Awas Malaysia Sedang Jadi Negara Menua Lppkn Dedah Punca Terkini Kadar Kesuburan Menurun


Malaysia sedang menjadi negara menua disebabkan kadar kesuburan itu semakin menurun. Ini jelas membuktikan apabila Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia merekodkan penurunan ketara kepada 1.7 anak pada 2023 berbanding 4.0 anak pada 1980,.
Sebagaimana yang dijelaskan oleh Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Abdul Shukur Abdullah, penurunan kadar kesuburan pada masa ini berkait rapat dengan perubahan gaya hidup termasuk peningkatan kos sara hidup, kecenderungan berkahwin lewat dan aspirasi keluarga moden yang memilih saiz keluarga kecil.

Katanya lagi, faktor seperti peningkatan penyertaan wanita dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja turut mempengaruhi keputusan berkaitan pembentukan keluarga.
Di samping itu, keinginan untuk memiliki saiz keluarga lebih kecil disebabkan pertimbangan kewangan, komitmen kerjaya dan keutamaan peribadi turut menyumbang kepada penurunan TFR.
 
“Masalah kesihatan reproduktif dan ketidaksuburan juga menjadi antara penyebab yang perlu diberi perhatian dalam menangani isu ini secara menyeluruh,” katanya.
Teks ucapan beliau dibaca Pengarah Bahagian Penyelidikan, Kependudukan dan Keluarga LPPKN Adzmel Mahmod pada majlis perasmian Seminar Kependudukan Negeri Perlis 2025 sempena sambutan Hari Penduduk Sedunia di sini hari ini.
Perasmian seminar bertemakan ‘Penduduk Perlis: Kecil Negeri, Luas Aspirasi’ itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan dan Alam Sekitar negeri Wan Badariah Wan Saad.
Abdul Shukur berkata antara langkah kerajaan menangani isu itu adalah dengan melaksanakan advokasi berkaitan kesuburan melalui Program Bantuan Intrauterine Insemination (IUI) dan Advokasi Infertiliti (BuAI) sepanjang tahun ini bagi meningkatkan kelahiran di samping memberikan kesedaran berkaitan faktor kesuburan.

Sementara itu, beliau berkata Perlis antara negeri menunjukkan penurunan TFR yang kini mencapai kadar 1.7 pada 2023 selain turut menurun daripada segi bilangan kelahiran hidup sebanyak 3,878 pada tahun sama berbanding 4,392 kelahiran pada 2016.
“Sehubungan dengan itu, adalah tepat pada masanya seminar ini diadakan bagi membincangkan langkah dan dasar yang perlu diambil untuk memperlahankan penurunan kadar kesuburan dan menyiapkan Perlis dalam menghadapi arus pantas perubahan demografi.
“Ia berlaku dengan menyediakan pelan perancangan dan pelaksanaan program melalui tiga teras utama iaitu kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia,” katanya.
INFO TAMBAHAN Pengumuman ini cenderung harus ditangani segera untuk Malaysia lantaranya impaknya besar dan merangkumi pelbagai aspek yang menjadikan jumlah warga emas akan melebihi golongan muda. Antara kesannya termasuk beban ekonomi meningkat – Lebih ramai warga emas memerlukan pencen, bantuan kesihatan, dan penjagaan, manakala golongan muda yang bekerja semakin berkurang untuk menyokong ekonomi dan membayar cukai.
1.Kekurangan tenaga kerja : Kadar kesuburan rendah bermakna generasi muda yang masuk ke pasaran kerja akan berkurang, boleh menjejaskan produktiviti negara.
2.Tekanan kepada sistem kesihatan : Permintaan rawatan untuk penyakit berkaitan usia seperti kencing manis, darah tinggi, dan dementia akan meningkat.
3. Perubahan struktur masyarakat dan keluarga : Kurang anak bermaksud lebih sedikit ahli keluarga yang mampu menjaga ibu bapa atau datuk nenek, sekali gus meningkatkan risiko warga emas terpaksa bergantung kepada pusat penjagaan atau hidup bersendirian.
4. Pertumbuhan ekonomi perlahan : Dengan bilangan penduduk produktif yang sedikit, peluang inovasi, pelaburan, dan pembangunan mungkin terhad.
Sumber: BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/awas-malaysia-sedang-jadi-negara-menua-lppkn-dedah-punca-terkini-kadar-kesuburan-menurun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadar Kesuburan Di Malaysia Alami Penurunan Ketara

Kadar Kesuburan Di Malaysia Alami Penurunan Ketara

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 211 hits
Kadar Kesuburan Di Malaysia Alami Penurunan Ketara ARAU 11 Ogos Kadar Kesuburan Jumlah di Malaysia merekodkan penurunan ketara kepada 1 7 anak pada 2023 berbanding 4 0 anak pada 1980 sekali gus Malaysia sedang menjadi negara menua disebabka...
Garis Panduan Penjawat Awam Ke Luar Negara Terkini

Garis Panduan Penjawat Awam Ke Luar Negara Terkini

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 297 hits
Garis Panduan Penjawat Awam Ke Luar Negara Terkini merujuk kepada peraturan dan prosedur terkini yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia untuk mengawal perjalanan penjawat awam ke luar negara sama ada atas urusan rasmi atau persendirian Beri...
Hiburan Siap Mengaku Dia Punca Fattah Bercerai Suami Pempengaruh Dedah Identiti Bekas Pa Fazura Dakwa Cuba Goda Dirinya

Hiburan Siap Mengaku Dia Punca Fattah Bercerai Suami Pempengaruh Dedah Identiti Bekas Pa Fazura Dakwa Cuba Goda Dirinya

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 351 hits
Suami kepada pempengaruh terkenal Elcah semalam tampil memetik nama adik penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah dan mendakwa penyanyi itu telah menjadi batu api dalam rumah tangganya Difahamkan Afi dalam beberapa siri hantaran IG Story tamp...
Malaysia Sokong Usaha Global Ke Arah Penubuhan Negara Palestin

Malaysia Sokong Usaha Global Ke Arah Penubuhan Negara Palestin

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 234 hits
Malaysia Sokong Usaha Global Ke Arah Penubuhan Negara Palestin KUALA LUMPUR 2 Ogos Malaysia menyambut baik konsensus antarabangsa yang semakin meningkat untuk mengecam Israel dan menyokong usaha ke arah penubuhan negara Palestin Menteri Lua...
Malaysia Catat 12 Negeri Menua Tahun Ini Peratusan Penduduk Umur Tua Meningkat

Malaysia Catat 12 Negeri Menua Tahun Ini Peratusan Penduduk Umur Tua Meningkat

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 309 hits
Malaysia Catat 12 Negeri Menua Tahun Ini Peratusan Penduduk Umur Tua Meningkat PUTRAJAYA 31 Julai Trend penuaan di Malaysia berterusan dengan 12 negeri telah mencapai status negeri menua termasuk tambahan tiga negeri baharu iaitu Melaka pad...
Washington Kenakan Tarif 19 Peratus Ke Atas Malaysia Empat Negara Asean Lain

Washington Kenakan Tarif 19 Peratus Ke Atas Malaysia Empat Negara Asean Lain

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 272 hits
Washington Kenakan Tarif 19 Peratus Ke Atas Malaysia Empat Negara ASEAN Lain KUALA LUMPUR 1 Ogos Malaysia berserta empat lagi negara anggota ASEAN dikenakan tarif sebanyak 19 peratus oleh Amerika Syarikat berkuat kuasa pada hari ini Menerus...
Terkini Jabatan Peguam Negara Arah Inkues Kematian Zara Qairina

Terkini Jabatan Peguam Negara Arah Inkues Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 320 hits
Berita terkini yang pastinya menyentuh hati ramai ibu bapa Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan supaya diadakan inkues berhubung kematian adik Zara Qairina Mahathir Keputusan ini dibuat selepas pihak Jabatan meneliti laporan siasatan yan...
Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025

Sabah Sarawak Parliamentary Seats Will Be Increased Says Anwar

Empat Kenderaan Terlibat Kemalangan Di Plaza Tol Bukit Kajang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tapau Chicken Tenders Ahmad S Fried Chicken Taman Cendana Pasir Gudang

Pohon Cermai Di Tepi Jalan

Ceramah Hidup Ini Kena Ikut Netizen Ke Hadis

Apa Itu Sumud Nusantara Dan Update Terkini

Arsenal Mahu Akhiri Sumpahan Newcastle Malam Ini

Govinda Mantan Terbaik Chord