Adun Ketari Nafi Hasut Mahu Kerajaan Jumpa Penduduk Janda Baik Selesai Isu Rtd Dan Rkk


 

BENTONG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman persoalkan kenyataan Menteri Besar Pahang  mengenai penangguhan sesi pendengaran awam mengenai RTD dan RKK Janda Baik yang sepatutnya diadakan pada Selasa lalu.
Menerusi posting terbaharu di facebook beliau, wakil rakyat terbabit menimbulkan beberapa persoalan susulan kenyataan tersebut.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02hLu6dnCKRGQKHq9Pg5Wu2KHMAioUAUcUACM9y8MHxvsaRGaWGEFCRdpv5aAbWcEXl&id=100044504136640
Walau bagaimana pun beliau mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang kerana prihatin kepada masalah penduduk di Janda Baik, juga setinggi penghargaan kerana telah menangguhkan sesi pendengaran awam untuk mengadakan kajian menyeluruh mengenai isu ini.

Namun katanya beliau mempunyai beberapa persoalan yang mungkin juga bermain-main di minda penduduk Janda Baik

"Pertama, adakah RTD dan RKK ini didraf tanpa kajian yang menyeluruh oleh pihak Majlis Perbandaran Bentong? Untuk pengetahuan semua dan juga makluman kepada YAB Menteri Besar Pahang, draf RKK yang dikeluarkan adalah draf akhir dan draf itu telah dikeluarkan pada Jun 2019. Adakah ini bermakna draf yang dikeluarkan ini hanya dirancang di pejabat tanpa turun ke lapangan dan membuat kajian serta lawatan tapak?.
"Kedua, berkaitan dengan penangguhan sesi pendengaran awam. Saya secara peribadi telah menghantar text pesanan WhatsApp kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong (MPB) bertanyakan mengenai sebab ia ditangguhkan namun saya tidak mendapat respon dari beliau.
"Bahkan pada notis penangguhan di laman Facebook Majlis Perbandaran Bentong juga tidak dimaklumkan mengapa ia ditangguhkan," kata kenyataannya.
Beliau mempersoalkan mengapakah Majlis Perbandaran Bentong dan Kerajaan Negeri Pahang “berat hati” untuk berkongsi makluman kepadanya, seorang wakil rakyat yang dipilih dalam satu proses demokrasi yang sah oleh penduduk di DUN Ketari dan juga orang ramai khususnya penduduk di Janda Baik mengenai sebab penangguhan tersebut.
"Adakah penduduk Janda Baik tidak layak untuk mengetahui tindakan yang diambil oleh Majlis Perbandaran Bentong (MPB) dan kerajaan negeri? RKK dan RTD ini melibatkan kehidupan dan harta mereka. Mengapa mereka dikecualikan untuk menerima maklumat penting sebegini?.
"Ingin saya tegaskan, tiada unsur hasutan kepada penduduk di Janda Baik mengenai isu RKK dan RTD ini daripada mana-mana pihak. Penduduk di Janda Baik sedia maklum mengenai hal ini dan melakukan inisiatif mereka sendiri untuk memahami setiap perkataan yang tertulis di dalam draf RKK dan RTD tersebut.
"Kenyataan bahawa ada pihak lain yang cuba menghasut atau “menceritakan mengenai hal ini seolah-olah ia adalah keputusan muktamad” adalah satu kenyataan yang memperlekehkan penduduk di Janda Baik," tambah Young Syefura lagi.
Beliau turut menegaskan, penduduk di Janda Baik tidak menolak pembangunan, namun pembangunan yang dirancang itu mestilah memberikan manfaat dan faedah yang baik dan banyak kepada mereka, bukan kepada orang luar.
Maka beliau menyarankan Majlis Perbandaran Bentong (MPB) dan kerajaan negeri segera bersemuka dengan penduduk di Janda Baik dan berbincang agar isu ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera. #PDO
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/06/adun-ketari-nafi-hasut-mahu-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 50 Penduduk Berhimpun Mahu Kerajaan Perjelaskan Draf Rtd Dan Rkk Di Janda Baik

Lebih 50 Penduduk Berhimpun Mahu Kerajaan Perjelaskan Draf Rtd Dan Rkk Di Janda Baik

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 189 hits
BENTONG Lebih 50 penduduk Kampung Janda Baik di sini hari ini menggesa pihak berkaitan agar memberi penjelasan lebih lanjut mengenai draf Rancangan Daerah Tempatan Bentong dan Rancangan Kawasan Khas Janda Baik Mereka melahirkan kebimbangan ...
Wan Rosdy Kerajaan Pahang Tak Zalim Kajian Menyeluruh Rkk Janda Baik Akan Di Lakukan

Wan Rosdy Kerajaan Pahang Tak Zalim Kajian Menyeluruh Rkk Janda Baik Akan Di Lakukan

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 174 hits
TEMERLOH Pendengaran awam berkaitan Rancangan Khas Kawasan Janda Baik yang dijadualkan pada Selasa ditangguhkan dan satu kajian teliti yang menyeluruh akan dilakukan berhubung perkara itu Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkat...
Penduduk Kecewa Majlis Perbandaran Bentong Tangguh Pendengaran Awam Rkk Janda Baik

Penduduk Kecewa Majlis Perbandaran Bentong Tangguh Pendengaran Awam Rkk Janda Baik

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 154 hits
BENTONG Penduduk Kampung Janda Baik dekat sini kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran Bentong menangguhkan sessi bantahan bagi Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran Awam Rancangan Kawasan Khas yang dijadualkan pada 14 ...
Penduduk Kampung Jumpa Peluru Bom Lama Di Belakang Rumah

Penduduk Kampung Jumpa Peluru Bom Lama Di Belakang Rumah

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 286 hits
Penduduk kampung jumpa peluru bom lama di belakang rumah Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 4 Jun 2022 11 42PM
Dah Tak Selesai Isu Mabuk Bawa Kereta Kes Lain Pulak Menteri Agama Tak Kan Diam Saja

Dah Tak Selesai Isu Mabuk Bawa Kereta Kes Lain Pulak Menteri Agama Tak Kan Diam Saja

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 226 hits
Umpan wanita seksi untuk pemasaran premis gunting rambut diserbu June 8 2022 Premis gunting rambut di Puchong tular di media sosial baru baru ini kerana memperagakan tukang gunting rambut berpakaian seksi kepada pelanggan lelaki PETALING JA...
Era Kerajaan Umno Sekarang Sukar Nak Jumpa Menteri Cerdik

Era Kerajaan Umno Sekarang Sukar Nak Jumpa Menteri Cerdik

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 192 hits
Kena maki dah jadi lumrah bodo 24jam Inilah persepsi rakyat yang sudah tidak tersimpan Belum terlambat menubuhkan kerajaan PERPADUAN yang bagus dari pelbagai parti di ketengahkan
Kenapa Kerajaan Tidak Komen Isu Gaji Rm30k Tak Hadir Mesyuarat

Kenapa Kerajaan Tidak Komen Isu Gaji Rm30k Tak Hadir Mesyuarat

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 431 hits
Kenapa kerajaan tidak komen isu gaji RM30k tak hadir mesyuarat Posted By on June 18 2022Sikap berdiam diri Kerajaan BN terhadap pendedahan di mahkamah mengenai pelantikan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai Ahli ...
Bermula Baik Insider Terpalit Kritikan Dek Satu Isu Sensitif Ini

Bermula Baik Insider Terpalit Kritikan Dek Satu Isu Sensitif Ini

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 274 hits
Meskipun bermula baik drama Insider terpalit dengan satu kontroversi baru baru ini ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod pertamanya dapat dilihat sekumpulan sami Buddha berjudi dengan jumlah wang yang banyak Bahkan seorang daripada mereka dilihat ...
Stop Destroying Our Land 150 Janda Baik Residents Tell Pahang Govt

Stop Destroying Our Land 150 Janda Baik Residents Tell Pahang Govt

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 172 hits
Some 150 residents of Janda Baik gathered today to protest against development projects by the Pahang state government in their area They claimed that these projects could threaten their livelihood Rancangan Tempatan Daerah and the Rancanga...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik