Lebih Rm48 Juta Wang Bapa Jho Low Kini Milik Kerajaan


Bernama 
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan wang itu dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.

Low Taek Jho atau lebih dikenali Jho Low masih diburu pihak berkuasa berhubung skandal 1MDB. Gambar: AP Wang lebih RM48 juta yang dirampas dari tujuh akaun bank milik Larry Low Hock Peng, bapa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, yang didakwa berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kini menjadi harta kerajaan Malaysia.
Ini berikutan hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan wang itu dilucut hak kepada kerajaan selepas timbalan pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shafinas Shabudin selaku pemohon memaklumkan tiada pihak ketiga yang hadir ke mahkamah untuk menuntut wang RM48,491,064 itu.
“Notis kepada pihak ketiga tersebut telah dikeluarkan pada 11 Mac lepas, bagaimanapun tiada pihak ketiga yang hadir ke mahkamah hari ini untuk menuntut wang berkenaan.
“Disebabkan tiada pihak ketiga hadir bagi menyatakan tuntutan terhadap harta yang dicadangkan untuk dilupuskan, pihak pendakwa raya memohon supaya harta-harta dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia,” kata Shafinas.
Larry selaku responden yang tidak diwakili peguam juga tidak hadir ke mahkamah.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas prosiding, Shafinas berkata harta yang terlibat ialah wang berjumlah RM20,784,952.56, RM300,000, RM500,000 dan RM20 juta yang disita dari akaun simpanan tetap dan semasa responden di Bank RHB Cawangan KLCC.
Menurut Shafinas, wang berjumlah RM6,242,593.10, RM345,496.47 dan RM318,021.95 telah disita dari akaun simpanan tetap dan akaun semasa responden di Maybank, di cawangan Plaza Gurney di Pulau Pinang.
Pada 19 Julai 2019, hakim Mohamed Zaini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang berjumlah RM48,979,500.67 dalam tujuh akaun bank milik Larry selepas tiada pihak ketiga hadir di mahkamah menuntut wang terbabit.
Bagaimanapun, kes lucut hak itu didengar semula selepas pihak pendakwaan meminda notis usul bagi memasukkan maklumat berkenaan dua bank yang terlibat di dalam permohonan lucut hak tersebut.
Pada 29 Mac 2019, kerajaan memfailkan tindakan pelucutan sivil untuk membekukan tujuh akaun bank milik Larry dengan mendakwa ia adalah hasil daripada kegiatan pengubahan wang haram.
Notis penyitaan bertarikh 17 Jan 2019 yang ditujukan kepada Goh Gaik Ewe, 66, ibu Jho Low, dikeluarkan mengikut Subseksyen 51 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.
Hingga kini, pihak berkuasa dilaporkan masih berusaha mengesan Larry, isterinya Goh Gaik Ewe dan Jho Low untuk membantu siasatan kes membabitkan syarikat pelaburan kerajaan 1MDB

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/lebih-rm48-juta-wang-bapa-jho-low-kini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harta Bapa Jho Low Tan Sri Larry Low Hock Peng Hampir Rm48 5 Juta Kini Milik Kerajaan

Harta Bapa Jho Low Tan Sri Larry Low Hock Peng Hampir Rm48 5 Juta Kini Milik Kerajaan

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 186 hits
KUALA LUMPUR Harta mencecah RM48 5 juta yang dirampas daripada tujuh akaun bank milik Tan Sri Larry Low Hock Peng kini milik Kerajaan Malaysia Beliau merupakan bapa ahli perniagaan dalam buruan Low Teak Jho atau Jho Low manakala wang dalam ...
Kerajaan Berjaya Tuntut Rm48 Juta Daripada Bapa Jho Low

Kerajaan Berjaya Tuntut Rm48 Juta Daripada Bapa Jho Low

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 215 hits
542 total views 542 views today Wang lebih RM48 juta yang dirampas daripada tujuh akaun bank milik Larry Low Hock Peng bapa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa berkaitan dengan skandal 1MDB kini menjadi harta...
Lelaki Berpangkat Datuk Didakwa Lupus Pindah Terima Wang Lebih Rm8 Juta

Lelaki Berpangkat Datuk Didakwa Lupus Pindah Terima Wang Lebih Rm8 Juta

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 322 hits
KUALA LUMPUR 19 Mac Seorang lelaki berpangkat Datuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 pertuduhan melupuskan memindahkan dan menerima wang yang merupakan hasil daripada aktiviti haram berjumlah lebih RM8 juta Datuk Ahmad...
Wang Rm114 Juta Disita Dari Pavilion Residences Milik Umno Peguam

Wang Rm114 Juta Disita Dari Pavilion Residences Milik Umno Peguam

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 261 hits
Peguam Hariharan Tara Singh yang mewakili Umno berhujah wang yang disita itu adalah sumbangan politik milik Umno dan Najib Razak telah mencari sumber serta menguruskan dana parti tersebut Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu ...
Lebih 3 Juta Rakyat Arab Saudi Sudah Terima Vaksin

Lebih 3 Juta Rakyat Arab Saudi Sudah Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 222 hits
RIYADH 8 Syaaban 1442H Isnin Lebih 3 juta rakyat Arab Saudi menerima vaksin COVID 19 membabitkan 70 peratus warganegara dan penduduk yang mendaftar untuk menerima suntikan berkenaan Kementerian Kesihatan memaklumkan lebih 500 pusat inokulas...
Igp Not Being Able To Bring Jho Low Back Is One Of My Biggests Regrets

Igp Not Being Able To Bring Jho Low Back Is One Of My Biggests Regrets

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 139 hits
Not being able to fulfill his pledge to bring fugitive businessman Low Taek Jho or Jho Low back to Malaysia remains one of Tan Sri Abdul Hamid Bador s biggest regrets The Inspector General of Police said he had made the promise as the polic...
Wanita Didenda Akibat Gagal Lapor Wang Tunai Lebih 800 000 Ketika Memasuki S 039 Pura

Wanita Didenda Akibat Gagal Lapor Wang Tunai Lebih 800 000 Ketika Memasuki S 039 Pura

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 178 hits
Images KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Seorang wanita berusia 52 tahun didenda kerana gagal mengisytiharkan pergerakan wang tunai lebih daripada S 800 000 ke Singapura menurut Pasukan Polis Singapura pada Selasa P
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan