Kerajaan Digesa Salur Dana Operasi Kepada Sekolah Agama Swasta


 
Angkatan Belia Islam Malaysia berkata, bantuan kepada sekolah rendah dan menengah agama swasta perlulah lebih adil.PETALING JAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan menyalurkan bantuan kewangan kepada sekolah rendah dan menengah agama swasta kerana dua institusi itu tidak menerima bantuan dalam bentuk peruntukan operasi dalam Belanjawan 2021.
Naib Presidennya, Zairudin Hashim berkata, ketika ini, peruntukan yang diberikan hanya untuk aspek baik pulih dan penyenggaraan, namun tidak diluluskan Kementerian Kewangan untuk diubah kepada peruntukan pengurusan akibat Covid-19.
“Justeru, sekiranya ada Belanjawan 2021 diperuntukkan untuk sekolah agama swasta, bantuan tersebut tidak sampai dan tidak bermakna.
“ABIM berharap ada bantuan dana khas kecemasan diturunkan untuk pengoperasian seperti bantuan gaji, sewaan dan utiliti serta pengurusan pemulihan, setelah kehilangan murid dan guru,” katanya dalam kenyataan.
Zairudin berkata, umum mengetahui sekolah menengah persendirian Cina mendapat peruntukan kewangan daripada kerajaan.
Terdapat 457 sekolah rendah agama swasta dan 77 sekolah menengah agama swasta di seluruh negara ketika ini, dengan lebih 79,000 murid dan jumlahnya jauh lebih banyak daripada 63 sekolah menengah persendirian cina yang diberikan dana bantuan sebanyak RM15 juta, iaitu secara purata hampir RM240,000 setiap satu.
“Maka, bantuan kepada sekolah rendah dan menengah agama swasta perlulah lebih adil serta mencerminkan keselarian dalam Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996.
“Isunya bukan untuk menidakkan bantuan dana kepada mana-mana institusi pendidikan, tetapi penting untuk memberikan keadilan kepada keseluruhan warga Keluarga Malaysia.”
Katanya, peruntukan kewangan juga perlu disalurkan kepada sekolah rendah dan menengah agama swasta kerana orientasi sekolah yang menyepadukan kurikulum pendidikan kebangsaan, ditambah dengan pembelajaran agama.
Beliau berkata, peranan sekolah rendah dan menengah agama swasta sejajar Falsafah Pendidikan Negara serta Akta Pendidikan 1996, berbanding beberapa jenis sistem persekolahan swasta atau persendirian lain di negara ini.
“Pandemik Covid-19 sepanjang dua tahun memberi kesan kepada sekolah rendah dan menengah agama swasta, khususnya pada aspek pengoperasian apabila institusi kehilangan pelajar dan pengurangan yuran berjangka panjang.
“Pandemik turut mengakibatkan sekolah rendah dan menengah agama swasta terpaksa mengurangkan gaji guru dan pada masa sama, masih perlu memenuhi tuntutan kos operasi yang tinggi untuk meneruskan komitmen sewaan dan utiliti.”
Katanya, memandangkan kedua-dua institusi pendidikan berorientasikan agama itu berdiri atas kapasiti sumbangan komuniti sepenuhnya, ABIM berpandangan peruntukan kewangan itu perlu bersifat tahunan kerana permintaan masyarakat terhadap pendidikan akademik dan agama semakin tinggi.
Beliau berkata, ABIM memohon bantuan kewangan yang disalurkan seperti kepada sekolah menengah persendirian Cina kerana tuntutan ini selaras Perkara 12 (2) Perlembagaan Persekutuan serta Akta Pendidikan 1996.
ABIM turut menyeru semua pihak menyokong desakan ini dengan menandatangani petisyen di https://chng.it/tH48S8Vm. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/10/kerajaan-digesa-salur-dana-operasi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Melayu Islam Menganaktirikan Sekolah Agama Rakyat

Kerajaan Melayu Islam Menganaktirikan Sekolah Agama Rakyat

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 264 hits
Oleh AHMAD SHAUQIE SYEIKH MUHAMAD BADERUDIN October 7 2021Sejak mendakap Barisan Nasional untuk menubuhkan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Parti Islam Se Malaysia ternyata telah terpesong dari perjuangan mereka untuk memartabatkan inst...
Permohonan Pendaftaran Darjah Satu Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor Tahun 2022

Permohonan Pendaftaran Darjah Satu Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor Tahun 2022

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 1462 hits
Permohonan Pendaftaran Darjah Satu Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor Tahun 2022 Alhamdulillah tiba masanya untuk Ummi mengisi borang bendaftaran darjah satu sekolah agama untuk Abang Syamil How time flies Budak pemalu sorang ni dah nak darjah...
Sekolah Swasta Cina Dapat Bantuan Sekolah Swasta Agama Bagaimana

Sekolah Swasta Cina Dapat Bantuan Sekolah Swasta Agama Bagaimana

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 283 hits
Angkatan Belia Islam Malaysia menyeru Kerajaan Persekutuan agar memberi bantuan kewangan kepada sekolah agama swasta selepas mereka mengakui menghulurkan sejumlah bantuan kepada sekolah swasta Cina Menurut Naib Presiden ABIM Zairudin Hashim...
Kerajaan Mengarut Lulus Rm15 Juta Untuk 63 Sekolah Persendirian Cina Kata Pembela

Kerajaan Mengarut Lulus Rm15 Juta Untuk 63 Sekolah Persendirian Cina Kata Pembela

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 247 hits
Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam Aminuddin Yahaya berkata seorang pemimpin dalam kerajaan sewaktu menjadi pembangkang pernah berikrar mahu mengharamkan Dong Zong namun sebaliknya yang berlaku PETALING JAYA Tindakan kerajaan menyalurkan pe...
Penjelasan Operasi Sekolah Di Negeri Beralih Ke Fasa 3 Ppn

Penjelasan Operasi Sekolah Di Negeri Beralih Ke Fasa 3 Ppn

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 209 hits
Oleh Gambar hiasan KUALA LUMPUR Pembukaan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan bagi negeri yang beralih fasa Pelan Pemulihan Negara akan hanya dilakukan selepas dua minggu daripada tarikh peralihan fasa itu berkuat kuasa Berikutan itu ke...
Dr Mahathir Cadang Firma Swasta Lakukan Audit Kedua Pada Agensi Kerajaan

Dr Mahathir Cadang Firma Swasta Lakukan Audit Kedua Pada Agensi Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 142 hits
Putrajaya perlu mendapatkan khidmat firma swasta untuk melakukan pengauditan kedua terhadap agensi agensi kerajaan selepas ia menjalani audit dalaman kata Dr Mahathir Mohamad Audit kerajaan tidak memadai Adakalanya kita perlu dapatkan jurua...
Usahawan Tersenarai Ctos Ccris Boleh Mohon Dana Kerajaan Noh

Usahawan Tersenarai Ctos Ccris Boleh Mohon Dana Kerajaan Noh

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 177 hits
Usahawan tersenarai CTOS CCRIS boleh mohon dana kerajaan Noh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan mengetepikan proses agensi pelaporan kredit CTOS dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat bagi mempercepatkan proses kelulusan p...
Sekolah Dibuka Secara Berperingkat Mulai Esok Ibu Bapa Digesa Bersedia

Sekolah Dibuka Secara Berperingkat Mulai Esok Ibu Bapa Digesa Bersedia

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 215 hits
Ibu bapa digesa peka status sekolah anak masing masing mengikut fasa PPN Ibu bapa perlu bersedia untuk mengenal pasti status anak masing masing menjelang pembukaan semula sekolah di bawah Pelan Pemulihan Negara Menjelang pembukaan sekolah d...
Pooodahhh Dalam Kerajaan Hang Tanya Kerajaan Tunggu Kpm Jawab Isu Peruntukan Rm15 Juta Kepada Sekolah Persendirian Cina

Pooodahhh Dalam Kerajaan Hang Tanya Kerajaan Tunggu Kpm Jawab Isu Peruntukan Rm15 Juta Kepada Sekolah Persendirian Cina

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 207 hits
By 4 October 2021 Ahmad Fadhli ShaariKUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan didesak untuk menjelaskan mengenai isu peruntukan sebanyak RM15 juta yang disalurkan kepada sekolah sekolah persendirian Cina Dalam masa yang sama Timbalan Ketua Pemud...
Johor Apa Yang Menarik Di Iskandar Puteri

Business Marketing For Success

Ayam Madu Sira Masak Guna Resipi Ni Memang Sangat Sedap

Andika Putera Biodata Usahawan Kacak Geng Old Money

Ikan Siakap Masak Berlada

Biarkan Aku Menangis

Apa Itu Old Money Memahami Konsep Old Money Dan Keistimewaannya Yang Unik

Lirik Lagu Nombor 1 Sleeq


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Breakfast Hari Ini

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Wings Mayang Sulit Chord

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Fakta Tentang Susu Kucing Dan Jenama Susu Untuk Dicuba