar bernafas (sesak nafas).
“Dapatkan rawatan doktor apabila berlaku tanda awal sesak nafas dan mereka yang tidak sihat segera ke fasiliti kesihatan terdekat,” katanya kepada Harian Metro.
Dr Hanafiah berkata, cuaca panas dan berjerebu juga memberi risiko kesihatan kepada orang ramai, justeru itu setiap individu perlu menjaga kesihatan diri masing-masing supaya kekal sihat dan pastikan memakai pelitup muka ketika berada di luar
Beliau berkata, kerajaan juga harus lebih tegas mengharamkan pembakaran terbuka dan aktiviti membakar mercun kerana boleh meningkatkan lagi kandungan partikel debu dalam udara dan menyumbang kepada jerebu yang teruk.
Semoga dengan segala perkongsian maklumat mengenai KPM membenarkan sekolah ditutup jika cuaca panas melebihi 37 darjah Celcius dapat membantu mereka diluar sana.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/05/kpm-arah-tutup-sekolah-jika-suhu-lebih-melebihi-37-darjah-celcius.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekolah Dibenar Tutup Jika Suhu Melebiji 37 Darjah Celsius Tiga Hari Berturut Kpm

Sekolah Dibenar Tutup Jika Suhu Melebiji 37 Darjah Celsius Tiga Hari Berturut Kpm

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 242 hits
Imej hiasanSHAH ALAM Kementerian Pelajaran Malaysia membenarkan pentadbir untuk menutup sekolah sekiranya cuaca panas berada pada tahap amaran dua dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut turut Menerusi sur...
Cuaca Panas Kurangkan Aktiviti Luar Bilik Darjah Tidak Perlu Tutup Sekolah Pensyarah

Cuaca Panas Kurangkan Aktiviti Luar Bilik Darjah Tidak Perlu Tutup Sekolah Pensyarah

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 145 hits
Inej hiasa KUALA LUMPUR Ahli akademik menyifatkan tiada keperluan mendesak ketika ini untuk melanjutkan cuti persekolahan akibat cuaca panas melampau sebaliknya beberapa langkah dicadangkan supaya pelajar tidak terdedah dengan risiko strok ...
Kelantan Pasaraya Kedai Serbaneka Restoran Makanan Segera Di Arah Tutup Oleh Mpkb Sempena Aidilfitri

Kelantan Pasaraya Kedai Serbaneka Restoran Makanan Segera Di Arah Tutup Oleh Mpkb Sempena Aidilfitri

papar berkaitan - pada 24/4/2023 - jumlah : 580 hits
AIIKKK GAPO TUTUP PULOP GUANO DEMO KENYE MAKE SIMEN KO Sham Ghaz Untuk Pembangkang takpa la kedai tutup mereka makan kek dan kueh simen tapi rakyat jelata lain mcmana Tapi jika Pemilik Mydin kata rugi RM500 000 sehari kerana PMX bagi cuti k...
Cuaca Panas Tiada Permohonan Tutup Sekolah Setakat Ini Timb Menteri

Cuaca Panas Tiada Permohonan Tutup Sekolah Setakat Ini Timb Menteri

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 94 hits
Hui Ying di SJKT Bharaty Alor Setar Kedah hari ini ALOR SETAR Kementerian Pendidikan setakat ini tidak menerima sebarang permohonan daripada Jabatan Pendidikan Negeri untuk menutup mana mana sekolah susulan keadaan cuaca panas pada ketika i...
Kpm Benarkan Pakai Baju Sukan Di Sekolah Bermula Hari Ini

Kpm Benarkan Pakai Baju Sukan Di Sekolah Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 205 hits
KPM Benarkan Pakai Baju Sukan Di Sekolah Bermula Hari Ini Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyetujui memberikan kebenaran khas kepada murid guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk mengenakan pakaian sukan yang sopan selama cuaca pan...
Jerebu Batal Aktiviti Luar Kelas Tutup Sekolah Bila Perlu Timbalan Menteri

Jerebu Batal Aktiviti Luar Kelas Tutup Sekolah Bila Perlu Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 212 hits
Imej hiasanSEREMBAN Pihak sekolah perlu membatalkan semua aktiviti luar bilik darjah jika bacaan indeks pencemaran udara melebihi 101 kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ling Beliau berkata tindakan itu ialah prosedur operasi standard ...
Kpm Tidak Akan Wujudkan Lagi Jawatan Guru Sandaran Di Sekolah

Kpm Tidak Akan Wujudkan Lagi Jawatan Guru Sandaran Di Sekolah

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 103 hits
Imej hiasanKementerian Pendidikan tidak bercadang untuk mewujudkan semula jawatan guru sandaran bagi menangani isu kekurangan guru di seluruh negara Sebaliknya mereka menawarkan pengambilan secara one off yang mula dibuka pada bulan lalu Me...
Jasa Marga Tutup Contraflow Km 21 Sampai Km 11 Tol Jagorawi Arah Jakarta

Jasa Marga Tutup Contraflow Km 21 Sampai Km 11 Tol Jagorawi Arah Jakarta

papar berkaitan - pada 23/4/2023 - jumlah : 140 hits
Jasa Marga menutup jalur contraflow mulai KM 21 900 sampai dengan KM 11 700 ruas Tol Jagorawi arah Jakarta pada Sabtu pukul 17 25 WIB Keputusan ini diambil berdasarkan diskresi dari pihak kepolisian
Garis Panduan Kpm Yang Rasmi Bagi Penutupan Sekolah Dan Institusi Pendidikan Lain

Garis Panduan Kpm Yang Rasmi Bagi Penutupan Sekolah Dan Institusi Pendidikan Lain

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 167 hits
Garis Panduan KPM Yang Rasmi Bagi Penutupan Sekolah dan Institusi Pendidikan Lain Terbaru surat rasmi yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai situasi sekarang bagaimana kita menghadapi situasi cuaca iklim ...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024

More Than 20 Ji Members In Johor Igp



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Lebih Gempar Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

Apa Aku Buat Sekarang Ni

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera

Infinix Gt 20 Pro Antara Golongan Pertama Telefon Pintar Di Seluruh Dunia Yang Menyokong Pubg Mobile Dalam 120fps

Govt To Continue Using E Jamin Bail System