1 333 Kena Patah Balik Ada Tunjuk Pas Kerja Tapi Hala Kampung
                    Oleh UtusanTV                                                      

Anggota  Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  memeriksa surat kebenaran rentas daerah pemandu serta penumpang  kenderaan semasa bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) ketika Perintah  Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Plaza Tol Bukit Raja Lebuh Raya NKVE,  baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid             MUFTI pernah bersuara, apatah lagi pakar kesihatan dan pimpinan kerajaan.
   Namun, masih ramai rupanya yang mencuba nasib untuk pulang ke kampung  di sebalik larangan rentas daerah bagi mengekang pengularan COVID-19.
   Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejumlah 1,333  kenderaan yang cuba merentas negeri di seluruh negara telah diarahkan  berpatah balik semalam.
   Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit  Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, pelbagai helah dilakukan  golongan berkenaan.              

Abd Rahim Jaafar ketika meninjau SJR di Tanjung Lumpur, Kuantan.   Katanya, ini termasuk melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) dengan borang  kebenaran yang tidak mempunyai tandatangan dan cap daripada pihak polis.
   Selain itu, tegas beliau, ada yang menggunakan pas kerja untuk  melepasi sekatan polis sedangkan mereka hendak pulang ke kampung untuk  beraya selain tidak mempunyai surat kebenaran polis.
   “Mereka ini ada yang mencuba nasib, mungkin mereka rasa ada anggota polis yang akan terlepas pandang dan sebagainya,” katanya.
   Abd Rahim berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau SJR di  Tanjung Lumpur, Kuantan yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Kuantan,  Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali.   

Abd Rahim Jaafar ketika meninjau SJR di Tanjung Lumpur, Kuantan./ Gambar FB KDNKA PDRM   Beliau berkata, sebanyak 361 SJR telah dilaksanakan susulan rentas  daerah dan negeri tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran polis  bermula hari ini membabitkan lebih 6,500 anggota pasukan itu di seluruh  negara.   
   Ditanya mengenai tindakan individu yang membakar penghadang dan kawat  duri yang didirikan oleh pihak polis berikutan berang laluan tikus itu  ditutup, beliau berkata semua pihak harus mematuhi undang-undang yang  ditetapkan.
   “Ada yang tidak puas hati dan ambil tindakan sendiri jadi saya seru  kepada mereka sila patuhi undang-undang, langkah berkenaan diambil  semata-mata untuk memutuskan rantaian COVID-19, penduduk diminta  bersabar,” katanya.
   Media hari ini melaporkan akibat terlalu marah laluan tikus ditutup,  segelintir penduduk di Besut, Terengganu bertindak liar dengan membakar  penghadang dan kawat duri yang telah didirikan oleh pihak polis pada  Ahad.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/1333-kena-patah-balik-ada-tunjuk-pas.html