Bawa Jiwa Mak Mak Masak Menu Raya Raikan Anak Anak Walau Tak Dapat Balik Kampung


Pengumuman PKP diseluruh negara bermula esok sudah pastinya membuatkan hati sesiapa pun turut bersedih kerana tidak dapat beraya semeriah dulu. Namun, redalah kerana inilah yang terbaik buat kita semua demi mengekang penyebaran Covid-19 dari terus merebak dan mengancam nyawa.
Bersyukur dan reda dengan aturan Allah itu sebaiknya. Penulis Pn Najibah Mustaffa ini banyak benarnya. Tidak perlu merasa marah, sedih dan terkilan sebaliknya kitalah yang perlu membangkitkan mood dan suasana raya pada anak-anak, walau hanya di rumah. Biar anak-anak merasa nikmat dan bahagianya beraya.
Ini yang dikongsikan oleh beliau.

PKP 3.0. Ramai yang marah dan geram dengan keputusan mengejut begini. Rentas negeri, rentas daerah, bahkan nak rentas pagar rumah jiran pun tak boleh. Allahu, sungguhlah ia ujian emosi, ujian sabar, ujian lidah dan jari jemari juga buat kita di hujung Ramadhan begini.
Saya pun sedih. Geram pun ada lah juga bab mengejut gini. Cumanya saya fikir. ‘Orang atas’ tentu tidak mahu buat keputusan tidak popular begini. Dikecam sana sini. Sampai ada rakyat sebut “takpe tak bagi aku balik raya. Nanti pilihanraya tunggu, aku tak bagi undi”. Ha lebih kurang macam itu. Kan rugi tu bab sokongan politik.

Tapi tapi…ia tentunya dibuat atas pelbagai pertimbangan, maslahah nyawa lebih besar daripada keinginan kita semua untuk bergembira di Aidilfitri. Kata orang, ibarat tarik rambut daripada tepung. Rambut tak putus, tepung tak bersepah. Ia kerja sukar.
Selalu dah dengar ceramah tentang akhir zaman. Keadaan manusia nanti macam mana. Terasa seperti ia permulaan kepada keadaan itu. Jadi nak marah, bergaduh, keadaan jadi serba tak kena. Entah bagaimana ye keadaan tahun tahun mendatang.
Bab raya ni. Saya cuma fikir begini untuk pujuk hati. Sudah berpuluh tahun Allah beri kita keseronokan berhari raya. Packing beg baju, balik kampung. Tempuh perjalanan jauh sambil dengar lagu raya. Bila terperangkap jammed tu. Dia menambahkan memori raya kita. Memang indah.

Tapi itulah. 2 tahun ini Allah uji kita begini. Bukan kita saja. Pandemik satu dunia. Jadi kita pujuk pujuk hati, duduk sekejap fikir yang baik dan besarkan syukur. Syukur ya Allah, kita masih sihat. Paling kurang ada pasangan dan anak-anak depan mata.
Mak ayah dan adik beradik yang jauh dimata, kita rentas ke hati mereka dengan doa insyaallah. Ada saudara kita di luar sana Aidilfitri mereka di katil hospital, sedang bertarung nyawa. 😥 Dan lagi sedih ada yang sedang menangisi pemergian insan tersayang.
Dan bila raya di rumah sendiri begini. Kita wujudkan suasana itu. Ajaklah pasangan dan anak-anak. Kemas rumah, pasang lagu raya. Lagu raya Dato’ Alif Syukri tengah trending katanya.

Ceritakan kepada anak-anak bagaimana sunnah Rasulullah SAW menyambut Aidilfitri – pada ruang terbatas yang boleh kita lakukan.
Bawa jiwa emak-emak, sediakan juga menu raya. Raikan anak-anak yang gigih berpuasa. Biar mereka rasa gembira. Masak lebih pun tak apa. Boleh hantar ke rumah jiran. Sangkut dipagar boleh, jaga jarak sosial.
Malam malam pasang pelita ke, lampu liplap ke. Ajak anak isi kuih raya dalam balang. Walaupun nantinya kita anak beranak je yang ulang makan. Malam raya kita takbir sama-sama. Buat macam kita selalu buat tu bila balik kampung. Cuma bezanya kali ini ia berlaku di rumah kita. Baju raya tu kita pakai je lah. Bergambar kenangan sekeluarga. Nanti nantinya ia akan jadi memori mahal.

“Dulu tahun 2021 semua kita raya di rumah masing masing je”.
Ada perkara di luar kawalan kita. Dan ketika itu kita pilih untuk buat apa yang kita boleh. Terjumpa satu quote yang beri semangat juga kepada saya.
“If you are patient in one moment of anger, you will escape a hundred days of sorrow”.
Bab sabar, redha ini pun dalam Al-Quran banyak ayat yang memotivasikan. Insyaallah, kita mulakannya sekali lagi. Sama sama. Kita yakin satu perkara, buat sama sama dan berjemaah ini ada kekuatan padanya. Insyaallah.

Dan dalam munajat kita di hari hari akhir Ramadhan ini. Doakan juga frontliners agar mereka terus kuat. Katil ICU pun dah sampai tahap maksimum tu. Mereka penat lama dah. Dan mereka pun ada keluarga. Raya nanti pun mesti ramai frontliner kena kerja. Kan?
Barangkali asbab doa doa kita yang bersatu. Allah beri jaluran rasa yang kuat kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan sebaiknya. Aamin.
Catatan selepas Subuh. Dan status ini pun barangkali tidak popular huhu.🙏 Cuma berkongsi isi hati dengan niat menguatkan rasa.
Menarik: Mata Pejam, Makan Tetap Makan, Gelagat Anak-Anak Selebriti Berpuasa Buat Wargamaya Terhibur
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Najibah Mustaffa
The post “Bawa Jiwa Mak-Mak, Masak Menu Raya” Raikan Anak-Anak Walau Tak Dapat Balik Kampung! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bawa-jiwa-mak-mak-masak-menu-raya-raikan-anak-anak-walau-tak-dapat-balik-kampung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maaf Mak Abah Spiderman Tak Dapat Balik Raya Tak Lepas Rentas Negeri

Maaf Mak Abah Spiderman Tak Dapat Balik Raya Tak Lepas Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 408 hits
Seorang penunggang motosikal yang lengkap berkostum Spiderman mencuri perhatian orang ramai di Kota Kinabalu pagi tadi KOTA KINABALU Gelagat seorang penunggang motosikal lengkap mengenakan kostum Spiderman mencuri perhatian pengguna jalan r...
Tak Lepas Sek4tan Jalan Raya Remy Ishak Balik Kampung Ikut Jalan Udara

Tak Lepas Sek4tan Jalan Raya Remy Ishak Balik Kampung Ikut Jalan Udara

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 272 hits
Kurang empat hari lagi seluruh umat Islam bakal menyambut Aidilfitri yang jatuh pada 13 Mei ini Sayangnya pada tahun 2022 ini sekali lagi kita tidak dapat pulang ke kampung disababkan v1rus c0v1d 19 yang melanda dunia semenjak tahun lalu Bu...
Ada Sekatan Jalan Raya Tiada Masalah Nak Balik Raya Punya Pasal Orang Ramai Sanggup Naik Rakit Balik Kampung

Ada Sekatan Jalan Raya Tiada Masalah Nak Balik Raya Punya Pasal Orang Ramai Sanggup Naik Rakit Balik Kampung

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 312 hits
2 391 total views 2 391 views today Gara gara ingin pulang ke halaman kampung penduduk Indonesia menemukan cara baru untuk menyambut lebaran dengan mendayung sampan menyeberangi Sungai Citanduy di Jawa Barat Indonesia Bagi mengelak sekatan ...
Bangga Dapat Balik Beraya Di Kampung Bawa Pad4h Ini Tindakan Pihak Polis Pada Masya Masyitah

Bangga Dapat Balik Beraya Di Kampung Bawa Pad4h Ini Tindakan Pihak Polis Pada Masya Masyitah

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 287 hits
GARA gara mendedahkan dapat beraya di kampung halaman di Kulim Kedah menggunakan surat rentas negeri ibunya penyanyi Masya Masyitah kini dalam siasatan polis Menurut Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Azhar Hashim beliau mengarahkan Bah...
Raya Puasa 2021 Pengalaman Tahun Ke 2 Raya Dalam Suasana Pkp Tak Balik Kampung

Raya Puasa 2021 Pengalaman Tahun Ke 2 Raya Dalam Suasana Pkp Tak Balik Kampung

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 547 hits
Hari ni 13 May 2021 bersamaan 1 Syawal 1442 tahun ke 2 berturut turut menyambut hari raya puasa dalam suasana PKP 3 0 Saya cuba ingat semula kali akhir raya dalam keadaan biasa sebelum munculnya perkataan norma baharu bermula tahun lepas Na...
Now All Mps And Aduns Can Balik Kampung

Now All Mps And Aduns Can Balik Kampung

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 319 hits
6 May 2021 Nothing shocks us anymore where the government SOPs related to the MCO are concerned We didn t even raise our eyebrows when they had initially left out Kuala Lumpur for the MCO 3 0 Allowing bazaars to open and Parliament to close...
10 Style Masak Rendang Ayam Power Memukai Di Hari Raya

10 Style Masak Rendang Ayam Power Memukai Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 679 hits
Rendang merupakan salah satu masakan paling popular di Malaysia Indonesia Singapore dan Brunei Kalau di Malaysia rendang ayam lebih sinonim dimakan bersama lemang mahupun nasi himpit sewaktu hari raya Aidilfitri atau juga boleh dimakan begi...
Menangis Kena Tahan Roadblock Polis Akhirnya Benarkan Wanita Ini Balik Kampung Sebab Hilang Kerja

Menangis Kena Tahan Roadblock Polis Akhirnya Benarkan Wanita Ini Balik Kampung Sebab Hilang Kerja

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 376 hits
Sedihnya nasib baik boleh balik Kini Trending Kerajaan Indonesia telah mengadakan sekatan jalan raya di beberapa buah daerah bagi membendung penularan wabak Covid 19 O Oleh hal yang demikian individu yang ingin merentas daerah harus mengemu...
Resipi Gerenti Jadi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Acar Jelatah Pagi Raya

Resipi Gerenti Jadi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Acar Jelatah Pagi Raya

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 474 hits
Ada yang masih berkira kira nak sediakan menu di pagi raya Apa kata cuba hidangan nasi tomato dan ayam masak merah ini Kombinasi set nasi tomato pasti buat raya anda dan keluarga sangat bermakna Biarpun tak dapat ke mana mana menu hari raya...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord