Pru 15 Tak Perlu Disegerakan Berita Harian 08 06 2022


 

KUALA LUMPUR: Banyak pihak berpendapat kerajaan perlu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap usaha mentadbir urus negara, serta menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan bukannya tergesa-gesa mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Dr Mazlan Ali, berkata antara isu yang perlu diberi perhatian kerajaan termasuk kejatuhan mata wang negara dan inflasi yang memberi kesan kepada seluruh masyarakat negara ini.
Mazlan yang juga Pensyarah Kanan Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak berkata, kerajaan sepatutnya menggunakan kesempatan kestabilan politik di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membuat keputusan yang memberi manfaat kepada rakyat.
"Kerajaan hari ini boleh sahaja meluluskan apa-apa rang undang-undang bertujuan untuk kepentingan masyarakat dan negara. Jadi, saya tidak nampak mengapa perlunya ada pilihan raya umum," katanya.
Harga makanan yang tinggi membebankan orang ramai. - Foto hiasan NSTP/AZHAR RAMLIKetua Pegawai Perhubungan Institut Kajian dan Pembangunan Polisi, Sheikh Khuzaifah Sheik Abu Bakar pula berkata, kerajaan perlu mempunyai alasan kukuh untuk mengadakan PRU-15 dalam suasana negara masih berdepan pelbagai cabaran, seperti kenaikan harga barang dan pengawalan penyakit berjangkit.
"Sepatutnya sekarang semua pihak (kerajaan) fokus 100 peratus kepada menyelesaikan masalah negara seperti ekonomi dan sebagainya. Kita jangan membuang masa dengan isu politik lagi, sebab akhirnya sudah berapa tahun kita hilang fokus," katanya.
Sebagai contoh, beliau berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac lalu tidak sepatutnya diadakan kerana baginya, tidak ada sebab yang kukuh untuk mengadakan pilihan raya berkenaan.
"Itulah kalau kita ambil contoh di Johor, banyak masa dan sumber (tenaga dan kos) dihabiskan untuk mengadakan PRN," katanya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata kerajaan perlu mengkaji dan mencari masa yang sesuai untuk melaksanakan PRU-15.
Beliau berkata, rakyat amat mengharapkan perubahan dalam pengurusan kerajaan kerana mereka mahukan yang terbaik daripada kerajaan dalam suasana hidup norma baharu, pada masa ini.
"Jadi, kerajaan perlu mencari suasana dan keadaan yang terbaik supaya sokongan (terhadap) kerajaan (pada PRU15) itu adalah jelas," katanya.
Sementara itu, beberapa orang awam yang ditemui turut tidak bersetuju PRU-15 diadakan pada masa ini dalam situasi rakyat masih dibebani pelbagai kesukaran hidup.
Seorang pegawai sumber manusia di sebuah syarikat minyak dan gas yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, 25, berkata kerajaan tidak perlu tergesa-gesa melaksanakan PRU-15 kerana ia memerlukan kos yang tinggi seperti berlaku pada PRN Sabah, Melaka, Sarawak dan terbaru Johor.
Senada dengan Ahmad, pengurus eksekutif sebuah syarikat swasta, Zulkarlnain Haqiem Aziz, 32, berkata perbelanjaan besar yang dikeluarkan kerajaan untuk melaksanakan PRU-15 lebih baik digunakan bagi membantu rakyat.
"Kerajaan atau pembangkang perlu tonjolkan diri sebelum menghadapi PRU-15. Selesaikan masalah rakyat. Buat portfolio yang bagus dulu dan jaga kebajikan rakyat," katanya.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan kos bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan PRN Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor sebanyak RM420 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perbelanjaan SPR bagi pelaksanaan PRN Sabah RM130 juta, Melaka (RM45 juta), Sarawak (RM149 juta) dan Johor (RM96 juta). – BERNAMA
Pemimpin tiada jawatan dalam kerajaan mahu PRU-15 disegerakan, iaitu sebelum tamat penggal pada pertengahan tahun depan. - Foto hiasan BERNAMAArtikel oleh: Berita Harian
PRU-15 TAK PERLU DISEGERAKAN

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2022/06/963554/pru-15-tak-perlu-disegerakan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/06/pru-15-tak-perlu-disegerakan-berita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perlu Fokus Selesai Masalah Rakyat Bukan Tergesa Gesa Pru Sinar Harian 08 06 2022

Kerajaan Perlu Fokus Selesai Masalah Rakyat Bukan Tergesa Gesa Pru Sinar Harian 08 06 2022

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 149 hits
KUALA LUMPUR Banyak pihak berpendapat kerajaan perlu memberi fokus sepenuhnya terhadap usaha mentadbir urus negara serta menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan bukannya tergesa gesa mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 Penganalisis Politik...
Shorts Duduk Kampung Halia Serai Pun Nak Beli Sinar Harian 29 05 2022

Shorts Duduk Kampung Halia Serai Pun Nak Beli Sinar Harian 29 05 2022

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 230 hits
WACANA SINAR 349 27 MEI 2022 Berikut merupakan petikan Wacana Sinar Siri 349 bertajuk Hapus AP berani betul bersama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan Sumber Sinar Harian SHORTS DUDUK KAMPUNG HALIA SERAI PUN NAK BELI
Tarik Gantung Lesen Operasi E Hailing Jika Langgar Peraturan Harian Metro 25 05 2022

Tarik Gantung Lesen Operasi E Hailing Jika Langgar Peraturan Harian Metro 25 05 2022

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 216 hits
Putrajaya Lesen operasi syarikat pengendali e hailing boleh ditarik balik atau digantung jika mereka melanggar surcaj melebihi 200 peratus daripada tambang asas iaitu antara 70 hingga 90 sen satu kilometer kata Menteri Pengangkutan Datuk Se...
2 Jun 2022 Kajian Semula Teknikal Harian Eur Usd Dan Peluang Dagangan

2 Jun 2022 Kajian Semula Teknikal Harian Eur Usd Dan Peluang Dagangan

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 352 hits
Pada akhir bulan September Penutupan semula di bawah paras harga 1 1700 telah memulakan pergerakan menurun ke arah 1 1500 di mana beberapa pemulihan telah disaksikan Tidak lama selepas itu paras Harga sekitar 1 1700 berjaya menahan harga un...
15 Jun 2022 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Pelan Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd

15 Jun 2022 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Pelan Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 265 hits
Pada penghujung September Penutupan semula harga di bawah tahap harga 1 1700 telah memulakan pergerakan menurun ke arah tahap 1 1500 di mana beberapa pemulihan kenaikkan telah diperhatikan Tidak lama selepas itu satu lagi penurunan harga be...
Orang Sakit Pun Along Ganggu Harian Metro 08 06 2022

Orang Sakit Pun Along Ganggu Harian Metro 08 06 2022

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 165 hits
Kuala Lumpur Tidak tahan diganggu dan diugut along ada peminjam sanggup menyewa ambulans swasta untuk membuat aduan di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia di ibu negara Ini kerana mereka masih menerima rawatan akibat kecederaan dan hi...
Jangan Desak Kerajaan Berita Harian 25 05 2022

Jangan Desak Kerajaan Berita Harian 25 05 2022

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 211 hits
PUTRAJAYA Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan mengawal selia perkhidmatan e hailling jika pengendali terus mendesak dengan memohon pelbagai kelonggaran Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata desakan itu termasu...
Tiada Cadangan Bawa The Hood Man Ke Malaysia Jakim Berita Harian 23 05 2022

Tiada Cadangan Bawa The Hood Man Ke Malaysia Jakim Berita Harian 23 05 2022

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 238 hits
BANGI Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tidak bercadang membawa pemberi maklumat dikenali sebagai The Hood Man yang mendedahkan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard keselamatan makanan kebersihan dan piawaian halal di sebuah loji sem...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba