Kerajaan Tak Teragak Agak Laksanakan Pkpd Kembali Dalam Gembira Balik Kampung Patuhi Sop


Dalam kegembiraan kita menerima berita daripada Perdana Menteri berkenaan kebenaran rentas negeri yang akan dibuka pada 10 jun 2020, tap kita tetap harus ingat bahawa pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) tetap berjalan seperti biasa.
Jika kita gagal berbuat demikian, dan ada daerah yang mencatatkan angka kes yang tinggi tidak mustahil Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diperketatkan.
Perdana Menteri Malaysia, YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN dalam ucapanya berkata;
“Namun, saya ingin mengingatkan sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes positif COVID-19 dalam tempoh ini, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD di kawasan atau lokaliti yang berkenaan. Saya harap kita semua sentiasa berdisiplin supaya peningkatan kes COVID 19 dapat kita elakkan.”
Namun begitu, beliau tetap percaya jika masyarakat patuh kepada SOP yang telah ditetapkan, kita dapat memasuki fasa normalisasi baru sehingga vaksin Covid-19 ditemui.
“Jika saudara dan saudari semua terus berdisiplin dan beristiqamah, saya percaya insyaAllah penularan wabak ini akan kekal terkawal dan kita akan memasuki fasa normalisasi selepas 31 Ogos 2020 sehinggalah vaksin untuk virus COVID-19 ditemui.”
Beliau turut menasihati agar masyarakat dapat menggunapakai aplikasi Mysejahtera supaya dapat sentiasa membuat penilaian kesihatan sendiri untuk menggelak penularan wabak Covid-19.
“Sehubungan dengan pelaksanaan PKPP ini, saya menyeru saudara dan saudari semua untuk menggunapakai aplikasi MySejahtera yang telah dibangunkan oleh kerajaan untuk membolehkan saudara-saudari melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Aplikasi ini juga akan membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan yang cepat, tepat dan berkesan untuk mengenalpasti dan memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan COVID-19 dalam masyarakat.”
Ramai yang gembira setelah mendapat berita penggumuman daripada beliau petang tadi, bagi yang terpisah jauh dari keluarga inilah masanya untuk kembali ke pangkuan keluarga. Berita gembira ini juga adalah hasil usaha barisan hadapan negara dan juga masyarakat yang patuh sepanjang PKP dan PKPB dijalankan.
“Saya nak mengucapkan syabas kepada para petugas barisan hadapan dan anda semua yang telah menyumbang kepada kejayaan kita membendung wabak COVID-19. Kejayaan ini adalah kejayaan anda semua. Anda telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa dengan mematuhi semua SOP yang ditetapkan sepanjang PKP dan PKPB dilaksanakan.
“Oleh itu, pada petang ini saya nak mengumumkan satu berita yang agak melegakan kepada anda semua. PKPB yang akan berakhir pada 9 Jun 2020 akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang akan bermula pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020. Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada saudara-saudari untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan.
“Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD. Jadi, bagi mereka yang ingin menziarahi ibu-bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian. Cuma nasihat saya sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung. Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan. Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan.”
Akhir kata, jangan sia-siakan usaha barisan hadapan negara dan usaha kita semua dalam memutuskan rantaian Covid-19 ini. Sentiasa patuhi SOP walaupun telah banyak kelonggaran dibuka. Hati-hati pulang ke kampung, biar lambat asalkan selamat. Bagi yang tidak sihat, tangguhkan dahulu kepulangan anda demi nyawa keluarga yang tersayang.
 
The post “Kerajaan Tak Teragak-Agak Laksanakan PKPD Kembali” Dalam Gembira Balik Kampung, Patuhi SOP! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kerajaan-tak-teragak-agak-laksanakan-pkpd-kembali-dalam-gembira-balik-kampung-patuhi-sop/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Geran Untuk Pengendali Taska Patuhi Laksanakan Sop Ibu Bapa Dapat Insentif Cukai

Geran Untuk Pengendali Taska Patuhi Laksanakan Sop Ibu Bapa Dapat Insentif Cukai

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 334 hits
Pengumuman dari YAB Tan Sri Dato Haji Muhyidin Haji Mohd Yassin sebentar tadi pastinya membuka sedikit ruang dan keyakinan kepada pengusaha taska dan ibu bapa untuk menghantar kembali anak anak ke taska Melalui pengummam yang dibuat Perdana...
Mulai Rabu Ini Orang Ramai Boleh Balik Kampung Tapi Perlu Patuh Sop

Mulai Rabu Ini Orang Ramai Boleh Balik Kampung Tapi Perlu Patuh Sop

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 377 hits
KUALA LUMPUR 8 Jun Pada sambutan Aidilfitri yang lalu ramai perantau sayu khususnya ketika mendengar lagu lagu raya kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman namun bermula Rabu ini lagu Balik Kampung dendangan Allahyarham Datuk Sudirman ...
Hiburan Faezah Elai Ootd Warna Bendera Pulau Pinang Gara Gara 3 Bulan Tak Balik Kampung

Hiburan Faezah Elai Ootd Warna Bendera Pulau Pinang Gara Gara 3 Bulan Tak Balik Kampung

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 672 hits
Macam macam gelagat artis dapat dilihat ketika sambutan bulan Syawal tahun 2020 gara gara Perintah Kawalan Pergerakan yang diunjurkan kerajaan baru baru ini Akibat tidak dapat pulang ke kampung yang terletak di Pulau Pinang pelakon Faezah E...
Gagal Patuhi Sop Kedai Mamak Di Tutup Tujuh Hari Di Kuantan

Gagal Patuhi Sop Kedai Mamak Di Tutup Tujuh Hari Di Kuantan

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 335 hits
KUANTAN Ingkar arahan SOP premis makanan Sebuah restoran di Jalan Tun Ismail diarah tutup oleh Pejabat Kesihatan Kuantan selama tujuh hari nbsp Bertindak atas maklumat awam premis ini diserbu setelah risikan dibuat Hasil daripada pemeriksaa...
Mall Boleh Ikut Sop Kenapa Masjid Tidak Fuziah Salleh Persoal Kerajaan

Mall Boleh Ikut Sop Kenapa Masjid Tidak Fuziah Salleh Persoal Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 400 hits
Bekas timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen PKR Kuantan Fuziah Salleh mempersoalkan kenapa kerajaan tidak membuka masjid dengan mengikut SOP seperti mana pusat membeli belah dibuka dalam status yang dimuatnaik ...
Ph Wajib Rampas Balik Kerajaan Kata Amanah

Ph Wajib Rampas Balik Kerajaan Kata Amanah

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 264 hits
Pakatan Harapan berikrar untuk merampas kembali pentadbiran Putrajaya daripada Perikatan Nasional Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad sambil menegaskan rampasan balik kerajaan adalah perkara wajib kerana ia amana...
Ke Arah Bebas Covid 19 Teruskanlah Kawalan Kendiri Patuhi Sop

Ke Arah Bebas Covid 19 Teruskanlah Kawalan Kendiri Patuhi Sop

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 381 hits
KUALA LUMPUR 11 JUN Kes baharu Covid 19 yang mencatat angka terendah semalam iaitu dua kes sahaja petanda baik menunjukkan negara kita bakal menuju sifar kes sekali gus bebas daripada pandemik itu sedikit masa lagi Namun ia semua bergantung...
Boleh Balik Kampung Kluster Raya

Boleh Balik Kampung Kluster Raya

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 312 hits
Ipohmali Esok 10 Jun bermulanya perlaksanaan PKPP Dengan rasminya rakyat dah boleh melintas Negeri Kata Ismail sabri PDRM dan pihak berkuasa tidak lagi menjaga sempadan Negara Dah pasti bermula esok Jalanraya penuh sesak setelah 3 Bulan mer...
Tetapkan Sop Baharu Hasrinizam Harap Mpfl 2020 Akan Kembali Bersambung

Tetapkan Sop Baharu Hasrinizam Harap Mpfl 2020 Akan Kembali Bersambung

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 324 hits
Pengendali skuad futsal Pulau Pinang Hasrinizam Hashim berharap yang Liga Premier Futsal Malaysia 2020 akan diteruskan semula oleh pihak penganjur MPFL 2020 baru berlangsung satu perlawanan sebelum kerajaan mengeluarkan perintah Perintah Ka...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing

Perak Civil Servants To Get Rm1 500 Hari Raya Bonus