Majoriti Rakyat Mahu Kerajaan Haramkan Arak Perjudian Minuman Manis Ppim Samudera My 04 06 2022


 

KUALA LUMPUR, 04 Jun 2022 – Majoriti rakyat Malaysia berpendapat Kerajaan juga harus mengenakan larangan ke atas tabiat-tabiat lain seperti larangan meminum arak dan minuman manis, perjudian, kelab malam, karaoke dan pub kepada generasi akan datang dan bukan hanya melarang rokok dan vape seperti yang diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, baru-baru ini.
Pendapat tersebut diperolehi melalui satu tinjauan pendapat yang dijalankan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) secara dalam talian yang telah berjaya mengumpul 1,000 responden.
Tinjauan pendapat dalam talian tersebut dijalankan bagi memahami pandangan orang ramai mengenai larangan untuk tabiat-tabiat negatif lain selain daripada merokok dan menggunakan vape untuk generasi yang akan datang. Hasil tinjauan mendapati:
•(89%) mahukan Kerajaan mengharamkan arak
•(69%) mahukan Kerajaan mengharamkan penjualan minuman manis
•(86%) mahukan Kerajaan mengharamkan perjudian
•(79%) mahukan Kerajaan mengharamkan operasi kelab malam, karaoke dan pub
Kerajaan baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk melaksanakan larangan merokok dan penjualan rokok dan vape kepada individu yang lahir selepas 2005.
Walaupun keputusan tinjauan ini menunjukkan ramai yang inginkan Kerajaan membuat larangan ke atas tabiat-tabiat negatif yang lain, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata, PPIM tidak bersetuju dengan cadangan Kerajaan untuk membuat larangan penuh pada penggunaan dan penjualan sesuatu barangan kepada generasi akan datang walaupun cadangan tersebut adalah bertujuan positif.
Nadzim juga berpendapat tindakan larangan tersebut akan membawa kepada masalah lain antaranya peningkatan pasaran gelap dan juga aktiviti-aktiviti jenayah yang lain. Selain daripada kesukaran dari segi penguatkuasaan, ini secara tidak langsung bakal memberi bebanan kepada agensi penguatkuasaan serta menjadikan pengguna dewasa menjadi penjenayah.
“Kita juga maklum produk-produk dan perkhidmatan lain juga memberi kesan yang negatif kepada pengguna. Sebagai contoh, arak boleh merosakkan anak bangsa, minuman manis memberikan kesan kepada kesihatan, perjudian boleh menyebabkan rakyat terjerumus dengan hutang.”
“Dan sekiranya Kerajaan bertekad untuk memperkenalkan larangan untuk merokok dan vape atas sebab kemudaratan kesihatan, ramai juga telah bersuara untuk menyaran Kerajaan mengenakan larangan yang sama untuk Kerajaan membasmi semua tabiat-tabiat yang negatif kepada generasi akan datang,” kata Nadzim dalam satu sidang media, di sini hari ini.
Tinjauan ini telah dijalankan selama seminggu di laman portal www.ppimonlinepoll.com dan berjaya mengumpul 1,000 responden.
Artikel oleh: Samudera
MAJORITI RAKYAT MAHU KERAJAAN HARAMKAN ARAK, PERJUDIAN, MINUMAN MANIS - PPIM

https://www.samudera.my/majoriti-rakyat-mahu-kerajaan-haramkan-arak-perjudian-minuman-manis-ppim/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/06/majoriti-rakyat-mahu-kerajaan-haramkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Lancar Kaji Selidik Pandangan Rakyat Terhadap Isu Semasa Dagang News 24 05 2022

Ppim Lancar Kaji Selidik Pandangan Rakyat Terhadap Isu Semasa Dagang News 24 05 2022

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 287 hits
KUALA LUMPUR 24 Mei Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan mengadakan program kaji selidik keberkesanan agensi kerajaan bagi mendapatkan pandangan orang awam terhadap beberapa perkara atau isu semasa secara dalam talian Ketua Aktivis PPIM D...
Bekalan Ayam Henti Cetus Keresahan Pengguna Ppim Samudera My 23 05 2022

Bekalan Ayam Henti Cetus Keresahan Pengguna Ppim Samudera My 23 05 2022

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 233 hits
KENYATAAN MEDIAPersatuan Pengguna Islam Malaysia mengingatkan kepada pihak tidak bertanggungjawab agar tidak mencetuskan panik di kalangan pengguna Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi berkata pengguna di Malaysia sering menjadi alat oleh ...
Rakyat Mulalah Tanam Sendiri Untuk Hidup Ppim Malaysia Gazette 07 06 2022

Rakyat Mulalah Tanam Sendiri Untuk Hidup Ppim Malaysia Gazette 07 06 2022

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 249 hits
KUALA LUMPUR Rakyat perlu mula bertani di sekitar kawasan rumah untuk bekalan sendiri dan diminta tidak menunggu sehingga bekalan makanan terputus Saranan tersebut dibuat oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang bimbang dengan situasi be...
Krisis Makanan Kartel Punca Krisis Betulkah Kita Tiada Dasar Keluaran Makanan Sendiri Ppim Samudera My 07 06 2022

Krisis Makanan Kartel Punca Krisis Betulkah Kita Tiada Dasar Keluaran Makanan Sendiri Ppim Samudera My 07 06 2022

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 234 hits
KUALA LUMPUR 07 Jun 2022 Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan mempersoalkan betulkah Malaysia tidak mempunyai dasar keluaran makanan sendiri Hal ini kerana menurutnya mengimport makanan dari negara luar selama ...
Bukan Rokok Dan Vape Sahaja Larang Arak Sekali Ppim Malaysia Gazette 08 06 2022

Bukan Rokok Dan Vape Sahaja Larang Arak Sekali Ppim Malaysia Gazette 08 06 2022

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan perlu mengenakan larangan ke atas tabiat meminum arak dan minuman manis perjudian kelab malam karaoke dan pub kepada generasi akan datang Pendapat tersebut diperoleh melalui satu tinjauan pendapat yang dijalankan Persa...
Ppim Sokong Kerajaan Sekat Eksport 3 6 Juta Ekor Ayam Malaysia Gazette 23 05 2022

Ppim Sokong Kerajaan Sekat Eksport 3 6 Juta Ekor Ayam Malaysia Gazette 23 05 2022

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 380 hits
KUALA LUMPUR Tindakan kerajaan menghentikan eksport 3 6 juta ekor ayam sebulan merupakan tindakan yang tepat Persatuan Pengguna Islam Malaysia berkata langkah itu dilihat akan berjaya menangani krisis harga makanan di negara ini Susulan pen...
Kerajaan Perlu Fokus Selesai Masalah Rakyat Bukan Tergesa Gesa Pru Sinar Harian 08 06 2022

Kerajaan Perlu Fokus Selesai Masalah Rakyat Bukan Tergesa Gesa Pru Sinar Harian 08 06 2022

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 180 hits
KUALA LUMPUR Banyak pihak berpendapat kerajaan perlu memberi fokus sepenuhnya terhadap usaha mentadbir urus negara serta menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan bukannya tergesa gesa mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 Penganalisis Politik...
Ppim Saran Peniaga Ayam Bawa Isu Ayam Ke Mahkamah Samudera My 27 05 2022

Ppim Saran Peniaga Ayam Bawa Isu Ayam Ke Mahkamah Samudera My 27 05 2022

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 273 hits
KUALA LUMPUR 27 Mei 2022 Dalam isu ketiadaan ayam di pasar terbuka peniaga runcit boleh dan harus membuat laporan kepada pihak berkuasa di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia atau membawa perkara itu ke mahk...
Tempat Tempat Menarik Di Beijing China

Doa Ketika Hujan Lebat Takut Berlaku Mudarat

Konsert Dia Misha Omar 2025

Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Transcendent Two Stroke A Smokin Suzuki 125 From Taiwan

Obey The Law Top Cop Tells Turun Anwar Rallygoers

Cik B Terkejut Dengar Penjelasan Doktor Selepas Jalani Mri Scan Video

Haze Faced By Malaysia And Singapore Due To Forest Fires From A Neighbouring Country


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singgah Pasar Malam Sekolah

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar