Harta Bapa Jho Low Tan Sri Larry Low Hock Peng Hampir Rm48 5 Juta Kini Milik Kerajaan


 

KUALA LUMPUR - Harta mencecah RM48.5 juta yang dirampas daripada tujuh akaun bank milik Tan Sri Larry Low Hock Peng kini milik Kerajaan Malaysia.
Beliau merupakan bapa ahli perniagaan dalam buruan, Low Teak Jho atau Jho Low manakala wang dalam akaun itu didakwa mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
Perkara itu ditentukan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas berpuas hati tiada pihak ketiga hadir bagi membantah permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucuthak harta berkenaan.
Sehubungan itu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan SPRM untuk melucuthak harta yang dirampas daripada tujuh akaun bank milik bapa Jho Low.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Shafinaz Shabudin memaklumkan bahawa tiada pihak ketiga tampil bagi mencabar  tindakan pelucutan hak tersebut.
Beliau menyatakan, hari ini sepatutnya ditetapkan bagi penghujahan pihak ketiga bagi mencabar permohonan SPRM, namun tiada sesiapapun hadir berbuat demikian.
Sebelum ini media melaporkan bahawa akaun Hock Peng dibekukan pihak berkuasa kerana harta itu dipercayai sebahagian daripada penyiasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Pada 29 Mac 2018, kerajaan memfailkan tindakan pelucutan sivil untuk membekukan tujuh akaun bank milik Hock Peng dengan mendakwa ia adalah hasil kegiatan pengubahan wang haram.
Wang yang dirampas termasuk tujuh akaun daripada bank RHB dan Maybank Berhad (MBB) masing-masing di KLCC, Kuala Lumpur dan Plaza Gurney, Pulau Pinang.
Harta terbabit adalah wang berjumlah RM20,784,952.56 dengan faedah dalam akaun semasa atas nama Hock Peng (Responden) di RHB yang disita pada 11 Disember 2018.
Turut disita, empat lagi akaun RHB masing-masing berserta faedah, wang berjumlah RM300,000; RM500,000 dan RM20 juta.
Bagi akaun MBB jumlah terbabit termasuk faedah ialah RM6,613,970.78, RM462,618.38 dan RM318,021.95.
Kesemua akaun itu adalah akaun simpanan tetap dan semasa yang disita pada Disember 2018 dan 31 Januari 2019. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/03/harta-bapa-jho-low-tan-sri-larry-low.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Rm48 Juta Wang Bapa Jho Low Kini Milik Kerajaan

Lebih Rm48 Juta Wang Bapa Jho Low Kini Milik Kerajaan

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 187 hits
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan wang itu dilucut hak kepada kerajaan Malaysia Low Taek Jho atau lebih dikenali Jho Low masih diburu pihak berkuasa berhubung skandal 1MDB Gambar AP Wang lebih RM48 juta yang dirampas ...
Kerajaan Berjaya Tuntut Rm48 Juta Daripada Bapa Jho Low

Kerajaan Berjaya Tuntut Rm48 Juta Daripada Bapa Jho Low

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 215 hits
542 total views 542 views today Wang lebih RM48 juta yang dirampas daripada tujuh akaun bank milik Larry Low Hock Peng bapa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa berkaitan dengan skandal 1MDB kini menjadi harta...
Zeti Ambank Goldman And Jho Low Colluded For A Bite Of 1mdb Bond

Zeti Ambank Goldman And Jho Low Colluded For A Bite Of 1mdb Bond

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 367 hits
Prior to the commencement of the operations of Terengganu Investment Authority which the federal government turned few years later into 1MDB the Sultan of Terengganu summoned a then renown corporate figure to the Istana Terengganu off Jalan...
Rm48m Forfeited From Accounts Of Jho Low S Father Now Belongs To Govt

Rm48m Forfeited From Accounts Of Jho Low S Father Now Belongs To Govt

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 229 hits
More than RM48 million seized from seven bank accounts belonging to Larry Low Hock Peng the father of fugitive businessperson Low Taek Jho or Jho Low who was charged in the 1MDB scandal now belongs to the Malaysian government This follows H...
Wang Rm114 Juta Disita Dari Pavilion Residences Milik Umno Peguam

Wang Rm114 Juta Disita Dari Pavilion Residences Milik Umno Peguam

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 267 hits
Peguam Hariharan Tara Singh yang mewakili Umno berhujah wang yang disita itu adalah sumbangan politik milik Umno dan Najib Razak telah mencari sumber serta menguruskan dana parti tersebut Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu ...
Rentasan 857 Gempar Kini Malaysia Dipinggirkan Kerajaan Amerika Sya

Rentasan 857 Gempar Kini Malaysia Dipinggirkan Kerajaan Amerika Sya

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 225 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8571 HIDUP BERCERMIN BANGKAI 2 MENGAPA RUMAH PUTIH TERTINGGAL PUTRAJAYA 3 BURUH PAKSA PUNCANYA DI MANA 4 HUSAM MENANG LAGI
Libas Bapa Saudara Dengan Parang Hingga Hampir Putus Tangan

Libas Bapa Saudara Dengan Parang Hingga Hampir Putus Tangan

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 188 hits
Oleh ZAAIN ZIN MOHAMAD Asyraf Rahimi didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan melibas bapa saudaranya dengan parang sehingga pergelangan tangan mangsa hampir putus Februari lalu UTUSAN ZULHANIFA SIDEKKOTA BHARU Seorang...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024

The Hardest Singing Show

Dato Azizul Khamis Feat Alyah Joget Celoteh Raya Chord