Mulai Rabu Ini Orang Ramai Boleh Balik Kampung Tapi Perlu Patuh Sop



KUALA LUMPUR, 8 Jun –  Pada sambutan Aidilfitri yang lalu, ramai perantau sayu, khususnya ketika mendengar lagu-lagu raya kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman, namun bermula Rabu ini, lagu ‘Balik Kampung’ dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad pastinya trending kerana pergerakan pulang ke destinasi yang didambakan itu dibenarkan

Berita gembira itu dinyatakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam semasa mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini, menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berakhir esok (Selasa), sekali gus menyaksikan larangan rentas negeri ditarik balik

Kebenaran rentas negeri  itu pastinya menamatkan kerinduan warga kota termasuk golongan bujang yang mahu pulang ke kampung dan menziarahi ibu bapa selepas “terpisah” hampir tiga bulan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB

Pastinya, jumlah kenderaan di lebuh raya utama akan meningkat selepas Rabu ini, kerana orang ramai tidak perlu lagi “mencuba nasib” merentas negeri pulang ke kampung halaman. Majikan juga pasti akan menerima lambakan permohonan cuti daripada pekerja masing-masing

Malah, sambutan Hari Raya Aidiladha yang dijangka pada 31 Julai ini pasti akan lebih meriah selepas perayaan dan ibadah korban turut dibenarkan, namun perkara itu masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama Islam


Serentak itu juga, lebih banyak kebenaran diberikan antaranya aktiviti komersil melibatkan pemasaran bukan dalam premis perniagaan, lawatan ke muzium, aktiviti ‘indoor busking’, akitiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersil dalam tempoh PKPP itu, manakala kelonggaran bagi solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat pula sedang diteliti

Namun, masih terdapat beberapa aktiviti dilarang antaranya perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara dan rumah terbuka serta beberapa jenis sukan dan aktiviti rekreasi yang melibatkan sentuhan badan, penonton dan perhimpunan penyokong

Selaras dengan fasa pemulihan ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik juga dibenarkan, namun bagi yang berhasrat melancong ke luar negara, kenalah ‘tunggu dahulu’ kerana sempadan negara masih ditutup buat masa ini

Sudah pastinya perkembangan itu boleh dianggap sebagai permulaan positif bagi industri pelancongan bangkit semula selepas berbulan mengalami kemerosotan susulan penularan pandemik COVID-19. Apapun masih terdapat beberapa perkara perlu diperjelaskan lebih lanjut khususnya mengenai SOP penggunaan fasiliti di hotel

Sementara itu, bagi ibu bapa pula yang tertanya-tanya tarikh sekolah akan dibuka semula,  sektor itu akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP dan pengumuman terperinci mengenainya akan dimaklumkan Kementerian Pendidikan sedikit masa lagi

Seperti kata perdana menteri, PKPP yang akan dilaksanakan ini adalah  fasa ‘exit strategy’  atau strategi keluar negara daripada “ perang” menentang  pandemik COVID-19

Walaupun pelbagai kelonggaran akan diberikan, kita kenalah sentiasa jaga kebersihan diri, pakai pelitup separuh muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung kerana tanggjungjawab mengawal penularan COVID-19 adalah di tangan kita

Sekiranya kes penularan COVID-19 kembali mendadak, tidak mustahil kerajaan akan mengetatkan semula PKP, maka kita semua akan kembali ‘berkurung’

Hari ini adalah hari PKP ke-83 dan hari ke-36 PKPB dilaksanakan dan setakat semalam, dilaporkan kes baharu positif COVID-19 kekal pada paras dua digit iaitu 19 kes. Ini menyaksikan Malaysia kekal  berjaya dalam membendung penularan wabak itu dengan berkesan dan kini memasuki fasa pemulihan

Lantaran itu, kerajaan memutuskan mulai Rabu ini, rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara tidak lagi akan menjalani kuarantin wajib, sebaliknya hanya perlu menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di rumah masing-masing, kecuali mereka disahkan positif ketika saringan di lapangan terbang akan dihantar ke hospital untuk rawatan

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu mereka ini akan diwajibkan memuat turun aplikasi MySejahtera dan akan dipantau melalui aplikasi berkenaan, selain diwajibkan juga memakai gelang tangan kuarantin bagi memudahkan proses identifikasi

Sumber: Bernama

from Sehinggit Media https://ift.tt/3cGGYbn
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/06/mulai-rabu-ini-orang-ramai-boleh-balik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Singgah R R Mulai Hari Ini Tapi Perlu Ikut Sop

Boleh Singgah R R Mulai Hari Ini Tapi Perlu Ikut Sop

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 379 hits
KUALA LUMPUR 10 JUN Bagi yang merancang perjalanan rentas negeri mulai hari ini mereka boleh singgah berehat dan menunaikan solat di surau yang disediakan di kawasan rehat dan rawat di sepanjang lebuh raya menuju ke destinasi masing masing ...
Pkpb Diganti Dengan Pkpp Rentas Negeri Dibenarkan Dah Boleh Balik Kampung Bercuti Dalam Negara

Pkpb Diganti Dengan Pkpp Rentas Negeri Dibenarkan Dah Boleh Balik Kampung Bercuti Dalam Negara

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 518 hits
Sebentar tadi Perdana Menteri Tan Sri Dato Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khas mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB yang berakhir pada 9 Jun ini digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP...
Tahu Durian Dah Rosak Setuju Beli Tapi Tiba Tiba Menyesal Rasa Nak Return Balik Boleh Ke Mari Baca Penjelasan Mufti

Tahu Durian Dah Rosak Setuju Beli Tapi Tiba Tiba Menyesal Rasa Nak Return Balik Boleh Ke Mari Baca Penjelasan Mufti

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 631 hits
Sekarang kan musim durian sudah tentu penggemar penggemar durian di luar sana rajin memburu gerai gerai durian di tepi tepi jalan Bila sudah nampak durian yang selonggok itu lagilah bertambah rasa geram apatah lagi jika baunya menusuk hidun...
Kerajaan Tak Teragak Agak Laksanakan Pkpd Kembali Dalam Gembira Balik Kampung Patuhi Sop

Kerajaan Tak Teragak Agak Laksanakan Pkpd Kembali Dalam Gembira Balik Kampung Patuhi Sop

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 373 hits
Dalam kegembiraan kita menerima berita daripada Perdana Menteri berkenaan kebenaran rentas negeri yang akan dibuka pada 10 jun 2020 tap kita tetap harus ingat bahawa pematuhan Standard Operating Procedure tetap berjalan seperti biasa Jika k...
Boleh Balik Kampung Kluster Raya

Boleh Balik Kampung Kluster Raya

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 310 hits
Ipohmali Esok 10 Jun bermulanya perlaksanaan PKPP Dengan rasminya rakyat dah boleh melintas Negeri Kata Ismail sabri PDRM dan pihak berkuasa tidak lagi menjaga sempadan Negara Dah pasti bermula esok Jalanraya penuh sesak setelah 3 Bulan mer...
Semua Taska Boleh Operasi Dengan Sop Diperkemas Kata Ismail Sabri

Semua Taska Boleh Operasi Dengan Sop Diperkemas Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 315 hits
SEMUA taman asuhan kanak kanak kini dibenarkan beroperasi selepas prosedur operasi standard berkenaan premis jagaan kanak kanak itu sudah diperkemas kata Ismail Sabri Yaakob Menteri kanan keselamatan itu berkata SOP disediakan Kementeria
Pengguna Lebuh Raya Boleh Singgah R R Patuhi Sop

Pengguna Lebuh Raya Boleh Singgah R R Patuhi Sop

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 361 hits
Wah Ohmedia tengok pagi ni ramai yang dah mula panaskan enjin kereta Nak rentas negeri ke tu Alhamdulillah akhirnya kelonggaran untuk merentas negeri dibenarkan dan sekarang jadi tanggungjawab kita pula untuk mematuhi SOP yang telah ditetap...
Semua Masjid Patuh Sop Solat Jumaat

Semua Masjid Patuh Sop Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 313 hits
Semua masjid yang dibenarkan beroperasi di negeri ini sejak minggu lalu mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan termasuk menyediakan cecair sanitizer dan pemeriksaan suhu Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abdul Manan berkata po...
Hampir 900 Ketua Kampung Dilindungi Skim Insurans Mulai Jun

Hampir 900 Ketua Kampung Dilindungi Skim Insurans Mulai Jun

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 289 hits
GOMBAK 2 JUN Hampir 900 ketua kampung termasuk komuniti India di Selangor hari ini menerima Skim Insurans Berkelompok bermula bulan ini kata EXCO pembangunan luar bandar Rodziah Ismail berkata skim meliputi perlindungan takaful sehingga RM1...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini