Kim Swee Akui Tiada Tekanan Dari Pengurusan Pasukan Dalam Kempen Piala Malaysia


Datuk Ong Kim Swee, 50, yang pernah memenangi Piala FA pada tahun 1995 dan Liga Perdana 1996 ketika menyarung jersi The Rhinos, mengatakan tidak ada penanda aras yang ditetapkan oleh Sabah FC untuk kejohanan berprestij yang menyambut ulang tahun ke-100 tahun ini. - Gambar oleh Hari Anggara
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt) Kim Swee mengatakan tidak ada tekanan untuk memimpin Sabah FC dalam kempen Piala Malaysia KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Sabah FC yang baru dilantik Datuk Ong Kim Swee tidak menerima tekanan daripada pihak pengurusan pasukan menjelang tugas pertamanya pada saingan Piala Malaysia 2021 bermula Ahad ini.

Datuk Ong Kim Swee (berdiri kanan) mengadakan perjumpaan dengan pemain Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, hujung minggu lalu. - Foto ihsan Facebook Sabah FC. Kim Swee, 50, yang pernah menjuarai Piala FA 1995 dan Liga Perdana 1996 ketika menyarung jersi skuad Sang Badak berkata tiada penanda aras diletakkan Sabah FC bagi kejohanan berprestij itu yang menyambut ulang tahun ke-100 tahun ini.


Bagaimanapun, jurulatih yang melakar beberapa kejayaan bersama skuad kebangsaan di pentas antarabangsa itu tetap menaruh harapan dan ingin melihat Sabah FC memberikan persembahan positif sepanjang kempen kejohanan.

"Jika kita mampu keluar dari peringkat kumpulan, itu adalah satu bonus dan sudah tentu selepas itu kita perlu memikirkan perancangan bukan sahaja selepas peringkat kumpulan, bahkan mengenal pasti apa yang perlu dilakukan untuk musim 2022," katanya.

Sabah FC yang belum pernah menjulang Piala Malaysia dengan rekod terbaik sebagai naib juara sebanyak tiga kali pada 1996, 2002 dan 2003, diundi dalam Kumpulan D bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), Petaling Jaya City FC dan pasukan Liga Perdana yang akan ditentukan dalam masa terdekat.

Walaupun tiada sasaran spesifik diletakkan, bekas pengendali skuad Bawah 23 Tahun (B-23) dan skuad senior kebangsaan itu mengakui pasukan tidak boleh mengambil mudah setiap perlawanan dalam kempen Piala Malaysia.


Katanya, Piala Malaysia adalah antara platform bagi barisan pemain Sabah FC menampilkan kemampuan masing-masing untuk berada dalam perancangan pasukan menghadapi musim 2022.

"Saya ingin semua pemain Sabah FC buktikan yang mereka masih lagi relevan sebelum saya membuat apa-apa perubahan untuk musim akan datang," kata pengendali kelahiran Melaka itu.

Pada 10 September lalu, Sabah FC mengumumkan Kim Swee sebagai pengendali baharu menggantikan jurulatih dari Indonesia Kurniawan Dwi Yulianto yang direhatkan susulan kemerosotan prestasi pasukan itu dalam saingan Liga Super.

Beliau terdahulu melepaskan jawatan Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) disandangnya sejak 1 Jan tahun ini.

Menurut Kim Swee, Sabah FC sebelum ini pernah beberapa kali melamarnya tetapi terpaksa ditolak kerana faktor masa yang tidak bersesuaian serta dorongan untuk menumpukan tugas di FAM.


Namun, kali ini hatinya terbuka selepas mengadakan perbincangan bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin; Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC Khairul Firdaus Akbar; Pengurus pasukan Marzuki Nasir dan Pengarah Teknikal, Scott Ollerenshaw.

"Mereka mempunyai visi yang begitu baik untuk pasukan Sabah FC terutama dengan perancangan bukan saja bagi pasukan utama, tetapi secara keseluruhan pembangunan bola sepak di Sabah," katanya.

Berkongsi pandangan terhadap pasukan baharunya, beliau menyifatkan pasukan yang menamatkan saingan Liga Super musim ini di kedudukan kesembilan itu sebagai pasukan berdaya saing, namun terdapat ruang untuk diperbaiki bagi meraih keputusan yang konsisten pada masa hadapan.

"Pada pusingan pertama peringkat liga, Sabah FC mampu menyaingi pasukan yang baik seperti Kedah dan Selangor FC tetapi pada pusingan kedua keputusan tidak memihak mereka. Jadi sudah tentu kita dapat melihat apa kelemahan yang harus diperbaiki terutama dalam latihan dan perlawanan," katanya. - BERNAMA

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2021/09/kim-swee-akui-tiada-tekanan-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ong Kim Swee Tinjau Persiapan Pemain Menghadapi Piala Malaysia

Ong Kim Swee Tinjau Persiapan Pemain Menghadapi Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 410 hits
Ong Kim Swee bercakap kepada pemain di Stadium Likas KOTA KINABALU Ketua jurulatih Badak Sabah yang baru dilantik Datuk Ong Kim Swee tidak membuang masa terus bertemu pemain pemain sejurus selepas ketibaannya dari Kuala Lumpur pada jam 5 pe...
Piala Sudirman Sejarah Dan Prestasi Pasukan Badminton Malaysia

Piala Sudirman Sejarah Dan Prestasi Pasukan Badminton Malaysia

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 551 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPiala Sudirman 2021 sedang berlangsung rancak di Vantaa Finland Ketika artikel ini disunting pasukan Malaysia telah pun layak ke peringkat Suku Akhir Artikel kali ini adalah tentang Piala Sudirman dan juga...
Sabah Fc Boleh Jadi Bom Jangka Di Piala Malaysia

Sabah Fc Boleh Jadi Bom Jangka Di Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 433 hits
Datuk Ong Kim Swee mengadakan pertemuan dengan pasukan Sabah FC di Stadium Likas Kota Kinabalu pada Sabtu lalu Kim Swee akan memulakan tugas secara rasmi sebagai ketua jurulatih skuad Badak bermula 1 Oktober ini selepas mengikat kontrak sel...
Saad Ichachelene Calon Pengarah Teknikal Fam Ganti Ong Kim Swee

Saad Ichachelene Calon Pengarah Teknikal Fam Ganti Ong Kim Swee

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 413 hits
Pengarah Teknikal NFDP Saad Ichachelene Saad Ichalelene Bakal Pengarah Teknikal FAM Yang Baharu Kuala Lumpur Selepas Datuk Ong Kim Swee meninggalkan Persatuan Bolasepak Malaysia difahamkan beberapa nama dikaitkan untuk mengisi jawatan Penga...
Kempen Vaxxed To Go Agoda Beri Insentif Kepada Rakyat Malaysia Yang Lengkap Vaksinasi

Kempen Vaxxed To Go Agoda Beri Insentif Kepada Rakyat Malaysia Yang Lengkap Vaksinasi

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 362 hits
Kempen Vaxxed To Go Agoda menjanjikan tawaran dan faedah percutian eksklusif kepada pelancong yang lengkap vaksinasi Rakyat Malaysia kini mendapat sedikit kelonggaran untuk melancong semula dan dapat meninggalkan keresahan akibat duduk di r...
Sejarah Piala Malaysia Sepanjang 100 Tahun

Sejarah Piala Malaysia Sepanjang 100 Tahun

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 446 hits
PIALA Malaysia yang memasuki tahun ke 100 FOTO Arkib NSTP Apabila pertandingan bola sepak Piala Malaysia bermula 25 September 2021 ini ia adalah tahun ke 101 bagi pertandingan yang dianggap terawal di Asia ini Tarikh 1 Okober 1921 pula adal...
Denda Akan Dikenakan Kepada Skuad Sang Badak Kim Swee

Denda Akan Dikenakan Kepada Skuad Sang Badak Kim Swee

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 352 hits
Jika secara sengaja pemain mahupun pegawai melanggar Prosedur Operasi Standard gelembung sukan beberapa bentuk denda bakal menanti pemain dan pegawai terlibat Silap langkah kena denda Kim Swee Silap langkah kena denda itu amaran jurulatih b...
Saya Hanya Mahu Fokus Kejar Kejuaraan Piala Malaysia

Saya Hanya Mahu Fokus Kejar Kejuaraan Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 250 hits
KUALA TERENGGANU Arkitek Terengganu FC Makan Konate enggan memikirkan status kumpuIan maut yang diIabeI bagi KumpuIan B berikutan dibarisi juara PiaIa MaIaysia 33 kaIi Selangor FC selain Perak FC dan Kuching City FC SebaIiknya pemain beraga...
Jadual Badminton Piala Sudirman 2021 Waktu Malaysia

Jadual Badminton Piala Sudirman 2021 Waktu Malaysia

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 611 hits
Jadual Badminton Piala Sudirman 2021 Waktu Malaysia BILAKAH tarikh Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2021 bakal membuka tirai Untuk makluman anda Badminton Piala Sudirman 2021 atau juga dikenali sebagai Sudirman Cup yang merupakan edisi ka...
Sambal Bendi Goreng

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Domain Portfolio Generating Income

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Pergi Pasar Cari Apam Apam Takde Be Like

Tidak Dedah Aib Pasangan

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

Rahma Rahmi Bagaikan Hanya Mimpi Chord

Resipi Gulai Ikan Masin Tumis Darat Masak Cara Orang Lama Memang Sedap

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025