Sabah Fc Boleh Jadi Bom Jangka Di Piala Malaysia


Datuk Ong Kim Swee (berdiri tengah) mengadakan pertemuan dengan pasukan Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Sabtu lalu. Kim Swee akan memulakan tugas secara rasmi sebagai ketua jurulatih skuad Badak bermula 1 Oktober ini selepas mengikat kontrak selama dua tahun. - Foto ihsan Facebook Sabah FC.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt) Sabah FC Dilabel 'Kuda Hitam' Piala Malaysia KUALA LUMPUR: Pasukan Sabah FC dianggap boleh menjadi 'bom jangka' dalam saingan Piala Malaysia walaupun prestasi mereka di pentas Liga Super kurang menyerlah.

Ini selepas kehadiran jurulatih berstatus kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee yang dijangka mampu meletakkan Sabah sebagai pasukan tampil dengan persembahan berbeza dalam kancah Piala Malaysia bermula Ahad ini.


Jurulatih berpengalaman, Wan Jamak Wan Hassan turut percaya skuad Sang Badak akan bertukar taktikal atau berlaku perubahan dari segi posisi pemain.

"Selepas diambil alih Kim Swee, semua pasukan tak tahu bagaimana permainan Sabah selepas ini. Orang kata itu macam 'bom jangka', kita tak boleh nak ramalkan.


"Jadi Sabah salah satu pasukan yang saya tengok akan mengiringi JDT (ke suku akhir dari Kumpulan D) walaupun mungkin perebutan naib juara kumpulan dengan PJ City dijangka sengit," katanya.

Sabah menamatkan saingan Liga Super musim ini di kedudukan kesembilan dengan mengumpul 19 mata selepas merekodkan empat kemenangan, tujuh seri dan 11 kali tewas.


Justeru harapan tinggi sudah pasti diletakkan ke atas bahu Kim Swee bagi membawa sinar buat skuad itu dalam kancah Piala Malaysia yang akan menyambut ulang tahun ke-100 musim ini.

Foto ihsan Facebook Sabah FC. Sabah akan memulakan perjuangan mereka dalam Kumpulan D menentang PJ City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 27 September. Selain PJ City, anak buah Kim Swee akan berdepan cabaran juara bertahan Piala Malaysia, JDT (Johor Darul Ta'zim) dan pasukan tangga keempat Liga Perdana dalam Kumpulan D.

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2021/09/sabah-fc-boleh-jadi-bom-jangka-di-piala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Fc Akan Diperkemas Hadapi Saingan Piala Malaysia 2021

Sabah Fc Akan Diperkemas Hadapi Saingan Piala Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 485 hits
Datuk Ong Kim Swee menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Sabah FC Target utama untuk membawa Sabah FC kembali digeruni dan memberi saingan di Liga Malaysia KOTA KINABALU Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah Datuk Seri Bung Moktar R...
Piala Malaysia Jaringan Gila Park Tae Su Dan Darren Lok Hiasi Pertembungan Pj City Sabah

Piala Malaysia Jaringan Gila Park Tae Su Dan Darren Lok Hiasi Pertembungan Pj City Sabah

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 823 hits
Sabah FC PJ City kongsi mata Foto Official Sabah FC FT PJ City FC 1 1 Sabah FC Darren 80 Park Taesu 20 Dalam perlawanan pertama kumpulan D Piala Malaysia hari ini pertemuan melibatkan pasukan Lembah Klang PJ City dan Sabah FC berakhir denga...
Pm Dijadual Hadir Sambutan Hari Malaysia Ke 58 Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah

Pm Dijadual Hadir Sambutan Hari Malaysia Ke 58 Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 331 hits
Sambutan dengan kehadiran terhad yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah KOTA KINABALU Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual hadir pada sambutan Hari Malaysia Ke 58 yang diadakan secara sederhana mengi...
Saya Hanya Mahu Fokus Kejar Kejuaraan Piala Malaysia

Saya Hanya Mahu Fokus Kejar Kejuaraan Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 271 hits
KUALA TERENGGANU Arkitek Terengganu FC Makan Konate enggan memikirkan status kumpuIan maut yang diIabeI bagi KumpuIan B berikutan dibarisi juara PiaIa MaIaysia 33 kaIi Selangor FC selain Perak FC dan Kuching City FC SebaIiknya pemain beraga...
Lagenda Malaysia Mahu Sabah Fc Dirombak Habis Habisan

Lagenda Malaysia Mahu Sabah Fc Dirombak Habis Habisan

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 325 hits
James Wong Burhan Ajui KOTA KINABALU Datuk James Wong mendesak perubahan besar dalam skuad Sabah FC setelah aksi buruk mereka dalam kempen Liga Super yang baru berakhir Legenda bola sepak Sabah dan Malaysia itu membuat kenyataan itu setelah...
Sejarah Piala Malaysia Sepanjang 100 Tahun

Sejarah Piala Malaysia Sepanjang 100 Tahun

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 495 hits
PIALA Malaysia yang memasuki tahun ke 100 FOTO Arkib NSTP Apabila pertandingan bola sepak Piala Malaysia bermula 25 September 2021 ini ia adalah tahun ke 101 bagi pertandingan yang dianggap terawal di Asia ini Tarikh 1 Okober 1921 pula adal...
Ong Kim Swee Tinjau Persiapan Pemain Menghadapi Piala Malaysia

Ong Kim Swee Tinjau Persiapan Pemain Menghadapi Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 432 hits
Ong Kim Swee bercakap kepada pemain di Stadium Likas KOTA KINABALU Ketua jurulatih Badak Sabah yang baru dilantik Datuk Ong Kim Swee tidak membuang masa terus bertemu pemain pemain sejurus selepas ketibaannya dari Kuala Lumpur pada jam 5 pe...
Jadual Badminton Piala Sudirman 2021 Waktu Malaysia

Jadual Badminton Piala Sudirman 2021 Waktu Malaysia

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 632 hits
Jadual Badminton Piala Sudirman 2021 Waktu Malaysia BILAKAH tarikh Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2021 bakal membuka tirai Untuk makluman anda Badminton Piala Sudirman 2021 atau juga dikenali sebagai Sudirman Cup yang merupakan edisi ka...
Kim Swee Akui Tiada Tekanan Dari Pengurusan Pasukan Dalam Kempen Piala Malaysia

Kim Swee Akui Tiada Tekanan Dari Pengurusan Pasukan Dalam Kempen Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 478 hits
Datuk Ong Kim Swee 50 yang pernah memenangi Piala FA pada tahun 1995 dan Liga Perdana 1996 ketika menyarung jersi The Rhinos mengatakan tidak ada penanda aras yang ditetapkan oleh Sabah FC untuk kejohanan berprestij yang menyambut ulang tah...
Pm Hargai Sumbangan Pengorbanan Penjawat Awam

Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif Hpa Anwar

Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tetaplah Di Jalan Yang Lurus

En590 Lng Lpg Jp54 Espo Etc Available

Anakanda Sultan Perak Raja Azlan Muzaffar Shah Curi Tumpuan Dengan Wajah Tampan

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Masak Nasi Lemak Simple

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn