Kerajaan Mahu Kompaun Hingga Rm15 Juta Penjara Mandatori


Nor Fazlina Abdul Rahim Tuan Ibrahim pada Majlis Cabutan Undi Perdana Bagi Kerja-Kerja Bawah Peruntukan KASA bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan, hari ini. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR KOTA BHARU: Kerajaan sedang menyemak semula Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah kes pencemaran sumber air, dengan kompaun hingga RM15 juta dan penjara mandatori.
Pada masa sama, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah menubuhkan Jawatankuasa Unit Jenayah Alam Sekitar dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat kes pelupusan sisa buangan berjadual secara haram yang berleluasa sehingga menyumbang kepada masalah pencemaran air.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata usul pindaan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dibawa ke Parlimen nanti.
Mengikut undang-undang sedia ada, beliau berkata, pihak yang disabitkan kesalahan berkenaan hanya dikenakan kompaun RM2,000 hingga RM15,000 dan hukuman itu dilihat sebagai tidak setimpal.
"Kita mahu menaikkannya hingga RM15 juta, selain hukuman penjara mandatori.
"Harus diingat apabila berlaku pencemaran sungai, misalnya, loji rawatan air terpaksa ditutup.
"Ia menyebabkan kementerian perlu menyediakan lori untuk menghantar bekalan air kepada penduduk yang terjejas sepanjang tempoh sistem berkenaan ditutup.
"Kita tidak caj apa-apa sedangkan kita perlu menanggung kos tinggi. Justeru, kita mahu mereka yang bertanggungjawab menyebabkan pencemaran sumber air itu menanggung kos kerugian berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Cabutan Undi Perdana Bagi Kerja-Kerja Bawah Peruntukan KASA bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan, di sini, hari ini.
BH hari ini melaporkan ejen haram pelupusan sisa buangan berjadual seperti bahan pelarut dan sisa kimia, dikesan menjadi dalang pencemaran sumber air di Lembah Klang.
Mereka juga dikesan mengubah modus operandi yang mana jika sebelum ini, sisa dibuang terus di tempat terbuka seperti tepi sungai, kepada cara lebih tertutup dan sukar dikesan.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, mana-mana individu melakukan pelupusan sisa buangan berjadual tanpa memiliki lesen atau pengilang yang menyerahkan sisa berkenaan kepada ejen haram terbabit, akan dikenakan tindakan tegas.
"Tindakan ejen haram pelupusan sisa buangan berjadual itu menjadi kesalahan besar kerana menyumbang kepada pencemaran sumber air.
"Kementerian memang ada memberikan lesen kepada ejen dan mereka wajib menghantar sisa buangan berjadual ke tapak pelupusan kita.
"Namun apabila ejen dilantik itu membuang sisa buangan berkenaan ke lokasi tidak sepatutnya, tindakan tegas akan diambil.
"Pada masa sama, saya juga menegaskan, kementerian tidak akan berkompromi dengan sebarang kilang yang menjadi dalang kepada pencemaran.
"Sebelum ini, kita sudahpun mengambil tindakan dengan menggantung operasi atau denda dan membawa kes ke mahkamah," katanya.
Beliau berkata, KASA juga sedang memikirkan mekanisme untuk memantau industri kilang dalam usaha mengelakkan masalah pencemaran.
"Katakan di Malaysia ada ribuan kilang dan kita terpaksa memantau semua kilang berkenaan, maka sudah tentu berdepan kekangan tenaga.
"Justeru, kita perlu memikirkan pendekatan tertentu bagi memastikan semua kilang berkenaan melalui sistem pembetungan berpusat, sekali gus lebih mudah untuk dipantau," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/kerajaan-mahu-kompaun-hingga-rm15-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harta Bapa Jho Low Tan Sri Larry Low Hock Peng Hampir Rm48 5 Juta Kini Milik Kerajaan

Harta Bapa Jho Low Tan Sri Larry Low Hock Peng Hampir Rm48 5 Juta Kini Milik Kerajaan

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 186 hits
KUALA LUMPUR Harta mencecah RM48 5 juta yang dirampas daripada tujuh akaun bank milik Tan Sri Larry Low Hock Peng kini milik Kerajaan Malaysia Beliau merupakan bapa ahli perniagaan dalam buruan Low Teak Jho atau Jho Low manakala wang dalam ...
Jika Umno Tidak Segera Keluar Kerajaan Dibimbangi Zahid Hamidi Dan Najib Masuk Penjara Dulu Sebelum Tibanya Pru

Jika Umno Tidak Segera Keluar Kerajaan Dibimbangi Zahid Hamidi Dan Najib Masuk Penjara Dulu Sebelum Tibanya Pru

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 234 hits
Apa akan berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO atau PAU esok Berdasarkan sentimen semasa PAU kali ini dijangka tidak berdepan banyak masalah untuk memuktamadkan usul putus hubungan dengan Bersatu yang telah diluluskan oleh sebahagian besar UM...
Lebih Rm48 Juta Wang Bapa Jho Low Kini Milik Kerajaan

Lebih Rm48 Juta Wang Bapa Jho Low Kini Milik Kerajaan

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 187 hits
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan wang itu dilucut hak kepada kerajaan Malaysia Low Taek Jho atau lebih dikenali Jho Low masih diburu pihak berkuasa berhubung skandal 1MDB Gambar AP Wang lebih RM48 juta yang dirampas ...
Kerajaan Berjaya Tuntut Rm48 Juta Daripada Bapa Jho Low

Kerajaan Berjaya Tuntut Rm48 Juta Daripada Bapa Jho Low

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 215 hits
542 total views 542 views today Wang lebih RM48 juta yang dirampas daripada tujuh akaun bank milik Larry Low Hock Peng bapa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa berkaitan dengan skandal 1MDB kini menjadi harta...
Hingga Maret Penyaluran Pupuk Bersubsidi Capai 1 9 Juta Ton

Hingga Maret Penyaluran Pupuk Bersubsidi Capai 1 9 Juta Ton

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 150 hits
Menteri Pertanian Syahrul Yasin Limpo menyebutkan subsidi pupuk tahun 2020 berlaku bagi 6 jenis pupuk yakni pupuk Urea SP36 ZA NPK NPK formula khusus juga pupuk Organik
Kartel Projek Helikopter Kereta Dan Kapal Mewah Bernilai Rm15 7 Juta Disita

Kartel Projek Helikopter Kereta Dan Kapal Mewah Bernilai Rm15 7 Juta Disita

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 273 hits
Umavathi RamayahApril 5 2021 21 08 MYTAntara kenderaan mewah dianggarkan bernilai RM15 7 juta yang disita SPRM Foto sumberKUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyita dua buah helikopter persendirian lebih 10 kereta mewah dan...
Gara Gara Uang Rp 1 Juta Anak Di Malang Bacok Ayah Kandung Hingga Tewas

Gara Gara Uang Rp 1 Juta Anak Di Malang Bacok Ayah Kandung Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 179 hits
Tersangka A dinyatakan mengalami gangguan jiwa sehingga polisi akan melakukan koordinasi dengan Rumah Sakit Jiwa Dr Radjiman Wediodiningrat Lawang untuk memastikan kondisi psikologis dan kejiwaan tersangka
Kartel Projek Kerajaan Rm3 5 Juta Tunai Ditemui Di Rumah Datuk

Kartel Projek Kerajaan Rm3 5 Juta Tunai Ditemui Di Rumah Datuk

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 864 hits
PUTRAJAYA Wang tunai berjumlah RM3 5 juta ditemukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hasil yang diperoleh seorang ketua sindiket bergelar Datuk selepas terlibat dalam sindiket kartel projek kerajaan Sumber berkata selain wang tunai ya...
Langgar Sop Pkpb Kompaun Rm1 500 Hingga Rm10 000

Langgar Sop Pkpb Kompaun Rm1 500 Hingga Rm10 000

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 295 hits
Langgar SOP PKPB Kompaun RM1 500 Hingga RM10 000 Empat puluh individu dikenakan kompaun antara RM10 000 dan RM1 500 selepas didapati berada di sebuah kafe di Jalan Adam melebihi tempoh yang dibenarkan beroperasi semasa lewat malam semalam K...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Wajibkan Fasih Bm Untuk Dapat Warganegara Pemuda Umno

1 31 2023

Le Clos Villa By Banca Architectes In Mouans Sartoux France

What You Should Know About New Construction Plumbing

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes