Piala Sudirman Sejarah Dan Prestasi Pasukan Badminton Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Piala Sudirman 2021 sedang berlangsung rancak di Vantaa, Finland. Ketika artikel ini disunting, pasukan Malaysia telah pun layak ke peringkat Suku Akhir. Artikel kali ini adalah tentang Piala Sudirman dan juga prestasi Malaysia di kejohanan ini. Mengapa kejohanan ini dinamakan Piala "Sudirman"? Adakah Malaysia pernah menjadi juara? Sejak bilakah kejohanan ini diadakan? Semuanya akan diceritakan lebih lanjut dalam artikel kali ini. 
SEJARAH KEJOHANAN PIALA SUDIRMAN
Piala Sudirman merupakan sebuah kejohanan badminton bercampuran dunia yang diadakan bagi setiap dua tahun. Terdapat lima perlawanan bagi setiap pusingan iaitu, perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. 

Piala ini dinamakan bersempena nama bekas pemain badminton Indonesia Dick Sudirman. Selain itu, beliau juga merupakan pengasas bagi Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI). Kejohanan pertama berlangsung pada 24-29 Mei 1980 di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia. Sehingga kini 16 kejohanan telah dijalankan, dan kejohanan Piala Sudirman 2021 merupakan edisi ke 17

Lebih menariknya, kejohanan ini tiada hadiah wang yang ditawarkan kepada pemain, tetapi para pemain bermain untuk mengharumkan nama negara masing-masing selain dapat memperoleh mata ranking dunia BWF. 
FORMAT KEJOHANAN 
Format awal, setiap pasukan dibahagikan kepada beberapa kumpulan tetapi hanya pasukan dalam Kumpulan 1 sahaja akan bertanding merebut piala kejohanan, manakala pasukan lain dalam Kumpulan lain bertanding untuk dinaikkan kedudukan. Hanya 6 pasukan bertanding dalam  Kumpulan 1 sehingga tahun 2003, sebelum ditambah kepada 8 pasukan pada tahun 2005 dan kemudiannya kepada 12 pasukan pada tahun 2011. 

"Sistem Promosi dan Turun Kedudukan" melalui kumpulan ini kali terakhir digunakan pada kejohanan tahun 2009


Format kejohanan pada tahun 2021 ditukar lagi dimana hanya 16 pasukan sahaja akan bertanding berbanding 32 pasukan sebelum ini. 16 pasukan ini akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan seperti biasa, kejohanan bermula dengan peringkat penyingkiran dalam kumpulan, suku akhir, separuh akhir dan akhir. 
BACA JUGA : Cara Pemakaian Sunblock / Sunscreen Untuk Lindungi Kulit Anda
PIALA SUDIRMAN 2021

Seperti yang sudah sedia maklum, Piala Sudirman 2021 menggunakan format yang baru. Pusingan kelayakan adalah berdasarkan kejohanan pada peringkat benua. (Asia, Eropah, Pan Amerika, Africa dan Oceania) Malangnya, pandemik Covid-19 menyebabkan kejohanan peringkat benua tidak dapat dijalankan dan hanya benua Eropah sahaja yang berjaya menganjurkannya. Oleh itu, kelayakan bagi Piala Sudirman 2021 adalah menggunakan ranking negara BWF. 
Kejohanan tahun ini berlangsung di Finland dan sebenarnya pasukan Finland tidak berjaya menjadi peserta dan hanya menjadi menjadi pasukan simpanan. Mereka berjaya sertai setelah pasukan Perancis menarik diri, dan slot itu diisi oleh pasukan Finland. 
Selain pasukan Perancis, pasukan Australia turut menarik diri daripada kejohanan ini. Pasukan New Zealand ditawarkan untuk mengisi slot tetapi menolak, akhirnya pasukan Tahiti ditawarkan tempat mewakili benua Oceania

SEJARAH PASUKAN MALAYSIA DI PIALA SUDIRMAN
TAHUN

 
TUAN RUMAH

JUARA

KEDUDUKAN MALAYSIA

NOTA

1989

Jakarta, Indonesia

Indonesia

9 / 28

 
1991

Copenhagen, Denmark

Korea Selatan

9 / 35

 
1993

Birmingham, England

Korea Selatan

10 / 40

 
1995

Lausanne, Switzerland

China

Tidak Sertai

 
1997

Glasgow, Scotland

China

7 / 59

 
1999

Copenhagen, Denmark

China

6 / 50

 
2001

Seville, Sepanyol

China

11 / 53

 
2003

Eindhoven, Belanda

Korea Selatan

8 / 50

 
2005

Beijing, China

China

9 / 41

 
2007

Glasgow, Scotland

China

6 / 48

Format Ditukar

2009

Guangzhou, China

China

3 / 34

Format Baru

(Separuh Akhir)

2011

Qingdao, China

China

5 / 33

(Suku Akhir)

2013

Kuala Lumpur, Malaysia

China

9 / 30

Tersingkir Peringkat Kumpulan

2015

Dongguan, China

China

5 / 35

(Suku Akhir)

2017

Goald Coast, Australia

Korea Selatan

5 / 27

(Suku Akhir)

2019

Nanning, China

China

5 / 31

(Suku Akhir)


Melihat pada jadual diatas, pasukan Malaysia belum berjaya menjuarai kejohanan ini dan kejohanan terbaik yang disertai adalah ketika tahun 2009, dimana pasukan Malaysia berjaya menjejakkan kaki sehingga ke peringkat separuh akhir

BACA JUGA : Bagaimana Gerhana Matahari Berlaku?
TRIVIA
# Pasukan China merupakan pasukan paling berjaya apabila menjadi johan Piala Sudirman bagi 11 kali, diikuti Korea Selatan dengan 4 kemenangan, dan Indonesia dengan 1 kemenangan. 
# Piala Sudirman tidak pernah dimenangi mana-mana negara bukan Asia dan Denmark merupakan antara negara Eropah yang hampir menjuarainya.
# Sepanjang sejarah kejohanan Piala Sudirman ini, hanya 8 negara sahaja yang pernah capai sehingga ke pusingan separuh akhir iaitu China, Denmark, England, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia, Thailand dan Jepun. 
PIALA SUDIRMAN 2021
Bagaimana dengan kejohanan Piala Sudirman 2021 kali ini? Adakah pasukan Malaysia berpeluang menjadi juara? Bagaimana dengan negara-negara lain? Adakah China akan mengungguli kejohanan ini buat kali ke 12? Sama-sama kita nantikan

RUJUKAN : WIKIPEDIA / GOOGLE IMAGE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/09/piala-sudirman-sejarah-dan-prestasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadual Badminton Piala Sudirman 2021 Waktu Malaysia

Jadual Badminton Piala Sudirman 2021 Waktu Malaysia

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 514 hits
Jadual Badminton Piala Sudirman 2021 Waktu Malaysia BILAKAH tarikh Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2021 bakal membuka tirai Untuk makluman anda Badminton Piala Sudirman 2021 atau juga dikenali sebagai Sudirman Cup yang merupakan edisi ka...
Malaysia Mara Ke Separuh Akhir Badminton Piala Sudirman Tumbangkan Indonesia 3 2

Malaysia Mara Ke Separuh Akhir Badminton Piala Sudirman Tumbangkan Indonesia 3 2

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 412 hits
KUALA LUMPUR Skuad badminton negara berjaya mara ke separuh akhir Piala Sudirman 2021 selepas menumpaskan Indonesia 3 2 di suku akhir sebentar tadi di Vantaa Finland Kejayaan Malaysia itu menamatkan kemarau terkandas di suku akhir sebanyak ...
Sejarah Piala Malaysia Sepanjang 100 Tahun

Sejarah Piala Malaysia Sepanjang 100 Tahun

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 368 hits
PIALA Malaysia yang memasuki tahun ke 100 FOTO Arkib NSTP Apabila pertandingan bola sepak Piala Malaysia bermula 25 September 2021 ini ia adalah tahun ke 101 bagi pertandingan yang dianggap terawal di Asia ini Tarikh 1 Okober 1921 pula adal...
Kim Swee Akui Tiada Tekanan Dari Pengurusan Pasukan Dalam Kempen Piala Malaysia

Kim Swee Akui Tiada Tekanan Dari Pengurusan Pasukan Dalam Kempen Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 371 hits
Datuk Ong Kim Swee 50 yang pernah memenangi Piala FA pada tahun 1995 dan Liga Perdana 1996 ketika menyarung jersi The Rhinos mengatakan tidak ada penanda aras yang ditetapkan oleh Sabah FC untuk kejohanan berprestij yang menyambut ulang tah...
Kapten Kembar Cipta Sejarah Unik Julang Piala Buat Pasukan Masing Masing

Kapten Kembar Cipta Sejarah Unik Julang Piala Buat Pasukan Masing Masing

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 242 hits
Sama ada suratan atau kebetulan Zaquan Adha selaku kapten telah membawa kegemilangan buat Skuad Jang pada musim ini Begitu juga dengan kembarnya Aidil Zafuan yang turut membantu JDT merangkul kejuaraan Liga Super lapan kali berturut turut s...
Perjuangan Malaysia Di Piala Sudirman Berakhir

Perjuangan Malaysia Di Piala Sudirman Berakhir

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 212 hits
China dinobatkan sebagai juara Piala Sudirman 2021 selepas menewaskan Jepun 3 1 Malaysia turut menerima pingat gangsa bersama Korea Selatan China julang Piala Sudirman KUALA LUMPUR China membuktikan pasukan itu masih kuasa besar badminton d...
Badminton Malaysia Almost Through To Quarter Final Of Sudirman Cup After 3 2 Win Over England

Badminton Malaysia Almost Through To Quarter Final Of Sudirman Cup After 3 2 Win Over England

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 245 hits
PETALING JAYA Malaysia are all but through to the quarter finals of the Sudirman Cup after a 3 2 win over England in the Group D opener World No 27 Hoo Pang Ron Cheah Yee See were arguably the heroes for the youthful Malaysian side when the...
Piala Malaysia Sabah Fc Ikat Kelantan Fc Kedua Dua Pasukan Terus Kemarau Kemenangan

Piala Malaysia Sabah Fc Ikat Kelantan Fc Kedua Dua Pasukan Terus Kemarau Kemenangan

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 273 hits
Aksi penuh perlawanan Kelantan FC Vs Sabah FC di Stadium Muhammad IV Kota Bharu berkesudahan dengan keputusan 2 2 Kedua dua jaringan Sabah FC terhasil dari dua sepakan penalti yang disempurnakan oleh Ketua Pasukan Risto Mitrevski FT KELANTA...
Keputusan Piala Sudirman Suku Akhir Malaysia Menentang Indonesia

Keputusan Piala Sudirman Suku Akhir Malaysia Menentang Indonesia

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 359 hits
Assalamualiakum semuaIndonesai tewas ditangan Malaysia Pertamanya tahniah buat pasukan Malaysia yang dapat menewaskan pasukan Indonesia diperingkat suku akhir Piala Sudirman 2021 Kekalahan ini menghentikan terus perjuangan pasukan Indonesia...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord