Kempen Vaxxed To Go Agoda Beri Insentif Kepada Rakyat Malaysia Yang Lengkap Vaksinasi


Kempen ‘Vaxxed To Go’ Agoda menjanjikan tawaran dan faedah percutian eksklusif kepada pelancong yang lengkap vaksinasi



Rakyat Malaysia kini mendapat sedikit kelonggaran untuk melancong semula dan dapat meninggalkan keresahan akibat duduk di rumah sekian lama. Pelancaran program rintis "gelembung pelancongan" baru-baru ini bukan sahaja memberikan harapan kepada industri pelancongan tempatan, malahan individu yang telah menerima vaksin turut akan mendapat pelbagai manfaat penginapan dan tawaran yang eksklusif di bawah kempen “Vaxxed To Go” oleh Agoda.

Kempen ‘Vaxxed To Go’ telah dilancarkan untuk mempromosikan percutian vaksin atau “vaxications” untuk rakyat Malaysia yang telah menerima vaksin dan sedia untuk keluar melancong semula. Kempen ‘Vaxxed-To-Go’ ini menawarkan pelbagai pakej unik yang boleh digunakan apabila kawalan pergerakan dilonggarkan kelak. Setiap pakej percutian disertakan dengan tiga atau lebih faedah dengan nilai tambahan, menjadikan pakej penginapan tersebut suatu tawaran yang amat berbaloi dan hebat. Faedah tambahan membolehkan pelancong yang telah menerima vaksin untuk menikmati percutian yang lebih santai dengan kemudahan seperti keutamaan daftar masuk, daftar masuk lebih awal atau daftar keluar lewat; pelbagai diskaun harga untuk makanan dan minuman; dan tawaran pengalaman unik di dalam hotel seperti pakej spa dan kesejahteraan.

Tawaran dan faedah istimewa ini boleh didapati melalui platform Vaxxed To Go, dan hanya dikhaskan kepada pelancong-pelancong yang boleh membuktikan ketika daftar masuk bahawa mereka sudah menerima vaksin yang lengkap mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia untuk melindungi warga kerja dan juga pelancong lain. Setakat ini, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) mentakrifkan individu yang “lengkap vaksin” sebagai mereka yang telah menerima dua dos vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac dan melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua. Sementara itu, individu yang menerima vaksin satu dos seperti Cansino dianggap sebagai lengkap vaksin apabila melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Tempoh penginapan ‘Vaxxed To Go’ untuk tawaran istimewa ini bermula dari sekarang sehingga bulan Jun 2022, dan para pelancong boleh mendapat jaminan tempahan yang fleksibel melalui pilihan ‘EasyCancel’ Agoda, yang membolehkan individu membatalkan atau menukar tempahan penginapan mereka sehingga 24 jam sebelum daftar masuk.

Di samping menggalakkan pelancongan yang bertanggungjawab, Agoda juga menghulurkan bantuan secara langsung kepada inisiatif kemanusiaan untuk meningkatkan kadar vaksinasi di dalam negara. Untuk setiap tempahan yang dibuat di bawah ‘Vaxxed To Go’, Agoda akan menyumbangkan RM 50, dengan jumlah maksimum RM 125,000 kepada program vaksinasi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) yang menyantuni masyarakat yang terpinggir di dalam negara. Menerusi sumbangan ini, Agoda berharap dapat menyokong objektif MRCS dalam memastikan tiada yang tercicir dalam usaha vaksinasi ini.

“Kami berharap dapat memainkan peranan untuk memulihkan industri pelancongan tempatan — antara sektor ekonomi yang paling teruk terjejas ekoran pandemik Covid-19 — dengan memberikan tawaran yang menarik dan berbaloi untuk menggalakkan mereka yang lengkap vaksin untuk keluar melancong semula dengan selamat,” kata Mr. Cleland Robertson, Pengarah Negara, Malaysia dan Brunei, Agoda.

‘Vaxxed To Go’ merupakan satu program lanjutan dari tawaran ‘Agoda Special Offers’, yang telah dilancarkan pada bulan Mei dalam beberapa pasaran. Dengan Malaysia sebagai pasaran rintis untuk kempen tersebut, Agoda mensasarkan untuk melancarkan ‘Vaxxed To Go’ ke lebih banyak pasaran lain dalam beberapa bulan akan datang.

Setakat bulan September 2021, kira-kira 57.1% daripada populasi Malaysia telah lengkap dua dos vaksin COVID-19, dengan 67.7% telah menerima dos pertama vaksin. Dengan kadar vaksinasi yang memberansangkan, kerajaan telah memulakan program rintis "gelembung pelancongan" dengan Langkawi pada 16 September yang lalu dan lebih banyak destinasi akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi tempatan mencecah 80%.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zulyusmar.com/2021/09/kempen-vaxxed-to-go-agoda-beri-insentif.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+ZulyusmarcomMalaysianLifestyleFoodBeveragesTravelTechnologyAnd

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
80 Rakyat Malaysia Telah Lengkap Vaksinasi

80 Rakyat Malaysia Telah Lengkap Vaksinasi

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 379 hits
kredit https twitter com JKJAVMY status 1440507167086309378 photo 1Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat sahabat blogger Naim doakan semua sihat belaka dan sentiasa di dalam lindunga Ilahi Alhamduillah kelmarin rakyat Malays...
Hentikan Diskriminasi Vaksinasi Terhadap Rakyat

Hentikan Diskriminasi Vaksinasi Terhadap Rakyat

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 277 hits
MOHD ALI HASHIMKerajaan disarankan supaya menghentikan diskriminasi terhadap rakyat samada yang setuju untuk divaksinasi maupun dikalangan mereka yang enggan divaksinasikan Adalah tidak wajar sekiranya mereka yang tidak divaksinasi dilayan ...
Cinta Domino S Utuk Rakyat Malaysia Bertambah Besar Dan Kuat Dengan Samasamajaga

Cinta Domino S Utuk Rakyat Malaysia Bertambah Besar Dan Kuat Dengan Samasamajaga

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 507 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan yang dikasihi sekalian Dengan wabaknya awan gelap selama ini kita semua bersama sama menantikan cahaya di hujung terowong Kini lebih dari sebelumnya ...
Rakyat Diminta Terus Bersatu Jiwai Hari Malaysia

Rakyat Diminta Terus Bersatu Jiwai Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 773 hits
BH ONLINE Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Terengganu menghias balai mereka dengan Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia ke 58 di Balai Bomba Kuala Terengganu Keluarga Malaysia akan menyambut Hari Malaysia 2021 hari ini de...
82 5 Peratus Penduduk Dewasa Lengkap Vaksinasi Semalam

82 5 Peratus Penduduk Dewasa Lengkap Vaksinasi Semalam

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 301 hits
Sebanyak 82 5 peratus atau 19 311 563 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid 19 setakat semalam Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal Covidnow hari ini Kementerian Kesihata...
Produk 1malaysia Yang Digemari Rakyat Boleh Ditukar Kepada Nama Keluarga Malaysia Najib

Produk 1malaysia Yang Digemari Rakyat Boleh Ditukar Kepada Nama Keluarga Malaysia Najib

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 349 hits
Produk 1Malaysia yang digemari rakyat boleh ditukar kepada nama Keluarga Malaysia Najib Umum mengetahui produk produk seperti Klinik 1Malaysia UTC RTC KR1M BRiM dan lain lain adalah begitu dekat dengan hati rakyat Jutaan rakyat mendapat fae...
Pm Seru Rakyat Bugar Semangat Perpaduan Keluarga Malaysia

Pm Seru Rakyat Bugar Semangat Perpaduan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 337 hits
Hari Malaysia PM seru rakyat bugar semangat perpaduan Keluarga Malaysia Rakyat di seluruh Semenanjung Sabah dan Sarawak diseru untuk membulat tekad memperkukuhkan azam dan membugar semangat perpaduan sebagai satu keluarga yang berjaya serta...
Rakyat Malaysia Hebat Pkp Covid 19

Rakyat Malaysia Hebat Pkp Covid 19

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 535 hits
Alhamdulilah rakyat malaysia kita hebat Apabila PKP dilaksanakan pada hari pertama kita susah hati tentang pekerjaan dan duit makan Tetapi selepas sebulan kita pula yang bersungguh supaya ia dilanjutkan Kita rela berkorban susah hari ini de...
Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rabu Belajar Sabar Hari Ini

Aktiviti Mesyuarat Penyelarasan Hadr Misi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana Ke Acheh Ppim 17 12 2025

Doa Berbuka Puasa Niat Sebelum Selepas Sahur

Belajar Menghargai

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Vape Diharamkan 2026 Fasa Tarikh Pelaksanaan