Ketua Hakim Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Melaka


Ketua Hakim Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Melaka
MELAKA, 24 Ogos (Bernama) — Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendahului senarai penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Seri Negeri di sini hari ini.
Beliau menerima Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Antara penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Azhar Arshad, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Aniz Rizana Mohd Zainudin, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Ahmad.
Penerima lain ialah Pengerusi Badan Amal Kasih Ibu Putrajaya Datuk Seri Anggraini Sentiyaki, Ketua Pegawai Eksekutif Plaza Premium Lounge Datuk Song Hoi See dan Ketua Pegawai Ekeskutif  (CEO) SME Development Bank Datuk Dr Mohammad Hardee S.N. Ibrahim.
BACA: Gegaran Gempa Bumi Lemah Dikesan Di Johor, Malaysia Sementara itu, antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk ialah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Shahnaz Sulaiman, Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Rusia Datuk Cheong Loon Lai, Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah dan Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad.
Selain itu, turut menerima DMSM pensyarah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Prof Madya Datuk Dr Mohd Shahrir Mohd Sani, Presiden dan CEO Bank Muamalat Malaysia Bhd Datuk Khairul Kamarudin, Pengarah MSR Green Energy Sdn Bhd Datuk Tarminder Singh Balwant Singh dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd Datuk Burhanuddin Md Radzi.
Antara individu menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk ialah Duta Besar Malaysia ke Algeria Datuk Rizany Irwan Muhamad Mazlan, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka Datuk Khairul Azreem Mamat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai Datuk Siti Faizah Abdul Azis dan ADUN Pantai Kundor Datuk Tuminah Kadi @ Mohd Hashim.
BACA: Satu Lagi Gempa Bumi Lemah ‘Gegar’ Johor, Malaysia Turut menerima DPSM Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan III, Jabatan Peguam Negara Datuk Kamal Baharin Omar, Presiden Kelab Bola Sepak Melaka K. Devan, bintang antarabangsa yang juga Duta Setiakawan Pelancongan Melaka 2024 Datuk Fan Bingbing dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd Datuk Mohd Rafiq Mat Razali.
Selain itu, Mohd Ali turut mentauliahkan Jaksa Pendamai (J.P) kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Ismail Salleh, bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka Datuk Ismail Othman dan bekas Ahli Parlimen Kota Melaka Datuk Wong Nai Chee.
Sementara itu, wartawan sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Melaka Rashidah Abd Rahim antara 351 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
Secara keseluruhan, sebanyak 93 penerima dianugerahkan Darjah Seri Melaka (DSM), 159 penerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM), 233 penerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 138 penerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM) dan enam penerima Pingat Khidmat Lama (PKL).
BACA: Gegaran Gempa Bumi Lemah Di Segamat, Kerajaan Johor Nasihat Elak Struktur Tidak Kukuh
Sumber: BERNAMA
The post Ketua Hakim Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Melaka appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/24/ketua-hakim-negara-dahului-senarai-penerima-darjah-kebesaran-melaka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nunji Jayakan Himpunan Besar Pertemukan Ulama Guru Pondok Dan Pemimpin Negara

Nunji Jayakan Himpunan Besar Pertemukan Ulama Guru Pondok Dan Pemimpin Negara

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 255 hits
HarapandailyAugust 12 2025OLEH CIKGU SYAZMIR HNHujung minggu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memenuhi ruang masa yang ada mengunjungi negeri Kelantan Darul Naim Negeri yang dikenali sebagai Negeri Che Siti Wan Kembang it...
Peguam Negara Kalah Pusingan Pertama Kes Titah Adendum Najib Diteruskan

Peguam Negara Kalah Pusingan Pertama Kes Titah Adendum Najib Diteruskan

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 6666 hits
Berpuluh puluh penyokong menyambut Najib Razak yang tiba di Istana Kehakiman kira kira jam 8 30 pagi hari ini sambil melaungkan Bebaskan Bossku untuk bekas perdana menteri itu Kehadiran penyokong yang datang seawal 6 pagi itu turut disertai...
Terkini Jabatan Peguam Negara Arah Inkues Kematian Zara Qairina

Terkini Jabatan Peguam Negara Arah Inkues Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 293 hits
Berita terkini yang pastinya menyentuh hati ramai ibu bapa Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan supaya diadakan inkues berhubung kematian adik Zara Qairina Mahathir Keputusan ini dibuat selepas pihak Jabatan meneliti laporan siasatan yan...
Lima Tonggak Utama Tentukan Hala Tuju Ai Negara Pm Anwar

Lima Tonggak Utama Tentukan Hala Tuju Ai Negara Pm Anwar

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 321 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Sidang Kemuncak AI ASEAN Malaysia 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 12 Ogos Lima ...
Idup Dap Kami Pertahan Negara Tapi Tidak Bermuka Muka

Idup Dap Kami Pertahan Negara Tapi Tidak Bermuka Muka

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 292 hits
DAP Pulau Pinang teguh mempertahankan keamanan dan keharmonian di negeri ini selaras dengan semangat patriotisme yang menjadi kebanggaan kita semua Isu bendera terbalik di Kepala Batas telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk di...
Macam Buy 1 Free 1 Orang Di Negara Ini Kalau Beli Rumah Boleh Dapat Lagi Sebuah Rumah

Macam Buy 1 Free 1 Orang Di Negara Ini Kalau Beli Rumah Boleh Dapat Lagi Sebuah Rumah

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 390 hits
Macam Buy 1 Free 1 Orang Di Negara Ini Kalau Beli Rumah Boleh Dapat Lagi Sebuah Rumah Dengar macam tak masuk akal tapi inilah realiti beli rumah di sebuah negara di Asia Tenggara ini Mana tidaknya di sini bila beli beli sebuah rumah korang ...
Awas Malaysia Sedang Jadi Negara Menua Lppkn Dedah Punca Terkini Kadar Kesuburan Menurun

Awas Malaysia Sedang Jadi Negara Menua Lppkn Dedah Punca Terkini Kadar Kesuburan Menurun

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 578 hits
Malaysia sedang menjadi negara menua disebabkan kadar kesuburan itu semakin menurun Ini jelas membuktikan apabila Kadar Kesuburan Jumlah di Malaysia merekodkan penurunan ketara kepada 1 7 anak pada 2023 berbanding 4 0 anak pada 1980 Sebagai...
Syukur Task Force Jsj Bukit Aman Satu Daripada 4 Tuntutan Keluarga Zara Qairina Kepada Peguam Negara

Syukur Task Force Jsj Bukit Aman Satu Daripada 4 Tuntutan Keluarga Zara Qairina Kepada Peguam Negara

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 264 hits
Demi keadilan untuk arwah Zara Qairina pasukan peguam mewakili Noraidah Lamat 45 telah mengemukakan empat tuntutan rasmi kepada Jabatan Peguam Negara Dalam kenyataan media peguam keluarga Allahyarham Shahlan Jufri Rizwandean M Borhan dan Mo...
Secret Recipe Teams Up With Zus Coffee For A Match Made In Malaysia

Batu Umno Division Chief Resigns From Federal Territories Foundation

Disgruntled Activist Moots Exiled Sabah Gov T In Down Under As Legitimate Voice Of Sabahans

Button Badge Custom Cenderahati Murah Untuk Event Sekolah Bisnes

Misi Kemanusiaan Zizi Kirana Jarang Buat Video Call Tak Mahu Keluarga Menangis

Jalan Jalan Cuti Sekolah September 2025

Bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro Dimasukkan Ke Hospital Malaysiagazette

Percubaan Mewujudkan Ai Classroom World


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lempeng Lembut Sampai Esok Dan Sambal Ikan Bilis

10 Ideas For Personalized Gifts That Wow In Business Corporate Life

Innovation In Startup Success

Makan Makan Dengan Birthday Girl

Ustaz Azhar Idrus Ulas Kenyataan Buka Hijab Lebih Dekat Dengan Allah Itu Jahil

Setiap Detik Adalah Puisi Cinta Yang Tidak Terucap Nukilan Fattah Amin Kepada Amira Othman Bikin Merinding