Jangan Desak Kerajaan Berita Harian 25 05 2022


 

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan mengawal selia perkhidmatan e-hailling, jika pengendali terus mendesak dengan memohon pelbagai kelonggaran.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata desakan itu termasuk meminta pemansuhan keperluan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) bagi pemandu e-hailling.
Beliau berkata, syarikat e-hailling mendakwa kementeriannya tidak membantu operator.
"Apa yang mereka minta ialah keistimewaan yang tidak pernah kita diberikan.
"Mereka katanya PSV tidak perlu. Ini bawa penumpang, bawa orang awam. Mengapa kita kenakan syarat PSV kepada pemandu teksi.
"Pada mereka yang mahu berkecimpung menjadi pemandu e-hailling, mereka perlu mendapatkan PSV," katanya di sini, hari ini.
Ka Siong berkata, pengendali perkhidmatan e-hailling juga tidak boleh menyalahkan Kementerian Pengangkutan jika mereka gagal mencari pemandu kerana kementerian itu sudah memberi kelonggaran untuk kursus PSV dikendalikan di syarikat masing-masing.
Mengulas kenyataan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mendakwa Kementerian Pengangkutan memihak kepada operator e-hailling susulan kenyataan kementerian semalam, Ka Siong berkata, selepas mendengar alasan pengendali kepada media, beliau sudah meminta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memulakan siasatan berhubung dakwaan tambang mahal yang dikenakan.
Beliau berkata, pihaknya tidak memihak kepada pengendali dan merasakan alasan tambang meningkat berikutan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 sebagai tidak masuk akal.
Katanya, jika didapati pengendali mengambil kesempatan, tindakan boleh diambil terhadap operator perkhidmatan itu.
"Bila sampai satu tahap tiada pilihan lain jangan paksa saya buat sesuatu.
"Siasatan sedang berjalan dan kami mahukan siasatan mendalam," katanya.
Ka Siong berkata, antara tindakan yang boleh diambil termasuk menggantung lesen atau menarik balik lesen.
Beliau berkata, pengguna perlu tampil membuat aduan rasmi bersama bukti untuk tindakan diambil.
Sementara ituu, Ka Siong jua menasihatkan pengguna untuk membuat pilihan yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing, apabila mengunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
Beliau berkata, ketika ini ada 28 syarikat e-hailling yang beroperasi di Lembah Klang termasuk yang berkapasiti kecil, selain perkhidmatan teksi.
Katanya, pengguna boleh membuat pilihan menggunakan perkhidmatan yang lebih murah, jika perkhidmatan yang ditawarkan tidak menepati bajet.


Artikel oleh: Berita Harian
JANGAN DESAK KERAJAAN

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/959299/jangan-desak-kerajaan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/06/jangan-desak-kerajaan-berita-harian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Sokong Kerajaan Sekat Eksport 3 6 Juta Ekor Ayam Malaysia Gazette 23 05 2022

Ppim Sokong Kerajaan Sekat Eksport 3 6 Juta Ekor Ayam Malaysia Gazette 23 05 2022

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 389 hits
KUALA LUMPUR Tindakan kerajaan menghentikan eksport 3 6 juta ekor ayam sebulan merupakan tindakan yang tepat Persatuan Pengguna Islam Malaysia berkata langkah itu dilihat akan berjaya menangani krisis harga makanan di negara ini Susulan pen...
Program Sayangi Rumahku 2022 Kerajaan Bantu Baikpulih Rumah Uzur

Program Sayangi Rumahku 2022 Kerajaan Bantu Baikpulih Rumah Uzur

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 272 hits
Program Sayangi Rumahku 2022 Kerajaan Bantu Baikpulih Rumah Uzur Bantuan Kerajaan merupakan bantuan yang boleh mengurangkan bebanan hidup dan menjamin kelansungan hidup Terbaru melalui program sayangi rumah tahun 2022 ia akan membantu merek...
Program Survey Keberkesanan Agensi Kerajaan Sidang Media Ppim 24 05 2022

Program Survey Keberkesanan Agensi Kerajaan Sidang Media Ppim 24 05 2022

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 251 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan mengadakan satu Program Survey bagi mendapatkan pandangan orang awam terhadap beberapa perkara atau isu semasa berkenaan keberkesanan agensi kerajaan Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran ...
Perjanjian Gpt Jangan Serah Negara Kepada Global Elite Gesa Ppim Malakat Tribune 19 05 2022

Perjanjian Gpt Jangan Serah Negara Kepada Global Elite Gesa Ppim Malakat Tribune 19 05 2022

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 260 hits
PUTRAJAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyerahkan memorandum bantahan terhadap Perjanjian Pandemik Antarabangsa yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia di bangunan Kementerian Kesihatan hari ini Menurut Presiden PPIM Datuk ...
Terkini Anwar Desak Kerajaan Bertindak Bantu Nelayan

Terkini Anwar Desak Kerajaan Bertindak Bantu Nelayan

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 222 hits
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan bertindak segera membanteras kegiatan sindiket orang tengah yang didakwa mengawal rantaian bekalan sektor perikanan negara
Gempa Bumi Di Segamat Are We Really Safe From Earthquakes

Checklist Lengkap Sebelum Hadir Temuduga Kerajaan Dijamin Lebih Yakin

Sabah Cops Probe Allegations Of Seditious Remarks Uttered During Justice For Zara Rally In Tawau

Timeless Twin Five Ways To Customize The Yamaha Xs650

Ww Baju Raptai Merdeka Tok Ti

Elok Jawab Macam Puak Ouak Ni Bukan Sekolah Pun Sanusi Kata Keoala Bapak Hang

Type W Tu Maksud Nya Jenis Walaun Jom Kita Dengar Ulasan Golongan Cersik Oandai Hentam Taip W Ni

Kenapa Orang Luar Membenci Kelantan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Life Update Recap Bulan Ogos

Selangor Youth Community Rai Kejayaan Penerima Anugerah 2024 King S Trust International Sustainability Award

Aukey Memperkenalkan Era Ekosistem Pengecasan Tanpa Wayar Qi2 2 Dengan 15 Produk Magfusion Terbaharu

Jenis Jenis Afidavit Di Mahkamah Syariah Dan Mahkamah Sivil Di Malaysia

Klia Klia 2 Vehicle Access Management System

Minum Air Jampi Penerang Hati Semburan Chad Gila Hingga Dapat Pergi Ke Luar Negara