Usahawan Tersenarai Ctos Ccris Boleh Mohon Dana Kerajaan Noh
Usahawan tersenarai CTOS, CCRIS boleh mohon dana kerajaan – Noh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan mengetepikan proses agensi pelaporan kredit, CTOS dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) bagi mempercepatkan proses kelulusan pinjaman terutama membabitkan dana kerajaan.
Menterinya Noh Omar berkata, ia adalah sebahagian usaha kerajaan dalam membantu usahawan yang terjejas akibat Covid-19.
“MEDAC dapat permohonan, kita kena semak sama ada pemohon untuk CCRIS atau CTOS termasuk pelajar yang mempunyai tunggakan bayaran ansuran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disenaraikan dalam CCRIS dan CTOS dalam pendemik.
“Kementerian akan mengetepikan proses CTOS dan CRISS bagi mempercepatkan proses kelulusan pinjaman terutama membabitkan dana kerajaan. Kita berharap dengan tiadanya semakan CTOS dan CCRIS maka proses kelulusan pinjaman kepada usahawan akan dapat dipercepatkan,” katanya dalam Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang bertanya apakah usaha kementerian dalam memastikan peniaga kecil sederhana mampu berhadapan dengan cabaran perniagaan ketika Covid-19 dan statistik perniagaan “gulung tikar” ekoran terkesan dengan pandemik.
Noh berkata, pihak kementeriannya juga akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau kelulusan pinjaman di bawah MEDAC.
“Kalau sesebuah agensi di bawah MEDAC sudah berjanji untuk memberikan kelulusan pinjaman dalam tempoh 10 hari mereka mesti mengotakan janji berkenaan.
“Ini penting kerana saya ada mendapat aduan bahawa ada sesetengah usahawan terpaksa menunggu sehingga tiga bulan untuk mengetahui status pinjaman mereka,” katanya.
Noh berkata, beliau berharap jawatankuasa itu dapat menyiasat punca sebenar kelewatan kelulusan pinjaman dan kenapa perkara sedemikian boleh berlaku bagi memastikan usahawan berdepan cabaran dapat dibantu oleh kerajaan. FMT
Usahawan tersenarai CTOS, CCRIS boleh mohon dana kerajaan – Noh
Baca Artikel Menarik :
Ucapan Alhamdulillah banjiri Facebook Noor Hisham
Meninggal dunia depan rumah lepas pulang kayuh basikal
Laporan SPRM terhadap Annuar Musa dibuat oleh ahli Amanah
Isu Kehilangan RM25 juta wang bahan bukti, “Penyamun Anak Emas” Kebal Dalam SPRM?
Kes RM25j duit bukti SPRM hilang: Itu baru sikit – sumber
Umno tak akan bersama Bersatu dalam PRU15, sedia bertembung
Google Issues Warning For 2 Billion Chrome Users
Ac Mizal ‘hentam’ Iqbal riak campak duit
Ketagih seks, fakta menakutkan
Besarkan payudara, elak guna model bertudung – Noorkhiriah
Wanita Leka Berasmara Di Balkoni Jatuh Terduduk Atas Bumbung Kereta [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU
Tak mustahil saya kembali dengan Semangat 46 – Ku Li
The post Usahawan tersenarai CTOS, CCRIS boleh mohon dana kerajaan – Noh appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/09/28/usahawan-tersenarai-ctos-ccris-boleh-mohon-dana-kerajaan-noh/