Kluster Balik Kampung Beraya Cetus Kluster Di Tawau Kuala Penyu


Kemasukan dari Labuan sambut Aidilfitri cetus 2 kluster di Sabah - Masidi Manjun
Kluster Balik Kampung Beraya Cetus Kluster di Tawau & K.Penyu
Kemasukan orang awam dari Labuan memasuki Sabah antara faktor utama mempengaruhi jumlah kes harian Covid-19 di negeri ini kembali mencecah tiga angka. J urucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, kemasukan terbabit juga mencetuskan dua kluster baharu hari ini yang berpunca dari aktiviti perayaan sempena Aidilfitri.

Mengulas lanjut mengenai dua kluster terbabit, beliau berkata, Kluster Abaka di Tawau mencatatkan sebanyak 38 kes manakala Kluster Melikai di Kuala Penyu pula mencatatkan sebanyak 16 kes, selain satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Indani di Semporna yang mencatatkan sebanyak 12 kes.

"Bagi Kluster Abaka di Tawau yang dikesan pada 14 Mei lalu, kes indeks adalah guru lelaki berusia 26 tahun serta pasangannya dikesan positif dalam saringan rentas negeri untuk kembali bertugas di Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru, Labuan, selepas meraikan Aidilfitri di Tawau.

"Berdasarkan penelitian kes, pasangan yang masuk ke Sabah pada 08 Mei lalu itu terbabit dengan aktiviti kunjung mengunjungi sehingga 14 Mei di Taman Abaka, Ladang Table di Mukim Merotai, Tawau.

"Daripada 171 kontak yang disaring, 68 sampel didapati negatif, manakala 65 sampel lagi masih menunggu keputusan. Siasatan lanjut untuk pengesanan kontak rapat masih giat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. Selain itu, bagi Kluster Melikai di Kuala Penyu membabitkan kes indeks Labuan yang pulang ke Kampung Melikai bagi menyambut Aidilfitri mulai 13 Mei lalu.

Anggota Polis Daerah Tawau membuat sekatan jalan raya bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di laluan jalan Tawau ke Semporna, Sabah.
"Kes indeks membabitkan wanita berusia 50 tahun yang bertugas sebagai Penolong Guru Tadika Perpaduan di Batu Arang, Labuan yang mana beliau mula bergejala batuk dan demam dengan keputusan saringan negatif dalam saringan memasuki Sabah pada 12 Mei lalu.

"Selepas empat hari berada di Sabah, kes indeks yang menjalani saringan sebelum diberikan dos kedua vaksin di Klinik Kesihatan Labuan kemudiannya disahkan positif Covid-19 pada 17 Mei lalu.

"Daripada 167 sampel yang diambil dalam kluster ini, 15 lagi dikesan positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 16 kes, manakala baki 74 sampel masih dalam proses.

"Aktiviti kawalan dan pencegahan sedang giat dijalankan," katanya.

Masidi juga turut menasihati orang ramai yang pernah mengunjungi Labuan atau menerima kunjungan daripada penduduk Labuan agar lebih berhati-hati bagi memastikan penularan pandemik Covid-19 dapat dibanteras sepenuhnya.

Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri berkata, jumlah kes Harian Covid-19 sebanyak tiga angka.

"Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu Covid-19 pada hari ini adalah sebanyak 189 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 60,242 kes dan tiada kes kematian direkodkan," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/05/kluster-balik-kampung-beraya-cetus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Lengkap Dua Dos Vaksin Cetus Kluster Baru Di Tawau

Wanita Lengkap Dua Dos Vaksin Cetus Kluster Baru Di Tawau

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 247 hits
Seorang wanita berumur 53 tahun yang telah lengkap menerima dua dos vaksin pada Mac lepas dikesan menjadi kes indeks dalam kluster baharu di Sabah kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun Beliau yang juga jurucakap ...
Jangan Balik Kampung Lah Lancau Jangan Cetuskan Kluster Baru Di Kampung

Jangan Balik Kampung Lah Lancau Jangan Cetuskan Kluster Baru Di Kampung

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 384 hits
Entah siapa punya gerangan yang susah payah buat poster yang comel tertulis Jangan balik kampung lah lancau Jangan cetuskan kluster baru di kampung Saya terima poster tu dalam grup wasap kawan kawan yang rancak bincang pasal keputusan keraj...
Bangga Dapat Balik Beraya Di Kampung Bawa Pad4h Ini Tindakan Pihak Polis Pada Masya Masyitah

Bangga Dapat Balik Beraya Di Kampung Bawa Pad4h Ini Tindakan Pihak Polis Pada Masya Masyitah

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 287 hits
GARA gara mendedahkan dapat beraya di kampung halaman di Kulim Kedah menggunakan surat rentas negeri ibunya penyanyi Masya Masyitah kini dalam siasatan polis Menurut Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Azhar Hashim beliau mengarahkan Bah...
Lapor Polis Jika Jiran Langgar Sop Curi Curi Balik Kampung

Lapor Polis Jika Jiran Langgar Sop Curi Curi Balik Kampung

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 307 hits
Orang ramai dinasihatkan agar memerhati kawasan kejiranan mereka dan memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat individu yang pulang beraya ke kampung tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa kata Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad Beliau...
Bila Kecewa Tak Dapat Nak Balik Beraya

Bila Kecewa Tak Dapat Nak Balik Beraya

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 311 hits
Salam dears Hai koranggg Apa khabar semua Heee Lama betul Mama tak update blog kan Dah bersawang dah ni haaa hehehe Kebelakangan ni Mama sibuk dan tumpuan lebih kepada bisnes Norwex ja Bukan apa Mama ada team sendiri Jadi selain daripada bu...
Empat Sekeluarga Balik Kampung Berjalan Kaki Sejauh 400 Kilometer

Empat Sekeluarga Balik Kampung Berjalan Kaki Sejauh 400 Kilometer

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 294 hits
Seorang lelaki menjadi perhatian netizen kerana sanggup berjalan kaki ratusan kilometer dari Jawa Tengah ke Bandung untuk pulang ke kampung halaman lapor laman berita Suara com semalam Bukan itu sahaja lelaki tersebut yang dikenali sebagai ...
Bawa Jiwa Mak Mak Masak Menu Raya Raikan Anak Anak Walau Tak Dapat Balik Kampung

Bawa Jiwa Mak Mak Masak Menu Raya Raikan Anak Anak Walau Tak Dapat Balik Kampung

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 292 hits
Pengumuman PKP diseluruh negara bermula esok sudah pastinya membuatkan hati sesiapa pun turut bersedih kerana tidak dapat beraya semeriah dulu Namun redalah kerana inilah yang terbaik buat kita semua demi mengekang penyebaran Covid 19 dari ...
1 333 Kena Patah Balik Ada Tunjuk Pas Kerja Tapi Hala Kampung

1 333 Kena Patah Balik Ada Tunjuk Pas Kerja Tapi Hala Kampung

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 458 hits
Oleh Anggota Polis Diraja Malaysia bersama Angkatan Tentera Malaysia memeriksa surat kebenaran rentas daerah pemandu serta penumpang kenderaan semasa bertugas di Sekatan Jalan Raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 di Plaza Tol Bukit R...
Wanita Hamil Lari Pkpd Untuk Beraya Punca Kluster Baru Di Kelantan

Wanita Hamil Lari Pkpd Untuk Beraya Punca Kluster Baru Di Kelantan

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 361 hits
Sejak beberapa hari lalu kes harian Covid 19 di Malaysia mencatatkan rekod yang agak membimbangkan apabila hampir mencecah 7 000 kes Terbaru tindakan seorang wanita hamil berusia 30 an melarikan diri dari Perintah Kawalan Pergerakan Diperke...
Dozens Of New Mobile Apps Are Coming To Cars With Google Built In

Benefits Of A User Friendly Website

F C House A Sustainable Architectural Masterpiece In The Heart Of Verona

Yono Superapp Semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

Girls Leadership Institute

3 Metre Crocodile Near Mid Valley Trap Set For Capture

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

Euro Kembali Ke Realiti


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Ibis Melaka Sentuhan Ramadan Lengkap Dengan Pakej Penginapan 3 Hari 2 Malam

Apa Itu Diploma Pengurusan Logistik

Mick S Fish Practical Fishkeeping

Prep Kenduri

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking