Ph Wajib Rampas Balik Kerajaan Kata Amanah



(FMT) – Pakatan Harapan (PH) berikrar untuk merampas kembali pentadbiran Putrajaya daripada Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad sambil menegaskan rampasan balik kerajaan adalah perkara wajib kerana ia amanah yang diberikan rakyat ketika pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Saya nak menegaskan usaha nak ambil alih kembali pentadbiran yang dirampas oleh PN melalui tindakan khianat adalah usaha yang wajib ke atas PH kerana PH diberi mandat oleh rakyat melalui PRU14.
“PH menang pilihan raya lalu itu amanah besar yang mana setelah PH dikhianati, maka kita tidak ada pilihan melainkan berusaha mendapat balik tampuk pemerintahan sepertimana diperjuang oleh ramai rakyat Malaysia, ia bukan soal nak jawatan, nak kedudukan, ini soal memenuhi amanah rakyat,” katanya ketika sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam hari ini.
Ketika ditanya adakah PH sudah kembali mendapat sokongan majoriti, Khalid berkata, jika kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin mempunyai kekuatan, beliau tidak akan menangguhkan perbahasan sidang Parlimen sehingga Julai termasuk membenarkan usul undi tidak percaya terhadapnya.
“Sepatut selepas dia (Muhyiddin) dilantik perdana menteri, kalau dia ada maruah dia buktikan dia ada sokongan majoriti tapi tunda, sekarang dia sedang fikir macam mana nak hadapi Julai.
“Sama ada diadakan atau tidak kita tengok, silap-silap tunda lagi, memang dia tak yakin dengan sokongan yang ada pada dirinya,” katanya.
Ketika ditanya kesediaan PH menghadapi pembubaran Parlimen jika Muhyiddin hilang sokongan, Khalid berkata parti yang akan terjejas teruk dan akan hancur ialah PPBM jika pilihan raya diadakan.
“Kalau Parlimen dibubar maka PPBM hancur, yang nak Parlimen dibubar Umno dan PAS ini sebab Muhyiddin khuatir kalau dibuat undi tidak percaya, Umno dan PAS akan khianat dia dan tidak hairan kerana dia khianat Dr Mahathir, sama ada bubar Parlimen atau tidak saya yakin bila tiba ketika itu PH dapat sokongan majoriti,” katanya.
Khalid berkata, mana-mana wakil rakyat PPBM pro-Muhyiddin juga akan sedar akan kehilangan kerusi jika pilihan raya diadakan.
“Mereka ini akan kembali kepada PH, begitu juga dengan pihak lain yang khuatir dengan pilihan raya,” katanya.
Calon PM
Mengulas isu siapa yang akan dilantik sebagai perdana menteri jika PH kembali mentadbir Putrajaya, Khalid tidak menamakan individu terbabit.
Khalid berkata PH telah mengenal pasti calon perdana menteri jika gabungan itu kembali menerajui kerajaan persekutuan.
“Hanya satu jawatan perdana menteri, jadi kami hanya ada satu calon. Dia telah dipersetujui semua pihak,” katanya.
Khalid berkata persetujuan dicapai dan perbincangan kini di peringkat perincian dan beberapa perkara tertentu.
“Dahulu sebelum PRU14 kita tak pasti boleh menang, jadi perbincangan tidak secara terperinci. Kini kita yakin akan kembali berkuasa, jadi lebih bersedia
menerusi perbincangan awal,” katanya.
Khalid berkata lagi, proses rundingan kini lebih mudah selepas tiada lagi pihak yang mempunyai pandangan berbeza dalam soal peralihan kuasa antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim yang sebelum ini dilihat sebagai punca utama.
Beliau juga menafikan PH sedang berpecah termasuk kepada kumpulan pro-Anwar dan Mahathir sebagai perdana menteri.
“Khabar angin itu disebar supaya wakil rakyat yang atas pagar menyokong PN tidak kembali kepada PH,” katanya.
Khalid berkata, PH juga tidak menolak menggunakan cara undang-undang dalam merampas kembali kerajaan, jika Muhyiddin tidak berani membuatnya menerusi usul tidak percaya.
“Masa ini kita nak bagi Muhyiddin peluang, kalau dia manusia bermaruah untuk benarkan undi tidak percaya di Parlimen, kalau dia tidak sanggup maka kita terpaksa guna apa jua cara yang dibenar undang-undang, sekarang kita nak beri ruang dia lakukan apa yang terhormat, kalau dia tak sanggup kita terpaksa melakukan apa yang perlu,” katanya.
Kerajaan PH tumbang pada Februari lalu, susulan perpecahan yang berlaku, sehingga membawa kepada pembentukan PN pimpinan Muhyiddin yang disertai PPBM, BN, PAS, GPS dan bebas.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/05/27/ph-wajib-rampas-balik-kerajaan-kata-amanah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gulai Darat Ayam Menu Wajib Bila Balik Kampung

Gulai Darat Ayam Menu Wajib Bila Balik Kampung

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 615 hits
Antara lauk menu wajib kalau Cik Sue balik kampung tak kisah la bila bila pun ma dah tahu dari zaman bujang lagi kalau telefon bagitau nak balik abah akan cari ayam kamoung dan ma akan masak masakan ni kena pulak ada petai jeruk sambal bela...
Kembalikan Mandat Dan Hak Rakyat Kata Pemuda Amanah

Kembalikan Mandat Dan Hak Rakyat Kata Pemuda Amanah

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 282 hits
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri AMANAH Kubang Rotan Asmirul Anuar Aris berkata dalam tempoh 22 bulan Kerajaan PAKATAN HARAPAN berjaya mentadbir Kedah negeri tersebut telah meningkatkan tingkat pelaburan ke tempat ketiga di belakang...
Jangan Ingat Selamat Lepas Balik Kampung Kata Timbalan Igp

Jangan Ingat Selamat Lepas Balik Kampung Kata Timbalan Igp

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 320 hits
Orang ramai yang ghairah pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri dan berjaya melepasi sekatan jalan raya rentas negeri dengan menggunakan pelbagai helah tidak akan terlepas daripada tindakan undang undang Memberi amaran itu Timbalan Ke...
Kerajaan Ph Selangor Kuat Walau Diganggu Kata Mb

Kerajaan Ph Selangor Kuat Walau Diganggu Kata Mb

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 320 hits
SHAH ALAM Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menyifatkan sabotaj paling besar kepada usaha pemulihan ekonomi negeri dan negara akibat kesan penularan wabak Covid 19 adalah ganggu gugat politik Amirudin turut mengakui wujud usaha sedemiki...
Apa Apa Pun Boleh Jadi Kata Bung Moktar Berhubung Desas Desus Kerajaan Sabah Tumbang

Apa Apa Pun Boleh Jadi Kata Bung Moktar Berhubung Desas Desus Kerajaan Sabah Tumbang

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 282 hits
KOTA KINABALU Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri yang diketuai parti tempatan Warisan tumpas kepada Perikatan Nasional berikutan tersebarnya desas desus mengenai penjajaran semula kerjasama dala...
Terus Bermimpi Kerajaan Sabah Akan Tumbang Kata Pemimpin Warisan

Terus Bermimpi Kerajaan Sabah Akan Tumbang Kata Pemimpin Warisan

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 705 hits
KOTA KINABALU Pemimpin Warisan menolak dakwaan Umno Sabah yang kerajaan negeri akan tumbang tidak lagi seperti negeri lain pimpinan Pakatan Harapan di Semenanjung Naib Presiden Warisan Junz Wong dan Ketua Pemudanya Azis Jamman meminta Ketua...
Yang Ingkar Titah Agong Perikatan Nasional Kata Pemimpin Amanah

Yang Ingkar Titah Agong Perikatan Nasional Kata Pemimpin Amanah

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 357 hits
Menurut Khalid Yang di Pertuan Agong menitahkan tiga peringatan utama iaitu menjadikan kerajaan yang bersih tidak menggunakan isu perkauman dan agama serta berkhidmat seikhlas mungkin untuk rakyat ketika negara berhadapan Covid 19 Yang tak ...
Masalah Air Di Kedah Antara Keutamaan Kerajaan Kata Menteri

Masalah Air Di Kedah Antara Keutamaan Kerajaan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 295 hits
Masalah air di Kedah antara keutamaan kerajaan kata menteri Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 31 May 2020 3 3
Hampir Mustahil Kerajaan Pn Kekal Hingga Pru15 Kata Anwar

Hampir Mustahil Kerajaan Pn Kekal Hingga Pru15 Kata Anwar

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 336 hits
Hampir mustahil kerajaan PN kekal hingga PRU15 kata AnwarUsaha untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru baru ini bagaimanapun ketua pembangkang Anwar Ibrahim berkata kerajaan Perikatan Nasional ha...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi