Nunji Jayakan Himpunan Besar Pertemukan Ulama Guru Pondok Dan Pemimpin Negara




 
HarapandailyAugust 12, 2025OLEH CIKGU SYAZMIR HN




Hujung minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memenuhi ruang masa yang ada mengunjungi negeri Kelantan Darul Naim.
Negeri yang dikenali sebagai Negeri Che Siti Wan Kembang itu menerima kehadiran Anwar yang juga Menteri Kewangan dengan pelbagai acara.


Menarik dan menjadi perhatian umum, kali ini Anwar turun ke Kelantan bagi menghadiri Ijtimak MADANI Ulama dan Guru Pondok Kelantan 2025 yang diadakan di UiTM Cawangan Kelantan.
Program itu julung-julung kali diadakan semenjak Anwar dan Kerajaan Perpaduan memerintah Malaysia


Selaku penganjur utama, Akademi Nadwah Ulamak Nahdah Jadidah (NUNJI) pimpinan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan UiTM, program tersebut berjaya menemukan pemimpin negara dan agamawan dari kalangan guru pondok dan ulama setempat.


Dalam suasana Kerajaan MADANI pimpinan Anwar sedang diserang dengan pelbagai tohmahan untuk memburukkan imej serta kredibiliti Anwar dan kerajaannya, program tersebut tetap dihadiri oleh 1000 peserta yang hampir majoritinya merupakan penduduk negeri Kelantan




Pastinya ijtimak atau himpunan ini bukan bersifat politik, ia merupakan satu usaha mengangkat nilai yang terkandung dalam MADANI.
Keseimbangan yang dituntut dalam Kerangka MADANI turut membawa dimensi yang lebih luas antara umarak iaitu pemimpin negara dan ulama.
Sinergi antara umarak selaku pencorak arah tuju negara dan ulama sebagai agamawan mesti disimpul kemas dalam era hari ini.
Umum barangkali lupa bahawa Anwar adalah insan kelahiran gerakan Islam iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), didoktrin dan dikuliahkan melalui universiti UMNO sebagai pentadbir negara, dihambat sebagai pejuang dari gedung PKR dan Pakatan Harapan.
Justeru insan ini menyedari hakikat bahawa visi besar yang beliau telah gagaskan sejak mula diberi tanggungjawab memimpin Malaysia mestilah bersendikan pemerkasaan Islam dari pelbagai sudut dalam masyarakat.




MADANI yang diidamkan oleh Anwar terhadap Malaysia mesti bergantung kepada kedudukan dan peranan penting agamawan yang kerajaan letakkan.
Pengerusi PH itu menyedari hakikat bahawa ‘islah’ yang sedang diusahakan mestilah berlaku peringkat demi peringkat.
Maka penganjuran ijtimak ini juga menjadi ruang kepada peringkat Anwar mendengar nasihat dan berhujah dari kelompok agamawan untuk Malaysia ini menuju islah yang madani.
Anwar mengenang usaha memartabatkan semula pesantren (pondok) di Indonesia yang ketika itu telah dijajah Belanda.
Ertinya, usaha membugar dan menyuburkan syiar Islam perlu melibatkan pemerkasaan institusi pondok sebagai jantung dakwah.
Beliau mahukan pondok sebagai benteng yang menyekat pengaruh sekular, kerosakan moral dan cabaran teknologi masa kini.
Malaysian tourism
Melihat pula kepada pemain utama yang menjayakan ijtimak ini iaitu Dr Mujahid, beliau bukan sembarangan orang.




Beliau memimpin Akademi NUNJI atas kapasiti keilmuwan yang beliau ada dalam politik Islam di peringkat kedoktoran, beliau masuk ke kancah dakwah yang penuh cabaran baik kepada sesama muslim mahupun bukan muslim di dalam Pas dahulu.
Justeru itu, beliau diamanahkan memimpin acara julung kali ini di negeri Kelantan atas kewibawaannya. Bukan atas dasar politik.
Matlamatnya hanyalah satu, mempertemukan umarak dan ulama dalam satu ruang yang harmoni bagi membentuk satu tekad bersama mengusahakan Malaysia yang lebih makmur dan berkat.




Dr Mujahid dalam ucapannya menegaskan, antara ulama dan umarak, tiada siapa mempergunakan sesiapa.
Namun yang ada hanyalah sinergi yang dimantapkan antara agamawan dan pemimpin bagi melahirkan sebuah negara dan generasi yang bertamadun.
Memetik senarai yang menjadikan dunia tersusun dan rapi, Timbalan Presiden AMANAH itu menyebut pertama adalah ‘agama yang dituruti’ dan kedua ‘pemerintah yang berwibawa’ serta 4 lagi asas lain.
Oleh itu, bertitik-tolak dari saranan Al-Mawardi ini, hendaknya pemimpin dan agamawan di negara ini bergandingan untuk benar-benar memacu kemakmuran negara.
Akademi NUNJI pimpinan bekas Menteri Hal Ehwal Agama Islam ini berjaya menyampaikan mesej yang tuntas kepada masyarakat bahawa Islah yang sedang dan perlu dibawa oleh negara mestilah merangkumi penglibatan ulama sebagai ahli kepada ilmu agama.
Meletakkan asas agama dalam setiap gerak kerja reformasi negara atau pembentukan negara bangsa menjadikan ia berhasil lebih ampuh dan berdaya.
Dalam ijtimak ini juga, topik reformasi pondok dan fiqh realiti sebagai parameter perbincangan antara ulama yang dihimpunkan bersama umarak.
Melihat kepada kejayaan pelaksanaan program ini, Malaysia seakan telah berjaya memasuki dimensi baru dalam mengarusperdanakan sekolah pondok.


Lebih mengujakan, acara tersebut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud. Berbeza wadah politik tidak menghalang mereka bertemu dan menjayakan islah yang dituntut ini.

Tahniah kepada Akademi NUNJI, YADIM, JAKIM dan UiTM yang telah menjayakan program yang bukan semata-mata sebuah program, namun ia menjadi asas kepada Islah yang lebih jitu dan berimpak terhadap kesuburan Islam dan negara bangsa di Malaysia.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/08/nunji-jayakan-himpunan-besar-pertemukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Di Kelantan Bersama Guru Pondok

Pm Anwar Di Kelantan Bersama Guru Pondok

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 110 hits
Ulama Pondok seluruh Kelantan sepakat terima pendekatan rentas parti demi agama yang dibuat oleh PMX Anwar Ibrahim demi Islam Malam ini PMX tekah menunjukan satu contoh besar kepada rakyat Malaysia dan Kelantan dia datang satu kereta dengan...
Guru Pondok Perlu Kuasai Teknologi Ai Pm Anwar

Guru Pondok Perlu Kuasai Teknologi Ai Pm Anwar

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 121 hits
Guru Pondok Perlu Kuasai Teknologi AI PM Anwar MACHANG 9 Ogos Guru guru pondok di negara ini perlu menguasai teknologi maklumat dan kecerdasan buatan dalam menghadapi cabaran era digital Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kega...
Kemalangan Maut Guru Besar Maut Kereta Terbakar 80

Kemalangan Maut Guru Besar Maut Kereta Terbakar 80

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 117 hits
BernamaPolis berkata mangsa yang dalam perjalanan ke rumah abangnya di Kampung Guai dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan Keadaan kereta mangsa selepas terbabas dan terbakar 80 di jalan utama dekat Sekolah Kebangsaan Guai di ...
Idup Dap Kami Pertahan Negara Tapi Tidak Bermuka Muka

Idup Dap Kami Pertahan Negara Tapi Tidak Bermuka Muka

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 84 hits
DAP Pulau Pinang teguh mempertahankan keamanan dan keharmonian di negeri ini selaras dengan semangat patriotisme yang menjadi kebanggaan kita semua Isu bendera terbalik di Kepala Batas telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk di...
Lima Tonggak Utama Tentukan Hala Tuju Ai Negara Pm Anwar

Lima Tonggak Utama Tentukan Hala Tuju Ai Negara Pm Anwar

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 129 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Sidang Kemuncak AI ASEAN Malaysia 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 12 Ogos Lima ...
Anwar Tinjau Baruh Padi Alami Di Kota Bharu Yakin Masa Depan Pertanian Negara

Anwar Tinjau Baruh Padi Alami Di Kota Bharu Yakin Masa Depan Pertanian Negara

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 104 hits
HarapandailyAugust 9 2025Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meninjau baruh padi di Desa Gemalai Kota Bharu Kelantan ketika melawat sahabatnya Berdasarkan tinjauannya itu beliau yakin dengan ekonomi desa dan masa depan pertanian ...
Macam Buy 1 Free 1 Orang Di Negara Ini Kalau Beli Rumah Boleh Dapat Lagi Sebuah Rumah

Macam Buy 1 Free 1 Orang Di Negara Ini Kalau Beli Rumah Boleh Dapat Lagi Sebuah Rumah

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 119 hits
Macam Buy 1 Free 1 Orang Di Negara Ini Kalau Beli Rumah Boleh Dapat Lagi Sebuah Rumah Dengar macam tak masuk akal tapi inilah realiti beli rumah di sebuah negara di Asia Tenggara ini Mana tidaknya di sini bila beli beli sebuah rumah korang ...
Rafizi Dedah Punca Anaknya Diserang

Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran Ini Kronologi Serangan Anak Rafizi

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Pegawai Polis Cedera Dirempuh Peserta Perhimpunan Di Jalan Parlimen

Dua Spy China Intip Mindef Ditahan

Psm Pans Police Probe Into Deputy Chief Over Parliament Scuffle

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Rafizi Ramli Maklum Ini 3 Kemungkinan Disuntik Pada Anaknya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Htx Menandakan Ulang Tahun Ke 12 Dengan 80 000 Dalam Kempen Dagangan Sempena Kenaikan Pasaran Bitcoin Com News

Ringkasan Berita

5 Pegawai Atm Ditahan Adalah Perisik Tentera Pat

Pas Main Wayang Berkaitan Waytha Moorthy

Polis Perketat Kawalan Ke Atas Rafizi Dan Keluarga

Rindu Ke Teka Gambar Litar Terkini Pemandu F1 Tersilap Sebut Litar Sepang