Saad Ichachelene Calon Pengarah Teknikal Fam Ganti Ong Kim Swee
Pengarah Teknikal NFDP, Saad Ichachelene. Saad Ichalelene Bakal Pengarah Teknikal FAM Yang Baharu? Kuala Lumpur: Selepas Datuk Ong Kim Swee meninggalkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), difahamkan beberapa nama dikaitkan untuk mengisi jawatan Pengarah Teknikal yang dikosongkan oleh Kim Swee minggu lalu.
Antara calon disebut-sebut adalah Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Saad Ichachelene.
Bekas Ketua Jurulatih Akademi Paris Saint-Germain (PSG), Saad Ichachelene dikatakan menjadi calon utama untuk mengisi jawatan Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menggantikan Datuk Ong Kim Swee yang meletakkan jawatan tempoh hari.
Saad merupakan Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) sejak Disember 2019. Menurut sumber, namanya disebut-sebut menjadi calon utama untuk jawatan itu berdasarkan pengalamannya di negara ini sejak 2016.
Tempoh lima tahun di sini pastinya sudah cukup untuk beliau memahami asam garam serta senario bola sepak Malaysia dan beliau juga difahamkan mempunyai hubungan yang baik dengan FAM.
Saad memulakan tugasnya dalam NFDP selaku Ketua Pencari Bakat dan Metadologi pada 2016 hingga 2018.
Saad Ichalelene, Head of Coaching Methodology & Scouting @nfdpmalaysia working with central zone head coaches @AT_Selangor @oam_siva @joq4 pic.twitter.com/Qu1GUU7mX6
— safirul (@SafirulAbuBakar) February 18, 2017
Justeru itu, sumbangannya dalam menanam DNA dan corak permainan moden di peringkat akar umbi diharapkan dapat diterapkan pula di tahap yang lebih tinggi sekiranya dipilih sebagai pengarah teknikal FAM yang baharu.
Keserasiannya dengan Pengarah Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Dennis Bekking pastinya menjadikan pembangunan bola sepak di Malaysia semakin tersusun dan teratur.
Beliau juga mempunyai hubungan yang baik dengan semua pemegang taruh pembangunan bola sepak di negara ini seperti Kementerian Beliau dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (MSN).
Tidak ramai menyedari kehadiran Saad Ichalelene, seorang warga Perancis berketurunan Algeria, yang menjadi watak penting menanam DNA dan corak permainan moden dalam kalangan pelatih NFDP.
Baca Selanjutnya di:https://t.co/qjZj2EbyCJ#FAM #HarimauMalaya #NFDP pic.twitter.com/LzSQ81WJRC
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 11, 2019
Karier Saad sebagai pemain profesional tidaklah begitu mengagumkan kerana bersara awal selepas beraksi untuk PSG, Nimes Olympique dan USM Alger. Beliau juga pernah mewakili skuad kebangsaan Algeria pada tahun 2005 dan 2006.
Namun fakta yang lebih menarik adalah rekodnya yang pernah mengasah bakat-bakat yang kini merupakan pemain ternama dunia sepeti Alphonse Areola, Adrien Rabiot, Presnel Kimpembe, Dan-Axel Zagadou dan Matteo Guendouzi ketika bertugas sebagai Ketua Jurulatih Akademi PSG pada 2012 hingga 2016.
Kemudian kita juga sudah menyaksikan produk AMD hasil kerjasama Saad bersama bekas Pengarah AMD, Lim Teong Kim telah pun mencipta nama di luar negara seperti Luqman Hakim Shamsudin yang kini bersama kelab Belgium, KV Kortrijk.
Sebenarnya dalam 3/4 tahun kebelakangan ini (at national level), Pengarah Teknikal NFDP Saad Ichalalene ialah salah seorang individu (if not the only one) yang berfungsi sepenuhnya sebagai seorang proper TD. https://t.co/Bb0JD3HeSB
— Youth Football Malaysia (@youthfootballmy) September 11, 2021
Beberapa pemain lain juga kini sudah mula mewarnai pentas bola sepak Malaysia seperti Harith Haiqal, Zikri Khalili, Sikh Izhan Nazrel, Faiz Amirunnizar (Selangor) Umar Hakeem (Johor Darul Ta’zim) dan Azhad Harraz (Skuad Projek FAM-MSN).
Terdapat juga pelatih AMD yang pernah dijemput untuk mewakili skuad utama PSG bawah 13 tahun (B-13) seperti Haykal Danish, Rohisham Haikal dan Hazriq Haqqim, manakala Adam Farhan pula pernah menjalani ujian bersama kelab Belanda, AZ Alkmaar.
Menurut sumber, pemilihan Saad sebagai Pengarah Teknikal FAM dilihat tepat berdasarkan kepada pengalaman luasnya di peringkat pembangunan sama ada di luar negara mahupun tempatan.
"Saad dah lama dengan NFDP sejak 2016 di mana dia banyak merangka program pembangunan yang baik buat NFDP sehinggalah dilantik TD (Pengarah Teknikal) NFDPpada 2019 lalu.
"Dia juga berpengalaman luas di luar negara di mana pernah menjadi ketua jurulatih akademi Paris Saint-Germain (PSG) dan melahirkan ramai pemain hebat seperti Adrien Rabiot, Presnel Kimpembe dan lain-lain.
"Dia juga memiliki hubungan yang erat dengan pemegang taruh seperti Majlis Sukan Negara (MSN) yang saya fikir antara faktor utama dia diletakkan sebagai calon hangat jawatan itu," kata sumber berkenaan.
Kim Swee melepaskan jawatan sebagai Pengarah Teknikal FAM selepas hampir sembilan bulan mengemudi unit penting itu sejak Januari 2021. Keputusan itu diambil selepas mendapat tawaran membimbing pasukan Liga Super, Sabah FC.
Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram Obsesbola untuk kemas kini berita bolasepak terkini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2021/09/saad-ichachelene-calon-pengarah.html